Tuesday 31 January 2023

Crash Landing On You in Switzerland ~ Day 1

Assalamualaikum wbt,

Kepada yang belum baca part 1 boleh klik kat sini, https://azhartravelog.blogspot.com/2023/01/crash-landing-on-you-in-switzerland.html

Day 1 ~ Sabtu, 1 Oct 2022

Lebih kurang 6 jam perjalanan di udara dari Abu Dhabi ke Zurich, pada pukul 7.30 pagi kami selamat mendarat di Zurich Airport. Perjalanan awal pagi tenang dan cuma sekali sekala diganggu turbalance. Namun tetap selesa dapat tidur baring sejam dua.

FAR Team @ Rheinfall

Di imigresen, Rudy pesan pilih kaunter lelaki. Kata Rudy kaunter lelaki biasanya lebih cepat sebab tak banyak tanya. 

Tepat sekali apa yang dikata. Mat Swiss kat kaunter tanya soalan macam ni je.. 

"Have you ever been to the country?" aku jawab "this is 3rd times"
Dia tanya lagi "what is your purpose of visit?" aku jawab "holiday"... terus dia cakap "happy holiday" dan cop passport aku...

Fendi yang tak dengar pesanan lambat 10 minit sebab beratur dekat kaunter perempuan. 

Pilot macam Rudy dah selalu keluar masuk negara, jadi apa yang dia pesan berdasarkan pengalaman dia. So, ini tips kalau nak lalu imigresen kat mana-mana negara kena pilih kaunter lelaki sebabnya lebih cepat kerana mostly tak banyak tanya. Fahamkan kenapa... hehe... 

kereta sewa kami.. Scoda wagon diesel

kereta saiz macam ni sesuai untuk 3-4 orang

Urusan imigresen dan ambil beg setel dalam masa tak sampai sejam. Lagi awal kalau Fendi tak beratur kat kaunter imigresen perempuan.. hehe..

Keluar  dari arrival hall terus pegi kedai telefon nak beli sim kad Swisscom tapi kad dah habis pulak. Cuma boleh topup je. Nampak gaya tak dapat nak bertenet kalau keluar jalan-jalan. Harap-harap kat homestay nanti ada Wifi.

Sebelum ke tempat ambil kereta sewa yang terletak dalam kawasan airport juga, singgah kedai groceries nak beli jajan dan barang makanan lain seperti roti untuk bekalan semasa jalan-jalan.

jajan feveret Rudy.. beli kat airport tadi

hujan renyai-renyai... dah nampak signboard to Rheinfall

Rheinfall

1st stop kami untuk hari pertama di Swiss ialah air terjun Rheinfall. Air terjun ni terletak di bahagian utara Swiss iaitu di bandar Neuhansen dan dah dekat dengan sempadan jerman. Kawasan air terjun ini merentangi Sungai Rhein yang terbahagi kepada 2 wilayah Schaffhausen dan Zurich. 

Pengunjung macam kami yang self drive boleh pilih samada nak park kat belah Schaffhausen(Northern Banks) atau Zurich(Southern Banks). Waze nampaknya bawa kami ke parking kat wilayah Zurich. 

Kalau naik train atau bas boleh stop di Neuhausen, Schloss Laufen am Rheifall. Terbelit kan lidah nak sebut... haha.. itulah bahasa Jerman. Kalau cakap kena berkahak sket.. hehe..

Kat Swiss ni kebanyakan nama-nama tempat dalam bahasa Jerman. Kecuali sedikit je ada pengaruh bahasa Perancis dan Italy yang lokasi dekat dengan sempadan negara-negara tu.

Route dari Zurich Airport dan lokasi Rheinfall

nak masuk kena belik tiket dulu

Bayaran masuk untuk dewasa ialah CHF 5.00 ( x 4.6 = rm23). Lain-lain fee,
                                                                 
- Children, 6–15 years oldCHF 3.00
- Groups of 15 up to 29 personsCHF 3.00
- Groups of 30 persons or moreCHF 2.00

Air terjun Rheinfall merupakan yang terbesar di Eropah. Tinggi 23 meter dan lebarnya 150 meter. Kalau nak compare dengan Niagara falls memey yang kat Canada & US tu 3 kali lagi besar.

Dikatakan air yang terjun berjumlah 600 ribu meter padu sesaat. Cuma pada musim winter je kurang sikit dalam 250 ribu. Masa aku datang ni rasa dalam 600 ribu berdasarkan bunyi dan kederasan air yang terjun dari celah-celah batu. Aku rasa kalau ada sape-sape berniat nak terjun kat dalam tu takkan selamat sebab air akan tenggelamkan terus ke dasar. 

aku kat belah Southern Banks.. seberang sana Northern banks

berdiri kat platform sini boleh rasa tempias air terjun Rheinfall

Nak rasa tempias air terjun kena turun jalan kaki sampai ke bawah. Terasa ngeri gak berdiri kat planform batu yang dibina khas untuk pengunjung merasai suasana dekat dengan air terjun. Bila berada kat situ memang semakin kuat dengar bunyi kederasan air. Kepala dan jaket jadi lembab sebab kena tempias air.

Perkhidmatan bot juga disediakan untuk pergi dekat dengan air terjun. Bayarannya tak sure sebab tak naik..

jumpa spot menarik kite amek gambo

renungan ke Sungai Rhein

Bot ni akan pegi dekat dengan tempat air jatuh terjun

rehat sat pekena karipad kat tepi Sungai Rhein

kedai jual sourvenir dan tempat beli tiket masuk

gereja

parking rates.. sejam chf 5... sama hage entrance fee Rheinfall

Besa Supermarket

Besa Supermaket menurut kata Rudy adalah kedai yang ada menjual groceries halal. Kami singgah sini nak tengok apa yang boleh dibeli untuk tambah bekalan makanan mana yang belum cukup.

Besa supermarket... ramai etnik Albania yang beragama Islam dok kawasan ni..

Sejam perjalanan dari Rheinfall ke Besa Supermarket

Halal... ada lambang Albania dan Kosovo kat pack makanan

berbual dengan penjual kat Besa Supermarket

Daging kebab pun ada jual

Kat sebelah Besa ada restoren halal Home Cooking. Singgah nak beli pizza bungkus bawak balik

sementara tunggu pizza siap, buat kira-kira dulu berapa dah spend untuk hari ini..

otw ke homestay masih hujan renyai-renyai lagi

Bettschen Küchen - Hosted by Ursula

Arisstrasse 38, 3713 Reichenbach im Kandertal, Switzerland

Homestay ni Rudy booking melalui AirBnb 6 bulan sebelum tarikh travel. Untuk 8 hari 7 malam roughly dalam rm3000. Kira-kira Rm430 satu malam. Boleh muat hingga 5 orang. Kami 3 orang, jadi tong-tong RM1000 sorang.

Lauterbrunnen dan Grindelwald sebelah je tapi nak pegi situ kena ikut laluan tepi tasek Thun..

pemandangan homestay dari atas Google Maps

Mula-mula payah juga nak cari homestay ni. Guna waze pun tak jumpa. Rupanya dalam AirBnb tuan rumah ada bagi tahu pasal google salah navigation dan dia guide cara-cara nak cari rumah dia. Tuan rumah bagi tahu cari landmark rumah ada garage color hijau. 

Finally jumpa juga setelah keluar masuk salah lorong. Waze dah hampir cuma 200 meter tersasar.

Fendi masih terpana dengan keindahan kawasan sekitar

salah satu pokok epal dan lembu-lembu swiss yang ada loceng kat leher

Lokasi homestay ni terletak di atas bukit bukau Reichenbach Im Kandertal iaitu kawasan perkampungan Alps dengan pemandangan gunung ganang yang memukau. 

Di kawasan homestay pula dikelilingi beberapa pokok epal atas padang hijau yang panoramanya saujana mata memandang. Memey nyaman dan menyamankan. Terasa macam suasana kampung Parit Nipah, Muor tapi kat Switzerland.

Disamping itu terdapat lembu-lembu yang dipakai loceng kat leher. Bila lembu-lembu tu bergerak maka berbunyilah loceng itu. Sebenarnya tak tergambar keindahan sebenar dengan tulisan dan gambar. Apapun, korang layan je lah gambar-gambar yang aku share ni.. 

kawasan belakang homestay 

ni view dari parking kereta

pokok epal lagi dan lembu-lembu sedang meragut rumput

buah epal yang dah gugur... boleh makan selepas minta izin tuan rumah..

view depan rumah

view tepi rumah

Ruang dalaman homestay juga nampak besar dan selesa. Tuan rumah tinggal kat tingkat atas dan kami kat bawah.

Homestay ni ada 2 bilik, 1 hall, dapur dan ruang makan. Kelengkapan untuk masak semua ada. Paling best view dari hall dan sebelah meja makan boleh nampak pemandangan kawasan sekeliling dan gunung ganang yang indah.

lorong jalan ke pintu masuk homestay

view dari sini boleh nampak gunung ganang... tapi terlindung pokok plak

ada kucing peneman penghuni homestay

toilet homestay.. hanya boleh basahkan dekat bath tab je..

view dari pintu masuk

dapur dan pantry... belah kiri bilik Rudy.. depan sana hall tempat tengok tv

sebelah meja makan tu sambil makan boleh layan view gunung ganang yang menghadap ke jalan besar

ni hall tempat lepak dan tengok tv... belah kiri bilik aku dan fendi... kat tingkap tu boleh nampak pokok epal, lembu dan view gunung ganang..

hall view dari bilik aku... beso gak untuk solat jamaah..

Pada aku sangat berbaloi dapat homestay selesa macam ni untuk 8 hari 7 malam menginap di sini. Harga pun berpatutan dibandingkan dengan kawasan di Lauterbrunnen yang pernah aku sewa dekat RM600 satu malam.

Walaupun kawasan homestay ni agak terpencil tapi tak lah jauh sangat nak ke kawasan attractions popular seperti Lauterbrunnen, Grindelwald dan lain-lain. 

Memandu di Swiss jarang jumpa jem dan jalan raya ada lalu highway, jalan kampung dan terowong. Tempat macam Lauterbrunnen dan Grindelwald boleh sampai dalam 30-40 minit. Paling dekat Tasek Blausee boleh sampai dalam 15 minit.

Ni jarak dari homestay ke tempat-tempat nak pegi,

1. Lauterbrunnen - 39 km

2. Grindelwald(CLOY) - 47 km

3. Iseltwald(CLOY) - 38 km

4. Sigriswil(CLOY) - 33 km

5. Tasek Blausee - 13 km

6. Furka Pass(James Bond) - 100 km

7. Zermatt - 87 km

8. Interlaken - 30 km

waktu solat di Reichaenbach im Kandertal

Sekian untuk kisah hari pertama di Swiss. Bermula mendarat di Zurich airport, kemudian ke air terjun Rheinfall, seterusnya singgah di Besa Supermaket dan akhir sekali check in di AirBnb hosted by Ursula Bettchen. 

Bersambung post akan datang... Day 2 in Swiss

Post terdahulu,

Persiapan dan Jalan-Jalan Dubai


Thursday 26 January 2023

Crash Landing On You in Switzerland ~ Persiapan dan Dubai

Assalamualaikum wbt,

Mesti ada yang tanya apa kena mengena tajuk drama popular Korea 'Crash Landing on You' dengan post Switzerland?

Aha.. bagus soalan tu... jawapannya, memey ada kena-mengena dengan Trip Swiss kali ni. Kalau nak tau kena teruskan baca..

Idea pergi Swiss

Asalnya nak bawa family. Tapi atas sebab-sebab tak boleh elak kena tukar plan pegi dengan kawan-kawan aka BJF(Best Jiran Forever).

Sape kawan-kawan BJF tu?

Aku, Rudy dan Fendi. Kami bertiga ni dok setaman BDO(Bandar Dato' Onn) sejak 2010 hingga sekarang. Cuma Rudy je on off balik BDO sebab sejak 2014 dia keje kat Abu Dhabi. Dia selalu jugak ulang alik Abu Dhabi - BDO sebab keje bawak kapal terbang. 

Kalau dia ada bawak flight ke Singapore atau ke KL dia singgah balik BDO. Kalau tak bawak flight, dia ambil cuti dan balik BDO. Bila-bila dia nak balik takde masalah sebab tiket flight untuk dia dan family dapat harga special. Kawan-kawan pun boleh dapat juga tapi yang terpilih je macam aku dan Fendi.. haha..


Ok, balik semula cerita idea pergi Swiss.

Sebenarnya idea nak pegi Swiss tercetus sejak Malaysia dah buka sempadan negara pada 2021. Tapi masa tu masih banyak proses kena hadap seperti kena ambik PCR test sebelum pegi dan sebelum balik. 

Sangat mahal ya PCR test terutama kat negara macam Eropah. Sekali test cecah RM400-RM500. Jadi aku tangguhkan dulu niat nak travel sehingga benda-benda menyusahkan tu tak ada.

Hasil dari bincang punya bincang dalam grup wasap FAR Team, akhirnya pada bulan April 2022 kami confirmed akan pegi Swiss pada musim Autumn bulan 9 atau 10. Cuma tarikh je belum set sebab kena sesuaikan dengan cuti Rudy. Kami plan nak pergi dalam 8-9 hari dan hanya focus jalan-jalan dalam Swiss sahaja. 

Switzerland bagi aku bukan 1st time datang. Rudy, dah macam kampung dia buat setahun 3-4 kali datang. Manakala Fendi, ini 1st time bagi dia.

Kisah 2 kali aku datang Swiss boleh baca kat link ni,

2015 - https://azhartravelog.blogspot.com/2015/06/15-hari-kembara-7-negara-eropah-dan-uk.html

2018 - https://azhartravelog.blogspot.com/2019/02/kembara-eropah-2018-france-italy-swiss.html

Persiapan

Tarikh ke Swiss dah confirmed pada 29 Sep hingga 10 Oct 2022. Naik flight Etihad dengan tiket harga kawan-kawan. 

29 Sep - Singapore to Abu Dhabi. Tido 1 malam kat Abu Dhabi.

30 Sep/1 Oct - Fly ke Swiss

1-8 Oct - Jalan-Jalan Swiss

8 Oct - Balik ke Abu Dhabi dan tidur 1 malam.

9 Oct - Flight balk ke Singapore. Tiba pada 10 Okt 2022

Untuk trip ni, segala persiapan seperti booking homestay(AirBnB), kereta sewa dan tiket flight semua Rudy uruskan. Aku dan Fendi cuma prepare makanan apa kena bawak dan renew passport.

Iternari

Ini pun Rudy yang plan dan tempat-tempat nak pergi kebanyakan ada kaitan dengan lokasi yang ada dalam drama korea Crash Landing On You #CLOY. Itulah sebab kenapa aku letak tajuk drama korea tu dalam post aku kali ni.. sebab ada kaitan.. lagi satu bila produksi drama pilih lokasi shooting pasti tempat tu cantik. So, drama #CLOY cuma sebagai guide untuk kami pergi ke tempat itu. 

Sebenarnya Rudy terlebih dulu dah pergi tempat-tempat menarik dalam drama #CLOY setahun sebelum kami pergi. Masa tu pergi dengan family dia. Kali ni dia nak repeat dengan geng bujang pulak. Sebab itu dia bagi ID & Password Nexflix suruh Aku dan Fendi khatamkan 16 episod drama korea tu. Tujuannya dia suruh tengok dalam drama tu ada tempat-tempat menarik yang kitorang akan ziarah masa pergi Swiss nanti. Lagi satu dia cakap drama korea tu best dan popular.

Aku cuma sempat layan 4 episod je.. manakala Fendi sempat khatam semua episod tapi lepas tu emosi pulak.. hahaha..

Khamis, 29 Sep 2022

Flight ke Abu Dhabi dari Singapore pada pukul 7.50 malam. Kami ambil transport dari BDO. Transport ni pun Rudy yang uruskan dengan kawan dia. Dari BDO ke Changi Airport normal charge ialah RM280. Kami dapat diskaun bayar RM250 je.. Dari rumah aku ke Changi Airport jarak dalam 50km je tapi boleh cecah 2-3 jam perjalanan kalau jem kat CIQ di JB dan Woodlands. 

Route dari BDO ke Changi Airport

Departure Hall Terminal 3 Changi Airport

2 pm - Sepatutnya transport pickup kami kat rumah pukul 2.30 tapi pukul 2 dia dah datang. Dari JB ke Singapore perjalanan lancar dan tidak jem. Mungkin sebab weekday dan bukan peak hours. Dari JB cuma aku dan Fendi je. Rudy tunggu kat Abu Dhabi.

Dalam transport on the way to Changi Airport, Singapore

3.10 pm - Tiba di Changi airport. Sementara menunggu kaunter check-in bag bukak, kami jalan-jalan dulu sekitar airport. Suasana di Changi airport jika dibandingkan zaman sebelum pandermik tak seramai macam dulu. Mungkin dalam setahun dua kembali meriah agaknya. Bukan apa selagi tak ramai orang travel macam dulu maka tiket flight akan stay mahal.

5 pm - Setel check-in bag, urusan imigresen dan masuk ke terminal departure. Waktu dah masuk Asar tunaikan yang fardu dulu sebelum gerak ke Gate. Prayer room ada kat boarding hall.

sejam sebelum masuk dalam flight ETIHAD

7.50 pm - Masa dah time untuk Take Off...

Abu Dhabi kami datang..

11 pm(waktu Malaysia 3 am) - Selamat mendarat di Airport Abu Dhabi. Rudy ambil di airport dan bawa kami ke rumah dia. Transit di Abu Dhabi lebih kurang 28 jam. 

Parking Pay Machine at Abu Dhabi Airport

Jumaat, 30 Sep 2022

Waktu Abu Dhabi dengan Malaysia beza -4 jam. Malam tadi tidur pukul 1 pagi bersamaan waktu kat Malaysia pukul 5 pagi dah dekat nak Subuh. 

Bila dah berada kat negara time zone berbeza kena sesuaikan diri cepat. Kalau tak nanti masalah jetlag dan badan jadi lesu sebab tak cukup tidur. Untuk malam pertama kat Abu Dhabi dapatlah tido dalam 3 jam. Cukuplah rehat untuk aktiviti jalan-jalan hari ini.

Okura.. kucing Rudy

Jalan-Jalan Dubai

Mamak Abu Dhabi

Selepas sarapan kat Mamak terus gerak ke Dubai. Jarak dari Abu Dhabi ke Dubai dalam 130km atau sejam lebh perjalanan.

Bagi aku ini kali ke-3 ke Dubai. Manakala Fendi 1st time, jadi hari ini layankan dia jalan-jalan ke tempat-tempat seperti,

Ibn Battuta Mall

Depan mall

Tiba Dubai singgah mall ni dulu nak tengok apa boleh beli kat sini. Dari luar dah nampak reka bentuk dan warna mall ni kelihatan seperti muzium yang terdapat di Cairo Mesir. Bila di depan mall baru perasan nama mall ialah Ibn Battuta.

Ibnu Battutah mengingatkan aku kepada seorang pengembara Islam yang berasal dari Morocco. Nama penuh beliau ialah, Abu Abdullah Muhammad bin Battutah. Lahir pada abad ke-13. Beliau telah mengembara dari barat ke timur iaitu dari tempat beliau tinggal hingga ke negara China.

Aku tertarik nak cerita pasal Ibnu Battutah ni sebab beliau bukan saja seorang pengembara yang hebat juga seorang ulamak. Sudah tentu pengembaraan Ibnu Battutah sekali dengan menyebarkan Islam. 

Kalau nak tahu kisah pengembaraan beliau ada tertulis dalam buku Rihlah. Jadi, kita yang suka mengembara kena kenal siapa Ibnu Battutah dan ambil ibrah dari kisah perjalananan pendakwah Islam ini.  

Ibn Battuta Mall ni terletak di tepi lebuh raya Sheikh Zayed. Antara mall terbesar di Dubai. Di dalam mall ni terdapat beberapa galeri yang berkonsepkan negara-negara yang Ibnu Battutah pernah singgah antaranya Egypt, Persia, Tunisia, Andalusia, India dan China. So, kita boleh tengok rekaan dalaman yang berbeza disetiap galeri.

Decathlon ni dekat Egypt Court

Rekaan dalaman di Egypt Court

Palm Jumeirah

Lokasi seterusnya ke pulau buatan manusia yang berbentuk pokok Palm. Kat sini bukan setakat ada kawasan perumahan golongan kayangan juga hotel-hotel bertaraf berbintang-bintang. Setakat golongan marhaen macam aku ni dapat tengok je. Kat sini level-level hartawan dan jutawan je mampu beli dan menetap. 

Palm Jumeirah view dalam Google Maps

wefie ni kat lengkuk paling luar dan paling hujung Palm

Nun sana tu Burj Al Arab

Jumeirah Beach

Datang sini nak tangkap bergambo dengan Burj Al Arab dari dekat. Tapi kat depan tu dah ada bangunan baru tengah buat. Dulu masa datang 2015 clear depan tu siap ada pantai. La ni dah kena block dan tak dapat nak bergambo berlatarbelakangkan Burj Al Arab yang bentuk macam layar kapal.


Dubai Mall dan Burj Khalifa

Aku... kali ke-3 bergambo kat sini...

Burj Khalifa ramai dah tau ia adalah bangunan paling tinggi kat dunia buat masa ni. Merupakan bangunan iconik kat Dubai dan antara tempat wajib singgah kalau dah kat sini. Paling wajib kena bergambo kat depan bangunan pencakar langit tu. Kalau datang malam boleh layan pertunjukan air pancut kat situ.

FAR team di bangunan paling tinggi di dunia

Fendi dan Aquarium kat Dubai Mall

Restoran Nur Malaysia

Restoren Nur Malaysia in Dubai

Restoren ini kepunyaan rakyat Malaysia, GISB Holding. Kepada yang belum tahu, founder asal GISB(Global Ikhwan Sdn Bhd) ialah Almarhum Ustaz Ashaari Muhammad yang juga dulu pengasas Al Arqam. 

Tentang Al Arqam aku taknak sentuh sebab ia dah jadi sejarah dan semua yang terlibat dah ambil iktibar. Cuma aku tabik Al Arqam tentang kebolehan mereka menghasilkan produk hasil orang Islam yang halal untuk dipasarkan di dalam negara dan luar negara.

La ni selepas tiada lagi Al Arqam, GISB ambil alih dan meneruskan model perniagaan yang hampir serupa dan dipimpin oleh orang-orang yang background kuat agama. Kita boleh datang dan tengok kat rangkaian restoren GISB kelihatan budak-budak tahfiz yang bekerja di situ. Makanan yang ada juga sedap dan menepati selera orang Malaysia. Dengarnya rangkaian restoren GISB dan perniagaan lain sudah ada di 17 negara. Semoga terus maju sajikan produk-produk halal.

Mee hoon tomyam

Nasi Dagang

lepas makan mee hoon tomyam pekene ABC special plak.. memey padu..


Rangkaian Restoren Nur Malaysia oleh GISB Holdings

antara tetamu pernah datang

Capt Ir and Capt Ru

Singgah solat sat..

Mussola kat UAE saiz macam surau

Balik dari Dubai, selepas maghrib Rudy suruh tidur dulu dan bangun dalam pukul 11-12 malam untuk siap-siap sebelum gerak ke airport. Flight ke Zurich pada pukul 3.15 pagi, 1 Oct 2022. 



Passport and boarding pass FAR team

Untuk flight ke Zurich asalnya Rudy dah bookkan class ekonomi. Tapi last beberapa jam Rudy kata business class banyak kosong dan kami semua dapat slot tu... Alhamdulillah... rezeki.. Thanks Rudy aka Capt Ru for the seats.. 2nd times merasa business class ETIHAD..

dok sebelah Fendi..

my dinner at 40k feet above the sea

Fendi dan dinner snack

Healing time

FAR team... aku, fendi dan Captain Rudy

Sekian untuk post pengenalan FAR team and #CLOY in Switzerland. Dari JB ke Singapore fly ke Abu Dhabi, transit 28 jam, kemudian jalan-jalan Dubai dan seterusnya fly ke Zurich. 

Bersambung kisah seterusnya... Day 1 in Swiss...