Salam semua,
Bertemu lagi kisah seterusnya Part 2.
Yang belum baca post terdahulu boleh baca link di bawah,
Day 4 ~ Isnin, 3/12/25, South Island
Christchurch - Lake Tekapo - High Country Salmon - Lake Ruataniwha Holiday Park
8 am - Aku, Insyirah dan biras(Jef & Amir) dah gerak ke Christchurch Airport untuk pulangkan MPV sewa. Kemudian ke RV Super Centre untuk pick-up Motorhomes.
Sepatutnya ada shuttle ambil kami di airport tapi tunggu punya tunggu macam takde pulak. Terus ambik Uber. Tempat pick up Motorhomes tak jauh dalam 2km je.
10.30 am - Selesai proses ambil Motorhomes. Dalam 2 jam ya sebab hari ni agak ramai yang juga macam kami nak mengembara ke South Island dengan Motorhomes. So, kena tunggu giliran.
Ada 3 proses,
1. Register dan isi borang. Masa ni kena pastikan setiap pemandu bawa lesen fizikal yang sah.
2. Lepas isi borang dan jawab beberapa soalan kemudian hantar ke kaunter. Tunggu sehingga nama dipanggil.
3. Sesi briefing cara mengendalikan Motorhomes oleh wakil RV dan handover.
Terasa agak lama jugak sebab kena tunggu giliran. Sesi briefing dan handover dalam 1/2 jam je..
![]() |
| ni briefing session dan kemudian handover motorhomes |
Dari tempat pick up Motorhomes di RV Super Centre kami kembali ke homestay untuk pick up ahli keluarga lain.
11.15 am - Kembara ke Pulau Selatan bermula. Lokasi pertama yang dituju ialah Lake Tekapo.
![]() |
| 3 jam perjalanan dari Christchurch ke Lake Tekapo |
3.30 pm - Tiba di Lake Tekapo.
Lake Tekapo terkenal dengan air glasier biru turquoise yang indah dan berlatarbelakangkan pergunungan bersalji. Di tebing tasik pula terletak sebuah bangunan ikonik iaitu Church of the Good Shepherd. Selain itu Lake Tekapo terkenal sebagai pusat pemerhatian bintang Milky Way bertaraf dunia.
![]() |
| kat belakang aku tu binaan ikonik Lake Tekapo iaitu sebuah Church |
| kami dan bunga lupin |
Masa kami datang di tebing tasik dipenuhi dengan Bunga Lupin berwarna-warni yang sangat cantik. Bunga Lupin hanya tumbuh pada akhir musim bunga iaitu pada pertengahan November hingga Disember.
![]() |
| 1st lunch dalam motorhomes.. makanan tu packed kat homestay.. |
6.30 pm - Tiba di lokasi ke-2 iaitu High Country Salmon.
High Country Salmon ialah kolam ikan salmon terapung milik keluarga yang popular di Twizel. Di sini pengunjung boleh memancing, menikmati sashimi segar dan salmon salai panas sambil menikmati pemandangan gunung dan tasik yang indah.
Nasib masa kami sampai masih buka lagi, cuma tiada lagi aktiviti memancing. Kami sebenarnya datang sini cuma nak makan ikan salmon segar je terutama sashimi. Lain bai rasanya kat sini berbanding yang telah dibekukan dan diimport. Kat sini lebih segar dan sedap.
![]() |
| kelihatan my niece Ainul Mardhiah di situ |
![]() |
| Sashimi kat sini rasa dia memey padu |
![]() |
| Alhamdulillah... muka puas hati dapat makan ikan salmon fresh |
8.30 pm - Check in Lake Ruataniwha Holiday Park.
Holiday Park ni terletak kat sebelah Lake Ruataniwha dan 4.5 km jer dari High Country Salmon.
![]() |
| baru masuk waktu Maghrib |
![]() |
| Twin motorhomes untuk 9 adult dan 2 child family members |
![]() |
| selesai hari pertama dan malam pertama tidur dalam motorhomes |
Day 5 ~ Selasa, 4/12/25, South Island
Lake Ruataniwha Holiday Park - Cromwell - Kawarau Gorge - Queenstown Creeksyde Holiday Park
11.15 am - Check out. Lewat sikit sebab pagi tadi hujan. Perjalanan hari ini menuju Queenstown dan plan asal nak pergi beberapa tempat antaranya Wanaka Tree, Mount Cook dan Cromwell.
Wanaka Tree dan Mount Cook terpaksa skip sebab takut sampai Queenstown lewat. Kalau nak pegi 2 tempat ni kena extra 1 hari lagi sebab laluan tak bersambung ke tempat lain. Laluan sama pergi dan balik. Frust gak sebab 2 tempat tu aku tak pernah pegi walau ini kali ke-2 aku kembara ke South Island.
![]() |
| Lindis Pass.. antara jalan raya rentas bukit bukau tercantik di South Island.. |
![]() |
| sebelah kanan tu Lake Dunstan |
2 pm - Singgah Cromwell untuk makan fruit ice cream.
![]() |
| Ice Cream ni 100% dari buah... boleh pilih nak strawberry, blueberry dll |
![]() |
| pokok berry... kat sini kalau datang musim autumn lagi cantik |
3.30 pm - Kawarau Gorge.
Sebuah ngarai yang terletak di Otago yang menghubungkan Queenstown dan Cromwell melalui Lebuhraya Negeri 6.
Untuk yang suka terjun bungy boleh singgah kat Jambatan Gantung Kawarau Gorge iaitu tempat kelahiran terjun bungy komersial.
![]() |
| aku, jeram dan alam... |
![]() |
| mama, syirah dan ayah |
5.30 pm - Check in Queenstown Creedside Holiday Park
![]() |
| masa check in akan dapat map ni tunjuk tempat parking motorhomes |
![]() |
| kali dapat betul-betul dekat dengan Toilet & Pantry |
6.45 pm - Keluar jalan-jalan pekan Queestown. Nak makan burger halal famous kat sini FergBurger. Sebelum keluar booking dulu by call. Nanti kat kedai tinggal bayar dan ambil.
Dari holiday park ke pekan dalam 1.5km jalan kaki.
![]() |
| kalau tak booking kena beratur panjang |
![]() |
| ni rupa Fergburger.. besar saiz dia |
![]() |
| ikut style orang NZ.. berkelah makan burger kat padang sebelah tasik |
Serba sedikit tentang Queenstown merupakan bandar yang terletak di pinggir barat laut Tasik Wakatipu. Tasik Wakatipu merupakan tasik yang panjang berbentuk S dan mempunyai pemandangan pergunungan yang indah dan menawan terutama pada musim winter.
Ada berbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti skydiving, jet boating, naik cable car di Skyline dan macam-macam lagi.
Oleh kerana kami sampai Qeenstown dah petang, selepas makan burger kami jalan-jalan kat tepi Tasik.
![]() |
| ada yang nak makan oysters |
![]() |
| jeti untuk naik cruise |
![]() |
| Tasik Wakatipu dan pergunungan |
![]() |
| sunset.. masa ni dah on the way balik jalan kaki ke Holiday Park |
![]() |
| Route map perjalanan hari ke-5, total 200km |
Day 6 ~ Rabu, 5/12/25, South Island
Queenstown - Glenorchy - Te Anau
9.30 am - Hari ini lokasi pertama ialah Glenorchy iaitu pekan yang terletak di penghujung utara Tasik Wakatipu. Jarak dari Queenstown lebih kurang 47km dan 50 min perjalanan. Pekan ini bukan saja indah dengan pemandangan pergunungan juga terkenal sebagai lokasi penggambaran "Middle-earth" untuk The Lord of the Rings dan The Hobbit.
Asalnya Glenorchy takde dalam iternary tapi Insyirah yang ajak pergi sini. Bila dah sampai memey cantik pekan ni dan wajib datang kalau dah pegi Queenstown. Patut lah producer LOTR & The Hobbit jadikan tempat ni antara lokasi filem.
![]() |
| sebelah kiri ialah Tasik Wakatipu |
![]() |
| bangsal merah ikonik Glenorchy |
![]() |
| penghujung utara Tasik Wakatipu |
![]() |
| ada jeti tempat nak Ootd |
![]() |
| pekan Glenorchy dan latar belakang gunung ganang bersalji |
1.30 pm - Dari Glenorchy kami patah balik ke Queenstown semula untuk aktiviti di Skyline.
Di Skyline Queenstown kami nak naik Cable Car untuk ke Bob's Peak setinggi 450 meter. Dari atas selain dapat tengok panorama Tasik Wakatipu juga boleh naik Luge. Selain tu ada cafe dan kedai jual sourvenir.
Harga tiket cable car NZD66 untuk adult dan NZD42 untuk child umur 5-14. Free untuk bawah 5 tahun. Kalau nak naik luge kena tambah NZD22 untuk 2 kali rides.
| gambar ni dapat snap free siap dan termasuk dalam harga tiket cable car |
| gambar ni snap sebelum naik cable car.. background belakang tu template |
![]() |
| Family Luge rides |
5.30 pm - Tinggalkan Queenstown dengan kenangan indah untuk ke lokasi seterusnya iaitu Te Anau.
Dari Queenstown menghala Te Anau akan lalu pekan Kingston iaitu penghujung selatan Tasik Wakatipu. Hari ini dari utara(Glenorchy) hingga selatan(Kingston) kami lalu jalanraya dipinggir tasik yang panjangnya lebih kurang 92km. Bandar Queenstown di tengah-tengah antara utara dan selatan tasik.
Total jarak Queenstown -Te Anau dalam 172 km dan 3 jam perjalanan kalau tak singgah. Tapi kami ada singgah pekan Mossburn untuk toilet break dan solat.
9.30 pm - Alhamdulillah.. selamat sampai dan check in di Te Anau Lakeview Holiday Park.
![]() |
| kat Te Anau Holiday Park dapat parking site depan toilet dan pantry |
![]() |
| route map perjalanan hari ke-6 |
Sekian kisah perjalanan family trip untuk hari ke-4, 5 dan 6. Perjalanan seterusnya bersambung part 3.. inshaaAllah..
Post terdahulu,




































No comments:
Post a Comment