Wednesday 19 July 2023

Crash Landing On You in Switzerland ~ Day 6

 Assalamualaikum dan  Salam Sejahtera

Hari ni travel jauh sikit ke salah satu tempat antara tercantik di Swiss. Nak tahu cantik dia macam mana.. jomm terus baca...


Day 6 ~ Khamis, 6 Oct 2022

Awal pagi dalam pukul 8 kami dah keluar. Hari ni kami nak pergi Zermatt, kemudian ke Gornergrat nak tengok puncak Matterhorn. Jarak Zermatt dari rumah dalam 92km je dan perjalanan akan ambil masa dalam 2 jam lebih. 

Dalam perjalanan hari ini tak semua dengan kereta. Ada laluan kena naik keretapi.

Secara terperinci macam ni,

Kereta (Rumah ke Kandersteg)                                              - 18.5 km / 20 min
Kereta naik keretapi pengangkut (Kandersteg - Goppestein) - 18 km / 20 min
Kereta (Goppestein - Tasch)                                                    - 50.4 km / sejam lebih
Keretapi (Tasch - Zermat)                                                        - 5 km / 7 min

dalam map ni 86.2km tak termasuk train dari Tasch ke Zermat

Tiba di Zermatt nanti kena naik lagi train ke Gornergrat dalam 33-40 min perjalanan..


Road to Kandersteg

Memandu pada waktu pagi memey tenang dan jalanraya pun lengang. Paling best ialah apa yang kami nampak di kiri, di kanan dan di depan pemandangannya sangatlah cantik disajikan hamparan bukit bukau yang puncaknya terang berwarna keemasan bila disuluh sinar mentari pagi. Tak terkata.. memey indah.. 

Dalam kereta yang dipandu oleh Capt Ru sambil berbual sambil melayan koleksi lagu rock kapak 90an dari Spotify yang dibluetooth ke radio kereta. Sesekali ikut menyanyi tapi lirik kelaut.. hehe.. 

Aku pula sibuk ambik gambo dan buat video untuk dikongsi dalam FB, Insta Story dan Tik Tok.. Hasilnya video yang aku record boleh tatap nanti kat bawah sekali diakhir post..

Tenang dan Lengang


Kandersteg - Goppestein

Sembang punya sembang rasa macam baru je keluar rumah rupanya sudah sampai di Kandersteg. Di hadapan nampak ada pondok macam pondok tol. Pondok tu sebenarnya tempat beli tiket keretapi untuk ke pekan seterusnya kerana tiada lagi jalanraya dan semua kenderaan kena naik keretapi... ya naik keretapi pengangkut.. 

Keretapi pengangkut akan bawa semua kenderaan yang datang dari arah Reichenbach im Kandertal, Interlaken, Bern dan sewaktunya untuk ke pekan disebelah sana iaitu Goppestein. Nak ke Zermatt memey kena lalu pekan ni dulu.

Pernah terbaca tentang laluan ke Zermatt kena naik keretapi pengangkut dan hari ini ia menjadi realiti. Sebelum ni dah rasa kereta naik feri semasa Kembara UK-Eropah 2015 dari Dover ke Calais cross Selat British.  Kali ni kereta naik keretapi pula. Cuma beza naik feri semua penumpang kereta kena turun, manakala naik keretapi kena stay dalam kereta. 

Apapun ini satu pengalaman baru yang pasti bila ada orang tanya, "pernah tak rasa kereta nak kapal/feri?" jawab... "dah"... "kereta naik keretapi?.... "pon dah"... yang belum rasa kereta naik kapal terbang je... hehe..

lepas beli tiket kat pondok ni, gerak depan sket terus masuk ke dalam keretapi

dah kat dalam perut keretapi pengangkut

Harga tiket keretapi pengangkut ialah CHF27 (RM129.60) untuk sehala. Bayaran untuk kenderaan je.. penumpang tak perlu..

bersamaan RM129.60

ini route kereta naik keretapi cross gunung

Perjalanan train Kandersteg - Goppestein ambil masa dalam 15 min dan sebahagian besar lalu dalam terowong. 

Sepanjang perjalanan dalam terowong suasana gelap gelita dan senyap sunyi sebab engine kereta kena matikan dan kalau nak bukak radio kena tukar siaran yang ditentukan.

Goppestein

Keluar dari train perjalanan seterusnya menuju ke pekan Tasch. Jarak dalam 50km dan laluan jalan ada yang naik turun bukit, layan corner dan sesekali masuk pekan keluar pekan. 

Kelebihan memandu di Swiss susah nak mengantuk sebab seronok layan pemandangannya yang indah belaka. Walaupun jaraknya jauh tapi rasa macam dekat je dan tiba-tiba dah sampai... 

Route Goppestein ke Tasch


Bas ni pun menghala ke Zermatt agakya

Tempat kami parking kereta... tak jauh dari Train Station Tasch

Tasch

Pekan Tasch adalah jalan mati dan pekan terakhir boleh bawa kenderaan sebelum ke Zermatt. So, nak ke Zermatt kena parking kereta kat sini dan ambil train.

Untuk info, Zermatt adalah kawasan pelancongan yang diharamkan menggunakan kenderaan petrol. Di sana semua kenderaan guna elektrik/bateri. Kereta kuda pun ada. Nak tau macamana rupa pekan tu... aajomm...


Tempat parking betul-betul depan train station

Kat Tasch kami parking di Alpine Parking Parkhaus Tasch. Lokasinya kat depan train station. 

Capt Ru yang cadangkan parking kat sini sebab murah. 

1 jam = CHF 1 (RM4.8) 
24 jam = CHF 11 (RM 52.8)

Hilang tiket = CHF120 (RM576)... mahai woo kalo tiket hilang... huhu..

Tasch Train Station

Boleh beli tiket kat mesin atau kat kaunter

Tekan-tekan nak beli tiket

Harga tiket return Tasch-Zermat-Gornergrat = RM606.72

Di Tasch Station boleh beli terus tiket train ke Gornergrat. 

Gornergrat adalah station last, paling tinggi dan paling dekat kalau nak tengok Matterhorn.

Kat bawah ni contoh pilihan laluan dan harga tiket train, 

Dewasa
Tasch - Zermatt - Tasch            = CHF 16.40 (RM78.72
Zermatt - Gornergrat - Zermat = CHF 110 (RM528)
Tasch - Zermatt - Gornergrat - Zermatt - Tasch = CHF 126.40 (RM606.72)

Kanak-Kanak 6-16 tahun
Tasch - Zermatt - Tasch            = CHF 8.20 (RM39.36)
Zermatt - Gornergrat - Zermat = CHF 55 (RM264)
Tasch - Zermatt - Gornergrat - Zermatt - Tasch = CHF 63.20 (RM303.36)

Note : Kalau ada Swiss Pass harga jadi separuh

So, kita ada pilihan bila datang Zermatt samada nak jalan-jalan kat pekan aje atau naik ke Gornergrat. Pilihan di kocek anda...

train route map dari Tasch hingga ke Gornergrat... gambo cilok dari web page Gornergrat Railway

next train ke Zermat lagi 20 min

bincang sambil tengok map di hadapan Meet the Matterhorn

ok train dah sampai

Dekat je jarak train ni dalam 12 min perjalanan..

dalam train Tasch ke Zermat

langit biru contras dengan tanah bukit dan pokok-pokok di musim autumn

Kami geng Swiss 2022 aka penduduk P10 BDO dah sampai Tasch

wefie dulu depan train kami naik tadi

Zermatt

Zermatt merupakan pusat peranginan gunung yang terkenal dengan aktiviti seperti main ski, mendaki dan hiking. Lokasi pekan terletak di selatan negara Swiss dan berada di kaki gunung Matterhorn. Pekan ini meliputi kawasan sehingga ketinggian 1600 meter dari paras laut. 

Di Pekan ni selain ada hotel-hotel, butik-butik, kedai makan, juga ada kedai jual jam berjenama buatan Swiss seperti Rolex dan lain-lain. 

Bagi mereka yang suka dengan aktiviti pergunungan ini tempatnya dan bagi kaki jalan macam kami datang Zermatt untuk menikmati keindahan pemandangan ciptaan Allah swt.

Pekan Zermat... dari celah sini boleh nampak puncak Matterhorn...  kelihatan juga teksi EV

antara kedai-kedai kat Zermatt

Butik Hamilton.. ada jual jam jugak..

Di pekan Zermatt sementara tunggu next train kami jalan ke kedai-kedai berdekatan dan salah satunya kedai jual jam Rolex. Bila tengok harga... mak aii... boleh beli rumah kat Malaysia... 

Bagi peng-collector jam Rolex takde hal harga puluh ribu tu halus je bagi mereka. Boleh jual balik dan dapat untung katanya sebab tu dorang sanggup beli.. yang penting kena modal dulu ratus ribu. 

Bagi aku jam mahal atau murah sama je tetap masanya tak lebih, tak kurang 24 jam.. hehe


Train ke Gornergrat

dalam map ni 46 min.. dalam web declare 33 min.. aku pun tak ingat yang tepat.. rasa macam 40 min

Sekejap je kami jalan-jalan kat luar station. Bila masuk semula kelihatan ramai orang dah beratur. Kebanyakkannya orang putih. Kitorang pun putih gak sejak 6 hari kat Swiss, cuma ada campur coklat sikit... hehe...

Beratur nak naik train ke Gornergrat

Tepat pukul 12 tengahari keretapi bergerak ke Gornergrat. Kelajuan pergerakkan keretapi dalam 10-15km sejam.. Tak berapa laju disebabkan faktor mendaki ke puncak..

Dalam train.. Capt Ru dok sana... aku dok sini...

dari celah sini tak nampak puncak Matterhorn

Perjalanan dari station mula-mula merentasi kawasan hotel-hotel, kemudian lalu kawasan perumahan dan dari celah-celah perumahan dah boleh nampak puncak Matterhorn. Masa tu dah teruja dan  terpukau dengan keindahannya yang menjadi latar kepada rumah-rumah orang kampung Swiss. 

Cuaca pulak cerah dan langit biru semakin menyerlah keindahannya.. Semakin tinggi keretapi bergerak semakin jelas nampak puncak Matterhorn.. Saujana mata memandang dan tak sabar nak sampai atas..

Gambar dari camera Capt Ru... sudah kelihatan puncak Matterhorn

Makin jelas..

Semakin tinggi keretapi bergerak semakin jelas kelihatan..

Macam dekat je..

Masa ni dah nak dekat sampai station Gornergrat

Kira-kira 40 min perjalanan kami sampai di Station Gornergrat. Alhamdulillah.. cuaca cerah, langit membiru dan puncak Matterhorn jelas kelihatan tanpa dilindungi awan..


Gornergrat - 3069 meter & Matterhorn


Matterhorn ni kalau perasan adalah logo pada coklat Toblerone. Sebab tu kami dah siap-siap bawak  cokelat Toblerone untuk bergambar sekali dengan memadankan kotak coklat dengan puncak paling atas Matterhorn yang bentuknya macam piramid.

ni tengah shoot nak matchkan logo pada cokelat dengan puncak Matterhorn

aku dan Matterhorn

ngam logo Toblerone dengan puncak sebenar Matterhorn.. Credit to Capt Ru yang snap gambo ni..

dapat cecahkan jari kat puncak Matterhorn

lagi dengan Matterhorn

Kami bertiga dan Matterhorn

Serba sedikit tentang Matterhorn, tingginya 4478 meter. Puncaknya berbentuk seperti piramid dan berada di sempadan Swiss dan Italy. Di Swiss, Matterhorn merupakan salah satu daripada 48 puncak yang melebihi ketinggian 4000 meter.

Nama Matterhorn berasal dari bahasa jerman 'Matte' bermaksud 'padang rumput' dan 'Horn' iaitu 'tanduk' atau 'puncak'.

Banyak lagi maklumat tentang Matterhorn antaranya siapa orang pertama mendaki, kedua, ketiga dan kalau korang nak tahu lebih lanjut kena google sendiri. Panjang pulak kalau nak tepek kat sini.. 

Pada aku bila sudah berada di sini adalah pengalaman yang sangat indah dan satu kepuasan bila dapat melihat kebesaran ciptaan Allah swt di depan mata. Sementara ada masa kat sini ambil lah gambar sepuasnya sampai lebam. Nak datang lagi, entah bila... kann...

Kat Gornergrat juga ada bangunan jual cenderamata, coklat dan lain-lain..

Glasier di kaki puncak Matterhorn

sekarang kami kat ketinggian 3100 meter.. bawah tu train station

dari camera Capt Ru

Aku yang sedang mengadap Glasier

Aku lagi..

kami dan Matterhorn... kiri sekali Capt Ir, tengah Capt Ru...

Lagi... bergambo dengan Matterhorn kat Grand Tour

Lebih kurang 2 jam kami luangkan masa di Gornergrat dan kawasan sekitarnya. Pada ketinggian 3000 meter suhu agak sejuk dan udara nipis . Bagi yang tak biasa dengan tempat tinggi boleh kena simdrom sesak nafas atau penyakit altitud tinggi. Alhamdulillah kami bertiga tiada masalah. Cuma Capt Ir je pada mulanya tapi lepas tu ok. 

So, kalau korang pergi tempat tinggi dan tiba-tiba rasa sesak nafas atau pening, jangan panik. Cuba tenangkan diri dengan tarik dan hembus nafas perlahan-lahan. Kemudian bernafas macam biasa. 

InshaaAllah, lepas tu ok.. Kalau ada rasa pening pun ikut je teknik bernafas perlahan-lahan dan InshaaAllah akan hilang pening tu. Sayang.. dah sampai tempat macam ni tapi tak dapat menikmati.. bayar dah lah mahal...

Station Gornergrat... masa turun semula ke Zermatt

Masa dah time untuk tinggalkan tempat cantik ini walau terasa berat hati. Biasalah setiap yang mula pasti akan berakhir. So, jom balik...

Sebelum train sampai sempat lagi ambil gambar buat kenangan. Entah bila dapat datang lagi ke sini..

On the way turun... dari celah tingkap train pun boleh nampak puncak Matterhorn

Aku dalam train

Matterhorn POV dari Riffelsee(Tasek Riffel)

Cerita tentang gambar kat atas ni ada orang tersalah add drop ke phone Capt Ru.. Capt Ru pun share kat kami. Cantik tasek ni berlatarkan Matterhorn... 

Masa dapat gambar ni kami dalam perjalanan turun dan tertanya-tanya kat mana lokasi tasek ni? Tapi apakan daya tak sempat nak google map dan belum rezeki untuk kami dapat sampai ke situ. Takpe, ada alasan nak return Zermatt lagi.. hehe..

Ni aku google map dan share kat sini. Mana tahu kalau korang yang baca post ni atau aku dapat datang lagi ke Zermatt boleh singgah tasek ni. 

Bila tengok dalam map, rupanya tak jauh dari Gornergrat cuma 1 station je iaitu ke Rotenboten. Kemudian dari station kena jalan kaki 450 meter.. Laa... awat tak habaq masa kat sana.. cuma part jalan kaki tu agak mencabar sikit.. dekat 1 km tuu pegi balik... huhu...

Map route ke Tasek Riffel

Ni gambar snapshot dari Google Maps... memey cantik view Matterhorn dari sini.. 

Sesampai je di bawah kami jalan-jalan kejap singgah lagi kat kedai Rolex. Macam nak beli tapi bila tengok harga.. hurmmm... sungguh menyeramkan... nak pakai card credit pun tak lepas... hehe..

Singgah lagi kedai Rolex

Untuk perjalanan balik sama juga macam perjalanan datang. Naik train dari Zermat ke Tasch, kemudian drive ke Gopperstein, pastu naik keretapi pengangkut dan last sekali drive lagi balik ke rumah. Total 2 jam lebih perjalanan.. Sempat sampai sebelum maghrib..

Luncheon Maggi Cup Tom Yam... air panas memey dah siap2 bawak..

Beratur nak masuk keretapi pengangkut

Kena sidai dulu sebelum dapat masuk dalam keretapi

Sebelum masuk beli tiket dulu CHF 27

tengah masuk dalam keretapi pengangkut

ok keretapi pengangkut dah gerak..

otw ke rumah..

Sedar tak sedar dah sampai penghujung kisah hari ke-6 jalan-jalan ke Zermatt. Harap korang suka post kali ini dan tak bosan baca. Abam pun setiap kali tulis dalam blog sentiasa seronok bercerita sebab dapat imbas kembali setiap kenangan yang indah walaupun sudah 9 bulan berlalu. Bila bercerita seolah baru semalam berada kat situ... haha.. 

Harap kepada mereka yang belum pernah datang Swiss direzekikan dapat datang. Kepada yang pernah datang harap dapat datang lagi.. Pada aku Swiss sangat best dan lengkap segala infrastruktur. Walau dikalangan negara mahal tapi puas hati sebab banyak tempat menarik dan cantik. Abam dah 3 kali datang dan rasa macam nak datang lagi sebab ada banyak lagi tempat belum explore.

Semoga Allah izinkan dan permudahkan untuk kita melihat kebesaranNya di mana sahaja disamping bersyukur dengan nikmat yang diberi.. Aaminn..

Ringkasan total kos hari ini, (tukaran masa tu 4.8)

1. Tiket train Kandersteg-Goppestein                   - CHF 27 (RM129.60)
2. Tiket train Tasch-Zermatt-Gornergrat(return)  - CHF 126.40 (RM607.72)
3. Parking di Tasch                                                - CHF 4 (RM19.20)
3. Tiket train Goppestein-Kandersteg                   - CHF 27 (RM129.60)

Total kos dalam RM700 -+ seorang

Ok gais, bertemu lagi pada post akan datang Hari ke-7... InshaaAllah... Robbi Yasir..
https://azhartravelog.blogspot.com/2023/08/crash-landing-on-you-in-switzerland-day.html
Post terdahulu,