Tuesday 28 January 2020

Abu Dhabi & Dubai, kami datang lagi, 9-17 Dec 2019 ~ Hari 1

Assalamualaikum wbt.

Bab 1 : Abu Dhabi lagi...

Abu Dhabi, aku datang lagi.... ini kali kedua aku datang dengan family dan ada sekali dengan kawan-kawan. Bermakna sudah tiga kali aku jejakkan kaki di Abu Dhabi.

Sampai 3 kali datang Abu Dhabi, apa yang menarik sangat kat sana?

Sebenarnya banyak tempat menarik kat Abu Dhabi dan juga bandar-bandar berdekatan seperti Dubai, Al-Ain dan lain-lain.

Lagi satu sebab aku ada kawan dok Abu Dhabi. Aku pernah cete pasal kawan aku kat blog ni masa 1st time datang tahun 2015. Nak tau sape dia, baca kat link ni,
http://azhartravelog.blogspot.com/2015/10/jalan-jalan-abu-dhabi-dubai-22-27-sept.html


Bab 2 : Tiket Flight

Biasanya kalau aku nak pegi travel, tiket flight dah siap beli 3-4 bulan sebelum hari travel. Kali ni pegi Abu Dhabi aku beli 2 hari sebelum fly. Sebabnya, kawan aku yang dok Abi Dhabi belikan.

Juga ada sebab musabab lain kenapa kawan aku belikan last minit walaupun plan Abu Dhabi dah berbulan. Paling penting walaupun beli last minit tapi dapat tiket bisnes hage mura-mura bai..hehe...  :)

3 kali pegi Abu Dhabi 3 kali naik Etihad...
done bisness....
Brape hage bisnes class ni? biarlah rahsia....hehe..

Naik kelas bisness dengan Etihad adalah kali pertama tapi bukanlah pertama kali bagi aku. Sebelum ni dengan MAS dua kali aku pernah naik kelas bisness. 

1st time masa balik dari Jepun 2014 dan 2nd time masa balik dari Korea 2017. Kedua-dua aku dapat tanpa bantuan orang keje dalam. Sendiri beli dan bayar tapi untuk perjalanan balik je. Dengan MAS jika dapat offer upgrade ke bisness kita boleh pilih samada nak pegi dan balik atau salah satu. 

Ni aku kongsi cara nak dapatkan tiket kelas bisnes,

1. Kumpul point miles. Setiap airline ada program ni dan semakin banyak korang travel semakin banyak point terkumpul. Peluang upgrade dari ekonomi ke bisness cerah bila ada seat bisness kosong dan masa tu pulak seat ekonomi overbooked. Pihak airline akan offer untuk upgrade.

2. Dengan MAS kalau korang beli seat ekonomi dorang akan offer untuk upgrade. Offer upgrade dari MAS akan hantar melalui email. Melalui email kita akan akan diminta bid harga dari paling minimum hingga maksimum. Contoh, harga bermula dari RM500 hingga RM1500 per seat. Masa aku dapat kedua-dua tiket bisness aku set paling minimum dan up sikit dalam RM50 je. 2 kali aku naik MAS kelas bisness dengan cara macam ni.

3. Guna kemudahan sedara mara, adik beradik atau kawan yang kerja dengan airline. Contoh macam aku dengan kawan aku yang kerja kat Etihad. 

Begitulah ceritanya kalau nak merasa naik flight kelas bisnes bagi orang beshe-beshe macam aku. Pada aku berbaloi kalau naik kelas bisness untuk flight lebih dari 6 jam. Lagi jauh lagi selesa sebab ruang lebih besar, makanan lebih sedap dan paling best boleh tidur baring macam tidur kat katil rumah. Taklah terasa penat sangat kalau travel jauh.





kat bisness sebelum take off dah dapat air juice dulu..
Kata Rudy pesawat yang aku naik ni Boeing 787-10 paling baru Etihad dapat.... patutlah macam ada bau kedai..
selamat makan dinner..
dinner sambil layan movie..

Hari 1 ~ 9 Disember 2019

Bab 3 : Kenapa Abu Dhabi lagi?

Sebenarnya jalan-jalan ke Abu Dhabi & Dubai bukan plan asal. Asalnya aku nak pegi Amsterdam dan transit beberapa hari di Abu Dhabi. Namun perancangan terpaksa diubah atas sebab-sebab minggu aku nak bercuti tu bertembung dengan cuti winter break bagi sekolah di negara Arab dan  yang sewaktu dengannya.

Bila dah bertembung dengan waktu cuti sekolah untuk negara seperti UAE maka sukarlah nak dapat tiket harga mampu milik untuk orang beshe-beshe macam aku.

So, dari tak pegi mana-mana pada cuti sekolah hujung tahun maka aku plan pegi Abu Dhabi dan Dubai je. Rudy pun offer boleh bawak aku jalan-jalan sebab dia cuti panjang start 11/12 sampai 19/12. Aku pun on je la sebab dapat jimat tiket untuk flight dan hotel. Kat Abu Dhabi memey dok rumah Rudy je. Ada plan nak gi Oman tapi tak jadi sebab tak sempat.

Bai bai Malaysia... see you next week..

Bab 4 : KLIA to Abu Dhabi

Flight ke Abu Dhabi berlepas dari KLIA pada pukul 7.45 malam. Pukul 3.30 petang aku dah tiba di KLIA tapi masa tu belum waktu boleh check in. Check in time dalam pukul 4.30 ptg.

Sebenarnya, walaupun dah book dan bayar tiket untuk kelas bisnes tapi status tiket aku masih Standby(sebab tu murah). Maksudnya masih 50-50 samada boleh dapat seat atau tak. Kata Rudy jangan risau seat bisness banyak lagi. Kalau tak dapat bisnes boleh downgrade ke ekonomi dan seat ekonomi kata Rudy banyak lagi. Pegi tetap pegi cuma tak confirm samada naik bisness atau ekonomi.

Tepat pukul 4.30 petang aku terus ke kaunter bisness untuk check in. Berdebar gak masa tu. Bila awek kat kaunter minta passport aku dah lega bermakna peluang cerah dapat seat bisnes untuk aku sekeluarga. Alhamdulillah, rezeki kali ni dapat naik Etihad kelas bisnes pada harga yang lebih murah dari kelas ekonomi. Rahsianya nak dapat tiket macam ni aku dah cerita kat atas no.3.


Bab 5 : Safe landing at Abu Dhabi

Abu Dhabi city from air..

Welcome..
Grand Mosque ni 2 kali dah pegi... 
sementara tunggu wife Rudy sampai begambo dengan super remote car... 50 dirham je tapi tak beli..

Alhamdulillah, aku sekeluarga selamat tiba di airport Abu Dhabi pada pukul 10.30 malam waktu UAE. Kat Malaysia dah pukul 2.30 pagi, 10 Disember (4 jam beza).

Di airport Abu Dhabi kami disambut oleh Liza(wife Rudy). Rudy takde sebab dia bawak flight ke Casablanca, Morocco. Esok malam baru dapat jumpa dia.




Dari airport, Liza bawa kami terus balik ke rumah di Shakhbout City yang jaraknya kira-kira 11km dari airport. Masa tiba di rumah, waktu dah tengah malam dan masa untuk kami berehat setelah seharian perjalanan dari JB ke KLIA hingga Abu Dhabi. Untuk cerita hari esok bersambung pada post akan datang Hari ke-2.

Bab 6 : Pegi Abu Dhabi dengan kawan-kawan..

Sebelum aku tutup kisah Hari 1, ni aku nak share cerita aku pegi(ekceli transit) Abu Dhabi dengan kawan-kawan jiran BDO. Transit 12 jam ni pun Rudy yang susun sebab dia nak kitorang naik flight yang dia akan bawak dari Abu Dhabi ke KL. Nak tau kisahnya kena baca...
http://azhartravelog.blogspot.com/2016/09/kembara-mesir-20-28-may-2016-hari-9-10.html

Bab 7 : Sekian, wassalam..

No comments: