Sunday, 5 January 2020

Jalan-Jalan Bintan ~ Part 1

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, selesai sudah jalan-jalan Bintan dan Batam sebagai penutup tirai cuti-cuti tahun 2019. Bermula dengan Kembara Turki pada bulan April, kemudian pada bulan Ogos ke Bandung. Pada bulan Disember ke Abu Dhabi & Dubai dan akhir sekali ke Bintan dan Batam. Semua pergi dengan family kecuali Turki.

Walaupun Abu Dhabi & Dubai lebih dulu pegi tapi aku nak siapkan travelog Bintan dan Batam dulu. 

Cetusan Idea ke Batam dan Bintan.

Sebenarnya idea ke Batam ni dicetuskan oleh husband salah seorang geng baik wife aku selepas balik dari outing kat rumah rakit GB Ikhwan pada 26-27 Oct 2019. Dia dan keluarga juga yang join family aku masa pegi Bandung pada bulan Ogos. Siapakah dia kena baca travelog aku kat link ni,

Dari plan cuma nak ke Batam lanjut ke Bintan sekali dan tarikh pada 24 hingga 26 Disember 2019 dipilih selepas dipersetujui bersama oleh geng bini-bini aku gengster. Tarikh tu dipilih kerana terletak pada tengah minggu dan ada cuti umum di tengah-tengah pada 25/12. Lagi satu taknak ganggu activiti aku dan wife pada hujung minggu. 

So, ada apa kat Bintan dan Batam? Nak tau kena baca sampai habis...

Outing bersama jiran-jiran P10 Bandar Dato' Onn @ Rumah Rakit GB Ikhwan pada 26-27/10

Bintan

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.. 

Ini antara pantun-pantun popular warisan melayu bagi kita orang melayu Malaysia. Hakikatnya pantun ini sudah lama wujud sejak zaman raja-raja nusantara dulu dan pembayang pantun ini berdasarkan dari apa yang orang dulu nampak di kepulauan Riau. Bermakna Pulau Pandan dan Gunung Daik ni memey wujud dan berada di Pulau Lingga dan Selat Melaka.

Orang melayu dan seni pantun memey tak dapat dipisahkan. Dulu digunakan sebagai percakapan seharian dan kini lebih kepada majlis-majlis rasmi seperti pertunangan dan sebagainya.

Jadi, kat mana kedudukan Pulau Pandan dan Gunung Daik? Sila tengok gambar kat bawah..

Gunung Daik & Pulau Pandan
Kedudukan Pulau Lingga, Batam, Bintan dan Singapura

Apa kaitan dengan Bintan dan Lingga?

Kaitannya semua pulau ini dulu dibawah jajahan Kesultanan Riau-Lingga yang merangkumi gugusan pulau-pulau di selatan Selat Melaka dan Singapura(Temasek). Dulunya Kesultanan Riau-Lingga dibawah pemerintahan Kesultanan Johor yang berpusat di Lingga.

Selepas tu datang Inggeris dan Belanda yang akhirnya Bintan, Batam, Lingga dan kepulauan Riau yang lain terpisah menjadi jajahan Belanda dan kemudian Indonsia. Namun begitu walau samada Indonesia atau Malaysia, yang masih kekal ialah jati diri melayu melalui bahasa yang dituturkan. Bahasa indonesia sendiri berasal dari bahasa melayu.

Pulau Lingga pula walaupun di bawah Republik Indonesia tetapi loghat percakapan penduduk di sana lebih mirip kepada orang melayu Johor. Ini kerana Kepulauan Riau dulu semua dalam satu kerajaan melayu nusantara. Jadi kaitan Bintan dan Lingga ialah tentang sejarahnya yang berada di dalam kekuasaan jajahan raja nusantara.

Ok, sekian cerita sejarah. Sambung balik kisah travelog.


Stulang - Bintan, 24 Dec 2019

Untuk ke Bintan dari JB boleh naik feri je. Di Johor ada beberapa terminal feri dan kami memilih Terminal Feri Stulang kerana tak jauh dari rumah.

Perjalanan menaiki feri dari Stulang ke Bintan ambil masa lebih kurang 3 jam setengah. Harga tiket sehala ialah, RM98 untuk dewasa dan RM62 untuk kanak-kanak. Dalam sehari ada 3 trip feri dari Stulang ke Bintan iatu pada pukul 9.30 pagi, 1 dan 4.30 petang. Kami pilih pukul 9.30 pagi.

Laluan Feri Stulang ke Bintan
Terminal Feri Stulang



limbungan kapal di Singapura

view belakang feri

Terminal Feri Tanjung Pinang, Bintan

Kami tiba di Tanjung Pinang, Bintan pada pukul 11 pagi waktu Indonesia(Malaysia - 12 tengahari).  Tour guide dan transport dah siap menunggu untuk bawa kami ke lokasi pertama iaitu ke Bintan Treasure Bay di Lagoi. Dari jeti nak ke Bintan Treasure Bay jaraknya 67km.

route dari terminal feri Bintan ke Lagoi/Treasure Bay Bintan



Dalam perjalanan kelihatan panoramanya tak ubah macam kat Johor. Pokok-pokok kiri kanan macam jalan nak pegi Mersing dari Kota Tinggi. Berbeza sekali dengan suasana di bandar-bandar di Pulau Jawa seperti Bandung, Surabaya atau Jogjakarta. Berada di Bintan seolah berada di Malaysia. Cuma bezanya pada plat-plat kereta dan loghat percakapan.

Tour guide cakap sejam je perjalanan tapi singgah makan dan solat kami tiba di Lagoi dekat pukul 2 lebih. Maknanya dalam 2 jam gak perjalanan.


Lunch masakan padang
aku dan jiran-jiran best forever perjiranan 10, bandar dato' onn
singgah solat di Masjid Al Mukhlisin Sri Bintan. 
Gunung Bintan yang dikatakan terdapat kubur Hang Tuah?
benarkah?

On the way sambil-sambil tu berbual dengan tour guide dan antaranya kisahnya tentang makam Hang Tuah serta keluarga di kaki Gunung Bintan? Benarkah?
https://menixnews.com/makam-hang-tuah-di-kaki-gunung-bintan/

Ada juga cerita makam Hang Tuah di Palembang?
https://www.beritaharian.sg/kembara/kubur-hang-tuah-di-palembang
https://www.bharian.com.my/node/100259

Entah mana satu betul, Wallahua'alam...


Bintan Treasure Bay

Di sini terdapat Cyrstal Lagoon iaitu kolam buatan yang terbesar di Asia Tenggara. Nak masuk ke resort ni kena bayar Rp120 ribu seorang. Sebenarnya kalau dengan ejen lagi murah boleh dapat dalam Rp100 ribu, tapi entah kenapa hari tu tour guide aku tak tolong belikan. 


aktiviti kena bayar kat dalam treasure bay
crystal lagoon map

Dalam Treasure Bay ni macam-macam aktiviti boleh buat tapi kena bayar lain. Bayaran masuk tu untuk mandi manda dalam kolam sahaja.


angkut sekali trolly beg sebab nak mandi kolam..
Oleh kerana dari Terminal Feri kami terus ke Treasure Bay, jadi berkelah bawak beg-beg trolly sekali masuk dalam.

layan Vitamin kolam..
budak-budak bila nampak kolam... 
ibu-ibu, bapak-bapak serta kakak berkelah kat bawah pokok...



sewa motor untuk tawap keliling kolam



ini antara permainan dalam kolam kalau nak main kena bayar lain...
Dekat 4 jam kami di Treasure Bay dan destinasi seterusnya ingat nak layan kunang-kunang di Bintan Mangrove. Tapi bila tour guide cakap kena bayar Rp300 ribu sorang terus tak jadi. Rasa macam mahal plak hage sorang kena bayar rm100 cuma naik sampan untuk tengok kunang-kunang. So, tak jadi layan mangrove.

dah sampai sini tapi tak jadi masuk..
On the way ke hotel singgah dinner kat warung sup. Sebenarnya tour guide ada suggest dinner sea food tapi kami pilih nak makan makanan tempatan. Warung makan sup tu ok gak rasa mee sup dia dan harga berpatutan.

ni geng bini-bini aku gengster... tapi ada sorang tu belum jadi bini lagi..





aku dan Pak Dodi

Pelangi Hotel dan Resort

Hotel ni aku book melalui booking.com. Lokasi tak berapa jauh dari bandar Tanjung Pinang dalam 4-5km je. Ada welcome drink, bilik besar dan selesa.

sebelum masuk hotel begambo dulu..
Sebelum check in Pak Dodi pelawa kalau malam nanti nak jalan-jalan kota Tanjung Pinang dia boleh bawakan. Ok gak dan selepas check in, mandi, solat kemudian call Pak Dodi mintak bawa kami ibu-ibu dan bapak-bapak jalan-jalan. Budak-budak tinggal.


ada jambatan yang menghubungkan antara pulau bintan dan pulau dompak



Di Pulau Dompak ini menurut kata Pak Dodi ialah tempat pentandbiran Kepulauan Riau. Orang sini panggil KepRi(singkatan untuk Kepulauan Riau). Banyak pejabat kerajaan di sini dan juga ada masjid besar. Ingat nak singgah masjid tapi pagar dah tutup pulak.

Belakang tu lambang Provinsi Kepulauan Riau
Selepas bergambar di mercu tanda Kepulauan Riau di Pulau Dompak kami ke kokasi ke-2 iaitu Jambatan Dompak. Menurut kata Pak Dodi jambatan ini diinspirasikan dari Lancang Kuning. yang merupakan kisah rakyat melayu Riau dan juga melayu malaysia.

Lancang ialah kapal manakala kuning ialah warna kebesaran di raja. Sebab itu Lancang Kuning hanya digunakan oleh raja untuk mengharungi samudera.

Sebenarnya ada kisah disebalik Lancang Kuning dan kalau korang nak tahu kena tengok filem melayu tahun 1962 lakonan Nordin Ahmad dan Latifah Omar. Aku pernah tengok filem ni lama dulu masa kecik-kecik tapi tak berapa ingat jalan ceritanya. Bila sudah difilemkan pastinya ada berlaku konflik di sebalik Lancang Kuning. Bukan saja ada filem juga ada lagu. Jamal Abdillah antara yang menyanyikan lagu Lancang Kuning.

Lancang kuning
Lancang kuning belayar malam
Belayar malam...
Lancang kuning
Lancang kuning belayar malam
Hai belayar malam...
Haluan menuju
Haluan menuju ke laut dalam...
Haluan menuju
Haluan menuju ke laut dalam...
Lancang kuning belayar malam... Kalau nakhoda
Kalau nakhoda kuranglah faham
Kuranglah faham...
Kalau nakhoda
Kalau nakhoda kuranglah faham
Hai kuranglah faham...
Alamatlah kapal
Alamatlah kapal akan tenggelam...
Alamatlah kapal
Alamatlah kapal akan tenggelam...
Lancang kuning belayar malam... Lancang kuning
Lancang…

Rekaan jambatan inspirasi dari Lancang Kuning



lampu pada layar lancang kuning ni akan berubah warna setiap 5 saat

Sejam gak Pak Dodi bawa kami jalan-jalan sekitar kota Tanjung Pinang dan Pulau Dompak. Dan, yang terakhir singgah di mercu tanda Kota Tanjung Pinang iaitu siput Gong Gong.

Belakang tulisan itu ialah Gong Gong iaitu sejenis siput yang boleh dimakan

Sekian untuk aktiviti hari ini dari pagi sampai pukul 12 malam waktu Indonesia. Esok sambung cerita sebelum ke Batam kami akan ke Pulau Penyengat dulu. 


Bintan ~ 25 Disember 2019

Hari ke-2 di Bintan. Program hari ini nak ke Pulau Penyengat dulu dan kemudian beli belah kat pasar berdekatan terminal feri. Jeti ke Pulau Penyengat juga tak jauh dari terminal feri.


Pulau Penyengat

Pulau penyengat adalah sebuah pulau kecil dan berpenduduk. Nak ke pulau ni kena naik bot sampan dalam 15 minit je perjalanan.

Apa ada kat pulau ni? baca apa Pak Wikipedia kata,
Pulau Penyengat merupakan salah satu objek wisata di Kepulauan Riau. Di pulau ini terdapat berbagai peninggalan bersejarah yang di antaranya adalah Masjid Raya Sultan Riau yang terbuat dari putih telur, makam-makam para raja, makam dari pahlawan nasional Raja Ali Haji, kompleks Istana Kantor dan benteng pertahanan di Bukit Kursi. Sejak tanggal 19 Oktober 1995, Pulau penyengat dan kompleks istana di Pulau Penyengat telah dicalonkan ke UNESCO untuk dijadikan salah satu Situs Warisan Dunia. 


Pulau Penyengat di sebelah barat Pulau Bintan


13 orang naik bot sampan dari dermaga ke pulau penyengar..


Dari dermaga di Tg Pinang ke Pulau Penyengat naik bot sampan lebih kurang 15 minit perjalanan. Tambangnya Rp300k untuk satu bot pegi dan balik. 

Pantun yang terdapat di Jeti Pulau Penyengat



Jeti Pulau Penyengat


Sebelum naik beca jelajah sekitar Pulau Penyengat singgah dulu Masjid... yang dindingnya dibuat dari kuning telur.

Masjid Raya Sultan Riau

Masjid Raya Sultan Riau yang salah satu campuran bahan bangunan dari putih telur

Masa kami tiba di Pulau Penyengat kebetulan akan ada acara di masjid yang akan berlansung sebelum waktu zohor. Masa kami sampai belum ramai lagi jemaah datang. Ketika kami nak balik kira-kira pukul 11 tengahari baru kelihatan ramai jemaah baru tiba menuju ke masjid.


naik beca keliling pulau penyengat
Dengan menyewa beca Rp40k untuk 3 orang kami di bawa melawat tempat-tempat sejarah di Pulau Penyengat dan antaranya ialah,

Makam Raja Haji Fisabibillah

Siapa Raja Haji?
Raja Haji Fisabillah untuk pengetahuan korang ialah pahlawan nasional Riau-Tanah Melayu yang syahid di Kg Ketapang, Melaka semasa menentang Belanda pada tahun 1722. Kalau tak silap dalam buku sejarah form berapa tak ingat ada cerita pasal perjuangan Raja Haji menentang Belanda. Almarhum merupakan anak Opu Daeng Celak dan berketurunan Bugis(aku pun Bugis belah Arwah bapak aku)

Raja Haji setelah syahid di makamkan di Kg Ketapang Melaka dan kemudian dipindahkan ke Pulau Penyengat iaitu tempat Almarhum dilahirkan. Raja Haji Fisabilillah juga diabadikan sebagai nama airport di Bintan.



Makam Pahlawan Nasional Raja Ali Haji



Siapa Raja Ali Haji?

Menurut Pak Wiki,
Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad (1808 - 1873) atau lebih dikenali sebagai Raja Ali Haji, ialah ulama, ahli sejarah, serta pujangga Melayu-Bugis, dan terutamanya pencatat pertama dasar-dasar tatabahasa bahasa Melayu melalui Pedoman Bahasa,  buku yang telah menjadi piawai bahasa Melayu. Bahasa Melayu baku inilah yang ditetapkan sebagai bahasa Indonesia, bahasa rasmi negara Indonesia, dalam Kongres Pemuda Indonesia pada 28 Oktober 1928.

Almarhum juga merupakan cucu kepada Raja Haji Fisabilillah dan juga pengarang Gurindam 12 belas. 

Kedudukan Makam Raja Ali Haji dan Raja Haji Fisabilillahh



Di komplek makam ini terdapat makam Raja Ali Haji serta kaum kerabatnya. Salah seorang ialah Raja Hamidah yang ada kaitan dengan Sultan Selangor. Dikhabarkan oleh orang yang menjaga makam ini, Sultan Selangor sering datang ke sini untuk ziarah.

Raja Hamidah yang ada kaitan dengan Sultan Selangor

Salah Silah keturunan Raja Ali Haji 


Gurindam 12 karangan Raja Ali Haji

Balai Adat Melayu Pulau Penyengat 

Apa kata Pak Wiki tentang Balai Adat Melayu,

Balai Adat Pulau Penyengat adalah replika rumah adat Melayu yang pernah ada di Pulau Penyengat. Bangunan Balai Adat merupakan rumah panggung khas Melayu yang terbuat dari kayu. Balai Adat difungsikan untuk menyambut tamu atau mengadakan perjamuan bagi orang-orang penting.

Di dalam gedung, kita dapat melihat tata ruang dan beberapa benda perlengkapan adat resam Melayu, serta berbagai perlengkapan atraksi kesenian yang digunakan untuk menjamu tamu-tamu tertentu.

Di bahagian bawah Balai Adat ini terdapat sumur air tawar yang konon sudah berabad lamanya dan sampai sekarang airnya masih mengalir dan dapat langsung diminum.


sebelum naik rumah minum air sumur dulu..


Di sini juga boleh sewa pakaian adat melayu untuk lelaki dan perempuan. 

dah sewa dan pakai..
dang syirah dan dang shidah

Puteri Banjar Dang Lin dan Hulubalang Bugis Hang Zhar
Hang Zhar dan puteri-puteri ganu kite, bugis dan banjar
Hulubalang Bintan.. Hang Li, Hang Nix & Hang Zhar

Pasar Kota Tanjung Pinang

Last singgah sebelum berangkat ke Batam. Pasar ni berdekatan dengan jeti Pulau Penyengat dan juga Terminal Feri Tg Pinang.

Kat pasar ni geng-geng wife aku nak beli ikan bilis, kerepek belinjau dan macam-macam lagi benda kering. Beli kat sini sebab murah. Selain tu aku nak cari tanjak sebab ada pulak nak kirim. Jumpa tanjak tu tapi harga lebih mahal dari yang aku beli kat Pulau Penyengat.





Hingga ke temu lagi Bintan/Tg Pinang

Sebelum aku mengakhiri kisah jalan-jalan Bintan ni, sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik di Bintan yang tak sempat kami lawat, antaranya ialah....

Lagoi Bay



White Sand Island



Pantai Senggiling



Gurun Pasir Busung



Telaga Biru


Telaga Biru dan Gurun Pasir Busung ni sebenarnya satu tempat.


Sekian untuk kisah jalan-jalan Bintan dan akan bersambung Part 2 Jalan-Jalan Batam pula...

Untuk Bintan, inshaaAllah, kalau ada kesempatan aku datang lagi ke sini. 

6 comments:

azim said...

Terbaik bohh

Mohamad Azhar said...

Syukran.. :)

Unknown said...

Ada x pakej pelancungan kemakam Laksamana Hang Tuah yang terletak dikaki gunung bintan?Berapa agak2 lebih kurang budget perbelanjaan dari feri stulang kebintan?

Mohamad Azhar said...

hai, boleh contact Pak Dodi Bintan, +62812 7711924

Nutify said...

nice posting kak rinci banget infonya, terima kasih

Mohamad Azhar said...

sama2 @Nutify :)