Thursday 14 December 2023

Jalan-Jalan Swiss Adik Beradik, 6 - 14 Oct 2023 ~ Part 1

Assalamualaikum wbt

Rasanya baru semalam habiskan cerita trip Swiss 2022, ni ada cerita baru pasal trip Swiss. 

Tapi, aku tetap nak share. Walaupun travel ke negara yang sama tapi dengan geng travel yang berbeza dan pengalaman pastinya juga berbeza. 

Tambahan lagi, ada beberapa tempat yang tak sempat cover tahun lepas dapat pegi tahun ni. Nak tahu apa yang beza trip kali ni? jomm.....


Kenapa pergi Swiss lagi?

Nak cete panjang. Jadi, ringkaskan..

Oct 2022 - Selepas balik Swiss salah sorang adik ipar ajak pegi Swiss tahun depan(2023). Sebagai abang ipar yang sulung aku pun jawab, "jomm"!

Nov 2022 - Adik ipar cakap kawan baik dia 1 family nak ikut (2 dewasa dan 2 budak 10 & 11 tahun). So campur aku laki bini, dia bini laki dan kawan dia sudah ada 8 orang. Hmmm... ramai..

Dec 2022 - Sorang lagi adik ipar yang masih single dan kawan dia juga single nak ikut. So, total dah 10 orang. Masa ni terfikir nak DIY atau guna Private Tour?

26 Dec 2022 - Survey hage pakej Private Tour(PT) yang aku follow dalam FB.

Antara yang termurah untuk 10 orang 9H 7M ialah, 

RM9900 - 1 van + driver > yang ni risiko sempit dan mungkin tak muat untuk beg
RM11400 - 1 van & 1 kereta + driver > PT propose yang ni lebih selesa

Harga pakej ni untuk ground sahaja, tak termasuk tiket flight, makan tengahari/malam dan fee(train/cablecar) masuk ke tempat attractions. Bila totalkan boleh cecah RM15-16k untuk seorang... hmmmm... nak murah kena DIY nampaknya.

Jan 2023 - Cousin wife dengan husband dan anak sorang umur 3 tahun menyatakan hasrat nak ikut... tapi belum kata confirm... kalau confirm dah 13 orang..

Feb 2023 - Aku decide nak DIY Trip Swiss. Tarikh pada 6-14 Okt 2023(plan asal 14-22 Oct).

19 Feb 2023 - Create Grup wassap. Asalnya 10 orang join. Tiba-tiba sorang lagi adik ipar yang bongsu mintak join grup wasap Swiss tapi belum confirm join or tak. Katanya kena pujuk husband dulu..

22 Feb 2023 - Adik ipar yang bongsu confirm ikut bersama husband dan 2 anak kecik (3 tahun dan baby). So total 14 orang semua.

21-23 Feb 2023 - Booking tiket flight untuk 14 orang. Harga rm3300++ seorang. 

Nota : Dalam 14 orang ni ada 6 orang iaitu adik ipar aku laki bini dan kawan dia 4 beranak nak pergi awal ke London dulu. So, aku belikan tiket multicity untuk dia ber-enam. 27/9 > KL-London & 14/10 > Geneva - KL. Dia plan nak pegi awal sebab nak jalan-jalan ke London, Amsterdam dan Paris. So akan bertemu kat Geneva pada 6/10. Masa tu juga ada sorang lagi kawan adik ipar yang ikut pegi London nak join pegi Swiss tapi aku put dia on hold sebab harga hotel akan jadi mahal jika masukkan dia dalam list.

8 Mar 2023 - Booking penginapan iaitu 2 apartment( 3 + 2 bilik) untuk 14 orang.

Apr 2023 - Masa ni Hari Raya ke-3. Cousin wife 3 beranak datang beraya rumah mak mertua dan kata confirm nak join. Aku minta dia arrange sendiri tiket flight, sewa kereta dan accommodation yang sama tempat dan tarikh aku dah book. Masa ni aku benarkan kawan adik ipar join dan share apartment dengan cousin wife. So total ke Swiss jadi 18 orang.

May 2023 - Booking transport(2 van). So, untuk trip Swiss ni ada 2 van. 1 kereta lagi cousin wife book sendiri.

Setel 3 benda penting iaitu Tiket Flight, Penginapan dan Transport. Total kos untuk 3 benda utama ni dalam RM5400 sorang.

Lain-lain seperti makanan, fee attractions, transport fuel/parking/toll ni semua tu nanti time dekat nak pergi baru kira dan collect. Bajet dalam RM3000 seorang. 

So trip DIY ni aku bajet dalam RM8k++ seorang siap semua all in. Jauh lebih jimat dari guna Private Tour. Bezanya aku kena buat keje lebih demi me-realisasikan impian adik beradik nak pegi Swiss.

Itulah ceritanya...

16 dari 18 Geng Trip Swiss 2023


JB ke KLIA ~ Khamis, 5 Oct 2023

11.30 mlm - Bergerak dari JB ke Batu Pahat untuk ambil adik ipar dan kawan dia. 4 orang je dari Johor. Ekceli 7 orang termasuk cousin wife 3 beranak pun dari Johor tapi dia gerak naik kereta sendiri. 

Adik ipar bongsu 4 beranak dok KL jumpa kat KLIA esok pagi. Grup London yang pergi awal pada 27 Sep jumpa kat Geveva esok malam.

Hari 1 ~ Jumaat, 6 Oct 2023

3.45 pagi - Tiba di Salak Tinggi Park & Ride. Park kereta kat sini.

1st time park kat sini... sebelum ni selalu park kat Putrajaya Park & Ride

sebelah je indoor parking dengan stesyen ERL

5.40 pagi - Naik ERL ke KLIA. Dalam 10 min je perjalanan.

di platform tunggu ERL

7 pagi - Check in bag dan kemudian boarding.

11.05 pagi - Flight Emirates berlepas ke Dubai. Sepatutnya 10.25 pagi tapi delay dekat setengah jam. Tak pasti sebab apa delay. Flight pulak penuh sebab ada jamaah Umrah sekali.

Flight to Dubai

1.55 ptg(waktu Dubai) - Tiba di Dubai Terminal A. Terus ke connecting gate di Terminal C. Agak jauh dekat 30 minit jalan kaki, turun lift, naik train pastu naik lift dan kemudian kena jalan kaki ke Gate flight to Geneva. Alhamdulillah ngam-ngam sampai kat gate dah boarding time. Transit sepatutnya dalam sejam 50 min tapi sebab kat KLIA dah delay jadi masa transit jadi singkat.

2.55 ptg(waktu Dubai) - Flight berlepas on time ke Geneva. Alhamdulillah flight tak penuh dan banyak seat kosong. Selesa dan dapat solat kat ruang kosong kat pintu kecemasan yang takda orang duduk.

Nota : Dalam flight kita boleh solat duduk atau solat macam biasa mengadap kiblat. Info kiblat boleh tengok kat seat screen. Bagi aku lebih suka dapat solat macam biasa jika takde turbulence dan ada ruang untuk solat. Samada solat duduk atau solat berdiri, paling penting Jangan Tinggal Solat walau di mana berada.

Lunch Meal at ketinggian 39000 kaki

7.45 mlm(waktu Swiss) - Tiba di Geneva Airport. Alhamdulillah urusan imigresen dan ambil beg dipermudahkan. Masa kami tiba, Geng London 7 orang dah tiba awal dan check-in hotel. Mereka naik train dari Paris.

Banjaran Alps di bawah

Dari airport kami jalan kaki je ke hotel. Nak naik teksi/van mahal dalam RM400-500. Lagipun jarak dari airport ke hotel dalam 1km je. Maka beramai-ramailah kami jalan kaki ke hotel sambil sorong beg dan kotak. Mengah gak tapi seronok.

tu dia... bukan aje beg, kotak isi makanan pun ada..

semangat Muzaffar sorong beg..

9.00 mlm(waktu Swiss -6 jam) - Tiba di Hotel Ibis budget Genève Palexpo Aéroport. Kat Malaysia dah hari Sabtu pukul 3 pagi. Kat sini masih Jumaat. Total perjalanan aku dari JB hingga tiba Geneva ialah 27.5 jam.

Sekian kisah Hari Pertama di Swiss @ Geneva.


Hari 2 ~ Sabtu, 7 Oct 2023

Ainul Mardhiah dengan Pak & Mak Sedara

Ahmad's family... adik ipar & biras dan terselit sorang kawan adik ipar

9 pagi - Breakfast kat lobby hotel. Budak-budak dapat makan free. Dewasa kena bayar.

10.30 pagi - Aku, Jep (Biras & driver 2nd van), Edi (kawan adik ipar) dan cousin wife & husband gerak ke airport untuk ambil kenderaan sewa. Jalan kaki je ke sana.

Benda wajib kena bawa sebelum ambil kenderaan sewa : 

1. Booking baucer
2. Lesen original. Lesen internasional bawa juga tapi kadang2 dorang tak tengok.
3. Kad Credit(CC) yang cukup baki lebih dari CHF350 dan nama CC mesti sama dengan nama 1st driver. 

kaunter collect kereta/van sewa

12.45 ptg - Selesai urusan ambil van sewa dan gerak semula ke hotel untuk ambil semua penumpang serta beg-beg. Sepatutnya boleh lebih awal tapi ada masalah sebab 1st driver untuk 2nd van tertinggal lesen original kat hotel. Apapun setiap kejadian pasti ada hikmah dan jadikan ini sebagai pengalaman dan pengajaran.

Nota : Bila nak sewa van atau kereta kena pastikan jumlah penumpang dan berapa beg akan dibawa. Lagi satu bila bawa anak < 6 tahun kena duduk kat child car seat demi mematuhi peraturan di sini. Kalau tak ikut boleh kena saman. Van yang aku sewa ni ada yang jenis 7 seater dan 9 seater. Aku pilih Volkswagen Transporter 9 seater sebab ruang barang lebih besar dan selesa untuk 7-8 orang. Sewa siap insurance full cover dalam RM800++ sehari. Spec lain, gear auto, unlimined km dan guna diesel.

2 van Volkswagen

Sebelum gerak keluar dari Geneva singgah kedai groceries halal untuk beli ayam dan bahan makanan lain. Selepas tu singgah Tasek Geneva untuk sightseeing dan makan tengahari.


Muzaffar ~ anak sedara

16 of 18.. sorang dalam kereta.. sorang lagi amek gambo..

3 ptg - Gerak dari Geneva menghala ke Guesthotel di daerah Sigriswill, Canton of Bern. Jarak dalam 200++km.

5.30 ptg - Tiba di Event & Ferienhof Krinde dan check in. Host dia nama Willi memey friendly. Kami akan stay kat sini 8 hari 7 malam. Cantik kawasan kat sini. Atas bukit. Dikelilingi padang rumput hijau, pokok-pokok dan mengadap tasek. Memey tak salah pilih. Harga 1 malam pun tak mahal dalam RM1500++ untuk 2 apartment 5 bilik. Bilik besar, selesa untuk 14 orang dan paling best view dia bukan saja mengadap tasek juga gunung ganang dan matahari terbenam. Kelengkapan untuk memasak semua ada dan lengkap. 

Cuma, guesthotel ni agak jauh dari jalan besar dan nak naik ke atas dalam 15-20 min perjalanan. Takpe yang penting view cantik semasa naik dan turun.

Kat sini aku book 2 apartment. Apartment1 ada 3 bilik dan Apartment2 ada 2 bilik. Kedua-dua ada dapur dan meja makan. 

Untuk cousin wife dia book 1 apartment dan share dengan kawan adik ipar.

Masa sampai hari dah petang dekat waktu Maghrib. Dapatlah lihat pemandangan sunset dari tingkap bilik aku. Memey puashati.

homestay kami untuk 8 hari 7 malam

view depan bilik aku

8 mlm - Bermula acara masak memasak oleh kaum ibu untuk makan malam dan bekalan untuk lunch jalan-jalan esok.

meja makan apartment 3 bilik ni boleh muat 10 orang

10.30 mlm - Kitchen close dan semua masuk tidur.

Hari 3 ~ Ahad, 8 Oct 2023

Destinasi hari ini ke Top of Europe(TOE) atau Jungfraujoch yang boleh datang samada dari Grindelwald atau Lauterbrunnen. Hari ni aku bawa melalui Grindelwald.

Malam tadi dah ingatkan adik-adik supaya pakai pakaian winter sebab TOE ni kat gunung, sangat sejuk dan bersalji. Kena pakai pakaian yang sesuai untuk suhu minus celcius demi mengelakkan kesejukan melampau. Lagi satu kena bersedia dengan AMS. AMS ni sakit bila berada kat tempat tinggi.

8.15 pagi - Keluar dari guesthotel menuju ke Grindelwald. Perjalanan hari ini akan lalu tepi Tasik Thun menuju Interlaken kemudian lalu Wilderswill seterusnya ke Grindelwald. Pekan Wilderswill ni sangat familiar bagi aku sebab dah banyak kali lalu kalau nak ke Launterbrunnen atau Interlaken. Namun begitu tetap guna Waze supaya tak sesat.

9.30 pagi - Tiba di Parking berdekatan dengan station keretapi Grindelwald. Keluar dari parking macam biasa masing-masing teruja dengan pemandangan sekitar yang indah dan memukau. Seronok masing-masing bergambar sampai tak sedar tempat dorang posing tu adalah laluan bas.

Indoor Parking 100 meter dari Grindelwald stesyen keretapi

Mak Long dan Ainol Mardhiah

Ootd kat laluan bas

Sebelum tu dalam perjalanan dari hotel pun dah teruja dengan keindahan pemandangan di Tasek Thun yang berlatar belakang gunung-ganang. Aku cakap ini baru intro. Ada banyak lagi pemandangan indah menanti. 

Alhamdulillah, cuaca hari ini terang, langit membiru dan boleh nampak jelas puncak-puncak gunung yang disinari cahaya mentari.

Station ketapi Grindelwald


10 pagi - Beli tiket ke TOE untuk 13 dewasa dan 2 budak 10 & 11 tahun(15 tiket semuanya). 

Kanak-kanak bawah 6 tahun free. Harga untuk dewasa ialah CHF197(rm1044). Manakala untuk budak 7-15 tahun ialah Separuh Harga. 

Nota : Sebelum ke Swiss beli Swiss Half Fare(SHF) dulu. 

Apa itu SHF? 

Swiss Half Fare (SHF)

SHF dalam bahasa ringkasnya ialah diskaun pass atau kad. Kita kena beli pass ni dengan harga CHF120(RM626) dan kemudian diberi QR kod. QR kod tu samada nak print hard copy atau simpan dalam phone dan semasa kat Swiss nanti setiap kali nak beli tiket train kena tunjukkan untuk dapatkan harga separuh. Pass ni sah sehingga sebulan dan hanya untuk pelancong sahaja.

So, untuk cover kos RM626 yang dah labur beli pass ni maka sekurang-kurangnya kena guna untuk 3 tempat attraction yang guna train, barulah berbaloi. Rupanya bukan train je, naik gondola pun boleh guna pass ni. Ada penambahan penjimatan disitu. Kat mana kami gunakan pass ni kena follow post dalam blog sampai habis.

Kat mana nak beli SHF? 

Selain SHF ada lagi pass-pass lain seperti Swiss Travel Pass(STP), Swiss Family Card(SFC) yang juga bagi diskaun dengan harga yang berbeza. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh check kat web SBB.


10.45 pagi - Train bergerak menuju Kleine Scheidegg. Lebih kurang 20 min perjalanan,

11.05 pagi - Tiba di Kleine Scheidegg. 2nd time aku sampai sini. 1st time tahun lepas. Di sini kena tukar train untuk ke TOE.

ni kat Kleine Scheidegg station dalam train ke TOE

11.30 pagi - Train bergerak menuju TOE iaitu Train Station tertinggi di Europe iaitu 3454 meter.

Train ni mulanya bergerak melalui open space. Kemudian bermula dari Station Eigerwand lalu terowong hingga ke puncak.

12.25 tghari - Tiba di station keretapi paling tinggi di Eropah(sebab tu panggil Top of Europe). 

Station ni dalam terowong dan berada di puncak Jungfraujoch. Kawasan station ni umpama dalam gua yang bersambung dengan bangunan yang di dalamnya ada kafe, restoran dan terowong-terowong ke tempat attractions antaranya Ice Palace, Snow Fun Park dan Sphinx Terrace. Nampak macam kecik tempat ni tapi setiap tempat ni bila dilawati menjanjikan pengalaman yang menarik. 

Ice Palace - Sebuah Istana Ais, yang dipenuhi dengan arca ais yang menceritakan sejarah glasier. Satu pengalaman yang unik bila melalui terowong salji ini kerana ada cerita sejarah dan gambar-gambar bagaimana terowong keretapi dibina hingga ke TOE.

Snow Fun Park - Kawasan salji sepanjang tahun juga tempat main ski.

Sphinx Terrace - Merupakan sebuah balai cerap astronomi. Dinamakan Sphinx sempena berada di puncak batu Jungfraujoch yang terletak pada ketinggian 3571 meter dan juga merupakan balai cerap paling tinggi di dunia. Ada lift disediakan untuk ke tempat ini.

Station TOE

terowong ais

ni di Sphinx Terrace

Sphinx Terrace ~ gambar cilok google

kat sini sejuk 0 celcius


Selain filem James Bond kat sini juga ada scene drama Crash Landing On You

Di Snow Fun Park

Snow Fun Park lagi

santai-santai kat Snow Fun Park

Makan time di ketinggian 3500 meter... boleh nampak Kleine Scheidegg..


4.30 ptg - masa dah time turun. Nak balik kena ikut time kalau tak nanti train penuh.

5.00 ptg - tiba di Kleine Scheidegg untuk tukar train ke Grindelwald


Kat Kleine Scheidegg nak bergambo waktu petang baru nampak cantik dan cukup cahaya..

my wife kat landmark lokasi scene Crash Landing On You

Amir family.. 

Sebelum aku menutup kisah post Part 1, mari aku kenalkan watak-watak dalam Trip Swiss kali ni...

Yah & husband.. inilah adik ipar yang ajak pegi Swiss

Faizah dan family ~ cousin

Mimi.. kawan yah

Masturah aka Bicu dan family ~ adik ipar bongsu

Mahira aka Cik Meah.. adik ipar no 6

Edi dan Umar. Husband dan sorang anak lagi takde ~ kawan Yah

Nurjannah aka Anoi... kawan adik ipar no 6

Sekian dan Terima Kasih sudi baca sampai habis. 

Kisah Hari ke-4, 5 dan 6 bersambung pada Part 2.