Showing posts with label Abu Dhabi International Airport. Show all posts
Showing posts with label Abu Dhabi International Airport. Show all posts

Thursday, 26 January 2023

Crash Landing On You in Switzerland ~ Persiapan dan Dubai

Assalamualaikum wbt,

Mesti ada yang tanya apa kena mengena tajuk drama popular Korea 'Crash Landing on You' dengan post Switzerland?

Aha.. bagus soalan tu... jawapannya, memey ada kena-mengena dengan Trip Swiss kali ni. Kalau nak tau kena teruskan baca..

Idea pergi Swiss

Asalnya nak bawa family. Tapi atas sebab-sebab tak boleh elak kena tukar plan pegi dengan kawan-kawan aka BJF(Best Jiran Forever).

Sape kawan-kawan BJF tu?

Aku, Rudy dan Fendi. Kami bertiga ni dok setaman BDO(Bandar Dato' Onn) sejak 2010 hingga sekarang. Cuma Rudy je on off balik BDO sebab sejak 2014 dia keje kat Abu Dhabi. Dia selalu jugak ulang alik Abu Dhabi - BDO sebab keje bawak kapal terbang. 

Kalau dia ada bawak flight ke Singapore atau ke KL dia singgah balik BDO. Kalau tak bawak flight, dia ambil cuti dan balik BDO. Bila-bila dia nak balik takde masalah sebab tiket flight untuk dia dan family dapat harga special. Kawan-kawan pun boleh dapat juga tapi yang terpilih je macam aku dan Fendi.. haha..


Ok, balik semula cerita idea pergi Swiss.

Sebenarnya idea nak pegi Swiss tercetus sejak Malaysia dah buka sempadan negara pada 2021. Tapi masa tu masih banyak proses kena hadap seperti kena ambik PCR test sebelum pegi dan sebelum balik. 

Sangat mahal ya PCR test terutama kat negara macam Eropah. Sekali test cecah RM400-RM500. Jadi aku tangguhkan dulu niat nak travel sehingga benda-benda menyusahkan tu tak ada.

Hasil dari bincang punya bincang dalam grup wasap FAR Team, akhirnya pada bulan April 2022 kami confirmed akan pegi Swiss pada musim Autumn bulan 9 atau 10. Cuma tarikh je belum set sebab kena sesuaikan dengan cuti Rudy. Kami plan nak pergi dalam 8-9 hari dan hanya focus jalan-jalan dalam Swiss sahaja. 

Switzerland bagi aku bukan 1st time datang. Rudy, dah macam kampung dia buat setahun 3-4 kali datang. Manakala Fendi, ini 1st time bagi dia.

Kisah 2 kali aku datang Swiss boleh baca kat link ni,

2015 - https://azhartravelog.blogspot.com/2015/06/15-hari-kembara-7-negara-eropah-dan-uk.html

2018 - https://azhartravelog.blogspot.com/2019/02/kembara-eropah-2018-france-italy-swiss.html

Persiapan

Tarikh ke Swiss dah confirmed pada 29 Sep hingga 10 Oct 2022. Naik flight Etihad dengan tiket harga kawan-kawan. 

29 Sep - Singapore to Abu Dhabi. Tido 1 malam kat Abu Dhabi.

30 Sep/1 Oct - Fly ke Swiss

1-8 Oct - Jalan-Jalan Swiss

8 Oct - Balik ke Abu Dhabi dan tidur 1 malam.

9 Oct - Flight balk ke Singapore. Tiba pada 10 Okt 2022

Untuk trip ni, segala persiapan seperti booking homestay(AirBnB), kereta sewa dan tiket flight semua Rudy uruskan. Aku dan Fendi cuma prepare makanan apa kena bawak dan renew passport.

Iternari

Ini pun Rudy yang plan dan tempat-tempat nak pergi kebanyakan ada kaitan dengan lokasi yang ada dalam drama korea Crash Landing On You #CLOY. Itulah sebab kenapa aku letak tajuk drama korea tu dalam post aku kali ni.. sebab ada kaitan.. lagi satu bila produksi drama pilih lokasi shooting pasti tempat tu cantik. So, drama #CLOY cuma sebagai guide untuk kami pergi ke tempat itu. 

Sebenarnya Rudy terlebih dulu dah pergi tempat-tempat menarik dalam drama #CLOY setahun sebelum kami pergi. Masa tu pergi dengan family dia. Kali ni dia nak repeat dengan geng bujang pulak. Sebab itu dia bagi ID & Password Nexflix suruh Aku dan Fendi khatamkan 16 episod drama korea tu. Tujuannya dia suruh tengok dalam drama tu ada tempat-tempat menarik yang kitorang akan ziarah masa pergi Swiss nanti. Lagi satu dia cakap drama korea tu best dan popular.

Aku cuma sempat layan 4 episod je.. manakala Fendi sempat khatam semua episod tapi lepas tu emosi pulak.. hahaha..

Khamis, 29 Sep 2022

Flight ke Abu Dhabi dari Singapore pada pukul 7.50 malam. Kami ambil transport dari BDO. Transport ni pun Rudy yang uruskan dengan kawan dia. Dari BDO ke Changi Airport normal charge ialah RM280. Kami dapat diskaun bayar RM250 je.. Dari rumah aku ke Changi Airport jarak dalam 50km je tapi boleh cecah 2-3 jam perjalanan kalau jem kat CIQ di JB dan Woodlands. 

Route dari BDO ke Changi Airport

Departure Hall Terminal 3 Changi Airport

2 pm - Sepatutnya transport pickup kami kat rumah pukul 2.30 tapi pukul 2 dia dah datang. Dari JB ke Singapore perjalanan lancar dan tidak jem. Mungkin sebab weekday dan bukan peak hours. Dari JB cuma aku dan Fendi je. Rudy tunggu kat Abu Dhabi.

Dalam transport on the way to Changi Airport, Singapore

3.10 pm - Tiba di Changi airport. Sementara menunggu kaunter check-in bag bukak, kami jalan-jalan dulu sekitar airport. Suasana di Changi airport jika dibandingkan zaman sebelum pandermik tak seramai macam dulu. Mungkin dalam setahun dua kembali meriah agaknya. Bukan apa selagi tak ramai orang travel macam dulu maka tiket flight akan stay mahal.

5 pm - Setel check-in bag, urusan imigresen dan masuk ke terminal departure. Waktu dah masuk Asar tunaikan yang fardu dulu sebelum gerak ke Gate. Prayer room ada kat boarding hall.

sejam sebelum masuk dalam flight ETIHAD

7.50 pm - Masa dah time untuk Take Off...

Abu Dhabi kami datang..

11 pm(waktu Malaysia 3 am) - Selamat mendarat di Airport Abu Dhabi. Rudy ambil di airport dan bawa kami ke rumah dia. Transit di Abu Dhabi lebih kurang 28 jam. 

Parking Pay Machine at Abu Dhabi Airport

Jumaat, 30 Sep 2022

Waktu Abu Dhabi dengan Malaysia beza -4 jam. Malam tadi tidur pukul 1 pagi bersamaan waktu kat Malaysia pukul 5 pagi dah dekat nak Subuh. 

Bila dah berada kat negara time zone berbeza kena sesuaikan diri cepat. Kalau tak nanti masalah jetlag dan badan jadi lesu sebab tak cukup tidur. Untuk malam pertama kat Abu Dhabi dapatlah tido dalam 3 jam. Cukuplah rehat untuk aktiviti jalan-jalan hari ini.

Okura.. kucing Rudy

Jalan-Jalan Dubai

Mamak Abu Dhabi

Selepas sarapan kat Mamak terus gerak ke Dubai. Jarak dari Abu Dhabi ke Dubai dalam 130km atau sejam lebh perjalanan.

Bagi aku ini kali ke-3 ke Dubai. Manakala Fendi 1st time, jadi hari ini layankan dia jalan-jalan ke tempat-tempat seperti,

Ibn Battuta Mall

Depan mall

Tiba Dubai singgah mall ni dulu nak tengok apa boleh beli kat sini. Dari luar dah nampak reka bentuk dan warna mall ni kelihatan seperti muzium yang terdapat di Cairo Mesir. Bila di depan mall baru perasan nama mall ialah Ibn Battuta.

Ibnu Battutah mengingatkan aku kepada seorang pengembara Islam yang berasal dari Morocco. Nama penuh beliau ialah, Abu Abdullah Muhammad bin Battutah. Lahir pada abad ke-13. Beliau telah mengembara dari barat ke timur iaitu dari tempat beliau tinggal hingga ke negara China.

Aku tertarik nak cerita pasal Ibnu Battutah ni sebab beliau bukan saja seorang pengembara yang hebat juga seorang ulamak. Sudah tentu pengembaraan Ibnu Battutah sekali dengan menyebarkan Islam. 

Kalau nak tahu kisah pengembaraan beliau ada tertulis dalam buku Rihlah. Jadi, kita yang suka mengembara kena kenal siapa Ibnu Battutah dan ambil ibrah dari kisah perjalananan pendakwah Islam ini.  

Ibn Battuta Mall ni terletak di tepi lebuh raya Sheikh Zayed. Antara mall terbesar di Dubai. Di dalam mall ni terdapat beberapa galeri yang berkonsepkan negara-negara yang Ibnu Battutah pernah singgah antaranya Egypt, Persia, Tunisia, Andalusia, India dan China. So, kita boleh tengok rekaan dalaman yang berbeza disetiap galeri.

Decathlon ni dekat Egypt Court

Rekaan dalaman di Egypt Court

Palm Jumeirah

Lokasi seterusnya ke pulau buatan manusia yang berbentuk pokok Palm. Kat sini bukan setakat ada kawasan perumahan golongan kayangan juga hotel-hotel bertaraf berbintang-bintang. Setakat golongan marhaen macam aku ni dapat tengok je. Kat sini level-level hartawan dan jutawan je mampu beli dan menetap. 

Palm Jumeirah view dalam Google Maps

wefie ni kat lengkuk paling luar dan paling hujung Palm

Nun sana tu Burj Al Arab

Jumeirah Beach

Datang sini nak tangkap bergambo dengan Burj Al Arab dari dekat. Tapi kat depan tu dah ada bangunan baru tengah buat. Dulu masa datang 2015 clear depan tu siap ada pantai. La ni dah kena block dan tak dapat nak bergambo berlatarbelakangkan Burj Al Arab yang bentuk macam layar kapal.


Dubai Mall dan Burj Khalifa

Aku... kali ke-3 bergambo kat sini...

Burj Khalifa ramai dah tau ia adalah bangunan paling tinggi kat dunia buat masa ni. Merupakan bangunan iconik kat Dubai dan antara tempat wajib singgah kalau dah kat sini. Paling wajib kena bergambo kat depan bangunan pencakar langit tu. Kalau datang malam boleh layan pertunjukan air pancut kat situ.

FAR team di bangunan paling tinggi di dunia

Fendi dan Aquarium kat Dubai Mall

Restoran Nur Malaysia

Restoren Nur Malaysia in Dubai

Restoren ini kepunyaan rakyat Malaysia, GISB Holding. Kepada yang belum tahu, founder asal GISB(Global Ikhwan Sdn Bhd) ialah Almarhum Ustaz Ashaari Muhammad yang juga dulu pengasas Al Arqam. 

Tentang Al Arqam aku taknak sentuh sebab ia dah jadi sejarah dan semua yang terlibat dah ambil iktibar. Cuma aku tabik Al Arqam tentang kebolehan mereka menghasilkan produk hasil orang Islam yang halal untuk dipasarkan di dalam negara dan luar negara.

La ni selepas tiada lagi Al Arqam, GISB ambil alih dan meneruskan model perniagaan yang hampir serupa dan dipimpin oleh orang-orang yang background kuat agama. Kita boleh datang dan tengok kat rangkaian restoren GISB kelihatan budak-budak tahfiz yang bekerja di situ. Makanan yang ada juga sedap dan menepati selera orang Malaysia. Dengarnya rangkaian restoren GISB dan perniagaan lain sudah ada di 17 negara. Semoga terus maju sajikan produk-produk halal.

Mee hoon tomyam

Nasi Dagang

lepas makan mee hoon tomyam pekene ABC special plak.. memey padu..


Rangkaian Restoren Nur Malaysia oleh GISB Holdings

antara tetamu pernah datang

Capt Ir and Capt Ru

Singgah solat sat..

Mussola kat UAE saiz macam surau

Balik dari Dubai, selepas maghrib Rudy suruh tidur dulu dan bangun dalam pukul 11-12 malam untuk siap-siap sebelum gerak ke airport. Flight ke Zurich pada pukul 3.15 pagi, 1 Oct 2022. 



Passport and boarding pass FAR team

Untuk flight ke Zurich asalnya Rudy dah bookkan class ekonomi. Tapi last beberapa jam Rudy kata business class banyak kosong dan kami semua dapat slot tu... Alhamdulillah... rezeki.. Thanks Rudy aka Capt Ru for the seats.. 2nd times merasa business class ETIHAD..

dok sebelah Fendi..

my dinner at 40k feet above the sea

Fendi dan dinner snack

Healing time

FAR team... aku, fendi dan Captain Rudy

Sekian untuk post pengenalan FAR team and #CLOY in Switzerland. Dari JB ke Singapore fly ke Abu Dhabi, transit 28 jam, kemudian jalan-jalan Dubai dan seterusnya fly ke Zurich. 

Bersambung kisah seterusnya... Day 1 in Swiss... 

Sunday, 25 September 2016

Kembara Mesir, 20-28 May 2016 ~ Hari 9 & 10

Assalamualaikum...

Travelog Mesir sudah sampai ke penghujung iaitu hari terakhir kami di Mesir. Hari ini kami akan meninggalkan Mesir dengan seribu kenangan yang menggamit jiwa. Terasa bertuah kerana dapat jejakkan kaki di bumi anbiya yang penuh sejarah silam dan kisah umat terdahulu. Sedikit sebanyak kami dapat belajar dan melihat dengan mata kami sendiri tinggalan-tinggalan tersebut. Ada antaranya seperti monumen, sungai dan gunung disebut dalam AlQuran. Disamping itu dapat beriktiqaf di Masjid/Universiti ke-2 tertua di dunia iaitu Al-Azhar yang diasaskan pada tahun 970 Masihi.... Alhamdulillah...

Sebelum pulang Geng Nam Mesir bergambar dengan Mr Mohamad Abbad(Travel Agent), bapa Sheikh Rahman, Sheikh Rahman dan biras Sheikh, Mohamad(personal tour guide)

Hari ke-9 ~ 28 May 2016

Ok, untuk kisah hari ini penerbangan balik dari Airport Cairo pada pukul 1.10 petang dan akan tiba/transit di Abu Dhabi pada pukul 8.30 malam(waktu UAE). Asalnya transit di Abu Dhabi cuma 6 jam aje tapi jiran kami yang menetap di Abu Dhabi dan merupakan pilot di ETIHAD telah ubah masa transit tiket flight dari 6 jam kepada 14 jam. Sebabnya dia(Rudy) nak kami balik ke Malaysia dengan flight yang dia drive... haha... drive... bahasa mudah... maksudnya dia jadi pilot untuk flight yang kami akan naik dari Abu Dhabi ke KLIA... So, dalam masa transit tu boleh la jalan-jalan Abu Dhabi dan tidur rumah dia.

Kepada yang nak berkenalan, ni den share pasal jiran kami yang dok Abu Dhabi, Kapten Mohd Rudy Abd Wahab aka Geng Kayuh aka Geng Surau P10 Bandar Dato' Onn(BDO) aka Geng Travel (baru-baru ni gi Istanbul dengan dia).. Dia ni nama je dok Abu Dhabi tapi selalu gak balik BDO. Dia buat Abu Dhabi-BDO macam ulang alik KL-JB je... haha..

Kalau ada yang perasan, pada 27 Ogos 2016, Harian Metro ada siar pasal kerjaya dan family dia. Ni kawe share kalo sesape tak perasan atau tak beli paper. Kawe pon bace kat online je.. Kalo dah masuk paper kira glamour laa... kami pun jiran-jiran tumpang bangga sebab dia sekeluarga dapat masuk paper...hehe...

Rudy dan Family
Rudy dan rakan sekerja...

Bestkan jadi pilot kan... boleh pusing satu dunia... dulu den pernah gak ada cita-cita tapi cita-cita jadi drebar bas je.. hehe.. den ingat cita-cita tu timbul sebab selalu naik bas ekspress dari Singapore untuk balik kampung kat Muar. 

Dulu Alhmarhum bapak den keje kat Singapore. Bila cuti sekolah atau raya dari JB akan balik Singapore dulu kemudian baru balik kampung.. kira masa tu tiap kali cuti sekolah atau cuti hujung minggu kami sekeluarga akan keluar negara ke Singapore. Dari Singapore kalau nak balik kampung kat Muor kami naik Bas Ekspress Hasry. Bila selalu naik bas berangan pulak nak jadi drebar bila besar nanti.. haha.. agaknya kalau masa tu selalu naik kapal terbang mungkin berangan nak jadi drebar kapal terbang.. hehe... tapi apa ke hal dari Singapore balik ke Muor naik kapal terbang?... kalau ada pun memey tak mampu naik kapal terbang sebab belum ada kapal terbang tambang murah...

Ok, cukup cete verangan, balik semula cete travelog.

Pagi hari ke-9 lebih kurang pukul 9 pagi dah kena check-out dan ada transport akan ambil dan hantar kami ke airport. Dari hotel ke airport ambil masa dekat sejam juga. 

kanan tu, Mr Mohamed Abbas... hari tiba dan hari last je dia ada...
kepada yang berminat jalan-jalan Mesir boleh terus contact dia...
check poin masuk airport.... tertarik dengan keta macam kat london...
sampai sudah old school Cairo Airport...
Kat sana Sheikh Rahman, ayah dia dan Mohamed dah tunggu. Ada barang yang diorder seperti jubah nak kena serah sebelum balik. Sheikh Rahman ada kirim 1 beg untuk diserahkan pada isteri dia kat BDO. Sheikh Rahman balik Malaysia lagi seminggu sebab nak spend time masa dengan mak bapak dia kat Zagazig.

Macam Morsi ayah Sheikh Rahman...
begambo.... Mohamed bagi sorang sekotak kurma...
Suasana tempat check-in...
Dalam tempat boarding jumpa firaun dengan anak dia...
patung-patung sorvenir... tengok aje..
Fridge Magnet tapi banyak gambo orang...

Mataa...

Tunggu shuttle
Dalam shuttle...
naik Airbus 340, 4 engine...
Panorama..
patut take off 1.10 ptg... dah lewat 26 min..
patutla lewat ada flight Royal Jordan... time ni tengah tunggu que nak take off
terbang sudaa.... bawah tu laut merah...
selamat land di Abu Dhabi...
Apandi dan 'baby'... 
kat airport Abu Dhabi

Setibanya di airport Abu Dhabi, Rudy dah tunggu. Ini kali ke-2 bagi aku dan 1st time bagi yang lain. Dari airport Rudy terus bawa kami ke Sheikh Zayed Grand Mosque. Grand Mosque tutup pukul 10 mlm. Masa sekarang dah pukul 9.20 mlm. Sempat lagi.

Masa tiba ni dah 9.30 mlm... ada setengah jam je nak jalan-jalan melawat kawasan


Geng Nam @ Grand Mosque


Kali ke-2 aku pegi masjid ni.. cuma kali ni pegi malam...




Selesai ke Grand Mosque, Rudy bawa pegi makan di Restoren Nasi Arab.. area mane entah lupa pulak.. hehe.. Kata Rudy kat sini murah dan paling penting lagi sedap dari lain-lain yang den pernah pegi tahun lepas. Bila makan, kompom memey sedap. Kata Rudy ni tempat dia baru jumpa sebab tu tahun lepas masa gi Abu Dhabi dia tak bawak..

Ni baru separuh keluar...
Setel makan nasi arab terus balik rumah sebab Rudy kena tidur paling lewat pukul 11 mlm. Kan esok dia nak drive kapal terbang, so kena tidur awal at least 6 jam. Esok flight balik kami pukul 10.40 pagi.

Tiba di rumah, wife Rudy hidangkan Teh Tarik 2 jag.. perghh! nikmat sungguh! manatak dah 10 hari asyik minum teh arab je... hehe... At last malam tu Rudy tidur dekat kol 12 jugak layan kami sembang..

Kat ruang tengok TV rumah Rudy... 

Hari ke-10 ~ 29 May 2016

Subuh di Abu Dhabi lebih kurang pukul 4 am. So, pagi lepas bangun Subuh terus siap-siap nak ke airport. Kena ikut Rudy keluar sekali. Malam tadi dapat lah tidur 3 jam lebih. 

Apandi dan koleksi mini kapal terbang Rudy... kat rumah BDO lagi banyak... masa ni siap-siap nak ke airport

Geng Nam dan Kapten Rudy

Airport Abu Dhabi dalam pembinaan.. tahun depan 2017 siap...
Yas Marina F1 circuit dan Ferrari World..
Ferrari World... indoor theme park
3 seat dok 2 orang...

Oleh sebab kenal Rudy dapat sourvenir free..
Kami selamat mendarat di KLIA lebih kurang pukul 10.30 malam. Kami tak segera turun sebab dah request dengan Rudy nak masuk cockpit. Alhamdulillah.. Kapten dan Naib Kapten benarkan dan kami semua dapat masuk cockpit... dah macam budak-budak kat Kidzania pulak... hehe...

Kat cockpit dapat dengar penerangan dari Rudy serba sedikit pasal button-button yang macam-macam kat dalam tu. Stereng pon dapat pegang.

Tu dia kapitan Apandi...
Seat kiri untuk kapten... seat kanan untuk co-pilot... 
1st officer Al-Azhar...
Co-pilot tarbus Husin..
Co-pilot Hj Sabaraudin
Kapitan Hj Razali nak berpantun...
Co-pilot Hj Yunos say good to camera...
Stewardess dan Kapten
Video Flight dari Abu Dhabi - KLIA


Selesai bergambo sakan dalam cockpit, perjalanan masih belum selesai selagi tak sampai di home sweet home di BDO, Jay Bee. Ada 4-5 jam lagi ikut highway. Dari KLIA nak ke Putrajaya Sentral kena ambil ERL dan kemudian drive balik JB. Rudy join sekali balik BDO sebab flight dia balik ke Abu Dhabi pada tulat, hari Rabu.

Kami tiba di JB dekat pukul 5 pagi, 30 May 2016. Bermakna keseluruhan perjalanan kami dari hari keluar dari BDO hingga hari balik ialah 11 hari. Alhamdulillah semua selamat sampai ke rumah masing-masing maka berakhir lah kisah travelog Kembara Mesir. Semoga apa yang saya kongsi dapat memberi sesuatu yang bermanfaat terutama tentang kisah-kisah Nabi dan umatnya.

Akhir sekali terima kasih kerana sudi baca travelog kembara mesir dari awal hingga akhir. Next travelog ke Turki kite...

Last but not least, di bawah ini den kongsikan perbelanjaan keseluruhan untuk kembara ini seperti di bawah,

1. Package 9 hari 8 malam - USD790 (RM3160)
- Airport transfer
- Tour Guide 
- Hotel di Cairo, St Catherine dan Sharm El Sheikh
- Transportation
- Makan 3x (Breakfast, Lunch dan Dinner)
- Tiket tempat lawatan seperti Piramid dll
- Tour guide naik Jabal Musa  

2. Tip - USD50 (RM200)

3. Belanja/Shopping - USD115 (RM460)

4. Naik Cruse - USD35 (RM140)

5. Tiket Flight - RM2050

Total - RM6010