Showing posts with label Burj Al-Arab. Show all posts
Showing posts with label Burj Al-Arab. Show all posts

Thursday, 26 January 2023

Crash Landing On You in Switzerland ~ Persiapan dan Dubai

Assalamualaikum wbt,

Mesti ada yang tanya apa kena mengena tajuk drama popular Korea 'Crash Landing on You' dengan post Switzerland?

Aha.. bagus soalan tu... jawapannya, memey ada kena-mengena dengan Trip Swiss kali ni. Kalau nak tau kena teruskan baca..

Idea pergi Swiss

Asalnya nak bawa family. Tapi atas sebab-sebab tak boleh elak kena tukar plan pegi dengan kawan-kawan aka BJF(Best Jiran Forever).

Sape kawan-kawan BJF tu?

Aku, Rudy dan Fendi. Kami bertiga ni dok setaman BDO(Bandar Dato' Onn) sejak 2010 hingga sekarang. Cuma Rudy je on off balik BDO sebab sejak 2014 dia keje kat Abu Dhabi. Dia selalu jugak ulang alik Abu Dhabi - BDO sebab keje bawak kapal terbang. 

Kalau dia ada bawak flight ke Singapore atau ke KL dia singgah balik BDO. Kalau tak bawak flight, dia ambil cuti dan balik BDO. Bila-bila dia nak balik takde masalah sebab tiket flight untuk dia dan family dapat harga special. Kawan-kawan pun boleh dapat juga tapi yang terpilih je macam aku dan Fendi.. haha..


Ok, balik semula cerita idea pergi Swiss.

Sebenarnya idea nak pegi Swiss tercetus sejak Malaysia dah buka sempadan negara pada 2021. Tapi masa tu masih banyak proses kena hadap seperti kena ambik PCR test sebelum pegi dan sebelum balik. 

Sangat mahal ya PCR test terutama kat negara macam Eropah. Sekali test cecah RM400-RM500. Jadi aku tangguhkan dulu niat nak travel sehingga benda-benda menyusahkan tu tak ada.

Hasil dari bincang punya bincang dalam grup wasap FAR Team, akhirnya pada bulan April 2022 kami confirmed akan pegi Swiss pada musim Autumn bulan 9 atau 10. Cuma tarikh je belum set sebab kena sesuaikan dengan cuti Rudy. Kami plan nak pergi dalam 8-9 hari dan hanya focus jalan-jalan dalam Swiss sahaja. 

Switzerland bagi aku bukan 1st time datang. Rudy, dah macam kampung dia buat setahun 3-4 kali datang. Manakala Fendi, ini 1st time bagi dia.

Kisah 2 kali aku datang Swiss boleh baca kat link ni,

2015 - https://azhartravelog.blogspot.com/2015/06/15-hari-kembara-7-negara-eropah-dan-uk.html

2018 - https://azhartravelog.blogspot.com/2019/02/kembara-eropah-2018-france-italy-swiss.html

Persiapan

Tarikh ke Swiss dah confirmed pada 29 Sep hingga 10 Oct 2022. Naik flight Etihad dengan tiket harga kawan-kawan. 

29 Sep - Singapore to Abu Dhabi. Tido 1 malam kat Abu Dhabi.

30 Sep/1 Oct - Fly ke Swiss

1-8 Oct - Jalan-Jalan Swiss

8 Oct - Balik ke Abu Dhabi dan tidur 1 malam.

9 Oct - Flight balk ke Singapore. Tiba pada 10 Okt 2022

Untuk trip ni, segala persiapan seperti booking homestay(AirBnB), kereta sewa dan tiket flight semua Rudy uruskan. Aku dan Fendi cuma prepare makanan apa kena bawak dan renew passport.

Iternari

Ini pun Rudy yang plan dan tempat-tempat nak pergi kebanyakan ada kaitan dengan lokasi yang ada dalam drama korea Crash Landing On You #CLOY. Itulah sebab kenapa aku letak tajuk drama korea tu dalam post aku kali ni.. sebab ada kaitan.. lagi satu bila produksi drama pilih lokasi shooting pasti tempat tu cantik. So, drama #CLOY cuma sebagai guide untuk kami pergi ke tempat itu. 

Sebenarnya Rudy terlebih dulu dah pergi tempat-tempat menarik dalam drama #CLOY setahun sebelum kami pergi. Masa tu pergi dengan family dia. Kali ni dia nak repeat dengan geng bujang pulak. Sebab itu dia bagi ID & Password Nexflix suruh Aku dan Fendi khatamkan 16 episod drama korea tu. Tujuannya dia suruh tengok dalam drama tu ada tempat-tempat menarik yang kitorang akan ziarah masa pergi Swiss nanti. Lagi satu dia cakap drama korea tu best dan popular.

Aku cuma sempat layan 4 episod je.. manakala Fendi sempat khatam semua episod tapi lepas tu emosi pulak.. hahaha..

Khamis, 29 Sep 2022

Flight ke Abu Dhabi dari Singapore pada pukul 7.50 malam. Kami ambil transport dari BDO. Transport ni pun Rudy yang uruskan dengan kawan dia. Dari BDO ke Changi Airport normal charge ialah RM280. Kami dapat diskaun bayar RM250 je.. Dari rumah aku ke Changi Airport jarak dalam 50km je tapi boleh cecah 2-3 jam perjalanan kalau jem kat CIQ di JB dan Woodlands. 

Route dari BDO ke Changi Airport

Departure Hall Terminal 3 Changi Airport

2 pm - Sepatutnya transport pickup kami kat rumah pukul 2.30 tapi pukul 2 dia dah datang. Dari JB ke Singapore perjalanan lancar dan tidak jem. Mungkin sebab weekday dan bukan peak hours. Dari JB cuma aku dan Fendi je. Rudy tunggu kat Abu Dhabi.

Dalam transport on the way to Changi Airport, Singapore

3.10 pm - Tiba di Changi airport. Sementara menunggu kaunter check-in bag bukak, kami jalan-jalan dulu sekitar airport. Suasana di Changi airport jika dibandingkan zaman sebelum pandermik tak seramai macam dulu. Mungkin dalam setahun dua kembali meriah agaknya. Bukan apa selagi tak ramai orang travel macam dulu maka tiket flight akan stay mahal.

5 pm - Setel check-in bag, urusan imigresen dan masuk ke terminal departure. Waktu dah masuk Asar tunaikan yang fardu dulu sebelum gerak ke Gate. Prayer room ada kat boarding hall.

sejam sebelum masuk dalam flight ETIHAD

7.50 pm - Masa dah time untuk Take Off...

Abu Dhabi kami datang..

11 pm(waktu Malaysia 3 am) - Selamat mendarat di Airport Abu Dhabi. Rudy ambil di airport dan bawa kami ke rumah dia. Transit di Abu Dhabi lebih kurang 28 jam. 

Parking Pay Machine at Abu Dhabi Airport

Jumaat, 30 Sep 2022

Waktu Abu Dhabi dengan Malaysia beza -4 jam. Malam tadi tidur pukul 1 pagi bersamaan waktu kat Malaysia pukul 5 pagi dah dekat nak Subuh. 

Bila dah berada kat negara time zone berbeza kena sesuaikan diri cepat. Kalau tak nanti masalah jetlag dan badan jadi lesu sebab tak cukup tidur. Untuk malam pertama kat Abu Dhabi dapatlah tido dalam 3 jam. Cukuplah rehat untuk aktiviti jalan-jalan hari ini.

Okura.. kucing Rudy

Jalan-Jalan Dubai

Mamak Abu Dhabi

Selepas sarapan kat Mamak terus gerak ke Dubai. Jarak dari Abu Dhabi ke Dubai dalam 130km atau sejam lebh perjalanan.

Bagi aku ini kali ke-3 ke Dubai. Manakala Fendi 1st time, jadi hari ini layankan dia jalan-jalan ke tempat-tempat seperti,

Ibn Battuta Mall

Depan mall

Tiba Dubai singgah mall ni dulu nak tengok apa boleh beli kat sini. Dari luar dah nampak reka bentuk dan warna mall ni kelihatan seperti muzium yang terdapat di Cairo Mesir. Bila di depan mall baru perasan nama mall ialah Ibn Battuta.

Ibnu Battutah mengingatkan aku kepada seorang pengembara Islam yang berasal dari Morocco. Nama penuh beliau ialah, Abu Abdullah Muhammad bin Battutah. Lahir pada abad ke-13. Beliau telah mengembara dari barat ke timur iaitu dari tempat beliau tinggal hingga ke negara China.

Aku tertarik nak cerita pasal Ibnu Battutah ni sebab beliau bukan saja seorang pengembara yang hebat juga seorang ulamak. Sudah tentu pengembaraan Ibnu Battutah sekali dengan menyebarkan Islam. 

Kalau nak tahu kisah pengembaraan beliau ada tertulis dalam buku Rihlah. Jadi, kita yang suka mengembara kena kenal siapa Ibnu Battutah dan ambil ibrah dari kisah perjalananan pendakwah Islam ini.  

Ibn Battuta Mall ni terletak di tepi lebuh raya Sheikh Zayed. Antara mall terbesar di Dubai. Di dalam mall ni terdapat beberapa galeri yang berkonsepkan negara-negara yang Ibnu Battutah pernah singgah antaranya Egypt, Persia, Tunisia, Andalusia, India dan China. So, kita boleh tengok rekaan dalaman yang berbeza disetiap galeri.

Decathlon ni dekat Egypt Court

Rekaan dalaman di Egypt Court

Palm Jumeirah

Lokasi seterusnya ke pulau buatan manusia yang berbentuk pokok Palm. Kat sini bukan setakat ada kawasan perumahan golongan kayangan juga hotel-hotel bertaraf berbintang-bintang. Setakat golongan marhaen macam aku ni dapat tengok je. Kat sini level-level hartawan dan jutawan je mampu beli dan menetap. 

Palm Jumeirah view dalam Google Maps

wefie ni kat lengkuk paling luar dan paling hujung Palm

Nun sana tu Burj Al Arab

Jumeirah Beach

Datang sini nak tangkap bergambo dengan Burj Al Arab dari dekat. Tapi kat depan tu dah ada bangunan baru tengah buat. Dulu masa datang 2015 clear depan tu siap ada pantai. La ni dah kena block dan tak dapat nak bergambo berlatarbelakangkan Burj Al Arab yang bentuk macam layar kapal.


Dubai Mall dan Burj Khalifa

Aku... kali ke-3 bergambo kat sini...

Burj Khalifa ramai dah tau ia adalah bangunan paling tinggi kat dunia buat masa ni. Merupakan bangunan iconik kat Dubai dan antara tempat wajib singgah kalau dah kat sini. Paling wajib kena bergambo kat depan bangunan pencakar langit tu. Kalau datang malam boleh layan pertunjukan air pancut kat situ.

FAR team di bangunan paling tinggi di dunia

Fendi dan Aquarium kat Dubai Mall

Restoran Nur Malaysia

Restoren Nur Malaysia in Dubai

Restoren ini kepunyaan rakyat Malaysia, GISB Holding. Kepada yang belum tahu, founder asal GISB(Global Ikhwan Sdn Bhd) ialah Almarhum Ustaz Ashaari Muhammad yang juga dulu pengasas Al Arqam. 

Tentang Al Arqam aku taknak sentuh sebab ia dah jadi sejarah dan semua yang terlibat dah ambil iktibar. Cuma aku tabik Al Arqam tentang kebolehan mereka menghasilkan produk hasil orang Islam yang halal untuk dipasarkan di dalam negara dan luar negara.

La ni selepas tiada lagi Al Arqam, GISB ambil alih dan meneruskan model perniagaan yang hampir serupa dan dipimpin oleh orang-orang yang background kuat agama. Kita boleh datang dan tengok kat rangkaian restoren GISB kelihatan budak-budak tahfiz yang bekerja di situ. Makanan yang ada juga sedap dan menepati selera orang Malaysia. Dengarnya rangkaian restoren GISB dan perniagaan lain sudah ada di 17 negara. Semoga terus maju sajikan produk-produk halal.

Mee hoon tomyam

Nasi Dagang

lepas makan mee hoon tomyam pekene ABC special plak.. memey padu..


Rangkaian Restoren Nur Malaysia oleh GISB Holdings

antara tetamu pernah datang

Capt Ir and Capt Ru

Singgah solat sat..

Mussola kat UAE saiz macam surau

Balik dari Dubai, selepas maghrib Rudy suruh tidur dulu dan bangun dalam pukul 11-12 malam untuk siap-siap sebelum gerak ke airport. Flight ke Zurich pada pukul 3.15 pagi, 1 Oct 2022. 



Passport and boarding pass FAR team

Untuk flight ke Zurich asalnya Rudy dah bookkan class ekonomi. Tapi last beberapa jam Rudy kata business class banyak kosong dan kami semua dapat slot tu... Alhamdulillah... rezeki.. Thanks Rudy aka Capt Ru for the seats.. 2nd times merasa business class ETIHAD..

dok sebelah Fendi..

my dinner at 40k feet above the sea

Fendi dan dinner snack

Healing time

FAR team... aku, fendi dan Captain Rudy

Sekian untuk post pengenalan FAR team and #CLOY in Switzerland. Dari JB ke Singapore fly ke Abu Dhabi, transit 28 jam, kemudian jalan-jalan Dubai dan seterusnya fly ke Zurich. 

Bersambung kisah seterusnya... Day 1 in Swiss... 

Saturday, 21 November 2015

Hari 5 ~ Jalan-Jalan Abu Dhabi & Dubai, 22-27 Sept 2015

Assalamualaikum..


27 Sept 2015

Yup. Hari ini last day in Abu Dhabi. Hari ni kalau ikut plan cuma nak cover 3 tempat je iaitu Palm Jumeirah dan Burj Al-Arab di Dubai dan Ferrari World di Abu Dhabi. Tetapi kerana Heritage Village tutup semalam terpaksa kena cover hari ini.

Pagi-pagi lepas sarapan lebih kurang pukul 8 pagi terus gerak ke Dubai. Nasib 2 tempat ni tak payah masuk dalam bandar Dubai jadi jimat masa sikit.



Palm Jumeirah

Palm Jumeirah ialah pulau buatan yang terletak di pesisir pantai Jumeirah. Di bina pada 2001 dan mula dihuni pada 2007. Sebenarnya ada beberapa lagi pulau bentuk palm seperti Jabal Ali dan Diera tapi tak siap lagi dan Palm Jumeirah adalah yang paling kecik. Namun oleh kerana yang lain belum siap maka Palm Jumeirah buat masa ini ialah pulau terbesar buatan manusia. So, yang dah siap ni kita pi. 

Apa ada kat Palm Jumeirah?

Cuma ada kawasan perumahan, kedai-kedai dan hotel-hotel mewah seperti Atlantis. Specialnya pulau ni sebab bentuknya macam pokok palm. Kalau ke sana memey takkan nampak bentuk pulau tu. Kena tengok dari atas atau guna GPS.

On the way Dubai... atas kat cermin tu ialah sticker bercip untuk Tol
Apps Salik untuk Dubai Tol
Dengan Apps ni boleh check balance and kat mana kene charge toll...
Route to Palm Jumeirah..


Dengan GPS boleh tau kita kat lokasi mana...
Ni dekat area batang pokok palm..
Nak pegi sampai hujung... nak cross nanti kena lalu terowong bawah laut...

Kiri tu laluan Monorail
Dah dekat area pucuk palm
Masuk terowong...
Dalam terowomg
Bawah laut la ni..
Ni kat lengkung Palm Jumeirah...
Nak cari port boleh nampak Burj Al-Arab
Kabus pulak... nampak samar-samar je Burj Al-Arab
Dulu sini laut... lepas kena tambak jadi pulau...
Antara hotel-hotel di Palm Jumeirah
Pilot..
Ni ialah Atlantis... besar hotel nii...
view Dubai dari Palm Jumeirah
On the way ke Burj Al-Arab
Gambar dari udara... tak jauh Palm Jumeirah dengan Burj Al-Arab(gambar cilok google)

Burj Al-Arab

Merupakan hotel termewah bukan saja di Dubai tetapi di Dunia. Burj Al-Arab juga ialah hotel tertinggi di dunia dengan ketinggian 321 meter. Di bina juga di atas pulau buatan di pantai Jumeirah. Kami ke sini sebab tertarik dengan seni bina bangunan yang unit berbentuk seperti kapal layar. Bila dah tertarik sure nak bergambo berbackground Burj Al-Arab.

Dah nampak layar 

Sempat pulak Masturah bergambo dengan mamat arab bawak Ferrari kat Pantai Jumeirah..


Ni dia paparudy aka pilot aka tour guide
Dah pukul 10.01 pagi... time to go back Abu Dhabi... lawatan tapak masih belum selesai... ada 2 lagi...
Bangunan Nenas in action... Bila waktu pagi pelindung cahaya kat tingkap semua tutup baru nampak macam kulit nenas...

2 bangunan bersambung kat roof top ni sebijik macam kat Marina Bay Singapore...

Heritage Village

Percubaan ke-3 datang ke sini dan kali ni berhasil dapat masuk sebab dah buka kembali setelah cuti 4 hari..

Seperti dah intro dalam post yang Hari ke-4, Heritage Village ialah tempat dimana kita boleh tengok penempatan seperti rumah-rumah orang arab dahulu. Kubur pun ada. Di samping tu, kat sini juga ada muzium dan mini padang pasir. Juga kedai-kedai sourvenir.

Masa kami datang dah tengahari dalam pukul 11.30 pagi. Punyalah panas. Sebab tu Rudy syor datang petang tapi oleh kerana takda pilihan kena datang jugak tengahari.. huhu... melantun panas. Dekat dengan laut pulak tuu..

Alhamdulillah... hari ni buka... masuk free...



Model kita cik Masturah... aik! bila masa salin abaya?
Kubur orang arab dulu-dulu...
Kubur jugak...
Ini ape entah...

Oooo... ni muzium...
Pakaian tradisional muslimah arab... kat muka tu macam topeng...
Jubah lelaki arab... color kuning? la ni semua nampak pakai putih...
Bayangkan mereka ni dulu arab badwi berkaki ayam, la ni bina bangunan paling tinggi di dunia...
budak arab... untung dorang ni, muda-muda dah pandai cakap arab...hehe
Abu Dhabi dulu-dulu... atap rumah dari pelepah pokok tamar... sekarang dah ada ferrari...
Lobster kat teluk parsi..
Sekali sekala bergambar dengan ratu selfie aka adik ipaq...
balik nanti.... Rinduku Bertamu di Abu Dhabi...
Rumah kos sederhana orang arab... atap kulit, dinding ranting tamar...
Tempat beradu...
Singgah beli sourvenir...
Finally... sampai gak desert walaupun bukan real punya.... bolehlah, dari takda...
Ni pehal pulak... panas laa tuu...
Giler panas time ni... berkerut dahi nak selfie...



Di sebelah Heritage Village ada bangunan sebijik Al-Aqsa... tengok je tak masuk...

40 celcius je... tapi melanton panas...

Yas Mall

Singgah lunch kat sini sebelum masuk Ferrari World. Yas Mall ialah mall paling hampir dengan Ferrari World. Masa 2nd day kat Abu Dhabi dah datang sini nak makan Doner Kebab daging tapi habis la pulak masa tu. Hari ni return semata nak lunch Doner Kebab.

Kereta Dodge ni selalu nampak kalau main game Need for Speed dan lain-lain game kereta
Hari ini dapat tengok live... kereta buatan US ni power buat rempit.
Standard sistem di sini, order dan bayar kemudian tunggu benda ni bunyi...
Siap untuk di makan...

Perghh! boleh tahan besar portionnya siap salad, fries semua ada... hage set ni AED39(RM46.80)

Ferrari World

Lokasi terakhir melawat tapak ialah Ferrari World. Terletak di Yas Island. Di Yas Island juga terdapat Yas Marina F1 Circuit, Yas Waterworld dan Yas Mall.

Masa tiba di Ferrari World dah pukul 2.30 petang. Cuma ada masa 4 jam setengah aja untuk cover mana yang sempat. Paling lewat pukul 7 ptg kena balik sebab kena siap-siap untuk balik malam ni flight pukul 10. Nasib rumah Rudy dengan airport tak jauh kira-kira 10-15 minit perjalanan. So, dalam pukul 8 malam boleh gerak ke airport.

Tiket Ferrari World untuk seorang ialah AED250 x 4 = AED1000. Tapi guna kad staff Rudy dapat diskaun AED200 x 4 = AED800. Alhamdulillah jimat AED200(RM240). Sepatutnya kalau nak dapat diskaun, Rudy kena masuk sekali tapi dorang tak check mungkin sebab hari ni Ahad orang tak ramai sangat. 

Seperti Rudy kata semalam memang tak ramai orang hari ini. So, dalam masa 4 jam setengah tu dapatlah cover lebih separuh game dan live show kat situ. Seterusnya, layan gambar.

Pemandang dari udara Yas Island... kelihatan Yas F1 circuit dan Ferrari World..(gambar cilok google)


Ada Wifi free
Petugas ni macam orang filipino...
Antara show-show nak kena layan...
1st 3D show..

Tengok cara dorang buat keta ferrari


pencipta ferrari
Tempat tumpah minyak Ferrari di Maranello
Balance dirham ado AED500++
Masturah the top 4
Roller coaster 95km sejam...
Naik ferrari keliling dunia..

Show ke-3 naik Ferrari dengan Fernando Massa...

Game untuk Syirah
Yeay! Syirah berjaya melawan graviti
The World's Faster Coaster... Masturah sorang je naik...
Cer tengok muka yang naik...
Model keta Ferrari... den angkat sebiji tapi yang kicik sikit...

Dapat gak begambo dengan unta...

Balik Time

Hari ini dalam masa 11 jam dapat cover 4 tempat di Dubai dan Abu Dhabi. Betul-betul padat jadual hari ini. Ada beberapa tempat lagi tak dapat cover, takpa simpan untuk next trip ke Abu Dhabi lagi. Bila tu? entah... hehe..

Datang 3 beg, balik jadi 4 beg... 1 beg pinjam Rudy punya untuk isi set Tefal..
Sebelum check out dari rumah Rudy mari bergambar dulu...
Time tu boarding



Sikit lagi sampai..
Tiba kat Singapura kemudian ke JB disambut dengan Jerebu IPU 180... huhu
Selesai sudah kisah jalan-jalan Abu Dhabi dan Dubai 7 hari 5 malam. Simple dan paling penting seronok.

Ok, sebelum den tutup kedai kisah jalan-jalan Abu Dhabi nak share ringkasan iternary, kos dll kepada yang berminat nak jalan-jalan ke Abu Dhabi dan Dubai. Tapi iternari den ni agak berterabur sebab suka-suka den dan Rudy nak ubah ikut kesesuaian masa.

Iternary


- JB ke Singapura. Pukul 3 petang dah gerak. Flight pukul 8.05 malam 
- 11.30 malam tiba di Abu Dhabi
- Urusan imigresen dan tiba di rumah Rudy pukul 12.30 pagi

Dubai,
- Burj Khalifa

Abu Dhabi,
- Beraya rumah konsulat
- Heritage Village > tutup
- Jalan-jalan sekitar bandar Abu Dhabi dan beli Abaya.

Abu Dhabi, 
- Stadium Al-Jazeera(Team bola Malaysia kena 10-0)
- Stadium Sheikh Muhammad Zayed(kutip buah kurma)
- Solat Jumaat

Dubai
- Naif market
- Dubai Creek(naik sampan. tapi tak dapat naik sebab parking penuh)

Abu Dhabi,
- Sheikh Zayed Grand Mosque
- Heritage Village(Tutup)

Hari 5 - 27 Sept 2015
Dubai,
- Palm Jumeirah
- Burj Al-Arab

Abu Dhabi
- Heritage Village
- Ferrari World

- Fly balik ke Singapore dari airport Abu Dhabi pukul 10.05 malam

Lokasi tak sempat pergi,
1. Padang Pasir > Al-Ain
2. Yas F1 Circuit > Abu Dhabi
3. Ski Dubai > Dubai
4. Global Village > Dubai  

Kos

1. Burj Khalifa - AED130 x 4 = AED520(RM624)
2. Ferrari World - AED200(diskaun) x 4 = AED800(RM960)
3. Tiket Flight - RM2100 x 4 = RM8400
4. Makan Minum - (RM100 x 4) x 5 hari = RM2000
5. Shopping & Sourvenir = RM1500
6. Lain-lain = RM600

Jumlah = RM12584(RM3146/person) 

Kos tak termasuk Hotel & Transportation. Jimat sebab dok rumah Rudy.


Ok, Terima kasih kerana membaca blog ini. Juga terima kasih kepada Rudy sekeluarga yang entertain kami sepanjang berada di Abu Dhabi. Memang best.

Semoga apa yang saya tulis ini ada something boleh share terutama kepada kaki travel yang sedang mencari-cari lokasi untuk travel. Mungkin selepas ini Abu Dhabi dan Dubai destinasi seterusnya. Sekurang-kurangnya apa yang saya tulis dapat memberi maklumat yang dihajati. 

Akhir sekali, berjumpa lagi dalam post akan datang. InshaaAllah.... Wassalam.