Monday 27 May 2024

Geng Bapak-Bapak ke London dan Liverpool, 4-11 Mac 24 ~ Hari 4

Assalamualaikum wbt

Whatsaps gais!

Hari ni bapak-bapak dan sorang anak nak jalan-jalan kat bandar sebelah. Kat mana tuu? Jom teruskan scroll..

Hari 4 ~ Khamis, 7 Mar 2024

Bila dah datang Liverpool dan stay 4-5 hari pasti ada masa untuk jalan-jalan ke bandar berdekatan. Paling dekat ialah Manchester. Bila sebut Manchester pasti dah terbayang 2 team bola top kat dunia  iaitu Manchester City dan team yang paling fan Liverpool seteru iaitu Manchester United. 

Baru-baru ni 2 team Manchester ni jadi juara.

Manchester City - Juara Liga EPL
Manchester United - Juara Piala FA

Liverpool pun ada gak juara, Juara Piala Carabao

Paling kesian Arsenal, hampir-hampir nak juara EPL.. tapi kena potong kat corner dengan Man City..

Menariknya semua stadium team yang aku sebut kat atas di Arsenal dan Liverpool dah pegi dan 2 lagi akan pergi hari ini..

park kereta betul-betul kat depan rumah

POV menghala ke Stadium Anfield

Dari Liverpool ke Manchester jarak dalam 51km jer. Tak jauh dalam 30-40 min je perjalanan dengan memandu. Boleh juga naik public transport seperti bas atau train tapi aku tak pernah try dan explore. Bagi aku lebih mudah dengan memandu sendiri. Keluar rumah, jalan kaki 4-5 tapak, masuk kereta, start engine, bukak Waze dan jalan...

Kalau naik public transport kena cari homestay atau hotel dekat dengan station bas atau ketapi. Pastu nak kena tahu nak naik bas no berapa atau ketapi hala ke mana. Kemudian kena tahu jadual lauan bas dan keretapi, nak naik dari mana dan turun kat station mana dan macam-macam lagi. 

Samada self drive atau guna public transport ada pros and cons. Bagi aku public transport sesuai kat bandar-bandar besar macam London dan sewaktu dengannya. Untuk bandar macam Liverpool atau Manchester lebih memudahkan self drive sebab nak cari parking tak susah dan lebih murah dari kat London.

Apapun terpulang kepada korang mana lebih memudahkan. Kalau self drive ni ada risikonya seperti kena saman atau kemalangan. Kalau naik public transport kene extra study pasal route dan kena disiplin dengan masa. Travelog ni cuma nak share pengalaman aku untuk korang jadikan panduan kalau nak travel. Apa yang yang penting bila travel dapat enjoy the moment dan dapat tambah pengalaman.. okay..   

nak ke Manchester lalu lagi depan Stadium team Everton

Pekan Liverpool macam kat Parit Raja, Johor

dah sampai bandar Manchester

cerah cuaca hari ni dan langit nampak biru

nak ke stadium ikut 2 lorong kanan

Berpandukan waze kami tiba di kawasan Stadium Old Trafford Manchester United pada pukul 9 lebih. Waze tunjuk jalan yang kami biasa masuk dulu tapi jalan tu tak boleh lalu pulak. Terpaksalah kami kena keluar semula dan ikut jalan lain untuk masuk ke kawasan stadium iaitu lalu Main Gate kat sebelah highway.

Kat Main Gate guard menanyakan beberapa soalan sebelum membenarkan kami masuk dan parking kat petak yang tertentu sahaja. Nasib ada beberapa petak kosong lagi, itu yang kami dapat masuk. 


Old Trafford ~ Home Stadium of Manchester United

Kali ke-3 aku bertandang ke stadium ni. Suasana sama je cuma yang beza ialah gambar-gambar yang ada kat stadium. Memey gambar-gambar kat stadium tu akan berubah setiap kali musim baru sebab player akan ada yang keluar dan masuk.

tu dia Old Trafford.. home stadium of Manchester United

nampak macam Ten Hag, manager Man U.. eh! betul la tuu..

fan MU ok ke? takkan tak ok lepas Juara FA Cup

Geng Bapak Bapak fan Liverpool kat Stadium Old Trafford

We are Liverpool Fan at MU home stadium

last sebelum gerak ke next stadium


Etihad Stadium ~ Home Stadium of Manchester City

Old Trafford to Etihad Stadium

Dari Old Trafford ke Etihad Stadium jarak dalam 7km je. Setibanya di pintu masuk utama kelihatan pak guard sedang menanti kami untuk membenarkan kami masuk atau tak. 

Pak guard kata hanya yang dah booking stadium tour je boleh masuk dan parking kat dalam. Kalau takde pegi cari parking kat tempat lain.

Oooo ok.. situasi sama macam kat Old Trafford cuma kat Etihad Stadium ni kami tak berjaya masuk sebab takde booking stadium tour. 

Maka terpaksalah kami pusing sekitar stadium dan akhirnya jumpa juga tempat boleh parking dan paling penting ia free. Cuma kena menapak 650 meter.

Dari tempat parking free ke Etihad Stadium kena menapak 650 meter... kalau kat stadium 100 meter je

Kami park kereta kat sini di Manchester Tennis and Football Centre

lalu kawasan tengah construction... macam tengah buat dewan indoor besar..

lalu atas jambatan cross station train kat sebelah Etihad Stadium

seperti Old Trafford, ini kali ke-3 aku datang ke stadium ni.. 

tengok tu Man City claim dia club terbaik dunia.. 

masa dah time jalan kaki balik ke tempat park kereta... pegi balik 1.3km menapak

Asda Eastland Supercentre

Selesai melawat Etihad Stadium kami singgah Asda untuk membeli apa yang patut untuk sarapan esok. Dah berapa hari asyik layan makanan bang berahim. Esok nak pekena english breakfast plak. Chef Asri kata dia nak buatkan..

Jarak ke Asda 1.1km je dari tempat kami parking di Manchester Tennis & Football Centre

Ada space untuk sempena Ramadan yang nak tiba lagi beberapa hari..

manggis ni hage sebijik lebih kurang £1.. satu ikat tu £5(rm30).. mahai..

Halal section

kat UK la ni senang nak cari groceries halal

harga cokelat ni lagi mahal dari kat Swiss

Total £13(rm78)

Restoran Al Jazeera

Selepas membeli dan belah dari Asda, waktu masa tu dah tengahari dan perut pun dah terasa keroncong untuk ana. Oooo... patutlah masa dah time untuk lunch. 

Kalau dah kat Manchester pilihan kami sudah pasti pekena nasi arab di Restoran Al Jazeera. Kat sini antara yang tersedap dan harga pun berpatutan. 

Restoren ni terletak di kawasan kejiranan ramai orang muslim. Ada banyak gak restoren halal kat situ tapi kami tetap pilih nak makan kat Al Jazeera. 

11 min drive dari Asda

muka sebelum lunch

semua ni £35 (rm210)


Manchester Central Mosque(Victoria Park)

Selepas lunch destinasi kami seterusnya ke Masjid Sentral di Victoria Park. Jarak masjid dengan restoren tak sampai 1km. Boleh je nak jalan kaki tapi lebih baik bawak kereta sebab kat masjid parking free. Kat area restoren kena bayar parking sejam £2.

Masjid kat Manchester sebelum ni dikenali dengan beberapa nama seperti Masjid Victoria Park, Masjid Jamia atau Jamiat ul Muslimeen. Asalnya dari 2 rumah bersebelahan milik pedagang Syria dan masyarakat India. Kemudian pada tahun 1971 rumah-rumah itu dirobohkan dan masjid baru dibina berdasarkan bentuk semasa dan beberapa kali ubahsuai hingga rekabentuk binaan pada masa sekarang. 

Begitulah serba sedikit kisah masjid ni. Masjid Sentral Manchester ni masih dalam proses menaik taraf dan sesiapa yang nak derma boleh ke web link masjid, https://manchestercentralmosque.org/

drive 3 min je


Besar juga Masjid dan sekarang tanah ni dah jadi milik orang Islam.. rasanya boleh muat hingga 1000++ jamaah

ruang solat masjid

Di masjid ini juga terdapat madrasah dan pejabat untuk menguruskan komuniti di sini


Chesire Oaks Designer Outlet

Selesai solat masih awal lagi nak balik ke Liverpool. Asri ajak pegi ke tempat feveret dia kat Chesire Oaks yang terletak di bandar Chester. COD Outlet ni lebih kurang macam JPO yang jual barang-barang fashion branded out season pada harga lebih murah. 

Memey setiap kali datang Liverpool, outlet ni antara tempat wajib singgah. Sebab ada barang-barang seperti beg dan kasut seperti brand skechers lebih murah dari kat Malaysia.

Oleh kerana masa kami tiba waktu dah petang, Asri kata dia nak terus cari barang yang dia nak. Tempat ni besar kalau nak window shopping sejam tak cukup. Lagipun aku tak terfikir nak beli apa. Jadi aku amik keputusan tunggu kat dalam kereta je dan biarkan Asri, anaknya dan abey Zaidi keluar cari barang dia. 


COD Outlet ni terletak kat selatan Liverpool dan di seberang Sungai Mersey. Kalau ke Liverpool dari Manchester memey laluan on the way balik cuma ikut jalan lain dan jauh sikit.

Dari COD Outlet nak balik Liverpool jarak dalam 30 km iaitu lebih kurang 30 min perjalanan. Jalan raya situ akan lalu terowong bawah sungai dan kena bayar tol £2.

Pondok tol... boleh bayar cash atau kad

dalam terowong bawah sungai

Sekian kisah Hari ke-4, jalan-jalan kat Manchester dan Chester. Total ada 6 tempat kami lawat dan singgah iaitu 2 stadium, 1 hyper market, 1 restoran, 1 masjid dan 1 fashion outlet. 

Alhamdulillah.. selesai misi jalan-jalan hari ini. Kisah seterusnya Hari ke-5 akan bersambung pada post akan datang... InshaaAllah..

Post terdahulu,

No comments: