Wednesday 6 February 2019

Kembara Eropah 2018 France-Italy-Swiss 20 Oct-1 Nov ~ Hari 7

Assalamualaikum wbt.

Hari ke-2 di Jungfrau, Switzerland ingatkan cuaca cerah macam semalam rupanya tidak. Betullah apa yang diberitahu oleh Weather Apps @ IOS iaitu sepanjang 3 hari seterusnya di sini cuaca akan mendung kemudian hujan dan kemungkinan salji. Biasanya kalau hujan pasti ada salji tapi tak semua tempat di kawasan Lauterbrunnen dan sekitarnya akan ada salji. Hari ini dekat area Jungfrau Camping belum nampak tanda-tanda salji. Cuma kat cermin kereta nampak ada air hujan dah jadi ais.

So, rasa-rasa hari ni jumpa salji tak? Nak tahu, kena baca sampai habis post ini.

Hujan malam tadi... ada kesan air hujan beku kat cermin depan kereta..
Hujan reda kejap... masa untuk keluar jalan-jalan


Hari ke-7 ~ 27 Oct 2018

Malam tadi hujan turun renyai-renyai sampai ke pagi. Dalam pukul 8 lebih baru hujan reda sket. Suhu pagi ni dalam 3-4 celcius. Sejuk memey sejuk.

Di kawasan Lauterbrunnen ni ada banyak aktiviti luar boleh buat seperti hiking dan kayuh basikal . Tapi memandangkan cuaca mendung dan sejuk pulak tu jadi kita buat aktiviti jalan-jalan melawat kawasan berdekatan je.

Lagi satu aktiviti naik ke Jungfraujoch Top Of Europe(3,466 metres). Aktiviti ni kena naik train ke station paling tinggi di Eropah dan bayarannya boleh tahan mahal iaitu rm700-800. Fuh! dah macam hage tiket flight pegi Perth, tak pun Maldive. Fikir punya fikir kalau naik ke puncak tu dengan cuaca kelabu la ni memey tak nampak apa-apa. So, tak yah.

Jadi, untuk hari ini, plan nak jalan-jalan kat bandar berdekatan je di Interlaken dan Grindelwald. 2 bandar ni masa 2015 kawe tak sempat nak pegi. Jadi kali ni nak pegi tengok apa ada kat sana.

Oleh kerana tak dapat nak hiking atau naik ke Jungfraujoch jadi kawe share gambar-gambar yang dicilok dari google dan info macamane nak ke Jungfraujoch.

Hiking... musim panas je sesuai (gambar cilok @ google)
Lauterbrunnen map... (gambar cilok @ google)... banyak air terjun hasil dari glasier dari puncak gunung..
Bandar-bandar @ Jungfrau Region dan Top of Europe... (pon gambar cilok @ google)

Jungfraujoch Top of Europe, the highest station in Europe...








Interlaken

Dinamakan bandar ini Interlaken kerana bandar ini terletak di antara dua tasik(Inter - Lake) iaitu  Lake Thun dan Lake Brienz. Uniknya bandar ni bukan saja kerana terletak di antara 2 tasik juga dikelilingi Swiss Alps. 

Berbanding Lauterbrunnen dan Grindelwald kedudukan bandar ini ke bawah sikit namun tetap berada 600 meter dari paras laut. Suhu kurang sejuk sket 2-3 celcius tapi pada musim autumn ni tetap bawah 10 celcius. Nak jalan-jalan kat sini kena pakai jaket tebal bukan saja sebab sejuk juga sebab hujan.

Ada apa kat bandar ni?
Ada kedai-kedai, ada station keretapi, ada museum, ada casino, ada tasik di kiri dan kanan bandar. Tapi aku ke bandar tu cuma nak jalan-jalan, makan-makan, beli sourvenir yang harga mampu dan beli barang runcit untuk bekal hari berikutnya di Jungfrau. 

20km dari Jungfrau Camping site ke Interlaken
Park keta kat sini
target 3 jam je.... tu pun hage dia dah CHF 7 = rm32(4.5)




filem james bond pernah shoot kat sini...


femes swiss produk... pisau lipat
Mahai... sebijik dekat rm32 hinggit...




cekelat..

Tengah jalan-jalan terjumpa plak restoren halal. So, singgah sebab perut memasing dah lapar. Harga ok lah untuk kebab dan burger.

lunch time..




Selepas makan singgah Coop Market untuk beli roti, telur dan lain-lain..



scan ingredent sebelum beli.. pakai google translate cam


cekelat

Apa pelik nama pejabat post dia... Die Post?

kedai groceries halal...

on the way balik parking baru perasan ada lembu kat atas tuu... hehe..


Grindelwald

Mulanya dah book guesthotel kat sini tapi last minit cancel sebab nak duduk kat Jungfrau Camping di Lauterbrunnen. Rasa macam menyesal plak cancel sebab di sini tak kurang menarik berbanding Lauterbrunnen kerana kedudukannya lagi hampir dengan puncak-puncak di Banjaran Alps.

Seperti di Lauterbrunnen pemandangan di sini sangat menakjubkan. Cuma masa kami datang cuaca berkabus lepas hujan jadi tak berapa nampak sangat puncak-puncak gunung seperti Jungfrau dan lain-lain. Salji juga belum kelihatan di sini. Aku jangka esok kawasan ni akan salji turun berdasarkan ramalan cuaca.

Lagi satu yang menarik di sini terdapat perkampungan tradisional yang kebanyakan rumahnya dibuat dari kayu. Teringin pulak nak ada rumah design macam kat Swiss ni.



Latar belakang rumah traditional Swiss
    






Selepas jalan-jalan di Grindelwald kami kembali semula ke Jungrau Camping sebab hari pun dah nak petang. Lagi pun cuaca hujan jadi nak keluar jalan-jalan terbatas.

Lagi satu balik awal ke chalet sebab nak layan bola final Piala Malaysia Terengganu lawan Perak dan kemudian game Liverpool vs Cardiff.


Terengganu vs Perak... Final result Perak Juara!




Liverpool vs Cardiff.... Liverpool menang 4-1




Sekian kisah kembara kami hari ini, bersambung esok Hari ke-8,

Post terdahulu,
Hari Travel & Hari 1

4 comments:

Siti Yang Menaip said...

banyak juga ye option nak dapatkan makanan halal. hehe tengok Grinderwald tingat watak dalam Fantastic Beast tu.. mahalnyaaa souvenirs. tercekik. kalo rege gituu memang beli untuk diri sndiri sajalah. x mampu nak kasi orang kampung. chocs kat sana murah ke ?

Mohamad Azhar said...

Hai @Siti Yang Menaip,

Swiss memang terkenal antara negara mahal kat eropah dan serba serbi mahal. yang murah ialah highway kat sana takde tol. sourvenir kalau nak beli memey utk diri sendiri lah.. harga makanan kat groceries termasuk coklat ok lah banding kat malaysia kalau dah convert murah sket... cuma kalau makan kat restoren ada mahal banyak dari kat France dan Italy...

Anonymous said...

saya adalah pembaca setia blog tuan....Terima kasih atas info-info yang tuan berikan dan sebahagiannya telah saya gunakan sebagai panduan bacpacker saya dan rakan rakan

Mohamad Azhar said...

Hai,
Alhamdulillah.. Terima kasih menjadi pembaca setia blog saya. Semoga kembara tuan dan rakan2 dipermudahkan.. amin..