Thursday 25 January 2024

Jalan-Jalan Swiss Adik Beradik, 6 - 14 Oct 2023 ~ Part 4

Assalamualaikum wbt

Cerita Jalan-Jalan Swiss dah hampir sampai ke penghujung. Tinggal 2 hari je kami berada di sini dan tinggal hari ni je untuk jalan-jalan ke tempat yang belum jalan. 

Kemana kami nak jalan hari ni? Aaa.. jomm...

teka ni kat mane?

Hari 8 ~ Jumaat, 13 Oct 2023

Dalam post Part 3 semasa on the way ke Zermatt, aku ada mention akan datang lagi ke pekan ni. Pekan itu adalah,

Kandersteg

Ingat lagi pekan ni? 

Pekan dimana semua kenderaan yang hendak menuju ke Tasch/Zermatt, jalaraya akan berhenti di sini kerana laluan seterusnya ialah laluan keretapi. Semua kenderaan kena naik keretapi atau feri darat untuk ke destinasi seterusnya.

Pekan ini juga merupakan kawasan perkampungan yang berada di ketinggian 1200m dan dikelilingi pemandangan pergunungan. Puncak tertinggi ialah Balmhorn(3698m). Jarak dari homestay ke sini dalam 51km dan sejam perjalanan. Sepanjang perjalanan ke sini view dia memey awesome..

Pemandangan dari Pekan Kandersteg

Di Kandersteg kami bukan nak jalan-jalan kat pekan tapi nak naik keatas dengan cable car ke Rodelbahn Oeschinen. Apa ada kat situ? sat lagi kawe cerita.. 

Ni nak cerita dulu, harga naik cable car ialah CHF30(RM159). Dapat guna SHF 50% diskaun cuma bayar CHF15 je. So SHF dah guna kat 5 tempat dan total jimat ialah, RM795. Banyak gak tu jimat. 

Kepada sesiapa yang nak datang Swiss dan nak pergi ke tempat macam kami pergi dinasihatkan belilah SHF CHF120 supaya dapat penjimatan lebih diskaun 50%. Pasal SHF kawe dah cerita kat Part 1. Pergilah kat post tu dan baca..  

Kelam kawasan parking ni sebab sinaran matahari dihadang gunung

Sekitar kawasan Station Gondola Kandersteg

Station Gondola Kandersteg

Cable Car naik ke Rodelbahn Oeschinen

nak view belakang terang kena gelapkan objek depan


Ok sambung soalan tadi.. Apa kami nak buat kat Rodelbahn Oeschinen?

Toboggan Run

Inilah tujuan utama kami ke sini hasil dari permintaan dari adik-adik yang nak naik Toboggan. Asalnya Toboggan di Kandersteg tiada dalam iternari tapi bila ada yang request dan tempat ni pun tak jauh, abang long cakap 'on'.

Bila dah datang sini, memey patut jalan-jalan ke Kandersteg ada dalam iternari. Tobogganing, bukan saja pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi orang muda atau tua juga melayan pemandangan sekitar sambil menoboggan memey sungguh menakjubkan. Kanak-kanak nak naik boleh tapi kena bersama ibu atau bapa.

Toboggan Run yang panjangnya 750 meter ni hanya dibuka pada bulan May hingga Oktober sahaja. Tutup pada Mid Season dan Winter. So, kalau nak naik Tobboggan kena datang Swiss masa musim Summer dan Autumn je.

Ni bayarannya,

Tiba-tiba pak long jadi babysitter sebab mak bapak dia nak menoboggan

Toboggan view

suke eh dapat naik Toboggan

wife aku pun layan 2 trip

aku je tak menoboggan atas sebab-sebab tak boleh elak..

baca sebelum naik Toboggan

tempat beli tiket Toboggan.. 

Selain naik Toboggan ada aktiviti lain boleh buat kat sini iaitu hiking ke Tasek Oeschinen atau dalam bahasa german, Oeschinensee. 

Nak ke tasek tu dari station gondola kena jalan kaki 2.3km(34 min). Hmmm... jauh la pulak. Sebenarnya ada e-shuttle disediakan untuk ke tasek cuma kena bayar CHF10, tapi takpelah.. sebab lepas ni nak pergi ke tempat yang ada tasek gak. Sementara tak ke tasek kita layan view sekitar station gondola je.. nampak macam ada cafe kat situ..

info tempat-tempat menarik kat kawasan ni

inilah view Tasek Oeschinen (gambo cilok dari Google Maps)

Tasek Oeschinen

Tasek ni terletak di ketinggian 1578m. Seperti kebanyakkan tasek di Swiss airnya semula jadi berwana biru. Pada bulan Disember hingga May tasek ni beku dan boleh main ice skating atau ice fishing. Masa belum beku boleh mandi-manda atau naik bot. Package naik bot dan memancing pun ada. Lain-lain info... itu je kot..

healing the view sambil duduk kat bangku

berdiri pulak

OOTD atas batu

my POV sambil pekena hot cekelat

turun time.. bongsu dan sulong se-gondola

Pekan Kandersteg view dari Cable Car

Selesai 2 jam di Kandersteg masa dah time ke next destinasi di....

Blausee Naturpark

Dekat je tempat dengan Kandersteg dalam 6km je. Ini kali ke-2 aku datang dan kali ni bawak adik beradik.

Sedikit info pasal tasek ni,

Blausee ni bahasa jerman, dalam bahasa melayu ialah.. 

Blau(Blue) - Biru, 

See - Tasek

Tasek ni terkenal dengan airnya yang berwarna biru kristal. Terletak dalam hutan semula jadi dan yang paling penting tak perlu hiking 2-3km untuk sampai ke sini. Dari pintu masuk cuma menapak dalam 100 meter je dah sampai tepi tasek. 

Oh lupa, nak masuk kena bayar CHF8 pada weekdays. Hari Sabtu dan Ahad CHF10. Budak 6-15 tahun separuh harga. Paling special siapa datang pada hari birthday dapat masuk free. Tunjuk ID je.

Masa aku datang tahun 2022 air tasek ni agak keruh, kali ni jernih bak kristal.

Malas nak cerita panjang-panjang, biar gambar je bercerita..

pintu masuk Tasik Biru

jalan kaki sambil bawa stroller ke tepi tasek

Menggamit view dia

jernih bak hang..

atas batu ni memey spot OOTD

you and me di atas batu di tepi tasek biru


port lunch kat tepi tasek

makan sambil pandang ke tasek

isi perut dulu pastu sambung jalan-jalan kat tasek

ambik gambar tasek lagi

susah nak move on dengan view dia..

kat nun sana ada cafe jual kopi.. juga ada restoren dan hotel

Ainul Mardhiah dan Anoi

sejuk-sejuk pekena hot cekelat sambil pandang ke tasek

naik sampan tu free... tapi kena beratur tunggu giliran

finally dapat gak adik beradik naik sampan.. entah apa dibualkan dengan pakcik kayuh sampan tu..

Hari pun dah semakin petang. Sebelum balik ada 1 lagi tempat nak singgah. Kat mana? Jomm...

Sigriswill Panorama Bridge

Ini dia last tempat jalan-jalan. Tak jauh dengan homestay dalam 3km je. Hari-hari semasa keluar masuk homestay akan lalu tempat ni. Sebab dekat jadi letak tempat ni dalam iternari paling last.

Apa yang menarik kat sini?

Tempat ni terkenal dengan jambatan gantung yang 340m panjang, 180m tinggi dan 1.2m lebar. 

Jambatan ni jadi lebih terkenal sebab ada scene drama korea Crash Landing On You. Lain-lain yang menarik bila jalan kat jambatan ni akan nampak view Tasek Thun, gunung-ganang dan perkampungan orang Swiss di kaki bukit. Memey cantik dan sesuai jadi tempat OOTD.

Nak lalu jambatan ni kena bayar CHF8

ni aku dan Capt Ir kat tengah-tengah jambatan masa tahun 2022

ni scene dalam CLOY

Selesai jalan-jalan kat jambatan ni, maka lengkaplah kisah Jalan-Jalan Swiss Adik Beradik 2023. Esok kami nak balik dah. Malam ni sibuk nak pack bag masing-masing sebab esok pagi-pagi dalam pukul 7.30 nak kena gerak ke Geneva.


Hari 9 ~ Sabtu, 14 Oct 2023

Sebelum cerita perjalanan balik hari ini, aku nak share suasana rumah yang kami stay di  Event & Ferienhof Krinde sepanjang 8 hari 7 malam. Rumah ni dalam kawasan Sigriswil dan terletak di atas bukit mengadap Tasek Thun.

Sebelum check-out kena pastikan semua dalam keadaan bersih dan kelengkapan dapur berada di tempatnya. Gambar-gambar bawah ni semua keadaan pada hari check out.

Event & Ferienhof Krinde

Bilik 1, aku dan wife

Bilik 2, family Edi & Zulhairi.. boleh muat 3-4 orang

Bilik 3, Masturah & Amir.. baby court tu free request.. 

ruang tamu.. ada tv kat situ

dapur dan meja makan - view dari ruang tamu

dapur dan meja makan - view dari pintu masuk

toilet

info board dan tempat letak kunci

Rumah 3 bilik ni nama dia Niesen

Ada 1 lagi rumah kat tingkat atas. Ada 2 bilik, 1 toilet, ruang tamu dan dapur serta meja makan. Lagi 1 rumah 2 bilik juga kat bangunan sebelah parking.

Harga untuk rumah ni,

3 bilik = RM746/per-night
2 bilik = RM708/per-night

Note : Ni harga masa booked 7 bulan sebelum pergi dan exchange rate 4.9. Sekarang ni dah cecah 5.3. Rumah ni tuala tak disediakan. 1 tuala tuan rumah charge CHF5(RM26). Lain-lain charge ialah City Tax CHF4.5 perday & perhead untuk dewasa je. CHF4.5 x 7 hari = CHF31.5(RM167) total charge untuk perhead. Ini charge hidden cost yang nak kena kira jika datang Swiss ya. Semua hotel, homestay ada extra charge untuk City Tax.  

Pada aku harga rumah homestay ni murah banding dengan tempat lain seperti di Lauterbrunnen atau Grindelwald. Selain rumah yang luas dan selesa juga lengkap dengan peralatan memasak. 

Cuma 1 je yang mungkin pada orang lain rasa kureng ialah lokasi atas bukit dan nak ke jalan besar ambil masa 15-20 minit. Pada aku ok je sebab view masa turun dan naik sangat cantik dan bila dah berhari-hari lalu tak terasa jauh.

Pukul 7 pagi masih gelap lagi dan masa ni hujan renyai-renyai..

biasa kalau hujan kat area tanah tinggi salji akan turun..

Tepat pukul 7.30 pagi kami gerak meninggalkan kampung Sigriswil menuju ke Geneva. Target aku nak tiba di Geneva Airport sebelum pukul 11. Dalam perjalanan nanti nak singgah RnR untuk sarapan, pastu tuang minyak bagi penuh dan kemudian pulangkan kenderaan sewa. Sebab tu gerak awal lagi bagus untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

La Taillaz RnR

Singgah di RnR untuk sarapan

Dari sini 40km lagi ke Geneva Airport

Geneva Airport

Alhamdulillah, kami tiba di Geneva Airport ngam-ngam pukul 11 pagi. Masa cari tempat nak turunkan penumpang, 2 kali pusing airport. At last jumpa tempat yang aku rasa boleh turunkan penumpang tapi rupanya......

Hampir-hampir kami nak kena saman dengan 2 orang polis yang ada kat situ. Ceritanya, masa pusing kali ke-2 aku dah nampak polis tu ada kat situ tapi tak sangka pulak polis tu boleh datang dekat kenderaan kami dan bagi tau tak boleh turunkan penumpang kat sini. 

Polis tu cakap hanya teksi je boleh turunkan penumpang kat sini.. "Ooooo..." Dalam hati aku kata, "abih nak turunkan kat mana?" Padahal banyak je parking lot kosong kat situ. Aku pun tak pasti tempat lain tu kat mana. Waze yang bawak ke situ. Nampaknya, kena further study ni kat mana yang boleh..

Atau, mungkin kena bawa semua penumpang ke tempat pulang kereta sewa. Lepas pulang, pastu ramai-ramai dengan beg-beg naik shuttle pergi airport? Mungkin macam tu kot? Ok takpe benda pun dah berlaku, hadap je dan jadikan pengajaran.. yang penting tak kena saman..

bayangkan 18 orang dengan beg-beg naik shuttle ni... 

Dah pukul 11.50 kaunter check in belum bukak lagi.. boarding time kol 2.15ptg..

Kaunter check in bukak pukul 12 tghri. Nasib kami dah beratur dulu dan dapat paling awal check-in. Selesai semua check in bag, kalau ikut aku nak boarding terus. Tapi pagi tadi sebelum subuh adik-adik muslimat dan wife dah prepare bekal untuk lunch sekali. Jadi sebelum boarding kena habiskan makanan tu semua. Kami pun turun ke tingkat arrival yang tak ramai orang dan cari port lunch di situ. Ini yang best bila jalan dengan adik beradik, tak sempat lapar dah makan dulu..

Selepas lunch ada masa lebih kurang sejam lebih untuk boarding, imigresen dan lain-lain. Tak sangka ramai pulak orang kat airport hari ini. Kat imigresen dah beratur panjang. Kat safety check pun sama. Semua ni amek masa sejam gak nak setel. Masa tiba kat gate baru duduk 5 min dah kena panggil masuk flight. Ngam-ngai soi..

bai-bai Geneva & Swiss.. till will come again..

KLIA

safe landed kat KLIA pada 15 Oct 2023 pukul 3 pm

Salak Tinggi Park and Ride

Muka dah sampai Malaysia nak gerak balik JB

Selamat tiba di rumah JB pukul 9 malam. Bermakna berakhir sudah kisah perjalanan aku, wife dan adik beradik sepanjang 10 hari bermula hari gerak dari JB pada 5 Oct 2023 hingga tiba di JB semula 15 Oct 2023. Alhamdulillah, selamat pergi dan balik dan dipermudahkan.

Sebelum aku mengakhiri post ini, aku nak share beberapa Tools atau Apps untuk mereka yang nak travel DIY,

www.skyscanner.com

Aku selalu guna apps untuk bandingkan harga tiket flight. Lepas dah dapat Airline mana yang murah, kemudian pergi ke web atau apps Airline tersebut dan booking. Boleh je nak booking melalui skyscanner agent tapi aku rasa lebih selamat kalau beli terus kat web airline tersebut.

Gambar bawah ni contoh aku search guna apps skyscanner pada 24/1/24 untuk tarikh yang sama yang aku pegi Trip Swiss tahun lepas. Nampak di situ paling murah Turkish Airlines dan 1 transit je. Total perjalanan untuk pergi dan balik pun tak lama.



Ni web atau apps yang aku selalu guna untuk survey dan book accomodation. Ada juga yang suka guna AirBnB tapi sebab level aku kat booking.com dah genius 3 jadi aku lebih suka guna page ini sebab akan dapat diskaun. 

Nak pilih accomodation kena tahu area mana supaya tak jauh dari tempat kita nak jalan-jalan. Bab ni kena sendiri study tentang lokasi, bandar, pekan. Dalam web atau apps tu dah siap ada maps lokasi hotel atau homestay, jadi kena pastikan betul-betul sesuai sebelum book.

Di booking.com juga aku guna untuk cari kenderaan sewa.


Web atau apps ni aku guna untuk plotkan jarak satu-satu tempat yang aku nak pergi. Juga guna masa nak buat iterneri terutama bila plan travel konsep touch n go iaitu tak stay kat satu tempat. Sebenarnya banyak benda lain boleh guna antaranya seperti di bawah,


ni contoh aku buat map masa Kembara Eropah 2018. Dari map ni kita tentukan kat mana nak stay dan cari guna booking.com

contoh dgn google maps boleh tengok keadaan homestay lebih dekat sebelum decide nak stay or tak..

3 web/apps yang dah share kat atas paling kerap abe guna. Ada lagi web atau apps lain bergantung kepada method travel. Jika DIY guna public transport boleh install apps yang berkaitan seperti Citymapper, Moovit dan lain-lain. Nak package diskaun boleh install apps Klook.

Tools ni sangat perlu bukan saja untuk merancang setiap trip atau kembara juga untuk memudahkan dan melancarkan perjalanan. Sekarang ni ramai yang share tentang travel kat Tik Tok, kat Youtube dan lain-lain platform social media. Boleh juga dapatkan info kat situ. Cuma kena rajin explore dan take note setiap info yang telah dikongsi. Mudah la ni nak dapat maklumat semua ada kat hujung jari. Google je..

Ok, abe rasa cukup sampai sini. Semoga apa yang telah dikongsi dapat beri manfaat dan maklumat kepada mereka yang teringin atau tengah merancang hendak pergi travel. Semoga perjalanan travel anda dipermudahkan dan mendapat ibrah.. Aaminn..

Segala yang baik semuanya datang dari Allah dan kelemahan dari diri saya sendiri. Berjumpa lagi pada trip akan datang... InshaaAllah...

Post terdahulu,