Tuesday 15 July 2014

New Zealand bersama Trip Kekawan March 2014 ~ Part 1

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, setelah beberapa bulan bertangguh hari ni baru ada kesempatan update blog. Kali ni destinasi percutian yang nak dicerita ialah New Zealand South Island. Ke sana pada 22hb March dan pulang pada 30hb March. 2 hari perjalanan dan selebihnya 6 hari 5 malam menjelajah pulau selatan New Zealand.

Percutian kali ini berbeza dengan cuti-cuti sebelumnya kerana pergi dengan geng Trip Kekawan yang dikenali melalui Facebook dan dengan Motorhome. Motorhome ialah kenderaan yang tersedia lengkap dengan meja makan, dapur, tandas dan ruang tidur. So, cuti-cuti kali ini menghendaki kami bergerak dari lokasi ke lokasi dan tidak tetap pada satu kawasan. Inilah konsep percutian yang diperkenalkan oleh Trip Kekawan bukan hanya di New Zealand juga tempat lain seperti Eropah, Jepun dll. 

Memang percutian kali ini satu pengalaman yang baru dan paling teruja terutama sekali dapat melihat keindahan alam semula jadi ciptaan Allah swt. Sukar nak gambar dengan kata-kata atau tulisan. Hanya gambar-gambar menjadi saksi.

22-23 March 2014 - Day Travel.
Route : Flight Qantas, Singapore-Sydney-Christchurch (14 jam)


at Changi Airport Terminal 2


Flight Emirates(Qantas partner) Sydney-Chrischurch(3hrs)

Emirates Flight path Sydney-Christchurch

at Christchurch Airport & Motel Airport Lodge

Room at Airport Lodge Motel

Airport Lodge Motel


Jalan-jalan pekan Christchurch






24 March 2014 - Day 1 with Trip Kekawan
Route : Motel - Motorhome deport -Timaru - Qamaru (290km)

Selesai urusan check out di Airport Logde Motel terus ambil teksi ke Motorhome depot yang jaraknya lebih kurang 5km. Di sana bertemu kesemua geng Trip Kekawan yang baru berkenalan lebih kurang 17 keluarga untuk 15 Motorhome. Trip Kekawan diketuai oleh Tuan Haji Zikri juga merangkap founder. 

Selesai urusan penyerahan Motorhome kepada semua peserta dan sesi taklimat maka bermulalah perjalanan menjelajah Pulau Selatan New Zealand. Setiap Motorhome dibekalkan set walkie talkie dan GPS untuk memudahkan sampai ke destinasi.

Motorhome Depot


Our Motorhome FCY 447- jenis ni boleh muat 6 orang dewasa.


Taklimat oleh Tuan Hj Zikri sebelum ambil Motorhome

Taklimat penyerahan set walkie talkie dan GPS

Wakil Appolo ajar cara-cara kendalikan Motorhome dan paling penting buat dumping(buang najis dari Motorhome)

Switch board. Nak pakai baru On. Ada untuk lampu, water heater, dapur, tv dan lain-lain.

Check body Motorhome kalau ada yang kemek kena tanda. Kalau tak masa pulang kena bayo.

Pilot and Co-Pilot



Tengah kusyuk bawak Motorhome

Destinasi pertama singgah at Thin Shed - Original jual produck NZ

Destinasi ke-2, mari makan es krem

Real Fruit Ice Cream

Jalan-jalan kena pakai GPS, kalau tak sesat nanti

Qamaru... 81km lagi.... jalan lengang!

Destinasi ke-3 singgah at Wallaby Park - tempat kangroo kecik

Jeem jumpa nenek sedara at Wallaby Park.
Sesi briefing sebelum masuk kandang Wallaby.



Syirah & Wallaby... memey kecik specis kangaroo nii. Kalo panggang pun takda isi.

Ada makanan baru nak dok dekat



Anak Wallaby. Lagi kecik.

Sesi begambo sebelum bergerak ke destinasi seterusnya.

1st Check Point - Lincon Street Campsite

Tempat tido, masak untuk 6 hari 5 malam


Route for Day 1

Bersambung..... Part 2

26 comments:

Hj JOe said...

Bila nak sambung? Menarik cerita anda

Mohamad Azhar said...

InshaaAllah... soonn... hehe

Anonymous said...

Tlg bg fon utk sy hubungi pengurus

Mohamad Azhar said...

Pengurus yg mana satu nak? ;)

Anonymous said...

Agak2 belanja per pax berapa ye?

Mohamad Azhar said...

dalam rm4-6k... yg mahal tiket flight dlm rm2-3.5k per ticket...

Anonymous said...

Sangat2 menarik.
Gambar2 cantik.
Merancang nak gi Mac tahun depan
Mohon sambung cerita utk bimbingan bg kami.
Syukran

Mohamad Azhar said...

InshaaAllah... sedang siapkan part 4.. terima kasih kerana berkunjung ke blog saya... :)

Said Jaapar said...

Thanks for sharing, jika diizinkan Allah berhajat in dec 2015, insyaAllah .��

Hafizan said...

Bos mcm mane buang najis2 terkumpul tu? Mcm mengerikan jer huhu

Mohamad Azhar said...

@hafizan... nanti masa ambil motorhome dorang ajar cara macam mana... senang jer bro... hehe

@unknown 3 dec, 2201... inshaaAllah.. nov & dec kt NZ musim paling cantek...

Unknown said...

Salam....tumpang ye tn tanah...kami 6 beranak insyaAllah akan ke nz 27/11 -6/12/2015..nak cr buddy travel utk konvoi motorhome...sesiapa berminat boleh wassapp 0136373471...tq again tn tanah

alizal said...

Memang best trip Motorhome ni! Kami dah cuba masa kat Melbourne haritu...

Maybe next trip Europe atau NZ macam u dah pergi ni...

Mohamad Azhar said...

@alizal..

yup... memang seronok dan paling penting dapat tengok keindahan alam. terima kasih tuan sudi singgah blog saya.. boleh tukar-tukar address blog ni... :)

Unknown said...

Salam,

Saya minat nk bwk family naik motorhome ni, tp xtau nk plan macam mana, bole bg tip on how to start planing this trip.. thanks

fatenbalqis@gmail.com

Mohamad Azhar said...

Wassalam puan faten,

Tipnya,

1. Nak ke NZ pulau selatan atau utara? Saya cadangkan pulau selatan kerana lebih banyak pemandangan yang cantik.

2. Kena pilih tarikh untuk pergi. Saya cadangkan pergi pada bulan Nov-Dec atau Mac. Sesuai kalau pergi dengan keluarga yg ada anak sekolah. For info, Nov-Dec di NZ ialah musim summer dan Mac musim autumm. Musim di NZ terbalik dengan Eropah. Winter di NZ pada bulan 6 hingga 10.

3. Selepas pilih tarikh(sekurang2 6-8 bulan) step seterusnya beli tiket flight. Nak murah beli masa Matta Fair. Jika nak pegi bulan 11-12 boleh beli pd bulan 3(tahun yg sama). Jika nak pegi bulan 3, beli pada tahun sebelumnya pada bulan 9. Range harga tiket dari KL/Spore ke Christchuch(klau ke South) dlm RM2700-RM3500. Biasanya kena transit samada di Sydney atau Auckland. Boleh survey tiket di sini, www.skyscanner.com

4. Selepas confirm tarikh travel dan beli tiket flight kemudian book motorhomes. boleh pergi ke web ini... https://www.newzealand-motorhomes.com/

5. For info, semasa kembara dengan motorhome kena park di tempat tertentu iaitu campsite, boleh ke web ini untuk lokasi dan plan iternary.. http://www.tourism.net.nz/accommodation/campsites-and-holiday-parks

6. Lain-lain puan boleh baca blog saya tentang kembara saya untuk info lanjut.

Akhir sekali, terima kasih sudi baca blog saya.. :)

TQ

Foo said...

Motorhome punye bathroom besar dan selesa x? Atau pun muat2 badan je? Sewa motorhome ni berapa? Thank you.

Mohamad Azhar said...

Hai foo,

Motorhome bathroom tak berapa besar, lebih kurang 3x4" aje. Sewa motorhome boleh check kat website ni(utk appolo) http://www.apollocamper.co.nz/

ada beberapa company lain spt maui, britz dan lain2..

Maaf terlambat feedback.

TQ

Unknown said...

Salam.. Mohon email tuan utk share ur trip to NZ south for april 2016.. Sy. Berhajat juga nak ke sana. Tk

Mohamad Azhar said...

hai Farhana,

my email : kumbang959@gmail.com

HAZRI said...

salam..klau boleh share...sy satu family 3 dewasa 1 kanak2 umur 11 thn dan 1 kanak2 umur 2.5 tahun...nk amik motorhome 4 berth atau 6 berth yer...sbb yg kecik tu bleh tidur dgn parents

HAZRI said...

salam..klau boleh share...sy satu family 3 dewasa 1 kanak2 umur 11 thn dan 1 kanak2 umur 2.5 tahun...nk amik motorhome 4 berth atau 6 berth yer...sbb yg kecik tu bleh tidur dgn parents

Mohamad Azhar said...

Hai Hazri,

Amik motorhome 4 berth pon boleh... hage lebih murah dan saiz lebih kecil bagi mereka yg tak biasa drive lori 1 tan... :)

HAZRI said...

maknanya tak jd kesalahan travel 5 org tapi ambil 4 berth shj

HAZRI said...

ok ke klau ambil motorhome run by family biznes drpd company (apollo, maui etc) sbb lebih murah

Mohamad Azhar said...

Hazri,

Travel 5 org tapi ambil 4 berth takde masalah di NZ. Melainkan kalau semua penumpang tu dewasa nanti tak selesa utk tidur dlm motorhome sbb sempit.


Masa saya pergi NZ hari tu sewa Apollo. Maui pon Ok.