Saturday 14 March 2015

Jalan-Jalan Osaka-Kyoto-Tokyo ~ Hari ke-6 (4 Dec 2014)

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah... diam tak diam sekejap je dah bulan March bermakna dah start cuti sekolah penggal pertama. Mengenang kembali tahun lepas saya dan keluarga bercuti ke New Zealand dengan Trip Kekawan. Nak baca tentang trip New Zealand boleh klik kat sini. . Ada 6 part semua dan apa saya nak bagi tau ialah New Zealand sangat best! Bukan saja kerana keindahan alam yang awsome, juga tentang orang-orang NZ yang sangat baik dan peramah. Paling penting NZ adalah antara negara paling selamat untuk bercuti.

Cuti sekolah kali ni saya dan keluarga takde plan kemana-mana. Sebabnya cuti-cuti bersama keluarga dibekukan sementara hingga September kerana anak saya ambil UPSR. Masih boleh pergi bercuti tapi tak sama-sama. Salah seorang samada saya atau wife mesti ada kat rumah. Jadinya, cuti-cuti tetap diteruskan iaitu pada April nanti saya dengan geng akan ke.............. dan my wife dengan BFF ke Melbourne pada bulan May... aha...

Oklah, balik semula cerita Jepun.
Destinasi Hari ke-6 seperti yang telah dirancang hendak ke Karuizawa Ski Resort. Terletak kira-kira 170km dari Tokyo dan boleh ke sana dengan Shinkansen. Perjalanan 1 jam lebih je dari Tokyo. Jarak lebih kurang pegi Gunung Fuji tapi sebab ada Shinkansen cepat sket perjalanan.


Karuizawa terletak dalam kawasan Nagano di Pulau Honshu iaitu pulau terbesar dari 4 kepulauan Jepun. Pulau Honshu di situ terletak Tokyo, Kyoto, Osaka, Nara, Nagano dan sewaktu dengannya...

Cuaca masa saya pergi(Khamis) berawan. Saya tau dah hari ini akan berawan melalui ramalan cuaca, sebab tu saya swap iternary dengan Gunung Fuji yang plan asal pegi hari ni. Syukur, Allah permudahkan..


Karuizawa ni terletak dalam kawasan bersalji pada musim sejuk. Tidak seperti Tokyo amat payah nak tengok salji turun walaupun pada musim paling sejuk. Pernah berlaku pada 2012 salji turun bulan Januari dan sebabkan sistem keretapi dan lapangan terbang terkandas. Kesimpulannya salji di Tokyo tak selebat di luar bandaraya Tokyo. Saya dapat info ni hasil dari baca blog rakan blogger. So, kalau betul nak main salji kena keluar dari bandaraya Tokyo. 

Antara tempat paling popular ialah di Nagano. Di sana ada beberapa lokasi ski resort tetapi kebanyakan akan dibuka pada hujung Disember. Hanya ada 1 tempat sahaja yang tak pernah tutup sepanjang tahun, iaitu lah Karuizawa Ski Resort. Sebab tu saya ke sana untuk rasa feel salji walau bukan betul-betul real salji... haha..  

Di station Tokyo..
Kiri kanan ialah Shinkansen dan saya akan naik ASAMA 511 ke Nagano pada jam 9.20.. 
comolot plak Shinkansen ni... aha...
Canggih tol Shinkansen... napelah takda kat Malaysia... kalo tak senang je nak ulang alik KL...
tu dia kami punya Shinkansen... OSAMA... eh! ASAMA...
Ambik reserve seat tapi dok asing plak...
View dari Station Karuizawa dah nampak putih-putih salji di Karuizawa Ski Resort...
dari station kena jalan kaki 400 meter untuk ke Karuizawa ski resort...
Sojuk... on d way jalan kaki dari station lalu parking kereta.... kosong coz weekdays agaknya...
pokok-pokok dah gugur semua daun...



sudah sampai kawasan Karuizawa Resort...

Sudah sampai.... masuk free tapi kalau nak main ski board kena sewa dan off course kena bayar...




Boleh buat air batu kepal salji nii...
mari lambung bola salji...
salji yang dilambung takkan pecah cuma serpihan berderai...
Aweks Jopun...

Syirah yang sibuk sangat nak main salji... haa mainlah sampai puas...



JDT and aweks Jepun


Balik time... bai bai Karuizawa Ski resort...
Sambil jalan sambil lunch...

Di Karuizawa Ski Resort ada tempat shopping ala JPO tapi macam mahal harga dia....
Karuizawa Station... balik time untuk next destination...
Selesai di Karuizawa, destinasi seterusnya nak pergi masjid di bandar Tokyo untuk solat. 

Untuk info, di Tokyo saja ada 11 masjid dan yang terbesar ialah di Tokyo Camii. Tokyo Camii bukan saja besar juga cantik persis masjid di Istanbul. Tak heranlah sebab masjid ni memang usaha sama Japan-Turkey.

Arah ke Masjid Assalam dari station Okachimachi..
Masjid Assalam... rumah kedai 4 tingkat... tingkat 2 hingga 4 ialah ruang solat. tingkat 2 untuk wanita dan tingkat 3&4 untuk lelaki. Tingkat bawah untuk Pusat Komuniti.
Kami tiba di Masjid Assalaam lebih kurang pukul 3 pm. Terus masuk dan ambil wuduk. Semasa sedang ambil wuduk terdengar orang qamat. Rupanya di sini selepas azan sejam kemudian baru qamat dan solat berjemaah. So, pada hari itu saya berpeluang solat asar berjemaah. Ada lebih kurang 7-8 jemaah yang terdiri bangsa timur tengah.

Kelihatan jemaah sedang solat qobliah asar...
dari timetable boleh tengok waktu azan dan qamat iaitu untuk zohor dan asar sejam kemudian. Lain-lain seperti Subuh dan Maghrib tak tunggu lama mungkin sebab waktu singkat. Qamat Isyak dekat 2 jam?
di dinding masjid ada makluman tentang makanan halal dan lain-lain...

Awek muallaf Jepun sedang beritahu lokasi restoren halal di beberapa di Tokyo... antaranya Restoren Sultan dan Sekai Cafe

Misi mencari Restoren Sultan untuk makan...
dari Masjid Assalam ke Restoren Sultan kena jalan kaki 750 meter...
Sampai sudah... 
Boleh tahan sedap roti nan dan kuah kari kambing... sapa-sapa datang Jepun saya rekemen datang makan sini... harge? sorang dalam RM30 x 3 = rm90++
Selepas makan di Sultan, tempat seterusnya nak pergi ialah Akihabara. Akihabara ialah bandar digital di Tokyo. Kat sana macam-macam ada terutama sekali sudah pasti barang elektronik seperti gajet. Tapi saya ke sana nak beli beg untuk wife saya yang roda rosak. Baca part 1 saya ada cerita pasal seksanya sorong beg bila roda rosak. 

1.4 km jalan kaki dari Restoren Sultan... nak cepat naik train 3 minit sampai...
Welcome to Akihabara... hujan pulak renyai-renyai...
Naruto pon ada...
Kedai ni atas jual barang elektronik, gajet... kat level bawah jual sourvenir termasuk beg... maka memboronglah fridge magnet dan lain2 utk bagi kek kengkawan and sedara mara...
Beg baru color oren... owner kedai orang jepun, pekerja asal India... expert dah ckp jepun...

Kat Akihabara tak jalan banyak tempat. Lagipun hujan renyai malas nak redah. Ingat nak cari jam G-Shock tapi tak jumpa plak kedai tu. At last balik. Dari Akihabara naik JR train ke Kanda kemudian naik Tokyo Metro ke Suitengumae.


Maka selesailah kisah jalan-jalan hari ke-6... inshaaAllah, bersambung hari ke-7.

Iternary hari ini

Kurumi Mansion > Karuizawa Ski Resort > Masjid Assalam > Restoren Sultan > Akihabara > Kurumi Mansion

Post terdahulu...

Persiapan/Hari 1...
Hari ke-2...
Hari ke-3...
Hari ke-4...


7 comments:

Anonymous said...

haii again mr azhar.. klu x salah saye faham tulisan di blog mr azhar ni maksudnye karuizawa snow resort ni entrancenye adelah free?? if kite nak maen sliding tube tu sme kene sewa lah kan?? - nur syakirin tqsm

Mohamad Azhar said...

hai...

Yup.. masuk free tapi kalo nak main ski baru kene sewa... :)

Anonymous said...

tqsm for ur reply mr azhar.. okeyh la cenggitu sbb saye anak branak bkan reti maen ski pon just nak maen/pegang salji je haha.. tqsm for ur info.. -nur syakirin

Anonymous said...

eh jap jap mst kene naek shinkansen 'aje' eh utk ke karuizawa station from tokyo@shinjuku station.. tqsm -nur syakirin

Mohamad Azhar said...

Yup.. memang kene naik Shinkansen aja dari Tokyo. itu yg saya tau atau boleh refer kat web ini utk jadual transportation/train di jepun... http://www.hyperdia.com/

web ni sgt membantu tapi ada internetlah.. dan tambang sehala tokyo-karuizawa 2590 yen.. rm80+- seorg, jika 2 hala rm80x2... sebab masa saya pegi hari ambik JR Pass ordinary 7 hari harga dlm rm800++ seorang utk dewasa... kanak2 separuh. memang menjimatkan klau selalu naik shinkansen. tapi kalau sekali sekala tak payah.. :)

Anonymous said...

okeyh faham dah.. tqsm mr.azhar sbb melayan bnyak btol soalan saye - nur syakirin (sgale info dr mr.azhar n blog awak sgt saye hargai.. million tx to u)

Mohamad Azhar said...

sama-sama.. :)