Sunday 17 November 2019

Kembara Turki 2019 ~ Jalan-Jalan Istanbul

Assalamualaikum wbt.

Hari ke-7, 23 Apr 2019

Semalam kami dah kembali semula ke Istanbul iaitu persinggahan terakhir sebelum balik ke Malaysia pada esok malam. So, untuk hari ini acara melawat kawasan cuma dalam bandar Istanbul sahaja. Tiada lagi perjalanan jauh seperti hari-hari sebelumnya.

Kemana kami hari ini? Nak tau kena baca sampai habis.

Emelda

Lokasi pertama hari ini kami dibawa ke butik Emelda untuk tengok fashion show barangan kulit produk Turki. Butik ni terletak di tepi jalan mengadap Laut Marmara.








model lelaki yg buat show tadi..
wife Hj Ghani sambar jaket color purple tu... 

Di sini kami diraikan dengan pertujukkan fashion produk kulit Turki oleh model-model lelaki dan perempuan. Menarik dan menawan jaket-jaket kulit yang diperagakan oleh model-model yang tampan dan cantik. 2 orang geng kembara juga dijemput naik ke pentas untuk beraksi.. hehe..

Selepas fashion show kami di bawa ke ruang pameran pula untuk mereka yang berminat nak beli produk-produk kulit yang dipamerkan. Selain jaket kulit ada juga juga produk-produk lain seperti beg, tali pinggang dan lain-lain. Harge dia? Memey cecah ribu riban bai.. huhu.. orang beshe-beshe macam aku ni cuci mata je laa... 


Bosporus Cruise

Antara acara wajib kalau datang Istanbul, naik cruise merentasi selat Bosporus dan Teluk Golden Horn. Sepanjang 2 jam naik cruise dapat menikmati pemandangan old & new town Istanbul juga Istanbul di sebelah Asia dan Eropah.

Bagi aku pula sambil menikmati pemandangan sambil merungkai sejarah kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh menakluk Constantinopel pada tahun 1453 dengan strategi ketenteraan yang menakjubkan.

Kejayaan Al-Fateh terakam selepas kira-kira 800 tahun Nabi saw bersabda: “Umat Islam pasti akan membebaskan Constantinople, sebaik-baik pemimpin adalah pemimpinnya dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya.” 

Sebelum tu beberapa sahabat cuba menakluk Constantinopel tapi Allah belum izikan. Salah seorang ialah sahabat Nabi saw, Saidina Ayub Al Ansari. Akan aku cerita kisah sahabat ini berperang pada post hari ke-8 sebab akan melawat masjid tempat beliau dimakamkan.

kiri - Teluk Golden Horn, kanan - Selat Bosporus, bawah - Laut Marmara
Teluk Golden Horn
Sebelum naik cruise sempat borong topi..
Time to naik cruise..

Shadam Jamil


jambatan pemisah Istanbul Asia dan Eropah


















Jambtan Bosporus




turun dari cruise borong tshirt Istanbul plak... murah.. murah..


Menarik tak pemandangan dari Selat Bosporus dan Teluk Golden Horn? Kalau menarik, tepuklah...


Kucuk Aya Sofia - Little Hagia Sophia Mosque

Little Hagia Sophia Mosque, dulu ialah sebuah gereja ortodoks kemudian ditukar menjadi masjid semasa Empayar Uthmaniyyah. Dibina lebih dulu dari Hagia Sophia oleh arkitek yang sama. Ada kisah disebalik pembinaan Aya Sofia berkait dengan kepercayaan penganut ortodok zaman kaisar. Selepas Constantinopel jatuh ke tangan Islam dan seperti Hagia Sophia, fungsi bangunan ini ditukar menjadi masjid hingga hari ini.

Kami singgah sini untuk solat namun ada kejadian tidak diingini telah berlaku. Ceritanya, dompet salah seorang geng kembara telah dicuri semasa hendak masuk ke kawasan masjid Aya Sofia. Masa tu kami sedang membantu geng kembara yang berkerusi roda(kaki injured masa di Pamukale) turun tangga dekat pintu masuk masjid. Tiba-tiba datang 2-3 orang perempuan berpurdah serba hitam yang tak diundang tolong membantu. Lepas bantu terus belah. Kami masa tu bukan main puji pompuan-pompuan jubah hitam tu sebab tolong kami dan tak syak apa-apa. Geng kami tu sedar dompet dia takde masa nak solat. Selepas cari merata-rata di kawasan masjid namun tak jumpa. Kemudian baru teringat pasal pompuan jubah hitam yang tolong kami tadi...hmmmm...

Menurut Ojay ini kejadian pertama berlaku sejak dia menjadi tour guide. Dia sendiri tak sangka dan lepas ni kena berhati-hati dan kena sentiasa bagi peringatan tentang scammer terbaru kat tempat-tempat tumpuan pelancong pada grup akan datang.

dari jeti cruise ke little hagia sophia







Tamara Restoren

Dari Aya Sophia kami jalan kaki ke Tamara Restoren. Tak jauh tapi berpeluh gak ketiak sebab kena jalan naik bukit.

Dari Little Hagia Shopia ke Tamara Restoren
Jalan kaki dari Aya Sophia ke restoren..
Buta Tour dulu ni Flamengo Hotel tempat aku tinggal masa 1st datang Istanbul 2016
dah sampai..
makang time...
My feveret Sup... hari-hari ada...

Zakir Gallery

Disebelah Tamara Restoren ada kedai sorvenir. Kata Ojay kat situ murah dan hage boleh runding. Memey boleh runding sebab jurujual-jurujual kat dalam kedai tu boleh cakap melayu. Mereka ni semua student universiti dari Malaysia dan Indonesia yang buat part time.

Rupanya kedai ni selorong dengan hotel aku duduk masa 1st datang Istanbul pada 2016. Masa tu memang perasan tapi tak pernah singgah.













Spice Bazar

Antara bazar femes kat Isntanbul. Kata orang kebanyakkan barang-barang kat sini lebih murah berbanding kat Grand Bazar. Betul ke tidak Wallahua'alam sebab aku tak pernah lagi pegi Grand Bazar. Cadang esok nak ke sana. Nanti kawe habaq betul ke tidak.

Sebelum pegi Spice Bazar singgah terowong Eminonu dulu sebab ada yang nak beli tudung Turki kat sini



Spice Bazar terletak di kawasan Eminonu dan mengadap jambatan Galata. Dibina kira-kira 400 tahun dulu ketika zaman pmerintahan Uthmaniyyah. Asalnya dikenali sebagai bazar Mesir kerana Mesir yang sponsor pembinaannya. Tujuan bazar ini dibina juga untuk pendapatan membina masjid baru yang terletak disebelah Spice Bazar.

Bazar ini dibina oleh arkitek Kasim Aga iaitu arkitek yang sama membina Masjid Biru, Masjid Suleyman dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

Asalnya bazar ini menjual pelbagai herba dan rempas ratus. Sebab itu kemudiannya dikenali sebagai Spice Bazar. Kini Spice Bazar menjual pelbagai produk dan masih menjual herba dan rempas ratus. Datang sini kalau sejam dua memey tak cukup kalau nak singgah semua kedai. 















Dekat 2 jam kami berada di Spice Bazaar dan aku hanya temankan member yang nak cari sarung bantal, sourvenir dan lain-lain. Rambang mata bila berada kat dalam bazar ni. Macam-macam ada. Cantik-cantik belaka pulak tu. Kalau boleh nak borong semua tapi apakan daya masa 1st time datang dulu dah borong. Borong gambar je la...


Jambatan Galata lagi..

Selesai di Spice Bazar kami berjalan menuju ke restoren semalam di bawah jambatan Galata. Jalan kaki cross jambatan dari Istanbul Old town ke new town. Petang-petang atas jambatan dapat tengok ramai kaki pancing. 



Masjid Suleyman view dari Jambatan Galata



Sekian kisah hari ke-7 dan InshaaAllah akan bersambung pada post Hari ke-8 iaitu hari terakhir di Turki, http://azhartravelog.blogspot.com/2019/12/kembara-turki-2019-jalan-jalan-istanbul.html

Post terdahulu,