Sunday 19 June 2016

Kembara New Zealand North, 10-19 March 2016 ~ Hari ke 6

 Assalamulaikum..

Setelah berada di Rotorua 3 hari 2 malam, hari ini kena gerak ke destinasi seterusnya iaitu ke The Hobbiton di daerah Matamata. The Hobbiton adalah lokasi utama shooting filem Lord of The Rings. Bagi yang sudah menonton filem The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring (2001), di permulaan cerita dipaparkan perkampungan Hobbiton(baru tengok sebab tu tau.. hehe).

The Hobbiton juga merupakan lokasi wajib singgah kalau ke Pulau Utara New Zealand. Kata orang bukan ke North NZ kalau tak ke The Hobbiton. Bayaran masuk untuk seorang ialah, Adult $75 / Youth (10 – 14) $37.50 / Child $10. Harga RM kena X 2.8(ni currency masa March 2016)

Perancangan route hari ini ialah,

1. Rotorua - Matamata(The Hobbiton Movie Set)
2. Matamata - Cathedral Cove(tepi laut tempat shooting filem Narnia : Prince Caspian) & batu besar seolah terapung atas laut dan membentuk 2 teluk kecil.
3. Cathedral Cove - Coromandel(Campsite)

Begambo depan rumah Bilbo and Frodo

Rotorua - Matamata

Route 1 : Rotorua - Matamata(Hobbiton Movie Set)
Sebelum terus ke Matamata kena beli tiket dulu sebab kalau beli walk-in di Hobbiton Movie Set hage tiket standard. So, kami beli kat Rotorua Ticketing Centre. Untungnya beli kat situ dapat diskaun. Lagi satu kat situ dapat bergambar dengan Gandalf dan interior ticketing centre tu penuh dengan gambar kampung Hobbiton dan The Shire. Jom usha!

The Shire

Kawe n Galdalf @ The Hobbiton Ticketing Centre, Rotorua

Sejibik..


Cerita tentang The Hobbiton ni asalnya ialah ladang kepunyaan Alexander Family. Kemudian disewa lalu diubah lanskap ladang menjadi perkampungan kaum Hobbits. Terdapat lebih kurang 37 rumah Hobbit dan lain-lain seperti taman, kilang, jambatan, pokok-pokok oak dan The Shire dibina semata-mata untuk penggambaran filem LOTR pertama bermula pada tahun 1999. Kemudian, pada tahun 2010 ia dibina semula untuk shooting filem The Hobbit. Yang ada pada hari ini ialah selepas dibina semula untuk shooting The Hobbits dan untuk pelancongan.

Info lain, The Hobbiton merupakan set penting dalam filem LOTR di mana orang Hobbit merupakan nadi utama filem. Menurut Peter Jackson, lokasi ladang ini dipilih kerana ada ciri-ciri seperti dalam novel dan umpama kawasan purba England. 

Tentang pencarian pelakon untuk Hobbits melalui audition ketinggian pelakon diperlukan tak lebih dari 150cm. Ramai juga diperlukan tuu..

Pekan Matamata... Hobbiton Centre.. sini pun boleh beli tiket dan naik bas dari sini...
Sebelum ke Hobbiton Movie Set lunch dulu di sini kat pekan Matamata...
Dari pekan Matamata ke drive 16km ke Hobbiton Movie Set


The Hobbiton

Here I'm at The Hobbiton Movie set


Setelah tiba di Hobbiton Movie Set kena tunggu untuk giliran naik bas ke kampung Hobbit berdasarkan jadual kitorang book. Adalah dekat 40 min kena tunggu. Sempatlah ambik gambo mana yang patut.

Dari Hobbiton Movie Set kena naik bas ke ladang/kampung Hobbit dan ditemani seorang tour guide Jane namanya. Seterusnya biar gambar berbicara..

Dari Movie Store kena naik bas ke ladang Hobbiton Movie Set
Ini Jane, our tour guide aka tukang cerita pasal The Hobbiton.. info pasal The Hobbiton banyak dapat tau dari dia..
The only rumah hobbit boleh masuk tapi setakat pintu je..




view dari rumah Bilbo..




ni rumah Galdalf rasanya...




atas rumah Bilbo/Frodo ni ialah pokok Artificial yg diimport dari Jepun... bukan pokok betol tuu..

Geng MPVian... Geng Motorhome takde sebab dorang datang awal...




begambo kat kat tiang lampu kampung hobbit... 
Sape punya ni kereta tarik...

Yes! JDT at The Shire..
Inside The Green Dragon in the Shire
Gelas-gelas tu semua sama bentuk yang dalam filem LOTR & The Hobbits




Baju hobbit bole try...
Matamata - Cathedral Cove

Selesai di The Hobbiton, destinasi seterusnya ialah ke Catheral Cove. Dekat 3 jam perjalanan dari Matamata dan sepanjang perjalanan hujan.

Kami tiba di Cathedral Cove dalam pukul 5.30 petang. Agak lewat untuk hiking ke tepi pantai dan tengok batu besar terapung yang dimaksudkan. Katanya kalau nak hiking pergi dan balik lebih sejam. So, cuma ambik gambar dari atas je. Lagipun cuaca tak berapa baik dan masih hujan.

Route 2 : Matamata - Cathedral Cove(Hahei)

Dari atas... entah mana satu batu terapung tuu
Zoom pon tak sure mana satu..
Baca info je... hehe


Cathedral Cove - Coromandel

Kami berada di Cathedral Cove cuma setengah jam aje. Macam takde apa sangat kat sini. Mungkin sebab hujan so view jadi tak berapa menarik. Ambik gambar pon macam kelam. Takpe, yang penting dah sampai sini.

So, next destinasi ialah ke campsite terakhir untuk kembara NZ North di Coromandel TOP 10 Holiday Park. Kalau plot route kat maps macam sejam perjalanan tapi hakikatnya lebih dan ada peristiwa cemas berlaku.

Ceritanya, lebih kurang setengah jam perjalanan Kapten Anuar baru perasan minyak MPV dia dah E. Masa tu dah masuk laluan kawasan jalan raya tanah tinggi, bukit bukau dan hutan belantara yang mungkin takkan jumpa pam minyak. Ada lebih kurang 40km perjalananan. Pulak tu hari dah lewat petang dekat Maghrib. 

Apa pun perjalanan mesti diteruskan dan bersedia menghadapi kemungkinan. Memey merisaukan masa tu. Hanya doa mengiringi perjalanan kami.

Route 3 : Hahei-Coromandel
Singgah solat sini... ada pulak bilik kosong cuma takde air... bilik toilet tu kunci..
Masa ni Kapten Nuar cakap minyak dia dah E... fuh!

Macam laluan balak pun ada...
Coromandel... view from pam minyak...
Coromandel Top 10 Holiday Park reception office..

Alhamdulillah... kami tiba di pekan Coromandel pukul 7.30 petang dan terus ke pam minyak. Walau pekan Coromandel masa tu sudah sunyi sepi sebab hampir semua kedai dah tutup, nasib pam minyak bukak.

Malam-malam aktiviti di campsite cuma masak untuk dinner, lepak-lepak dengan geng MPV & Motorhome dan kemudian tidur... sebab esok ada satu lagi perjalanan balik ke Auckland...

Sekian travelog Hari ke-6 dan bersambung Hari ke-7...