Saturday 16 May 2015

15 Hari Kembara 7 Negara Eropah dan UK, 1-15 April 2015 ~ Persiapan & Hari 1

Assalamualaikum wbt,

Alhamdullillah, hajat nak ke Eropah dan UK yang terpendam sekian lama akhirnya diizinkan olehNya. Bukan 1 negara tetapi 7 negara sekaligus.

Hari ni 16 May 2015 genap sebulan balik dari UK/Eropah dan start hari ini saya nak kongsi sepanjang 15 hari mengembara yang pastinya ada pengalaman manis dan pahit. Dan juga paling penting apa ibrah disebaliknya yang dapat saya belajar sepanjang pengembaraan ini dan kongsi di blog ini.

Bismillahirrohmanirrohim...

Tujuan asal sebenarnya cuma hendak ke Liverpool sahaja kerana saya merupakan peminat team bola Liverpool sejak den umur 10 tahun. Lama tu sejak zaman Ian Rush, Bruce Goblaer, Alan Hansen kemudian John Barnes, Peter Beardsley hinggalah zaman sekarang Steven Gerrard, Emre Can, Alberto Moreno dan lain-lain. Kalau nak listkan semua pemain yang saya kenal(cuma dorang tak kenal saya) giler panjang. Cukuplah sekadar beberapa nama. Selain Liverpool, JDT dan Malaysia juga team feveret saya dan sudah pasti kalau ada game takkan lepaskan peluang samada ke stadium atau tengok live kat TV. Kalah menang belakang kira, yang penting sokong...

Idea ke Liverpool ni tercetus pada bulan July/Aug 2014 bila salah seorang GST(Geng Suka Travel) iaitu Asri hendak ke Liverpool untuk meraikan hari Convocation biras dia di Manchester dan sambil tu boleh ke Liverpool. Dari situlah saya offer untuk ikut dimana cadangan awal pergi pada Dec 2014 kemudian postpone kerana tiket flight mahal. Postpone juga sebab biras Asri tak jadi Konvo. Dari asal 2 orang, ajak lagi 2 iaitu Syahrul dan Sucit, so jadi 4 orang GST yang kesemua Fan Liverpool. Kemudian saya cadangkan, dah alang-alang pergi UK, baik jalan-jalan Eropah terus. Maka, akhirnya terhasillah Kembara Eropah dan UK selama 15 hari.

Segala persiapan seperti iternary, budjet, booking hotel/homestay ke 6 negara Eropah saya uruskan. Package ke Liverpool 4 hari 3 malam juga saya uruskan. Asri uruskan tentang GPS, sewa kereta, sewa homestay di London dan jalan-jalan di London. Lagi 2 GST, Sucit dan Syahrol tugas mereka semasa kembara nanti seperti masak dan lain-lain. Masing-masing ada tugas dan paling penting adalah kesefahaman sebab bila kembara seperti ini kalau boleh kena cari Geng yang ngam satu kepala. Kalau tak nanti sorang ke laut, sorang ke darat.. haha.. Apapun gaduh-gaduh tu biasa sebab masing-masing nakkan kesempurnaan contohnya penjagaan kereta sewa dari kena saman dan juga keselamatan di jalan raya terutama bila memandu di Eropah dan UK.

Oklah rasanya cukup bab pengenalan dan saya tak mahu cerita terlalu panjang nanti tak larat pulak baca. Terus nak cerita tentang persiapan.

PERSIAPAN  

1. FLIGHT
Setelah bincang punya bincang tentang tarikh akhirnya tiket flight paling murah yang menentukan tarikh pergi. Maka kami GST sebulat suara bersetuju memilih MAS yang ketika nak booking tengah offer. Lagi satu sebab direct flight KL-London, so jimat masa tak transit di mana-mana. Walaupun MAS ada isu seperti MH370 dan MH17 saya masih yakin dengan MAS. Siapa lagi nak naik kapal terbang company Malaysia kalau bukan orang Malaysia? haha.. Lagipun saya memey suka service MAS dan paling penting senang nak solat dalam kapal. So, tiket flight telah ditempah pada 6 Sept 2014 untuk tarikh 1-15 April 2015. Harga tiket flight untuk seorang ialah RM2817 untuk 2 hala.

2. ITERNARY
Kembara Eropah dan UK 15 hari ini tujuan asal hendak ke Liverpool dan tengok game. Itu antara sebab kami pilih tarikh kembara 1-15 Apr kerana pada 11 April 2015 ada game Liverpool vs Newcastle (Sebelum kena tunda ke 13 Apr). So, plannya 9 hari ke Eropah dan selebihnya di London dan Liverpool.

Untuk ke Liverpool saya ada kenal seseorang melalui facebook iaitu Bro Nazali Noor. Beliau ni kira celebretilah, ramai kenal kerana beliau adalah penulis buku Ulu Yam di Liverpool(UYDL). La ni dah UYDL2. Saya kenal beliau sebelum buku UYDL1 keluar. Lama dah usha beliau sejak 3-4 tahun lepas melalui FB messenger tanya-tanya pasal tiket game Liverpool, package dan lain-lain tentang Liverpool. Memey baik bro Nazali ni layan walaupun just tanya tanpa beli apa-apa. Berminat nak tanya sebab lama dah berhajat nak ke Liverpool sejak 3-4 tahun lepas. Cuma masa tu budjet tarak.

Akhirnya dari tanya-tanya kali ni kompom akan ke Liverpool pada 9-12 April 2015(tarikh asal sebelum tunda sebab game tunda). Sebenarnya ada panjang lagi cerita sebelum kompom ke Liverpool tapi kawe pendekkan. So, package Liverpool ni berharga RM2360.00 seorang untuk 4 hari 3 malam + breakfast + Tiket game + Stadium Tour dan Melwood training.


Next kena plan ialah iternary untuk kembara Eropah 6 negara. 3 bulan sebelum tarikh pergi baru saya dan Asri bincang dan susun. Sebelum ni ada mintak Hj Zikri Trip Kekawan susunkan dan Hj Zikri kata nak bagi harga special untuk Alumni yang pernah join trip dia.. haha... At last saya susun sendiri berdasarkan route Trip Kekawan gak. Sori Hj Zikri tiru iternary.. tiru route tapi yang lain-lain den cari sendiri... hehe

Untuk hotel/homestay/B&B semua saya book melalui www.booking.com. Sementara sewa kereta dengan SIXT.com. Kami sewa 2 kali iaitu untuk tarikh 1-10 Apr dan 11-15 Apr 2015. Juga ada cerita kenapa jadi 2x dan sebab utama kerana tarikh game ke Liverpool di tunda yang asalnya pada 9-12 Apr tukar ke 11-14 Apr 2015. Nanti saya cerita pada part-part akan datang.

Untuk Homestay di London dengan Norle dan Farah. Nanti saya share contact number atau blog dorang bagi mereka yang berhajat ke London.
______________________________________________________________________________

Ringkasan Iternary,

Day 1 - 1/4/15 : LONDON
Petang – Dijangka tiba di London.
Ambil kereta sewa dan bermalam di Homestay Norle

Day 2 - 2/4/15 : LONDON > PARIS > PORTE
Awal pagi gerak ke Dover untuk menaiki feri ke Calais kemudian ke Paris. Paris - Eifel Tower, Champ De Ellysse, Louvre Museum dan lain-lain tarikan yang banyak di sini. Bermalam di Porte de Pantin.

Day 3 - 3/4/15 : SERIS > SWISS ALPS(LAUTERBRUNNEN)
Awal pagi gerak ke Switzerland melalui highway France-Swiss. Bermalam di Lauterbrunnen.

Day 4 - 4/4/15 : LAUTERBRUNNEN
Naik ke Jungfrau (puncak tertinggi di Eropah) dan main salji – naik tren. Atau ke Murren menaiki kereta kabel dan tren. Atau boleh berehat di sekitar kawasan pergunungan ini. Bermalam di Lauterbrunnen.

Day 5 - 5/4/15 : LAUTERBRUNNEN > METZINGEN > STUTTGART
Awal pagi bergerak masuk ke Germany untuk ke Factory Outlet Metzingan (antara terbesar di Eropah). Kemudian ke Stuttgart. Stuggart - Muzium Porsche & Mercedes Benz. Bermalam di Stuggart.

Day 6 - 6/4/15 : STUTTGART > SINSHEIM > MANNHEIM
Bergerak ke Sinsheim Auto Technik Museum (antara muzium teknologi, automotif, permotoran, penerbangan dan alat perang yang terbesar koleksi di Eropah). Singgah masjid di Manheim. Bermalam di Mannheim/Worm.

Day 7 - 7/4/15 : MANNHEIM > LUXEMBOURG > AMSTERDAM
Bergerak ke Amsterdam dan singgah ibu Negara Luxembourg. Melawat istana lama dan kalau sempat melawat kilang & factory outley porcelain Villeroy & Boch. Bermalam di Amsterdam.

Day 8 - 8/4/15 : AMSTERDAM > BELGIUM(BRUGGE)
Kincir angin di Zaans Schans dan Keokenhof. Kalau sempat ke perkampungan nelayan di Volendam.
Bermalam di Brugge.

Day 9 - 9/4/15 : BELGIUM(BRUGGE) > LONDON
Ke Calais untuk menaiki feri memasuki UK. Selepas imigresen, terus ke London dan check in di Homestay Farah Shukur

Day 10 - 10/4/15 : LONDON
Jalan-jalan sekitar London dan lihat Buckingham Palace, Big Ben, London Tower Bridge, Madamme Tussauds Wax Museum London menaiki tren & bas. 

Day 11 - 11/4/15 : LONDON > STONEHENGE(WILTSHIRE) > LIVERPOOL
On the way to Liverpool singgah Stonehenge

Day 12 - 12/4/15 : LIVERPOOL
Liverpool Stadium, Museum tour dan Melwood Training.

Day 13 - 13/4/15 : LIVERPOOL
Match day vs Newcastle.

Day 14 - 14/4/15 : LIVERPOOL > MANCHESTER > LONDON
Bergerak balik ke London dan singgah di Manchester.

Day 15 - 15/4/14 : LONDON
12.00pm > Flight Balik ke KLIA dengan MAS MH3
______________________________________________________________________________

Selesai Iternary Eropah, Hotel, Sewa kereta, package Liverpool dan homestay di London.

Persiapan seterusnya ialah Budjet, Travel Insurance, PMA, Makanan dan lain-lain..

3. BUDJET
Saya share serba sedikit tentang budjet per orang untuk kembara ini,

1. Tiket Flight – RM2817
2. Sewa Kereta 1-10/4/2015 – RM776 (RM3104)
3. Sewa Kereta 11-15/4/2015 – RM290 (RM1162)
4. Feri Return London-Paris-London – RM160 (RM640)
5. Travel Insurance - RM157
6. Minyak di EU – RM250(RM1000)
7. Makan/Minum Restoren di EU– RM200(RM800)
8. Tol di France - RM40(RM160)
9. Minyak di UK - RM200(RM800)
10. Makan/Minum di UK - RM200(RM800)
11. Train London & Stonehenge - RM124
12. PMA – RM38 (RM150)

13. Hotel/Homestay :
1 Apr : (London-Homestay) – RM112 (RM448)
* 2 Apr : (Paris-Porte De Pantin) – RM90 (RM360)
* 3-4 Apr : (Swiss-Lauterbrunnen) – RM320 (RM1280)
* 5 Apr : (Stuggart) – RM90 (RM360)
* 6 Apr : (Mannheim) – RM85 (RM340)
* 7 Apr : (Amsterdam) – RM170 (RM680)
* 8 Apr : (Brudge) – RM142 (RM568)
* 9-10 Apr : (London-Homestay) RM98 (RM392)
* 11-13 Apr : (Liverpool) – RM2360 (Package/Person)
* 14 Apr : (London-Airport Lodge) - RM118 (RM471) > last minit tukar dok dekat airport

Jumlah Kos di EU/Person = RM2630/9 Hari (+ Feri & Travel Insurance & PMA)
Jumlah Kos di UK/Person = RM3502/6 Hari (+ Package Liverpool)
Tiket Flight = RM2817
Jumlah semua =  RM8949/15 Hari

Anggaran kos ni berdasarkan 4 orang untuk 1 kereta, 1 Hotel/Homestay/B&B. Kalau naik train dan lain-lain, samada kos lebih mahal atau murah tak pasti. Oklah kan, kira murah tak sampai RM9K + tengok game kat Liverpool. Kalau ke Eropah aja dalam RM6-7K cukup siap shopping ala kadar.

4. TRAVEL INSURANCE
Menurut maklumat yang saya baca dari blog dan Hj Zikri beritahu memey perlu ada Travel Insurance bila ke Eropah. So, langgan je lah untuk perlindungan. Kita pun tak tahu apa bakal terjadi semasa mengembara. Bayarannya RM157.00 untuk 15 hari dengan Allianz. Dengan Allianz ada 8 perkara dilindungi seperti medical dan salah satunya ialah kehilangan barang personal atau dicuri. Bab ni nanti akan saya cerita pengalaman henfon saya di curi masa hari ke-10 di London pada part akan datang.

5. PMA - Permit Memandu Antarabangsa
Kalau memandu di UK tiada masalah takde PMA. Oleh kerana hendak ke Eropah PMA ni perlu incase kalau kena tahan dan dorang mintak. Maka, last minit saya apply iaitu 2 hari sebelum fly. Yang pasti sepanjang 9 hari drive kat Eropah takde pun dorang tanya tentang PMA. Semasa check point cross border UK-France & France-Swiss dan Swiss-German pon dorang tak tanya. Passport pon tak check. Mungkin juga PMA ni diperlukan kalau sewa kereta di negara EU. Kami sewa kereta di UK/London.

6. MAKANAN
Salah satu cara untuk kurangkan kos semasa mengembara ialah bawa makanan dari Malaysia untuk yang tinggal kat Malaysia. Kalau dok Indonesia, ya tentu sekali kena bawak dari sana ya pak... hehe..

Kepada mereka yang biasa travel ke luar negara pasti punya pengalaman tentang makan-minum di luar negara. Ia memey mahal. RM30-40 sekepala tu biasa. Kalau pergi bujang ok lagi makan luar, kalau dengan family mau bengkok pocket.. haha...

Seperkara lagi bila nak cari restoren makanan halal. Memey susah. Oleh sebab itu disarankan membawa makanan dari Johor(bagi yang dok Johor) sebagai bekalan di tempat orang. Makanan itu tidak perlulah bawak beras sekilo, cili, bawang dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Cukup sekadar bawak mee cup, kari packet, serunding daging dan nasi empet untuk cecah kari. Biskut-biskut, kacang, coklat, roti yang belum expired pun boleh bawa incase dalam perjalanan tiba-tiba lapar giler, memey susah nak singgah mana-mana untuk masak megi cup. Maka makanlah apa yang ada.

Untuk den hari tu cuma bawak 6 megi cup, 2 packet kari ayam/daging, 1 packet kuah satey dan biskut coklat. Geng lain ada yang bawak nasi empet ready made, kacang, kuaci pon ada. Makanan ni untuk sarapan dan dinner sahaja. Untuk lunch biasanya dalam perjalanan atau luar hotel. Kalau jumpa restoren halal baru singgah.

Semasa di Eropah, cuma 3 kali sahaja makan di luar iaitu,
  • Di Paris(2/4) - Dinner order pizza sebab hotel takda tempat masak. 
  • Di Manheim,German(6/4) - Lunch di kawasan area dekat-dekat Masjid. Kawasan ramai orang Turki
  • Di Amsterdam(8/4) - Lunch di Restoran orang Sudan 
Kecuali Hotel di Paris, semua ada dapur dan boleh masak. Di Amstertam dan Brudge dok B&B dah siap sekali dengan breakfast juga ada tempat masak.

Di London dan Liverpool pula, banyak kali gak makan luar, antaranya...
  • Di London(9/4), area Sherpeard Bush(area muslim) - Dinner
  • Di London(10/4), Sherpeard Bush juga - Dinner
  • Di Liverpool(11/4) - Dinner @ Nasi Lemak Liverpool
  • Di Liverpool(12/4) - Lunch @ Nasi Lemak Liverpool
  • Di Manchester(14/4) - Lunch Nasi Arab Al-Jazeerah
Makanan ni penting sebab ada geng yang sampai muntah sebab perut masuk angin tak makan. Kawe ok lagi..

7. PENGINAPAN - Hotel/Homestay/B&B
Perkara penting kena fikirkan bila mengembara.
Pertama, sebagai tempat berehat, tidur, dan solat.
Kedua, tempat memasak dan makan. Pastikan penginapan tersebut ada tempat masak atau at least boleh masak air panas untuk makan megi.
Ketiga, tempat bole tenet sebab ada Wifi free untuk update apa yang patut..

8. SOLAT
Kemana kita pergi tetap berada di bumi Allah yang punya. Oleh itu di mana-mana tak semestinya di masjid kenalah solat. Kalau mengembara dengan kereta takda masalah. Boleh stop kat mana-mana. Cuma cari kiblat, ambil wuduk, bentang sejadah dan solat. Sejadah la ni banyak dah jual jenis pocket mat. Takda sejadah pakai tuala atau kain pun boleh. Takda alasan tak boleh solat.

Dalam flight juga takda masalah nak solat. Cuma beritahu Steward/ess cakap nak solat dan dorang akan tunjukkan kat mana boleh solat. Cuma bila lampu isyarat tali pinggang ON dorang tak bagi sebab bahaya. Untuk kiblat dalam MAS ada screen tunjukkan arah.



10. PASSPORT
Pastikan masih sah 6 bulan sebelum tarikh pergi. Kalau tak bai-bai lah nak check in bag pon tak boleh kat KLIA. Passport ni cuma di cop semasa memasuki border UK. Dari UK ke France, Swiss, German, Luxembourg, Holland dan Belgium passport langsung tak tengok. Bila masuk UK semula kene check dan cop. Untuk peringatan semua sekiranya memasuki UK sila sediakan copy iternary flight, copy booking hotel, wang secukupnya dll kerana imigresen UK ni akan banyak tanya tentang tujuan kita masuk UK untuk apa, kerja apa, berapa duit bawak dan macam-macamlah

11. EURO CAR KIT
Euro Car Kit untuk kereta dari UK disyaratkan memasang sticker GB dan lampu hadapan. Kalau beli online cuma 6 Euro aja harganya. Kat ferry ada jual dan harganya lebih mahal. Soalannya mcm mane nak beli online? Masa tu Asri yg uruskan beli Car Kit Euro dan postkan ke alamat homestay yg kami sewa. So, kena bincanglah dgn tuan homestay urusan post.



Mahai!
Kena tampal kat sini... sticker GB kat belakang belah kiri
12. GPS
Jika memandu di Eropah dan UK, GPS ni wajib kena ada. Sebabnya untuk memudahkan perjalanan ke tempat hendak dituju seperti lokasi attractions dan juga Hotel. GPS ni boleh sewa dengan harga lebih kurang 7 euro/per day(rm28) atau bawa sendiri punya dari Malaysia dan pastikan dah siap ada peta Euro/UK. Kepada mereka yang guna Garmin boleh download map Euro kat web ni, https://thepiratebay.se/torrent/9495107/Garmin_City_Navigator_Europe_NT_2014.40_Unlocked yg ni free punya dan kene donlod guna Torrent. Kalau nak beli map tu memey mahal. Silap-silap beli map lagi mahal dari sewa GPS. Lebih baik sewa dari beli map online ...  tol tak? haha...

13. INTERNET
Internet ni bukan benda wajib bila pergi travel tapi bagi sesetengah orang macam guwe memey wajib. Sebabnya boss dah pesan nak cuti 2 minggu boleh tapi kene reply wassap or email kalau urgent. Tapi itu bukan bermakna guwe kena 24jam on internet. Cukuplah ada Wifi kat hotel. Sepanjang 15 hari dok hotel cuma malam last kat Heathrow Airport Lodge je Wifi kena bayar, yang lain semua free of charge. Pilihan lain ialah langgan daily unlimited data package. Untuk Celcom ialah RM38 sehari dengan syarat kena manual locked kat phone to Celcom partner. Senarainya seperti di bawah,

  • UK - Vodafone UK
  • France - SFR
  • Switzerland - Swisscom
  • Germany - Vodafone De
  • Luxembourg - Tango
  • Holland - Vodafone Ne
  • Belgium - Proximus  

Wow! banyak dah saya share tentang persiapan. Sebenarnya apa yang share ni selain untuk memudahkan bakal-bakal pengembara ke Eropah juga kalau kena cara boleh jimatkan kos. Bila bicara nak melancong tapi nak murah kenalah buat keje sket seperti menggoogle cari maklumat, baca blog dan lain-lain. Saya kat sini cuma share apa yang mampu. Kalau taknak susah-susah cari info ambil je travel packcage tapi mahal sket atau yang budjet boleh join Trip sahabat saya Tuan Haji Zikri Trip Kekawan. Semasa tahun lepas kembara New Zealand saya sekeluarga pergi dengan Trip Kekawan. Jangan risau harga berpatutan dan paling penting syariah compliant.

Selesai Bab Persiapan, seterusnya Travelog untuk Hari 1.

Hari 1 ~ 31 March/1 Apr 2015

Dari Johor Bahru, saya dan Asri bertolak pukul 10 malam(31 Mac) dan singgah di Melaka pukul 12.30 pagi(1 Apr) untuk ambil Sucit. 2 hari perjalanan JB-Melaka... haha...

Dari Melaka drive santai-santai, singgah-singgah ngopi dan tiba di Putrajaya Sentral lebih kurang jam 4.30 pagi. Seorang lagi GST, Shahrul dok Bangi. So, dia datang sendiri ke KLIA. Sepanjang malam memey tak tidur sebab target nak tidur dalam flight. Al-maklumlah flight dari KL ke London 13 jam setengah.. lama tuu... boleh kebas buntut...

Kenapa GST?

Kebetulan GST(Geng Suka Travel) ni bersamaan dengan GST yang nak start pada 1 April 2015. Sama tapi tak serupa. Kami pon memey GST sejak bujang hingga dan berkeluarga, iaitu Aku, Asri dan Sucit sejak 1995 dah travel sama-sama seperti round Malaysia, family day sama-sama, ke Bandung, Surabaya, Jogja, Vietnam dan kali ni ke Eropah. Kebetulan pula kami semua sekerja dan juga fan Liverpool. Syahrul pula memey GST juga cuma ni 1st time join kami dan dia juga rakan sekerja tapi di KL. Syahrul juga hardcore Fan Liverpool. Semua tu kebetulan yang telah ditakdirkan.

Gambar dolu-dolu GST round Malaysia tahun 1995... 20 tahun dah... aku dan Sucit dalam gambar dan Asri cameraman...
Aku, Asri, Sucit dan Geng lain dalam Feri ke Langkawi.... 20 tahun kemudian kami 3 orang round Eropah..
Ok, sambung balik cerita...

Dari Putrajaya Sentral kami naik ERL ke KLIA dengan tambang RM6.20 seorang. Saya pilih parking kereta di Putrajaya Sentral sebab murah banyak dari park di KLIA. Lagipun parking 15 hari(Kat sign board tulis maximum 14 hari aja. Tapi sebenarnya boleh).

Di Putrajaya Sentral cas parking RM6 sehari banding dengan KLIA RM44... banyak bezakan? Zaman GST ni kene fikir macamana nak jimatkan kos. Tentang parking kat Putrajaya kawan saya juga yang beritahu. Thanks kepada Tn Haji Wan Abdul Aziz.

Maksimum 14 hari tapi park 15 hari ok je...
GST... Sucit & Asri... tiada dalam gambar... Aku(sebab amik gambar) dan Syahrul...
Makanan pertama di KLIA pada 1 April 2015 kena GST
Sementara tunggu Syahrul, layan game mancing dulu... 
Asri sempat lelap dlm train ke Terminal gate...
Boarding time! kelihatan model KFC di sebelah kiri... 
Suka hati nak boarding...
Bas Udara 380... Giler besau kapal terbang ni... 2 tingkat lagi.. 


Baru 7 1/2 jam perjalana.... ada 5 jam 50 min lagi... huhu
Lebih kurang pukul 6.45 pagi Syahrul tiba maka lengkaplah semua 4 orang. Ikut jadual flight kami ke London dengan MH04 pada pukul 9.50 pagi. Selesai urusan check in bag, boarding dan MH04 fly ke London lebih kurang pukul 10.15.

13 jam setengah dalam kapal.. makan-tengokmovie-tido-tengokmovie-makan lagi, lebih kurang kol 5 petang waktu London MH04 mendarat di Heathrow Airport. Turun dari kapal terus ke Imigresen dan kelihatan beratur panjang.

Tempat paling leceh bila nak masuk London ialah di Imigresen sebab mereka banyak tanya itu ini tentang tujuan kita datang London, untuk apa, nak ke mana, berapa duit bawak. Kalau nasib tak baik ada yang siap nak tengok tiket flight balik, copy booking hotel dan macam-macamlah. Kawe ari tu cuma kena tanya ke London nak buat apa dan kemana. Den cakap ke London cuma singgah je sebab esok nak ke Europe. Urusan Imigresen je ambil masa dekat 30-40 minit sebab beratur dan soal jawab. Leceh sebab dorang ingat kita ni orang Malaysia datang London nak jadi pendatang dan cari kerja kat London... apedaa... kawe ni pelancong tau!



Selesai semua urusan imigresen dan ambil beg sudah pukul 6 petang. Masa ambil beg, tengok beg Sucit pulak rosak dan pecah mungkin kena baling atau jatuh dari tempat tinggi. Macam-macam hal. Ganaz betollah dorang ni handle beg sampai tercabut tayar beg kawan aku.

Nak uruskan pasal claim beg kat London memey susah so aku nasihatkan Sucit supaya buat kat Malaysia masa balik nanti. Sementara tu usunglah beg tu sementara nak beli beg baru.

Beg Sucit hilang 2 tayar.... perghhh...
Urusan seterusnya ialah ambil kereta sewa. Dari airport call Sixt.com dan beberapa minit kemudian shuttel sampai untuk bawa kami ke depot Sixt. Tak jauh, lebih kurang 3-4km dari airport,

Drebar Shuttel sedang terangkan lokasi dan cara nak pulang kereta sewa...
Shuttel Airport transfer to Sixt depot
Di depot Sixt.. sementara tunggu dorang sempat selfie... suhu masa ni 7 celcius...
Satu opis color oren...
Ingat nak sewa keta ni... kecik pulak...tak muat beg... haha
Pakai wagon pon 4 beg dah penuh...
Vauxhall Astra kereta British tapi asal usul dari General Motors US
Bentuk boleh tahan cun... besar lebih kurang vios cuma panjang sket sebab wagon... 1.6 cc dan Petrol
London waktu malam... masa ni otw ke homestay kak norly dan suhu 5 celcius...
Waktu Solat London... kelihatan waktu siang lebih panjang iaitu 13 jam
Bilik aku dan Asri...
Tiba di Homestay Norle di Ducane Road, hari dah gelap kira-kira pukul 8.30 malam. Kunci rumah kena collect kat rumah kawan dia sebab Norle balik Malaysia dan sementara dia takda tu dia buat homestay. Kalau tak silap homestay Norle yang aku sewa ni pada waktu tertentu sahaja bukan sepanjang tahun. Apapun boleh usha blog Norle dan contact via wassap kalau dia ada contact homestay lain kat kawasan tu. Sebab homestay Farah Shukur juga kami dapat melalui Norle dan lokasinya di kawasan berhampiran. Cuma homestay Farah Shukur ni kena dok dengan keluarga dia sekali.

Blog Homestay London : http://homestaydilondon.blogspot.com/

Selesai Part 1 dan bersambung Part 2/Hari 2...

22 comments:

- S R R - said...

Salam, nak tanya, saya dah dload europe map dlm memory card, map tu pun listed kalau tgk kat info, tapi saya try search famous landmark x keluar pun direction... Camne saya nak tau map tu dah ok? Tq

Mohamad Azhar said...

Wassalam SRR,

Try put dalam mode GPS Simulator dan try search semula. Kadang2 sebab GPS locate kat Malaysia so GPS jadi pening nak search location kat europe yg belas ribu km jauh.

Guna GPS Garmin ke? dan model apa?

- S R R - said...

Saya guna garmin nuvi 1350. Mcm xde je gps simulator tu. Camne nak buat?

Mohamad Azhar said...


Cara macam ni,

1. Pegi kat maps info, then tick map europe sahaja. Lain2 map un-tick.
2. Pegi kat Setting > GPS off (guna indoor)
3. Try search location

- S R R - said...

ok dah berjaya dah... saya punya kena pilih "a different city from where I am" dulu, search any europe countries baru jumpa. nicee

urm, nak tanya jugak pasal kereta sewa, kalau dia kata muat 5 org, mmg muat 5 org bersaiz biasa ke yg comel2 je? sbb kami berlima, takut mcm sempit je

tqvm

Mohamad Azhar said...


Alhamdulillah...

Kalau kereta macam saya sewa hari tu just nice naik 4 orang. Bonet pon ngam-ngam untuk 4 beg. Kereta Vauxhall Astra yang kami sewa saiz lebih kurang vios cuma jenis wagon. Kalau bonet bukan wagon memey tak muat.

Kalau SRR pergi 5 orang saya sarankan sewa kereta besarkan sikit. mungkin sewa mahal sikit. Sebab travel jauh ni lebih baik utamakan selesa. Boleh nak naik 5 orang, memang akan berimpit tapi kalau bawak beg besar takut bonet tak muat.

Anonymous said...

Salam. Nak tya kalau stay homestay ni nak jawab apa dgn immigration? Saya plan nak stay homestay juga.

Thanks.

Mohamad Azhar said...

Wassalam,

Just bagi address owner homestay... bese owner homestay akan bagi kita.. Soalan lain bese akan kene tanya berapa byk duit kita bawak dan paling penting bwk hardcopy flight iternary...

Tq

Anonymous said...

salam nk tanya pasal travel insurance. macam mana nak apply? adakah cover insurance kereta y kita sewa sekali?

Mohamad Azhar said...

wassalam tuan anonymous 11.27..

Boleh contact en. Roktam +0193284994 untu travel insurance.
Untuk insurance kereta under company kereta sewa. Masa nak ambil kereta nanti dorang bagi option pasal insurance kereta. Better ambik sebagai langkah berjaga-jaga..

Tq kpd tuan yg bertanya...

Unknown said...

salam,

kat mana nak beli EURO CAR KIT tu?

Mohamad Azhar said...

Wassalam Mimiy Qamal,

Kalau naik feri dover-calais, dlm feri ada jual EURO CAR KIT. Kami hari tu sebelum pegi beli kat ebay hage 1 pound. kemudian post dekat rumah kawan kat london.

TQ :)

Unknown said...

TQ,

nak tanya lagi pasal online booking feri DOVER - CALAIS tapi dlm booking form tu ada Registre no..sebab saya dh book kereta kat sixt.com x de pun die beritahu...camne ye?

saya memang ikut iternari en Mohamad Azhar..mmg membantu:)

Unknown said...

saya dh buka ebay website, yang mana sesuai untuk saya sebab saya pergi bulan disember ini,perlu ke saya beli yg winter euro car kit? mohon bantuan.

Mohamad Azhar said...

Hai Miymiy Qamal,

Ni jawapan utk 2 soalan di atas,

1. Tak perlu letak register no. cuma letak Jenis Kereta dan Model. Pihak feri cuma nak tahu tinggi kenderaan samada kereta, mpv atau lori.. hehe.. sebab nak tentukan kat mana kereta tu nak park semasa dlm feri.

2. Euro Car Kit tu cari yang hage 1 pound je. Kit tu cuma perlu ada utk tampal sticker GB kat belakang sebelah kiri kereta dan reflector utk lampu hadapan.

Harap dapat membantu... :)

Unknown said...

TQ Mohamad Azhar :)

Unknown said...

Assalamualaikum en azhar,
Nak tanya masa sewa keta kene gtau ke kita nak g negara eropah? Ada charge lain ke?

Mohamad Azhar said...

Wasslaam Miymiy Qamal,

Tak perlu cakap cuma pastikan keta nak sewa tu no limit mileage.. kalau limit lebih dr 1000km(kalau tak silap) akan ada extra charge utk every km... biase utk limit mileage sewa keta lebih murah...

One more thing, masa nak ambil keta sewa extra charge yg kena ialah insurance. ada 3 pilihan. yg paling mahal full cover tapi kami ambik yg tengah2. insurance ni penting incase kalau berlaku perkara tak diingini. dinasihatkan ambik insurance tu. Charge per daily kalau tak silap 5-15 pound per day. Kami ambik yg 5 pound perday.

Unknown said...

Terima kasih en.azhar atas penjelasan di atas..maknanya kat dover nnt immigresen x tengok detail keta ye..

Mohamad Azhar said...

Yup Miymiy Qamal, dari UK ke Europe takde check apa2 even passport dan keta(tapi tak sure lepas kes attack kat paris).... tapi dari Europe ke UK kat calais akan ada check/cop passport...

Unknown said...

as salam bro..

nak tahu sedikit info pasal sewa kereta tu...biasanya bila masa kat sixt tu nak amik kereta, berapa lama urusannya yer? Kerana saya nak book tiket feri, jadi nak tahu time terbaik untuk feri berlepas. Saya book kereta di sixt tu jam 10.00am. Pukul berapa sepatut saya book ferri? TQ BRO

Mohamad Azhar said...

Wassalam Naquib,

Saya dah reply email. Harap dapat membantu.. :)