Showing posts with label Top Of Europe. Show all posts
Showing posts with label Top Of Europe. Show all posts

Thursday, 14 December 2023

Jalan-Jalan Swiss Adik Beradik, 6 - 14 Oct 2023 ~ Part 1

Assalamualaikum wbt

Rasanya baru semalam habiskan cerita trip Swiss 2022, ni ada cerita baru pasal trip Swiss. 

Tapi, aku tetap nak share. Walaupun travel ke negara yang sama tapi dengan geng travel yang berbeza dan pengalaman pastinya juga berbeza. 

Tambahan lagi, ada beberapa tempat yang tak sempat cover tahun lepas dapat pegi tahun ni. Nak tahu apa yang beza trip kali ni? jomm.....


Kenapa pergi Swiss lagi?

Nak cete panjang. Jadi, ringkaskan..

Oct 2022 - Selepas balik Swiss salah sorang adik ipar ajak pegi Swiss tahun depan(2023). Sebagai abang ipar yang sulung aku pun jawab, "jomm"!

Nov 2022 - Adik ipar cakap kawan baik dia 1 family nak ikut (2 dewasa dan 2 budak 10 & 11 tahun). So campur aku laki bini, dia bini laki dan kawan dia sudah ada 8 orang. Hmmm... ramai..

Dec 2022 - Sorang lagi adik ipar yang masih single dan kawan dia juga single nak ikut. So, total dah 10 orang. Masa ni terfikir nak DIY atau guna Private Tour?

26 Dec 2022 - Survey hage pakej Private Tour(PT) yang aku follow dalam FB.

Antara yang termurah untuk 10 orang 9H 7M ialah, 

RM9900 - 1 van + driver > yang ni risiko sempit dan mungkin tak muat untuk beg
RM11400 - 1 van & 1 kereta + driver > PT propose yang ni lebih selesa

Harga pakej ni untuk ground sahaja, tak termasuk tiket flight, makan tengahari/malam dan fee(train/cablecar) masuk ke tempat attractions. Bila totalkan boleh cecah RM15-16k untuk seorang... hmmmm... nak murah kena DIY nampaknya.

Jan 2023 - Cousin wife dengan husband dan anak sorang umur 3 tahun menyatakan hasrat nak ikut... tapi belum kata confirm... kalau confirm dah 13 orang..

Feb 2023 - Aku decide nak DIY Trip Swiss. Tarikh pada 6-14 Okt 2023(plan asal 14-22 Oct).

19 Feb 2023 - Create Grup wassap. Asalnya 10 orang join. Tiba-tiba sorang lagi adik ipar yang bongsu mintak join grup wasap Swiss tapi belum confirm join or tak. Katanya kena pujuk husband dulu..

22 Feb 2023 - Adik ipar yang bongsu confirm ikut bersama husband dan 2 anak kecik (3 tahun dan baby). So total 14 orang semua.

21-23 Feb 2023 - Booking tiket flight untuk 14 orang. Harga rm3300++ seorang. 

Nota : Dalam 14 orang ni ada 6 orang iaitu adik ipar aku laki bini dan kawan dia 4 beranak nak pergi awal ke London dulu. So, aku belikan tiket multicity untuk dia ber-enam. 27/9 > KL-London & 14/10 > Geneva - KL. Dia plan nak pegi awal sebab nak jalan-jalan ke London, Amsterdam dan Paris. So akan bertemu kat Geneva pada 6/10. Masa tu juga ada sorang lagi kawan adik ipar yang ikut pegi London nak join pegi Swiss tapi aku put dia on hold sebab harga hotel akan jadi mahal jika masukkan dia dalam list.

8 Mar 2023 - Booking penginapan iaitu 2 apartment( 3 + 2 bilik) untuk 14 orang.

Apr 2023 - Masa ni Hari Raya ke-3. Cousin wife 3 beranak datang beraya rumah mak mertua dan kata confirm nak join. Aku minta dia arrange sendiri tiket flight, sewa kereta dan accommodation yang sama tempat dan tarikh aku dah book. Masa ni aku benarkan kawan adik ipar join dan share apartment dengan cousin wife. So total ke Swiss jadi 18 orang.

May 2023 - Booking transport(2 van). So, untuk trip Swiss ni ada 2 van. 1 kereta lagi cousin wife book sendiri.

Setel 3 benda penting iaitu Tiket Flight, Penginapan dan Transport. Total kos untuk 3 benda utama ni dalam RM5400 sorang.

Lain-lain seperti makanan, fee attractions, transport fuel/parking/toll ni semua tu nanti time dekat nak pergi baru kira dan collect. Bajet dalam RM3000 seorang. 

So trip DIY ni aku bajet dalam RM8k++ seorang siap semua all in. Jauh lebih jimat dari guna Private Tour. Bezanya aku kena buat keje lebih demi me-realisasikan impian adik beradik nak pegi Swiss.

Itulah ceritanya...

16 dari 18 Geng Trip Swiss 2023


JB ke KLIA ~ Khamis, 5 Oct 2023

11.30 mlm - Bergerak dari JB ke Batu Pahat untuk ambil adik ipar dan kawan dia. 4 orang je dari Johor. Ekceli 7 orang termasuk cousin wife 3 beranak pun dari Johor tapi dia gerak naik kereta sendiri. 

Adik ipar bongsu 4 beranak dok KL jumpa kat KLIA esok pagi. Grup London yang pergi awal pada 27 Sep jumpa kat Geveva esok malam.

Hari 1 ~ Jumaat, 6 Oct 2023

3.45 pagi - Tiba di Salak Tinggi Park & Ride. Park kereta kat sini.

1st time park kat sini... sebelum ni selalu park kat Putrajaya Park & Ride

sebelah je indoor parking dengan stesyen ERL

5.40 pagi - Naik ERL ke KLIA. Dalam 10 min je perjalanan.

di platform tunggu ERL

7 pagi - Check in bag dan kemudian boarding.

11.05 pagi - Flight Emirates berlepas ke Dubai. Sepatutnya 10.25 pagi tapi delay dekat setengah jam. Tak pasti sebab apa delay. Flight pulak penuh sebab ada jamaah Umrah sekali.

Flight to Dubai

1.55 ptg(waktu Dubai) - Tiba di Dubai Terminal A. Terus ke connecting gate di Terminal C. Agak jauh dekat 30 minit jalan kaki, turun lift, naik train pastu naik lift dan kemudian kena jalan kaki ke Gate flight to Geneva. Alhamdulillah ngam-ngam sampai kat gate dah boarding time. Transit sepatutnya dalam sejam 50 min tapi sebab kat KLIA dah delay jadi masa transit jadi singkat.

2.55 ptg(waktu Dubai) - Flight berlepas on time ke Geneva. Alhamdulillah flight tak penuh dan banyak seat kosong. Selesa dan dapat solat kat ruang kosong kat pintu kecemasan yang takda orang duduk.

Nota : Dalam flight kita boleh solat duduk atau solat macam biasa mengadap kiblat. Info kiblat boleh tengok kat seat screen. Bagi aku lebih suka dapat solat macam biasa jika takde turbulence dan ada ruang untuk solat. Samada solat duduk atau solat berdiri, paling penting Jangan Tinggal Solat walau di mana berada.

Lunch Meal at ketinggian 39000 kaki

7.45 mlm(waktu Swiss) - Tiba di Geneva Airport. Alhamdulillah urusan imigresen dan ambil beg dipermudahkan. Masa kami tiba, Geng London 7 orang dah tiba awal dan check-in hotel. Mereka naik train dari Paris.

Banjaran Alps di bawah

Dari airport kami jalan kaki je ke hotel. Nak naik teksi/van mahal dalam RM400-500. Lagipun jarak dari airport ke hotel dalam 1km je. Maka beramai-ramailah kami jalan kaki ke hotel sambil sorong beg dan kotak. Mengah gak tapi seronok.

tu dia... bukan aje beg, kotak isi makanan pun ada..

semangat Muzaffar sorong beg..

9.00 mlm(waktu Swiss -6 jam) - Tiba di Hotel Ibis budget Genève Palexpo Aéroport. Kat Malaysia dah hari Sabtu pukul 3 pagi. Kat sini masih Jumaat. Total perjalanan aku dari JB hingga tiba Geneva ialah 27.5 jam.

Sekian kisah Hari Pertama di Swiss @ Geneva.


Hari 2 ~ Sabtu, 7 Oct 2023

Ainul Mardhiah dengan Pak & Mak Sedara

Ahmad's family... adik ipar & biras dan terselit sorang kawan adik ipar

9 pagi - Breakfast kat lobby hotel. Budak-budak dapat makan free. Dewasa kena bayar.

10.30 pagi - Aku, Jep (Biras & driver 2nd van), Edi (kawan adik ipar) dan cousin wife & husband gerak ke airport untuk ambil kenderaan sewa. Jalan kaki je ke sana.

Benda wajib kena bawa sebelum ambil kenderaan sewa : 

1. Booking baucer
2. Lesen original. Lesen internasional bawa juga tapi kadang2 dorang tak tengok.
3. Kad Credit(CC) yang cukup baki lebih dari CHF350 dan nama CC mesti sama dengan nama 1st driver. 

kaunter collect kereta/van sewa

12.45 ptg - Selesai urusan ambil van sewa dan gerak semula ke hotel untuk ambil semua penumpang serta beg-beg. Sepatutnya boleh lebih awal tapi ada masalah sebab 1st driver untuk 2nd van tertinggal lesen original kat hotel. Apapun setiap kejadian pasti ada hikmah dan jadikan ini sebagai pengalaman dan pengajaran.

Nota : Bila nak sewa van atau kereta kena pastikan jumlah penumpang dan berapa beg akan dibawa. Lagi satu bila bawa anak < 6 tahun kena duduk kat child car seat demi mematuhi peraturan di sini. Kalau tak ikut boleh kena saman. Van yang aku sewa ni ada yang jenis 7 seater dan 9 seater. Aku pilih Volkswagen Transporter 9 seater sebab ruang barang lebih besar dan selesa untuk 7-8 orang. Sewa siap insurance full cover dalam RM800++ sehari. Spec lain, gear auto, unlimined km dan guna diesel.

2 van Volkswagen

Sebelum gerak keluar dari Geneva singgah kedai groceries halal untuk beli ayam dan bahan makanan lain. Selepas tu singgah Tasek Geneva untuk sightseeing dan makan tengahari.


Muzaffar ~ anak sedara

16 of 18.. sorang dalam kereta.. sorang lagi amek gambo..

3 ptg - Gerak dari Geneva menghala ke Guesthotel di daerah Sigriswill, Canton of Bern. Jarak dalam 200++km.

5.30 ptg - Tiba di Event & Ferienhof Krinde dan check in. Host dia nama Willi memey friendly. Kami akan stay kat sini 8 hari 7 malam. Cantik kawasan kat sini. Atas bukit. Dikelilingi padang rumput hijau, pokok-pokok dan mengadap tasek. Memey tak salah pilih. Harga 1 malam pun tak mahal dalam RM1500++ untuk 2 apartment 5 bilik. Bilik besar, selesa untuk 14 orang dan paling best view dia bukan saja mengadap tasek juga gunung ganang dan matahari terbenam. Kelengkapan untuk memasak semua ada dan lengkap. 

Cuma, guesthotel ni agak jauh dari jalan besar dan nak naik ke atas dalam 15-20 min perjalanan. Takpe yang penting view cantik semasa naik dan turun.

Kat sini aku book 2 apartment. Apartment1 ada 3 bilik dan Apartment2 ada 2 bilik. Kedua-dua ada dapur dan meja makan. 

Untuk cousin wife dia book 1 apartment dan share dengan kawan adik ipar.

Masa sampai hari dah petang dekat waktu Maghrib. Dapatlah lihat pemandangan sunset dari tingkap bilik aku. Memey puashati.

homestay kami untuk 8 hari 7 malam

view depan bilik aku

8 mlm - Bermula acara masak memasak oleh kaum ibu untuk makan malam dan bekalan untuk lunch jalan-jalan esok.

meja makan apartment 3 bilik ni boleh muat 10 orang

10.30 mlm - Kitchen close dan semua masuk tidur.

Hari 3 ~ Ahad, 8 Oct 2023

Destinasi hari ini ke Top of Europe(TOE) atau Jungfraujoch yang boleh datang samada dari Grindelwald atau Lauterbrunnen. Hari ni aku bawa melalui Grindelwald.

Malam tadi dah ingatkan adik-adik supaya pakai pakaian winter sebab TOE ni kat gunung, sangat sejuk dan bersalji. Kena pakai pakaian yang sesuai untuk suhu minus celcius demi mengelakkan kesejukan melampau. Lagi satu kena bersedia dengan AMS. AMS ni sakit bila berada kat tempat tinggi.

8.15 pagi - Keluar dari guesthotel menuju ke Grindelwald. Perjalanan hari ini akan lalu tepi Tasik Thun menuju Interlaken kemudian lalu Wilderswill seterusnya ke Grindelwald. Pekan Wilderswill ni sangat familiar bagi aku sebab dah banyak kali lalu kalau nak ke Launterbrunnen atau Interlaken. Namun begitu tetap guna Waze supaya tak sesat.

9.30 pagi - Tiba di Parking berdekatan dengan station keretapi Grindelwald. Keluar dari parking macam biasa masing-masing teruja dengan pemandangan sekitar yang indah dan memukau. Seronok masing-masing bergambar sampai tak sedar tempat dorang posing tu adalah laluan bas.

Indoor Parking 100 meter dari Grindelwald stesyen keretapi

Mak Long dan Ainol Mardhiah

Ootd kat laluan bas

Sebelum tu dalam perjalanan dari hotel pun dah teruja dengan keindahan pemandangan di Tasek Thun yang berlatar belakang gunung-ganang. Aku cakap ini baru intro. Ada banyak lagi pemandangan indah menanti. 

Alhamdulillah, cuaca hari ini terang, langit membiru dan boleh nampak jelas puncak-puncak gunung yang disinari cahaya mentari.

Station ketapi Grindelwald


10 pagi - Beli tiket ke TOE untuk 13 dewasa dan 2 budak 10 & 11 tahun(15 tiket semuanya). 

Kanak-kanak bawah 6 tahun free. Harga untuk dewasa ialah CHF197(rm1044). Manakala untuk budak 7-15 tahun ialah Separuh Harga. 

Nota : Sebelum ke Swiss beli Swiss Half Fare(SHF) dulu. 

Apa itu SHF? 

Swiss Half Fare (SHF)

SHF dalam bahasa ringkasnya ialah diskaun pass atau kad. Kita kena beli pass ni dengan harga CHF120(RM626) dan kemudian diberi QR kod. QR kod tu samada nak print hard copy atau simpan dalam phone dan semasa kat Swiss nanti setiap kali nak beli tiket train kena tunjukkan untuk dapatkan harga separuh. Pass ni sah sehingga sebulan dan hanya untuk pelancong sahaja.

So, untuk cover kos RM626 yang dah labur beli pass ni maka sekurang-kurangnya kena guna untuk 3 tempat attraction yang guna train, barulah berbaloi. Rupanya bukan train je, naik gondola pun boleh guna pass ni. Ada penambahan penjimatan disitu. Kat mana kami gunakan pass ni kena follow post dalam blog sampai habis.

Kat mana nak beli SHF? 

Selain SHF ada lagi pass-pass lain seperti Swiss Travel Pass(STP), Swiss Family Card(SFC) yang juga bagi diskaun dengan harga yang berbeza. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh check kat web SBB.


10.45 pagi - Train bergerak menuju Kleine Scheidegg. Lebih kurang 20 min perjalanan,

11.05 pagi - Tiba di Kleine Scheidegg. 2nd time aku sampai sini. 1st time tahun lepas. Di sini kena tukar train untuk ke TOE.

ni kat Kleine Scheidegg station dalam train ke TOE

11.30 pagi - Train bergerak menuju TOE iaitu Train Station tertinggi di Europe iaitu 3454 meter.

Train ni mulanya bergerak melalui open space. Kemudian bermula dari Station Eigerwand lalu terowong hingga ke puncak.

12.25 tghari - Tiba di station keretapi paling tinggi di Eropah(sebab tu panggil Top of Europe). 

Station ni dalam terowong dan berada di puncak Jungfraujoch. Kawasan station ni umpama dalam gua yang bersambung dengan bangunan yang di dalamnya ada kafe, restoran dan terowong-terowong ke tempat attractions antaranya Ice Palace, Snow Fun Park dan Sphinx Terrace. Nampak macam kecik tempat ni tapi setiap tempat ni bila dilawati menjanjikan pengalaman yang menarik. 

Ice Palace - Sebuah Istana Ais, yang dipenuhi dengan arca ais yang menceritakan sejarah glasier. Satu pengalaman yang unik bila melalui terowong salji ini kerana ada cerita sejarah dan gambar-gambar bagaimana terowong keretapi dibina hingga ke TOE.

Snow Fun Park - Kawasan salji sepanjang tahun juga tempat main ski.

Sphinx Terrace - Merupakan sebuah balai cerap astronomi. Dinamakan Sphinx sempena berada di puncak batu Jungfraujoch yang terletak pada ketinggian 3571 meter dan juga merupakan balai cerap paling tinggi di dunia. Ada lift disediakan untuk ke tempat ini.

Station TOE

terowong ais

ni di Sphinx Terrace

Sphinx Terrace ~ gambar cilok google

kat sini sejuk 0 celcius


Selain filem James Bond kat sini juga ada scene drama Crash Landing On You

Di Snow Fun Park

Snow Fun Park lagi

santai-santai kat Snow Fun Park

Makan time di ketinggian 3500 meter... boleh nampak Kleine Scheidegg..


4.30 ptg - masa dah time turun. Nak balik kena ikut time kalau tak nanti train penuh.

5.00 ptg - tiba di Kleine Scheidegg untuk tukar train ke Grindelwald


Kat Kleine Scheidegg nak bergambo waktu petang baru nampak cantik dan cukup cahaya..

my wife kat landmark lokasi scene Crash Landing On You

Amir family.. 

Sebelum aku menutup kisah post Part 1, mari aku kenalkan watak-watak dalam Trip Swiss kali ni...

Yah & husband.. inilah adik ipar yang ajak pegi Swiss

Faizah dan family ~ cousin

Mimi.. kawan yah

Masturah aka Bicu dan family ~ adik ipar bongsu

Mahira aka Cik Meah.. adik ipar no 6

Edi dan Umar. Husband dan sorang anak lagi takde ~ kawan Yah

Nurjannah aka Anoi... kawan adik ipar no 6

Sekian dan Terima Kasih sudi baca sampai habis. 

Kisah Hari ke-4, 5 dan 6 bersambung pada Part 2.

Sunday, 13 August 2023

Crash Landing On You in Switzerland ~ Day 7

 Assalamualaikum dan  Salam Sejahtera,

Hari ini 2nd last day berada di Swiss. Hari ni juga last day jalan-jalan sebab esok dah nak balik. Awal pagi kena gerak pegi airport.

So, untuk hari ini kami plan pergi Jungfraujoch atau Top Of Europe(TOE) dan kawasan sekitar seperti Kleine Scheidegg(KS). TOE dengan KS ni se-laluan keretapi. Nak ke TOE memey kene singgah KS untuk tukar lane keretapi. TOE berada di ketinggian 3400 meter manakala KS 2000 meter. 

Plan lain kalau sempat nak pergi Tasek Lungern dan Interlaken.

Seperti biasa sebelum keluar, Capt Ru akan check dulu keadaan tempat kami nak pergi. Caranya dengan buka webpage tentang tempat tu. Kat Swiss ni kebanyakkan tempat tarikan pelancongan ada website yang memaparkan maklumat tentang ramalan cuaca terkini dan juga ada livecam. 

Contohnya hari ini kami plan nak pergi Top Of Europe. 

Buka link web ni, https://www.jungfrau.ch/de-ch/jungfraujoch-top-of-europe/ dan check status cuaca kat sana... Dengan cara ini barulah kita boleh merancang dan tahu keadaan kat sana samada cerah, hujan atau salji. 

Ini yang bagusnya kalau travel cara DIY tak semestinya kena ikut iternari yang dah disusun. Boleh ubah ikut suka bergantung keadaan semasa dan cuaca.

Menurut web ni kat Top Of Europe cuaca cerah

Day 7 ~ Jumaat, 7 Oct 2022

Hari ini jalan-jalan ke Grindelwald je. Tak berapa jauh, jadi tak perlu keluar awal. Dalam pukul 9 pagi kami keluar.

Alhamdulillah hari ini cuaca cerah dan jalan raya dari pekan Reichenbach im Kandertal menghala ke Interlaken tenang dan lengang. Ketenangan jalanraya kat sini tak sibuk macam kat bandar besar seperti di Zurich yang kami dah hadap masa hari pertama tiba di Swiss. Memey beza. Kat sana kenderaan banyak terutama waktu puncak.

Mungkin juga kawasan AirBnb kami dan kawasan tumpuan pelancong adalah kawasan yang jauh dari bandar besar, jadi kenderaan yang lalu lalang samada pelancong atau penduduk tempatan yang nak ke pasar atau hantar anak pegi sekolah. Takpun pegi riadah, itu waktu weekend la. 

Kenderaan tak banyak, kurang traffic light, tiba-tiba dah sampai destinasi yang dituju. Pemandangan yang indah juga faktor lain yang buat perjalanan yang jauh terasa dekat.. 

Faktor lain kat sini kualiti jalanraya dijaga dan jarang jumpa jalan berlubang atau rosak. Kalau rosak JKR Swiss akan cepat repair. Lately kalau datang Swiss memey akan jumpa beberapa tempat dorang repair jalan dan kat situ akan jem sikit sebab 1 lorong akan ditutup.

Cerita pasal jem memey jarang jumpa melainkan ada repair jalan atau eksiden. Kawe sepanjang 3 kali datang Swiss tak pernah nampak eksiden. Sesuatu yang kena difikirkan, padahal kat Swiss ada jalanraya yang agak bahaya terutama jalanraya rentas gunung yang banyak selekoh maut. 

Jalanraya tenang dan lancar

Balik semula kisah hari ini..

Seperti biasa jalan menghala ke Grindelwald akan melalui tepi Tasik Thun. Cuaca cerah, langit membiru tanpa tompok awan dan ditambah lagi pemandangan indah perkampungan rumah-rumah tradisional Swiss di pinggiran tasik yang tak jemu mata memandang.

Pada 18 km pertama perjalanan lancar dan tenang. Seketika pemandangan indah terhalang bila masuk terowong. Dari jalanraya selorong, kemudian lalu highway 2 lorong dan masuk semula ke jalanraya selorong. 

Sehinggalah kami tiba di kampung Leissigen kelihatan di hadapan kereta mula bergerak perlahan dan berbaris panjang. Akhirnya kereta kami juga berhenti dan ikut berbaris. Hmmm... baru tadi sembang kat atas jarang jumpa jem... ni dah jumpa... huhu..

Fikir kami.. oklah mungkin ada repair jalan.. beratur kejap je ni...

Tapi setelah 30 min macam tak gerak banyak, kami pun tertanya-tanya, apa jadi kat depan? Pernah jumpa sekali baris macam ni tapi sekejap je dalam 5 min dah gerak macam biasa. Ini dah 30 min baru gerak tak sampai 1km... hurmmm... 1st time sejak 7 hari kat sini jumpa benda macam ni..

Tengok jam.. eh dah 40 min.. ape cer ni? Kat waze ada tunjuk warna merah dalam 5km ke depan tapi takde info lain... ke orang sini memey malas update... hmmmmm.. lagi... 

Kami tertanya-tanya lagi... ada repair jalan ke? takkan sejauh dan selambat ini kene sidai.. 

Accident? kebarangkalian tu ada... 

Setelah 45 min baru perasan, rupanya yang buat kereta kami bergerak sedikit demi sedikit disebabkan kereta yang U-Turn. Mungkin dorang tak sanggup tunggu lama baris panjang. 

Jem pulak

Kami pun rasa macam nak u-turn.. tapi tunggu dulu... 

Tunggu punya tunggu sehinggalah kami nampak ada mat saleh pakai baju vest oren berdiri kat tengah jalan. Dalam hati berkata... "Dia ni siapa?", "Dia buat apa?", "Dia tinggal sini ker?" 

Sebaik kereta kami berada kat sebelah dia, Capt Ru bertanya apa jadi kat depan? Lelaki mat saleh tu cakap ada eksiden dan suruh kami patah balik ikut jalan lain kalau nak menghala ke Interlaken, Grinderlwald atau sewaktu dengannya. Mat saleh tu bagi tahu ada eksiden kat depan dan dalam 2-3 jam baru setel.. Waduh! kelewatan ni...

Maknanya jika nak pergi juga ke Grindelwald, kami kena patah balik ke pekan Thun dan lalu jalanraya seberang tasek sana untuk menghala ke Interlaken semula.. Fuh! bapak jauh kena pusing sebab dari tempat kami U-Turn ni dah tak jauh dengan Interlaken dalam 8km je.. Kalau patah balik jaraknya jadi 47km.. perghhh... memey jauh...

Itulah.. baru sembang tak pernah jumpa eksiden kat Swiss tiba-tiba hari ini terjebak. 2nd last day pulak tu. Cuma eksiden tu tak dapat tengok minor atau major sampai kena tutup jalan. 

So, akhirnya merasa kene jem kat Swiss disebabkan eksiden yang jarang-jarang berlaku. Tapi bila berlaku jeng terus sampai jalan kena tutup... huhu...

Bandar Thun

Ok, sambung cerita...

Dengan hati yang berbaur-baur, kami pun patah balik ikut jalan yang dicadangkan. Masa tu waktu sudah menunjukkan pukul 10 lebih. Nak ke Interlaken mau lagi sejam ni.. takde pilihan... jalan terus.. 

Lalu sini banyak traffic light plak

Tiba kat simpang Sigrilwils jem lagi..

Laluan patah balik nampaknya lancar. Setibanya di bandar Thun sesak sikit sebab banyak traffic light. Lepas tu lancar semula selepas keluar dari bandar lalu jalan kampung tepi tasek. 

Namun, perjalanan lancar yang diharapkan rupanya sementara je. Berdekatan dengan simpang ke Sigriswil kelihatan kenderaan beratur panjang. Waduh! sin pun jem jugak... hmmmm... nampaknya tergendala plan hari ni nak ke Top of Europe. 

Entah berapa lama lagi sangkut, kami decide untuk patah balik ke rumah. Plan lepas zohor dan lunch keluar semula. Masa tu waktu dah dekat pukul 12 tengahari. 3 jam berlalu bazir macam tu je... Redho... kita boleh merancang tapi Allah yang tentukan... 

On the way balik rumah sempat singgah Supermarket Aldi yang sebelahnya ada Coop. Kat Supermarket tu macam-macam ada jual. Dari pakaian, kasut dan lain-lain. Nak beli tapi mahal la pulak. At last beli cokelat dan roti je kat Coop.

Ni kat Supermarket

Cekelat Swiss

Borong cokelat Giotto.. sedap cokelat ni macam ferarocce

Roti feveret Capt Ir

macam-macam jenis roti ada.. ada yang tak halal..

Tiba di rumah, rehat jap pastu masak untuk lunch dan kemudian solat. Dalam pukul 2 petang kami keluar semula selepas pastikan dalam Waze tiada jem lagi.

orang swiss kata ni nasi goreng bujang

Grindelwald

Datang sini lagi buat kali ke-2 dalam masa 3 hari. Seperti yang aku dah cerita dalam post hari ke-3 kat Grindelwald macam-macam aktiviti boleh buat. 

Ada yang kata tempat ni overated. Tapi bagi aku tempat ni sangat cantik dikelilingi gunung ganang serta rumah-rumah tradisional swiss yang kebanyakkan dibuat dari kayu.

Dari Grindelwald boleh access ke kawasan tanah tinggi samada dengan train atau gondola iaitu ke Top Of Europe, Kleine Scheidegg, Grindelwald First dan lain-lain. 

Ni aku listkan beberapa aktiviti boleh buat kat sini.

1. Naik gondola ke Grindelwald First
2. First Cliff Walk di Grindelwald First
3. Naik Karts di Grindelwald First
4. First Flyer (First Flieger) di Grindelwald First
5. Naik First Glider di Grindelwald First
6. Naik Trottibike di Grindelwald First
7. Hiking ke Bachalpsee(Tasik atas gunung)
8. Hiking di Eiger Trail
9. Naik ke Top Of Europe
10. Paragliding dari Eiger Glasier
11. Naik Eiger Express
12. Berjalan-jalan di Grindelwald Village

Ada banyak lagi.. kalau setakat datang sini 2-3 hari memey tak cukup nak cover semua. 

Bagi kami 2 hari ok lah... kalau nak buat semua aktiviti kat sini ongkosnya kena lebih... Di sini naik gondola je dah ber-empat, lima dan enam ratus RM plus-plus... nasib pegi bujang... kalau pegi dengan family lagi kopak... hehe..

Park tempat sama masa hari ke-2 pastu jalan kaki dalam 200 meter ke train station Grindelwald

Grindelwald train station. Beli tiket kat sini..

Setibanya di kaunter nak beli tiket Top of Europe tapi Makcik Saleh tu cakap last train ke situ pukul 1 ptg. Sekarang ni dah pukul 3 ptg. Waduh! tak dapat ke TOE. Cuma boleh ke Kleine Scheidegg je. Oklah dari takde. 

Harga tiket ke Kleine Scheidegg - CHF 64 (RM307). Kalau ke TOE mahal sikit - CHF 111 (RM532).


Laluan train dari Grindelwald - Kleine Scheidegg - Top Of Europe

Tiket dari Grindelwald ke Kleine Scheidegg

dah petang tak ramai dalam train... 



Kleine Scheidegg

Sebelum ni tak pernah dengar nama tempat ni. Pulak tu nak sebut nama tempat pun terbelit lidah. Bahasa German kan.. 

Antara kami bertiga, Capt Ru yang pernah datang sini. Jadi kami follow je nak tengok apa yang best kat sini... harap-harap view cantiklah.. 



Sebaik keluar dari train dan tengok pemandangan sekitar.. Subhanallah! cantik bangat tempat ni... Mana tak cantik.. gabungan warna landscap rumput kering hijau kekuningan contras dengan latar belakang warna putih pergunungan yang diliputi salji. 

Ditambah pula ada beberapa bangunan berwarna merah gelap berbumbung condong persis rumah tradisional Swiss menambah lagi seri tempat ni. Patutlah di sini jadi salah satu scene dalam drama CLOY.

Dari station train juga boleh nampak sayup-sayup Top of Europe kat atas sana. Takpelah masa belum rezeki untuk sampai kat atas sana. 

Aku dan background mengadap station ketapi

Dari station kami jalan kaki ikut laluan track menghala ke kaki gunung. Nampak macam landai tapi mencungap gak. Demi mencari secebis lokasi scene drama CLOY kami turutkan. 

view mengadap gunung

Aku dan background mengadap Top of Europe

Tentang Kleine Scheidegg atau Little Scheidegg,

Merupakan laluan gunung pada ketinggian 2061m (6762 kaki) yang terletak di antara puncak Eiger dan Lauberhorn di rantau Bernese Oberland. Pada musim sejuk di sini jadi tempat main ski. Manakala pada musim panas jadi tempat hiking dan mendaki gunung.

Stesen train Kleine Scheidegg berada di laluan ke puncak Jungfraujoch atau Top of Europe. 

Jungfraujoch dipanggil Top of Europe kerana stesyen keretapinya merupakan paling tinggi di Eropah iaitu 3454 meter dari paras laut. Ada bahagian laluan ke puncak akan melalui terowong yang curam antara Gunung Eiger dan Monch. Penumpang yang hendak ke TOE kena menukar keretapi di Kleine Scheidegg. Laluan train ini juga dibuka sepanjang tahun. 

bangunan kanan tu lah Hotel Bellevue des Alpes

Ada beberapa bangunan di Kleine Scheidegg dan salah satu merupakan sebuah hotel yang agak lama telah berada di situ. Dari info google, hotel itu dibina pada tahun 1840. Lama tu dekat 200 tahun..

Cerita selanjutnya pasal hotel ni scroll ke bawah..

seketul Hotel Bellevue des Alpes

Hotel Bellevue des Alpes dengan background Gunung Eiger

Hotel Bellevue des Alpes

Di bina pada tahun 1840. Beberapa kali mengalami proses renovasi sejak tahun 1920an dan semua bahagian dalam hotel ini berinspirasi pada zaman itu. Memey klasik hotel ni. Dengan kedudukan dia berada lereng gunung berserta panaroma yang memukau jadi tak heran ramai celebreti dan penggiat filem pernah menginap kat situ. 

Hotel ini mula femes bila menjadi lokasi filem "The Eiger Sanction"(1975) lakonan Clint Eastwood dan filem German "North Face"(2008). Sekarang jadi lagi femes bila drama korea CLOY pun jadikan hotel itu sebagai latar dalam beberapa scene.

Capt Ir dan aku... background train station, train and Hotel Bellevue des Alpes 

CLOY scene... barang order

Barang sampai

lagi barang order 

Barang sampai

Barang sampai

The Eiger Sanction movie 1975.. scene dalam hotel

North Face movie 2008

Dalam sejam gak kami luangkan masa jalan-jalan kat Kleine Scheudegg sambil menikmati pemandangan yang bagi aku antara yang tercantik di Swiss. Tak tau nak describe macam mana. Korang kena datang nikmati barulah faham. 

Bayangkan kat dunia macam ni pun tak terkata cantiknya apatah lagi kat Syurga... Subhanallah... berjuta kali cantik... cuma boleh cakap... Alhamdulillah... diizinkan dapat tengok semua ni kat depan mata...

last kopek bergambo kat sini sebelum turun..

Masa dah time ke destinasi seterusnya. Plan nak pergi ke Tasik Lungern macam tak sempat sebab dah dekat waktu Maghrib. Jadi kami tukar plan ke pekan Interlaken je.

Kat atas ni baru jumpa sticker ni...

Taknak turun tapi kena turun..

melayan perasaan.. sedih tinggalkan Kleine Scheidegg

On the way ke Interlaken

Kelihatan daun-daun semakin menguning..

Bangsal ni kat tepi jalan celah semak pun cantik 


Interlaken

Pekan ini dinamakan Interlaken kerana berada diantara 2 tasek atau dalam bahasa inggeris Inter-Lake.. tambah n kat hujung huruf Lake maka jadilah 'Interlaken'. 

Cuma aku pelik kat Swiss ni kebanyakkan nama tempat diambil dari bahasa German tapi yang ni  perkataan dari bahasa inggeris... 

Dalam bahasa German 'Inter' ialah 'beerdigen' dan 'Lake' ialah 'see'.. soalan aku kenapa bukan 'Beerdigen-See'?

Ok, aku dah google tapi tak jumpa jawapan....hehe...

Sunset view at Interlaken

This is Interlaken atau dalam bahasa German BeerdigenSee... haha...

Di Interlaken kami parking di Migros Supermarket, kemudian keluar dari bangunan menuju arah ke kanan jalan kaki di tepi deretan kedai-kedai dan singgah kat sebuah kedai jual baju ada sales 50%.. 

Kedai tu juga ada jual sourvenir swiss pada harga marhaen kalau tak convert RM. Nama kedai itu ialah Charles Vogele. Di sebelah kedai tu juga ada kedai jual sourvenir(Interlaken Souvenirs & Watches).  

Lokasi kedai-kedai ni kat depan station bus/train dan sebelah roundabout.

bus/train station... view depan kedai sourvenir

Kat kedai tu ingat nak sambar 1-2 barang tapi tak jadi. Kat Interlaken banyak gak kedai-kedai jual sourvenir dan ada yang masih buka dan ada yang dah tutup. So, kalau nak shopping sourvenir kat sini murah..

dari Migros ke kedai makan Snack Ekspress dalam 350 meter

Kedai jual kebab halal

Hari dah makin gelap. Masuk kedai keluar kedai satu barang pun tak beli. Kami teruskan jalan hingga nampak ada kedai makanan halal Snack-Express. Singgah situ untuk dinner.

ada kebab, burger, pasta...

dinner time

Snack-Ekspress

Masa tengah makan baru teringat aku pernah singgah kedai kebab ni masa datang sini dengan family... ni link postnya.. https://azhartravelog.blogspot.com/2019/02/kembara-eropah-2018-france-italy-swiss.html

So, Interlaken menjadi tempat terakhir singgah untuk hari ini sebelum balik ke rumah. Terasa macam baru semalam sampai Swiss dan esok dah nak balik dah...huhu...

Untuk kali ni datang Swiss rasa lebih puas hati sebab dapat cover banyak tempat. Sebelum ni 2 kali datang cuma jadi tempat singgah sebab pergi banyak negara. Kali ni betul-betul duduk setempat dan pergi merata dalam Swiss. Namun masih banyak lagi tempat belum sempat pergi... InshaaAllah... ada rezeki akan datang lagi...

27.7 km dari Interlaken ke AirBnb kami

bulan mengambang 12 Rabiul Awal 1444H

Pertama kali dalam masa 7 hari kami balik waktu malam. Sebelum ni paling lewat pukul 6 petang dah ada kat rumah. Hari ini aktiviti jalan-jalan overtime sebab start lepas tengahari atas sebab-sebab tak dapat elak. 

Apapun tetap puashati dapat explore tempat cantik macam Kleine Scheidegg. Semasa dalam perjalanan balik kami ditemani sinar cahaya bulan 12 Rabiul Awal bersamaan Maulud Nabi saw. Bulan kelihatan terang dan besar walau belum 100% full moon.

Ok gais.. setibanya kami di rumah maka berakhirlah kisah jalan-jalan kami sepanjang 7 hari di Swiss. Untuk kisah esok Hari ke-8 klik link dibawah,

Post terdahulu,


Bonus link Jungfrau dan drama Crash Landin On You