Saturday 6 January 2024

Jalan-Jalan Swiss Adik Beradik, 6 - 14 Oct 2023 ~ Part 2

Assalamualakum wbt.

Sebelum sambung kisah seterusnya, baca dulu beberapa tip nak jimat pegi travel samada ke Swiss atau negara lain,

1. Beli tiket flight awal 8-10 bulan 

Tiket flight adalah bajet paling besar iaitu dalam 30-40% dari total travel kos. Bermakna kalau nak dapatkan tiket yang murah sikit kena rancang awal negara mana nak pergi, musim apa dan jumlah hari. Untuk trip Swiss aku pilih tarikh 6-14 Oct 2023 sebab masa tu tiket paling murah dalam RM3300++. Lagi satu untuk ke negara Europe aku prefer airline yang base kat negara arab macam Emirates, Etihad, Qatar atau Saudi Air. Sebab apa? Sebab suka dik..hehe 

So, kena rajin survey guna skyscanner.com. Bila dapat hage baik terus pakat dengan geng travel dan booked. Tu pentingnya ada geng yang terus firm nak join travel. Sape yang nak fikir dulu, tak confirm, ko biarkan je dia. Bukan apa, jumlah ahli travel akan menentukan juga kos-kos lain seperti accomodation dan jenis kenderaan nak sewa. So, faham-faham ya lah..

Ok, untuk yang dah ada plan nak travel hujung tahun ni dah boleh start survey tiket flight.

2. Sewa Transport

Jika travel ramai lebih jimat sewa transport. Bagi aku 3 atau lebih dah kira ramai. Boleh je nak naik public transport tapi pilihan hotel jadi terhad sebab kena pilih dekat dengan bus atau railway station. Kebanyakkan hotel yang dekat dengan station lebih mahal dan susah nak dapat yang lengkap dengan dapur. Boleh je nak dapat hotel atau homestay yang murah sikit, tapi kena menapaklah jauh sikit ke station bus/ketapi..

Once dah decide nak sewa transport di negara seperti Swiss maka kena bersedia dan berani dari segi mental untuk drive setereng kiri dan memandu di jalan raya belah kanan. Mula-mula je kekok tapi lepas drive 1-2 jam ok dah. Tak semua orang berani drive stereng kiri. Macam-macam fikir, takut sesatlah, takut eksiden lah, takut kena saman lah, macam sorang kawan aku(nama dirahsiakan). Kalau takut, hire je private tour atau ikut travel agent dan ramai-ramai 30-40 orang naik bas.. ok gak tu dapat kawan baru.. huhu..

Hakikatnya, banyak kelebihan jika sewa transport seperti tak terikat dengan masa dan boleh pilih penginapan yang kita suka seperti di atas bukit atau tepi tasek yang menyajikan pemandangannya lebih indah dan memukau. Yang bestnya, bila memandu sendiri kita boleh berhenti kat mana suka untuk Ootd, berkelah atau solat kat kaki gunung. Bestkan...

3. Bawa Child Car Seat sendiri

Ini bagi mereka yang bawa anak kecil dan sewa transport. Ia lebih jimat dari sewa kat sana. Adik ipar yang bongsu bawa 2 child car seat. Setiap car seat berat dalam 3-4 kg je. Cuma kena modal untuk wrapping je dan kalau nak lagi jimat wrapping sendiri dan bawa wrapping tape dan plastik wrap dari rumah untuk wrap masa nak balik nanti.

4. Masak sendiri dan bawa bekal

Makan minum kat Swiss sangat mahal ya. Sekali makan nasi beriani ayam atau daging boleh cecah RM80-RM100 sepinggan. Lagi satu susah nak cari makanan halal. Kalau ada pun kebab je manjang. Kedai jual kebab halal pun ada yang campur dengan Pizza tak halal. 

So, bawalah bekal makanan seperti pek kembara atau pek rempah ratus untuk masak-memasak kat sana. Lain-lain seperti telur, ayam, buah-buahan dan roti boleh beli kat kedai runcit Groceries seperti Coop dan lain-lain. Kedai jual daging halal pun ada cuma agak susah nak jumpa. Selalunya ada kat pekan seperti di Geneva dan Interlaken.

Semasa kami kat sana geng muslimah yang terdiri ibu-ibu, adik-adik serta kawan-kawan gotong-royong masak lauk-pauk pada waktu malam dan lepas solat subuh sambung masak nasi dan kemudian isi dalam bekas lauk dan lunch box. Alhamdulillah, sepanjang kat sana macam-macam menu kaum ibu masak. Pastinya tak sempat lapar dah makan. Ada juga sekali sekala beli makanan kat luar seperti kebab dan minum hot cokelat. Saja nak pecahkan duit Swiss.

5. Pergi Swiss dengan Bajet RM6k je

Tak percaya? Caranya tak payah naik train atau cable car ke gunung seperti Top of Europe, Zermat/Matterhorn, Brienzer Rothorn, Grindelwald First, Mount Titlis dan lain-lain yang harga tiketnya bermula dari CHF64 dan keatas. Paling mahal ialah TOE, CHF197(RM1044). Kos untuk ke semua tempat-tempat ni boleh cecah RM3k seorang dan kalau beli Swiss Half Fare dapat diskaun 50% + CHF120(RM626). So, bila total up pun dekat RM1700++ seorang.

Jika skip jalan-jalan ke gunung, boleh ganti dengan jalan-jalan dan layan view kat Lauterbrunnen, Grindelwald dan lepak kat tepi Tasik Thun, Brienz atau Luzern. Drive ke Furka Pass pun best dapat layan corner hingga ke puncak 2500 meter. Lain pilihan, boleh ke tempat yang kena bayar tapi murah sikit seperti Blausee, Sigriswill, Trummelbachfall dan air terjun Reinfall. Tempat-tempat ni bayaran dalam CHF8-11 je. So, tepuk seluar tanya poket.. 

Ok cukup 5 jer nak share.. nanti kalau ada lagi tip kawe share kat post seterusnya..

 Staubbachfall @ Lauterbrunnen


Hari 4 ~ Isnin, 9 Oct 2023

Iternari hari ni sepatutnya ke Grindelwald First dan Lauterbrunnen tapi sengaja aku tukar ke Brienzer Rothorn atas sebab-sebab nanti aku cerita. 

8.30 pagi - Keluar dari guesthotel. Jalan yang sama seperti semalam melalui tepian Tasek Thun hingga ke Interlaken. Kemudian lalu highway kat tepi Tasek Brienz pastu masuk keluar terowong 3x dan sampai kat parking lot Stesyen keretapi Brienz. Dari rumah dalam 44km dan sejam perjalanan.

9.30 pagi - Tiba dan parking. Kat sini ada 2 stesyen keretapi,

1. Brienz - Main Railway Station untuk laluan ke Lucern dan Interlaken
2. Brienz Rothorn Bahn - Station keretapi wap untuk ke Gunung Brienz Rothorn

Tujuan kami ke Brienz Rothorn Bahn. Jarak antara 2 station mengadap seberang jalan je.

Setelah bayar parking aku dan Faizah pergi ke stesyen keretapi Brienzer Rothorn untuk beli tiket. Setibanya di kaunter, makcik saleh cakap tiket keretapi stim ke gunung untuk hari ini semua dah habis. Apa? dah habis? Cepat tolll..ni cakap dalam hati buat-buat terperanjat..hehe.. Ok, cakap sini, habis sini ya.. Aku sebenarnya dah agak bila Faizah ada cerita kawan dia pernah datang walk in mengalami situasi yang sama. Cuma kawan dia dapat jugak tiket tapi kena sidai 2 ke 3 jam. Mungkin kawan dia dapat tiket even kena tunggu sebab tak ramai dalam 3-4 beranak. Kitorang ni 18 orang bai.. memey susah nak adjust.. ketapi wap ni sekali trip hanya boleh muat 100 orang je..

Ok takpa, tanpa fikir panjang terus book tiket untuk esok pukul 10.45 pagi. Kat sini boleh guna Swiss Half Fare(SHF). Harga asal CHF97(RM514), dapat diskaun 50%. Jimat RM257. Semalam pegi TOE jimat RM549. Jumlah jimat semalam dan hari ini, RM806. Dah cover beli SHF RM626 dan jumlah jimat bersih ialah RM179.

Nampak tak tujuan kenapa aku tukar plan iternari ke Brienzer Rothorn hari ini bukannya ke Lauterbrunnen. Sebab aku dah dapat rasa kalau walk in memang susah nak dapat tiket dan kalau dapat pun kena tunggu lama. Sebenarnya boleh je book online tapi memang takkan sempat sebab bila malam je lepas dinner masing-masing dah ngantuk nak tido.

Cerita Brienzer Rothorn kita sambung esok, jom kite ke Lauterbrunnen... 


Lauterbrunnen

Pekan ni dah macam kampung aku kat Parit Nipah. 2 kali pada 2015 dan 2018 aku pernah stay 3H 2M dan 4H 3M di Jungfrau Campsite. Kat sini pada aku antara tempat tercantik di Swiss. Kaya dengan air terjun, tak silap ada 70 dan yang paling popular di Staubbachfall yang menjadi mercu tanda Lauterbrunnen. Juga ada air terjun dalam gua di Trummelbachfall. Air terjun dalam gua ni nak masuk kena bayar CHF12. Lain-lain lagi 68 air terjun kena cari sendiri. Selain itu macam-macam aktiviti boleh buat kat sini antarnya hiking, camping dan paragliding. Aku yang kali ke-4 datang pun tak habis teroka tempat ni.


belakang tu air terjun Staubbachfall.. tapi tak berapa nak terjun airnya...

dah penat jalan kita kene kopi dan hot cekelat

secawan CHF5

hot cekelat mengadap Staubbachfall

Lepas, jalan-jalan dan bergambo kat pekan Lauterbrunnen, kami gerak ke dalam sikit di Stechelberg dan park di situ untuk cari port makan tengahari. Tempat kami park tu di sebelah stesyen bas dan ada toilet kat situ. Kalau ikutkan tidak dibenarkan berkelah kat kawasan parking tu(ada signboard melarang), tapi kami redah je. 

besar, lapang dan tak banyak kereta parking

inilah bekalan untuk makan tenghari

Makan sambil layan view

Dimana-mana boleh solat.. yang penting jangan tinggal solat..


Grindelwald First

Lokasi seterusnya ke Grindelwald yang jaraknya dalam 20km. Semalam dah datang, hari ni datang lagi dan kami park kat tempat sama. Dari tempat parking(Parkhaus Eiger) kami jalan kaki 500m ke Grindelwald Gondola Lift Station untuk naik ke Grindelwald 1st yang terletak di ketinggian 2100 meter.


Jalan masuk ke Grindelwald Gondola Lift Station.

Harga tiket gondola atau cable car untuk seorang ialah CHF78(RM413). Masa nak beli tiket aku keluarkan SHF saje nak cuba try test boleh dapat diskaun ke tak. Rupanya dapat. Alhamdulillah, jimat lagi RM206. Total penjimatan bersih setelah guna di 3 tempat ialah RM386. Lepas ni ada 2 tempat lagi iaitu ke Zermatt & Gornegrat dan Kandesteg.

Faizah & family dalam gondola ke Grindelwald 1st

tahun lepas pegi tempat OOTD ni belum ada..

Mak Yong and Pak Long

belakang tu Cliff Walk... sape yang gayat boleh try jalan kat situ.. pasti tambah gayat..hehe

Lepas jalan-jalan pekena croisant dan hot cekelat sambil layan view

Gondola ni boleh muat 6 orang

Ekceli kat Grindelwald 1st masa nak turun boleh pilih aktiviti samada naik trottibike atau mountain cart. Masa beli tiket boleh pilih salah satu. Aktiviti dah termasuk dengan harga tiket gondola. Tapi semua macam dah tak larat. Masa turun semua nak naik gondola je. Aku ok je sebab last year dah rasa naik Trottibike.

Sebelum balik kat tempat parking singgah lagi Coop beli apa yang patut.

kat Coop borong cokelat ni untuk sourvenir kawan-kawan


Hari 5 ~ Selasa, 10 Oct 2023

Hari ni datang Brienzer Rothorn semula. Sebelum ke sana singgah dulu,

Iselwald

Tahun lepas aku dah datang sini. Kali ni datang bawak rombongan pulak. Tempat ni dulu sebelum drama CLOY(Crash Landing On You) popular takde sape peduli. La ni antara tempat faveret singgah especially peminat drama Korea. Tak jauh tempat ni dari Interlaken dan boleh datang samada dengan bas atau feri. Kalau datang dengan transport sendiri, banyak parking lot ada dan jangan lupa bayar kat mesin parking.

cerita pasal jeti yang ada kene-mengena dengan drama korea CLOY

tahun lepas free.. tahun ni kena bayar CHF5

You and Me

Family Edi & Zulhairi


Brienzer Rothorn

Asalnya tempat ni tiada dalam iternari. Tiba-tiba wife share link tiktok dalam grup pasal tempat ni dan semua request nak pegi. Boleh je, tapi kena cancel pegi Mount Titlis. Semua setuju.

Ini station keretapi wap/stim ke Brienzer Rothorn

ni rupanya ketapi wap.. memey klasik ketapi ni

Bacalah.. ada cerita asal usul tempat dan keretapi wap

Pak Long, Mak Long dan Bicu & Family.. Biru belakang tu tasik Brienz

Faizah in action

Bicu

Hubby Bicu.. model Mangga

sampai kat puncak Brienzer Rothorn lunch dulu.. hari ni lauk asam pedas

bawah tu Tasik Brienz

Bendera Swiss berkibar riang

Ainol Mardhiah.. anak Bicu

Family Edi & Zulhairi

Kat atas Brienzer Rothorn ni selain lunch kami cuma jalan-jalan kat kawasan sekitar je. Si husband Faizah dia cakap naik sampai viewpoint paling tinggi. Dia sorang je pegi, lain-lain termasuk aku dok layan view kat cafe tempat kami lunch. Dengan angin bertiup kencang tanpa hadangan, suhu 20 celcius pun jadi gigil. Apapun, view dia memey memukau..

Turun time.. kena berlari nak kejo seat..

Abang Long takda kawasan

Mak Yong

Sebelum ke lokasi seterusnya, aku nak share tentang Brienzer Rothorn merupakan sebuah gunung dengan ketinggian 2350 meter. Boleh naik ke atas samada dengan keretapi wap atau cable car. Kami pilih naik keretapi sebab nak merasai pengalaman naik Keretapi Wap yang tertua di Switzerland yang dah wujud sejak 1891.

Perjalanan mendaki sejauh 7.6km mengambil masa sejam termasuk singgah sekejap di PlanAlp untuk mengisi tangki air keretapi. Sepanjang perjalanan pemandangannya memey menakjubkan. Indah sungguh ciptaan Allah.

Sebaik tiba di puncak 2244 meter yang juga station keretapi ke-4 tertinggi di Switzerland kami disajikan pula dengan pemandangan panoramik puncak-puncak pergunungan. Dari atas juga boleh nampak pemandangan indah Tasik Brienz yang airnya membiru. Memey sangat indah. Brienzer Rothorn memey berbaloi dilawati dan wajib ada dalam iternary kalau ke Swiss. Travel Agent dari Malaysia jarang bawak ke sini. Even tak ramai orang Malaysia datang sini tiket keretapi wap ni hari-hari tetap sold out.


Interlaken

On the balik ke homestay ada request nak singgah Interlaken. Sebab ada yang nak beli sourvenir. 

Interlaken adalah pekan yang terletak di antara 2 tasik Thun dan Brienz merupakan tempat tumpuan pelancong. Pekan ni juga adalah pusat yang menghubungkan ke banyak pekan-pekan lain seperti Grindelwald, Lauterbrunnen, Brienz, Lucern dan Thun, samada dengan keretapi atau bas. Sebab itu di sini banyak hotel-hotel yang berdekatan dengan station keretapi dan bas. Kalau mereka yang nak jalan-jalan Swiss naik public transport elok duduk pekan ni yang dekat dengan station keretapi.

Di Interlaken ada East dan West. Station keretapi dan bas terletak di sebelah West. Kedai sourvenir yang murah-murah pun banyak kat belah West. Kedai lain seperti Migros, kedai jual jam, pisau lipat swiss, pakaian, kedai halal kebab, nasi beriani dan groceries halal juga ada kat belah West. Senang cakap kat belah West semua ada. So, kalau datang ke Interlaken pergilah sebelah West.

Ok, sementara tunggu wife dan adik beradik pergi shopping aku dan amir lepak makan kebab kat cafe depan kedai jual sourvenir. Berejam gak tunggu dorang habis shopping.

Kedai sourvenir kat depan kedai jual kebab

#Sunset depan bilik


Sekian kisah hari ke-4 dan ke-5, bersambung Part 3 untuk hari-hari seterusnya...

Post terdahulu,

No comments: