Tuesday 7 February 2023

Crash Landing On You in Switzerland ~ Day 2

Assalamualaikum wbt,

Day 2 ~ Ahad, 2 Oct 2022 

Subuh pertama di Swiss, Fendi paling terawal bangun pukul 12 malam, padahal waktu Subuh pukul 6 pagi. Mana tak, semalam pukul 6 petang dia dah tidur. Swiss dan Malaysia beza -6 jam. 

Dah pesan jangan layan tidur ikut waktu Malaysia. Cuba try tidur dalam pukul 9-10 malam. Fendi kata dia tak boleh tahan ngantuk. Hah! ambik kau tengah malam bangun solat Jamak Takhir. Lepas tu tak boleh tidur sampai ke Subuh.. haha.. ikut suka ko lah Fendi... layanlah jetlag tu sampai balik... hehe..

Kain Pelekat

Selepas sarapan Rudy ajak bergambo kat luar rumah pakai kain pelekat. Pagi tu suhu dalam 6-7 celcius memey sejuk dan menyejukkan. Tapi demi sebuah konten inilah peluang nak pakai kain pelekat kat Swiss. Bukan selalu dapat datang sini, lebih-lebih dengan Geng Setaman BDO. Pada kami, takkan Melayu hilang di Swiss.





 

Selesai shooting berKain Pelekat kat Kampung Alps, kami bersiap-siap nak keluar jalan-jalan melawat kawasang. 

Kemana nak pergi hari ini? Salah satu tempat pastinya lokasi scene drama Crash Landing On You(CLOY)... dan beberapa tempat lain... 

Iseltwald

Inilah tempat pertama CLOY scene yang dimaksudkan. Jarak dari homestay dalam 38km dan 30 minit perjalanan. Awal pagi kami dah keluar dalam pukul 8.30. Datang awal dengan harapan orang belum ramai kat situ. Memang masa kami sampai orang belum ramai.

Iseltwald adalah sebuah perkampungan kecil yang terletak di tebing Tasik Brienz. Selain air tasik yang tenang dan biru, pemandangan sekitar tersangatlah indah. Ditambah lagi dengan adanya rumah-rumah seni bina tradisional Swiss yang cantik. Cuaca pagi hari ni cerah.. Alhamdulillah..

Baru perasan bila datang pada waktu pagi dan bergambo kat spot menarik kedudukannya tak membelakangkan matahari. Jadi gambar akan lebih terang kerana dapat sinaran cahaya semula jadi dari matahari. Ini tips kalau taknak gambar jadi gelap jangan bergambo menghadap matahari. So, nak gambar lebih terang dan cantik kat sini kena datang belah pagi.

 

cari parking kat Iseltwald

belakang sana tu jeti

Ootd kat jalan menuju ke Jeti Capt Ri

Jumpa geng malaysia kursus kat jerman datang jalan jalan swiss

Crash Landing On You

Dulu Iseltwald taklah sepopular sekarang. Tapi sejak drama CLOY popular pada 2020, sekarang ini jadi antara destinasi wajib singgah. Ramai yang datang ke sini akan bergambo kat Jeti kecil tempat Capt Ri main piano.

Tak jauh dari Jeti kecil tu ada Jeti besar tempat feri singgah. Salah satu scene juga melibatkan heroin Se-ri naik feri dan nampak hero Capt Ri sedang main piano kat atas jeti kecik. Masa adegan tu Capt Ri dan Se-Ri belum kenal antara satu sama lain. Kira adegan flashback bila masing-masing dah kenal. Episod berapa aku tak tahu. Aku tahu pasal scene ni sebab Rudy yang cerita masa pegi tempat ni..

Aku ni bukanlah peminat drama korea tapi selepas tengok drama korea macam dah ada minit sikit sebab drama korea dia punya jalan cerita tak cliche macam kebanyakan drama melayu. Peminat drama melayu tenang yaa.. aku pun layan gak drama melayu tapi tak semua. Sebab tu aku boleh compare drama melayu dengan drama korea. Drama korea ni banyak plot twist dan ending dia susah nak agak. Aku komen hasil lepas tengok 2-3 siri drama korea. Tajuk lupa.. hehe..

Ok, tiba-tiba kat Swiss cete pasal drama plak... dah tajuk post pun tajuk drama korea.. layan jer... 

tunggu giliran nak bergambo kat jeti

ni scene Capt Ri main piano.. kat jeti kecik

salah satu scene drama Capt Ri berdiri tepi tasek

Capt Ir dan abe Ar berdiri atas jeti tempat Capt Ri main piano

Fendi amek feel Capt Ri menanti Se-Ri

belakang tu jeti untuk Feri.. tapi feri belum singgah..

view dari jeti kecik

Lauterbrunnen

Ini kali ke 3 aku datang kampung ni. Antara tempat pelancongan popular di Swiss. Popular sebab selain banyak view bukit-bukau dan gunung-ganang yang memukau mata memandang juga boleh access ke banyak tempat-tempat menarik lain seperti air terjun Trummelbach, Staubbach Waterfall, Camping Site Rutti, kampung Wengen dan  banyak lagi. 

Kat sini juga aku pernah 2x check in di Junfrau Campsite.

kat depan tu Staubbach Waterfall

Staubbach Waterfall

jalan ke Camping Rutti Stechelberg


Camping Rutti Stechelberg

Lokasinya masih dalam kawasan Lauterbrunnen.  Tak jauh dari air terjun Trummelbach dan Jungfrau Camping Site. Aku pernah sampai sini masa 2018 dan masa tu kawasan sini bersalji.

alas perut makan roti

pastu makan mamee

makan mamee sambil layan view


Trummelbach Falls

Nak masuk tempat ni kena beli tiket harga 12CHF(RM55) untuk dewasa. Kanak-kanak 5-15 tahun, 5CHF(RM23)

Masa sampai kat sini dari tempat beli tiket cuma nampak bukit je. Dalam hati bertanya, mana air terjunnya? Tak macam Staubbach Falls dari jauh dah nampak air terjun.

Dari tempat beli tiket kena jalan kaki dalam 200 meter hingga ke kaki bukit. Masa jalan kaki tu nampaklah anak sungai yang jernih mengalir deras. Tapi masih tak nampak di manakah punca air tu datang?

Tiba kat kaki bukit boleh pilih samada nak naik tangga atau naik lif? Oh ada lif... so, naik lif lah.. tak penat. Lif tu dalam gua yang lalu terowong ke naik ke atas.. Adalah dalam 5-6 tingkat tinggi bangunan. 

Sebaik keluar lif nampaklah pemandangan Lauterbrunnen yang indah. Memey cun view dari atas. Masa tu tercari-cari lagi... mana air terjunnya? 

Dari tempat keluar lif kena jalan naik tangga lagi menuju ke dalam gua. Fuh! tempat tinggi macam ni pun ada gua... Kemudian jalan lagi masuk ke dalam dan masa tu baru kedengaran bunyi air yang agak kuat. Semakin dekat semakin kuat bunyi air. Baru tau, rupanya Air Terjun Trummelbach ni kat dalam gua... Oooo..


kedai sourvenir dan tempat beli tiket

Jalan kaki menuju ke kaki bukit

Autumn is my feveret season

sebelum naik lif.. wefie dulu

wefie dulu sebelum menapak naik tangga ke atas..

tu dia air terjunnya jatuh kat celah-celah batu dalam gua


laluan air terjun

lagi dekat dengan air terjun lagi banyak kene tempias..

pemandangan Lauterbrunnen dari atas..

kami dalam gua

Sedikit info nak share tentang air terjun dalam gua ni hasil dari tadahan dinding glasier Gunung Eiger(3790m), Monch (4099m) dan Jungfrau (4158m). Di kawasan pergunungan ada kawasan tadahan seluas 24 kilometer persegi yang mana kira-kira separuh daripadanya dilitupi salji dan ais. Ia merupakan warisan semula jadi dunia UNESCO.

Air terjun ni hanya dibuka pada bulan April hingga November aje. Musim winter Disember hingga March tutup sebab air beku agaknya...

rambut basah kena tempias air terjun... dah macam mandi hujan pun ada... hehe

setiap angle jangan lepaskan peluang bergambo..

Trummelbach view dari jalan... air tejun dalam gua

Staubbach Waterfall

Selesai masuk gua di Trummelback falls kami ke lagi satu lokasi air terjun. Air terjun ni dah macam mercu tanda Lauterbrunnen dan antara yang popular sebab boleh nampak dari jauh. 

Staubbach Falls ni dekat dengan Jungfrau Campsite. Kira tempat ni tak asing bagi aku sebab pernah 2 kali check in kat sini.

Staubbach Falls ni setinggi 297 meter atau 974 kaki. Kalau berhajat nak bergambo kat belakang air terjun kena mendaki ke kaki bukit.



Hari ni jalan-jalan setengah hari je. Dalam pukul 1 petang kami dah gerak balik ke homestay. Bukan apa kaki dah mula lenguh sebab banyak jalan naik turun tangga masa pegi Trummelbach Falls. Perut pun dah mula lapar. On the way balik nanti Capt Ru ajak singgah kedai kebab. Dia kata kebab kat situ halal dan sedap.

pekan lauterbrunnen

ni pemandangan hari-hari nak balik homestay... tak jemu memandang..

nun atas bukit sana terletak homestay kami

Stesyen Keretapi Reichenbach I.K

Bahnhof Pizzeria @ Reichenbach.. kat sini ada jual kebab halal

kedai jual kebab halal ni kat sebelah stesyen keretapi

view dari tingkap bilik aku ni dah macam wallpaper

kebab beli tadi.. makan separuh dah kenyang... betul kata Capt Ru memey sedap

Fendi... dah nampak tanda-tanda jetlag... 

Route jalan-jalan hari ini

video koleksi dari Tik Tok untuk Day 2

video durasi 15 minit dari Iseltwald ke Lauterbrunnen


Ok sekian untuk kisah hari ini, bersambung post akan datang Day 3 in Swiss.. https://azhartravelog.blogspot.com/2023/03/crash-landing-on-you-in-switzerland-day.html

Post terdahulu,