Hari ke-11 : 11 April 2015
Untuk hari ke-11 ada 3 perkara je nak buat iaitu,
1. Ambil kereta sewa di Sixt depot kat Bramley Road.
2. Melawat tapak Stonehenge iaitu English Heritage di Wiltshire. Fee £14.50 seorang x 4. Jika bawa kereta diskaun £5.00 tapi parking still kena bayar £4.00
3. Balik kampung Liverpool - Stay kat Liverpool Homestay kepunyaan bro Nazali Noor iaitu penulis buku Ulu Yam di Liverpool 1 & 2.
So, pagi-pagi dah bersiap pack semua barang untuk check out dari Homestay Farah. Oleh kerana kena collect kereta dulu kat Sixt depot cuma aku dan Asree je ke sana. Sucit dan Syahrul tunggu kat homestay.
Dari Ducane Road naik bas berhenti di station apa entah lupa nama kemudian jalan kaki ke Bramley Road. Jauh tak jauh dekat 2 kilo gak jalan kaki dari stesyen bas.
Google Maps
|
Dekat 20 min jalan kaki baru sampai. Masa pulang hari tu datang naik kereta pastu balik jalan kaki dan naik train. Hari ni datang naik bas kemudian jalan kaki pastu balik naik kereta. Kereta sewa yang di collect dapat kereta yang sama pulang semalam iaitu Vauxhall Astra 1.6. Oklah dah siap basuh.
![]() |
Kecik je Sixt Office kat Bramley Road. Se-lot kedai je - gambar screen shot maps.google |
![]() |
Jalan belakang Freston Rd tempat collect kereta - gambar screen shot maps.google |
![]() |
Penuh! |
![]() |
Jalan depan homestay Farah. |
![]() |
Cuaca cerah, langit biru dan suhu 8-9 celcius. |
Dari Ducane Rd di London ke Stonehenge menyusuri highway tanpa tol dan dekat 2 jam baru sampai di Stonehenge yang berada di daerah Wiltshire.
Di Stonehenge cuaca cerah dengan suhu 12-13 darjah celcius. Ingatkan just nice je cuaca tak berapa sejuk. Tetapi bila keluar dari kereta, mak aiii!! sejuk!! sebab kawasan lapang dan angin kuat. Lari balik ke kereta ambil mafla JDT.
Di Stonehenge cuaca cerah dengan suhu 12-13 darjah celcius. Ingatkan just nice je cuaca tak berapa sejuk. Tetapi bila keluar dari kereta, mak aiii!! sejuk!! sebab kawasan lapang dan angin kuat. Lari balik ke kereta ambil mafla JDT.
kena naik shuttle bas untuk ke sini.. |
Parit Nipah was here! |
Totap JDT ado di mana-mana... |
Suterling is here... |
Stonehenge dari atas... |
![]() |
yang gantung kat leher tu alat speaker cerita tentang Stonehenge... kawe dengar separuh je sebab sibuk amik gambo.. |
Batu beso gini kene 100 orang atau lebih untuk tarik... bayangkan macamana boleh angkat batu ni naik atas batu... |
Sedikit info tentang Stonehenge.
Stonehenge ni monumen batu besar berbongkah-bongkah yang dibina pada zaman neolitik dengan tujuan yang masih menjadi misteri sampai sekarang. Misteri satu hal. Cuba bayangkan dengan teknologi apa orang-orang zaman tu angkat batu dan susun sebegitu rupa. Musti ada sebab musabab dan pastinya dorang yang ni bina bukan saja-saja. Sebab nak bawa batu dari tempat lain bukan kerja senang. Zaman tu mungkin saiz orangnya lagi besar serta gagah jadi takda hal nak bawa dan angkat batu letak atas batu.
Bagi setengah orang fikir apa kerja datang jauh-jauh sekadar tengok batu. Kalau sekadar tengok memang tak rasa apa. Kena tengok dan fikir baru dapat ibrahnya.
Apapun disebalik keunikan sesebuah monumen semua tu atas kehendak Allah yang menjadikan. Bahan-bahan dari binaan sesebuah monumen datang dari alam yang Allah cipta. Bagi kita yang berpeluang melihat secara zahir kena faham hakikat Allah yang membenarkan semua ciptaan di dunia ini samada pembinanya adalah orang mukmin atau orang dimurkai. Sebab itu lihatlah bukan sekadar dengan mata tetapi dengan mata hati. Subhanallah... Wallahu'alam...
Sekian sedikit info pasal Stonehenge dan tazkirah. Perjalanan seterusnya menuju ke Liverpool.
![]() |
Balik kampung! ho ho ho Balik kampung! |
Dari Stonehenge menuju ke Liverpool kena ikut jalan kampung seperti dari Mersing ke Air Hitam lalu Felda Nitar-Kahang-Kluang-Air Hitam. Di Air Hitam baru masuk highway samada nak ke JB atau ke KL. Liverpool ni ibarat nak ke JB.
Memang pengalaman yang menarik bila berpeluang memandu di jalan-jalan kampung di UK sehingga ada satu jalan tu jalan tutup sebab sedang dibaiki. Kemudian patah balik cari jalan lain. Best bila dapat tengok panorama walaupun tak seindah di Swiss atau New Zealand.
Road Closed! Patah balik! |
Bandar-bandar yang dilalui semasa ikut jalan kampung ialah Marlborough-Swindon-Warwick. Warwick ni macam Air Hitam untuk masuk ke highway semula. Dari Warwick highway akan cross bandar Birmingham. Boleh tahan besar bandar Birmingham ni. Dapat tengok dari tepi highway macam lalu Seremban. Dari Birmingham ke Liverpool lebih kurang sejam setengah perjalanan. Lebih kurang pukul 8 malam finally tiba di Liverpool.
![]() |
Route plan asal tapi sebab jalan tutup divert ke Warwick. |
Sudah sampai bandar Liverpool |
![]() |
Gambar kabur sebab henfon sebenar dah kena curi... ni snap guna henfon spare... oklah dari takda... |
Semasa tiba bro Nazali dah balik then dia dah pesan kat homestay mates bro Aznidi untuk bukak pintu. Bro Aznidi juga Kipas Liverpool datang dari Abu Dhabi bersama anak dia. Nanti detail cete pasal dia post akan datang. Pesan Bro Nazali juga(melalui wassap) kalau nak dinner dia cadangkan kat Nasi Lemak Liverpool.
Sebaik tiba di Liverpool Homestay terus letak beg dan tanpa membuang masa pegi dinner. Syahrul masa tu aku tengok macam dah mabuk lapar sebab perut masuk angin. Patutlah senyap dalam keta tadi..
![]() |
Menu @ Nasi Lemak Liverpool.... murah... murah... tapi cuba x 5.6... haha |
![]() |
Syahrul muka suka selepas dapat makanan Nasi + Ayam Percik |
Sebenarnya Nasi Lemak Liverpool ada service delivery. Patutlah tengok tak macam restoren. Kecik je kedai dia. Cuma muat 5-6 orang kalau nak makan kat situ. So, hari tu semua puas hati sebab dapat makan ala-Malaysia. Paling penting sedap.
Secara ringkas destinasi hari ini,
1. Sixt Office
2. Stonehenge
3. Liverpool Homestay
4. Nasi Lemak Liverpool
Sekian kisah hari ke-11, bersambung hari ke-12
Post terdahulu,
2 comments:
Salam. Boleh tau x berapa deposit Sixt akan hold? Sy cek webiste Avis, drg akan hold USD100 deposit. Sixt xde mention dlm web. Thanks.
wassalam anonymous 12.29,
kami dengan Sixt hari tu cuma kene extra bayar untuk insurance dan deposit swipe kredit card aje.. so far after 5 bulan balik takde extra bayaran kena..
Tq
Post a Comment