Sunday 26 August 2018

Kembara UK 2018 England-Wales-Scotland ~ Hari 6

Assakamualaikum wbt.

Hari ke-6 ~ 16 Apr 2018

Setelah 4 hari 3 malam di Runcorn dan melawat kawasan sekitar seperti Liverpool, Chester dan Manchester, perjalanan hari ini diteruskan ke Scotland pula. Negara ke-3 dalam Pulau British untuk siri Kembara UK 2018. Seperti Wales, negara Scotland pertama kali kami nak datang dan bagi aku ini negara ke 23.

Kalau ikut iternari asal dari Runcorn/Liverpool nak terus ke Edinburg tapi ada perubahan sikit. Ceritanya, masa lepas tengok game Liverpool kelmarin lepas tu pegi dinner kat Cafe Nasi Lemak Liverpool. Kat sana terjumpa geng Liverpool juga lepas tengok game. Sambil makan dan bual-bual terbukak cete pasal kami nak ke Scotland. Dorang cadangkan kalau nak ke Scotland jangan tak singgah Glasgow. Tak jauh katanya.


Apa ada kat Glasgow?

Untuk kaki bola di situ terletak Stadium pasukan Celtic FC. Pasukan yang kini diurus bekas pengurus Liverpool iaitu Brendan Rodgers. Kembara UK 2018 salah satu aktivitinya ialah melawat stadium. So, dapat tambah koleksi stadium untuk dilawat.

Lalu aku pun buat route map memey tak berapa jauh. Sejalan cuma ada kena ke barat sikit je. Edinburgh terletak kat belah timur dekat dengan North Sea. Kedua-dua bandar ni tak jauh dengan sempadan England-Scotland.


we at Celtic Park
Route map dari Liverpool ke Glasgow dan Edinburgh


Runcorn - Glasgow, 362km

Jarak lebih kurang JB-KL je. Namun kami jangka perjalanan akan ambil masa lebih 4 jam walaupun dalam route map tulis 3 jam lebih. Itu anggaran jika perjalanan lancar dan tak singgah-singgah.

Untuk acara hari ini cuma nak singgah Glasgow iaitu ke Celtic Park dan kemudian langsung ke Edinburgh dan stay kat sana 3 hari 2 malam. Tak sabar rasanya nak pegi ke bandar-bandar ni terutama Edinburgh yang tersenarai antara 10 bandar tercantik di dunia. 

Sambil tu nak menikmati panorama pemandangan sepanjang perjalanan Runcorn-Glasgow yang sudah tentu menarik pandangan dan tak bosan memandang.


Opel Astra sesuai untuk kembara 4 orang... 
Selamat tinggal Runcorn


view macam kat New Zealand
Mahal gak minyak seliter kat highway
Singgah Service layan kopi sat

Costa Coffee

Kalau kat Malaysia popular dengan Starbuck atau Coffee Bean tapi kat UK product tempatan kedai kopi Costa lebih diutamakan dan ada kat setiap RnR atau di sini panggil Service. 

Kat Malaysia ada gak Costa Coffee especially kat Shell tapi guna mesin. Kat sini Barista yang buat kopi yang kami order.

Costa Coffee kat UK dah wujud sejak 1971 dan foundernya ialah adik beradik nama Bruno dan Sergio Costa. Nak tau lebih lanjut pasal kedai kopi ni bolehlah google.

Kat Malaysia ni patut dah ada brand sendiri kedai kopi macam ni tapi yang ada lebih kepada kopitiam macam Old town, Camek, Kluang Station dan lain-lain yang sewaktu dengannya. 

Cuma konsep kopitiam ni lebih kepada restoren dan bukan jual kopi semata-mata. Sekarang ni minum kopi dah jadi trend kerana ada khasiat disebaliknya. Aku dulu memey tak berapa minat minum kopi tapi sejak dua menjak ni jadi minat pulak. Walaupun jenis macam ni agak mahal tapi sekali sekala nak pekena juga sebab suka dengan aromanya. 



Barista tengah buat kopi kami

Sejuk-sejuk dapat minum kopi memey heaven



Separuh perjalanan...


Sempadan England-Scotland


susur kiri edinburgh... terus Glasgow



Celtic Park

Kami tiba di sini tengahari selepas menempuh 4 jam perjalanan melalui lebuhraya dan disajikan panorama yang indah persis New Zealand. Alhamdulillah, perjalanan berjalan lancar dan tenang. Cuaca pula semakin sejuk sikit kerana kedudukan bandar Glasgow lebih utara dari bandar-bandar lain seperti Liverpool dan Manchester.

Sebaik tiba di Celtic Park rasa tak sangka dan teruja dapat datang ke stadium ni yang asalnya tiada dalam perancangan. Terima kasih geng Liverpool yang cadangkan kami singgah ke sini. Tambah lagi koleksi stadium yang dilawati.

Bagi team Celtic FC ni dah lama aku usha sebab minat dengan color home jersi belang hijau putih. Bagi aku color hijau putih ni ada keunikan sendiri dan tak ramai team bola guna color ni. Cuma tak pernah beli jersi team ni sebab sponsor kat jersi asyik tukar-tukar antara arak dan judi. 

Selain Celtic FC yang home jersi hujau putih, Sporting Lisbon FC juga guna warna dan design jersi yang hampir sama dengan Celtic. Dan, kalau tengok badge kat Jersi Celtic musim 2007 ada tulis Lisbao dan 40 tahun aniversari. Aniversari itu sempena 1967 Celtic juara European Cup menang dengan Inter Milan di  Lisbon, Portugal.


Kaitan Celtic FC dan Sporting Lisbon(Lisboa)... sebab tu jersy team ni lebih kurang sama..
Celtic FC
Sporting Lisbon FC 

Selain tu Melaka United juga guna jersi hijau putih. Mungkin sebab ada kena mengena Melaka dan Portugis dan bendara negara Portugal juga ada color hijau? Kalau ikutkan bendera Melaka takda color hijau?..... hurmmmm... rasanya ikut Portugal...


Melaka United

Setibanya di kawasan Celtic Park dari jauh dah nampak stadium Celtic color hijau putih. Ditambah ada elemen klasik pada main entrance stadium dengan batu blok color coklat. Tak banyak stadium ada ciri-ciri klasik macam ni dan antaranya ialah Stadium Anfield dan Stadium Larkin.

Tak rugi dapat singgah sini dan paling penting dapat bergambar kat sekitar kawasan stadium. Parking pon senang dan free.



Main entrance Stadium Celtic FC
satu star bermakna 1 kali pernah menang European Cup
JDT @ Celtic Park
kat depan Celtic FC Super Store... same pulak color... hijau istiqomah..
pilih-pilih sourvenir

Sambor satu untuk kenangan dah sampai stadium ni
Me and Brendan Rogers ex-Liverpool Manager


Kat beg plastik tu pun ada tulis Lisboa dan 40 tahun aniversary Celtic menang European Cup

Ada Emirates Arena kat depan Celtic Park
Sebelum gerak ke Edinburgh lunch nasi brahim... 



Glasgow - Edinburgh, 76km

Selepas lunch kat Celtic Park, perjalanan diteruskan ke Edinburgh untuk check-in homestay di sana. Ikut GPS sejam lebih perjalanan. Tak sabar nak tengok bandar yang tersenarai dalam 10 bandar tercantik di dunia. Tentu pemandangan dan bangunan-bangunan di sana unik dan menarik.









Blue Stone Global Apartments

Homestay kami di Edinburgh. Memey recommended untuk sape-sape nak datang Edinburgh.  Harga pun tak berapa mahal. Untuk 2 malam cuma 140 pound je(rm766). Oklah lebih murah dan selesa berbanding hotel kat Runcorn. 

Bilik ada 2 dan view mengadap laut. Nak ke bandar pun tak berapa jauh cuma tak pasti dengan public transport sebab kami datang dengan kereta.

Check-in homestay serupa macam kat Cardiff. Owner property cuma message kat booking.com dan guide cara-cara nak ambik kunci yang dia letak dalam lock box. Memey kena baca betul-betul msg owner tu. Mula-mula kami struggle gak tak jumpa. At last jumpa gak.

Cara bayar juga sama macam homestay kat Cardiff direct charge kat Visa Card. UK style kebanyakkan macam ni.





Kunci apartment kat dalam lock box tu... masukkan kod dan buka..
Hall dan dapur
view dari Hall
deco simple dan menarik dan yang penting selesa..
bilik aku....
waktu solat at Edinburgh
Lepas check-in pegi Asda jap beli barang makanan untuk dinner
dinner malam ni... strawberry beli kat Asda siang tadi.... 

Santai time...



Sekian kisah perjalanan hari ini dari Runcorn ke Glasgow kemudian ke Edinburgh. Untuk kisah seterusnya Hari ke-7 pada post akan datang, inshaaAllah...

Post Hari ke-7
https://azhartravelog.blogspot.com/2018/09/kembara-uk-2018-england-wales-scotland.html

Post terdahulu,