Thursday 18 June 2015

15 Hari Kembara 7 Negara Eropah dan UK, 1-15 April 2015 ~ Hari ke-6

Assalamualaikum...

Hari ke-6 : 6 April 2015

Semalam celik mata kat Swiss, hari ni kat Jerman. Esok pun kat Jerman, Lusa inshaaAllah, di Holland pula. 

Alhamdulillah, hingga saat ini Allah masih izinkan terus celik untuk melihat keindahan alam dan mengakui kebesaranNya. Setiap yang Allah swt izinkan sudah tentu bersebab. Sebabnya supaya laksanakan tanggungjawab sebagai Khalifah di bumi ini. Semua itu untuk persediaan dan bekalan sebelum tutup mata selamanya.

Mengimbas kembali semasa zaman Rasulullah saw arahkan para sahabat mengembara ke serata bumi dengan tujuan sebarkan ajaran Islam. Masa tu mana ada kapal terbang atau kenderaan beroda. Cuma ada binatang kaki dua sebagai tunggangan untuk jarak beribu batu. 

Masa tu juga mana ada RnR untuk singgah berehat dan bersolat. Cuma ada kawasan lapang yang kering kontang. Pokok pun takde untuk berteduh. Lantai pula dari pasir dan batu. Panas pulak tu. Bila mengenang kepayahan yang dihadapi oleh para sahabat, kita patut bersyukur dengan nikmat yang Allah telah beri kepada kita hari ini.

Masa zaman Nabi saw sudah ada Piramid di Mesir, Petra dan Laut Mati di Jordan tetapi bukan tempat untuk  jalan-jalan ambik gambar atau selfie. Tetapi sebagai tempat untuk ambil iktibar. Tempat-tempat ini ada diceritakan dalam AlQuran. Di bina oleh umat yang ingkar perintah Allah swt dan Rasul yang akhirnya dibinasakan dengan bencana alam seperti ribut, air laut dan gempa bumi.

Kita hari ini patut bersyukur. Islam yang kita dapat hasil dari pengorbanan Nabi saw dan sahabat. Oleh itu sebagai seorang Muslim jangan sia-siakan nikmat Islam yang Allah dah bagi kat kita. 

Memang kita belum ada kekuatan untuk berdakwah seperti para sahabat, tetapi sekurang-kurangnya bila kita ke mana-mana terutama ke negara bukan islam tunjukkan akhlak Islam yang baik. Barulah mereka faham Islam bukan pengganas. 

Pernah semasa dalam perjalanan di highway Jerman kami singgah di RnR untuk solat dekat parking disebelah kereta kami. Kemudian kami telah ditanya oleh seorang Mat Saleh apa kami buat? Kami beritahu "we're praying".   



Bersyukurlah, hari ini Allah kurniakan sedikit rezeki untuk membolehkan kita mengembara. Oleh itu jagalah adab sebagai seorang Islam dan paling penting jaga solat. Kemana kita pergi dalam dunia ini semua Allah yang punya termasuklah semasa berada di awangan dalam kapal terbang. Satu hari nanti tempat-tempat yang pernah kita singgah akan jadi saksi semasa akhirat nanti. Wallahu'alam...

Sekian sedikit peringatan untuk diri sendiri dan semua yang baca blog ini.... :)

Sambung cerita Hari ke-6.

Besigheim sebuah bandar kecil di Selatan Jerman. Jarak 268km dari Munich tapi tak jauh dari Stuggart iaitu kira-kira 30km. Kawe pon tak sure macamana boleh terbooking.com kat bandar tu. Kawe ingat masa nak booking.com, kriteria pertama ialah apartment hotel yang boleh muat 4 orang, ada tempat masak  dan rating score point mesti lebih dari > 9. Walaupun semalam ada isu masa nak check-in tapi anggap je itu semua dugaan. 

Lain-lain pasal Besigheim, kat sana banyak bangunan lama dan di kawasan kami tinggal ada sungai. Di sungai itu sempat kami bergambar sebelum meneruskan perjalanan ke bandar Stuttgart iaitu ke stesyen keretapi. Selepas itu ke muzium Porshe dan seterusnya ke Manheim. 

On the way ke Manheim iaitu di Sinsheim terdapat muzim automatif terbesar di Eropah tapi kami tak sempat nak singgah sebab kesuntukan masa. Dengar khabar dalam muzium tu macam-macam ada termasuklah original kapal terbang Concorde. Terasa rugi pulak tak singgah sebab kawe ni peminat kapal terbang dan kereta.

Oklah, cerita panjang-panjang nanti bosan, layan je gambar-gambar kat bawah sepanjang perjalanan kami di Hari ke-6....


Bersiap-siap sebelum check-out..
Masukkan barang dulu dalam kereta, lepas tu baru pigi jalan-jalan...
Woi! cepat sket!
Tengok bendera macam kat Italy... tapi sebenarnya dekat Jerman..
Jalan kaki menuju ke sungai...
Kaki sapa lah di tepi sungai... besar pulak tuu..
Meet Mr Adolf kat tepi sungai... Mr Adolf orang kampung sini...
Asree tengah cuba nak faham apa Mr Adolf cakap... mungkin dia cakap pasal cucu dia Mario Gotze...
ada juga mat saleh lebih kurang tinggi aku...
Unik bentuk bangunan-bangunan di sini..
Di depan kedai gunting... tapi tutup..
Ini di kawasan Railway Station Stuttgart... pusing-pusing nak cari kedai sourvenir tapi tak jumpa...
bergambar depan van & kereta Polizei.... 2-2 Merc tuu...

Dari Besigheim ke Stuttgart Rail Station plan nak cari kedai jual sourvenir tapi pusing-pusing tak jumpa. At last bergambar dengan kereta polis mercedes. Next destinasi ialah Museum Porshe. Di Museum Porshe dapat lihat kereta Porshe dari generasi pertama hingga yang terbaru. Dari kereta biasa hingga kereta racing. Dapatlah bawak balik sebijik kereta Porshe tapi saiz kici punya.

This is Porshe at Stuttgart.... Stuttgart ni bandar kembar Segamat...
Pening! mana satu nak bawak balik...
Boleh buat profile FB nih...
Udah jam 1.07 pm....
Model Porshe dulu-dulu...
Model Porshe kini-kini...



Asree tengah test drive bergambar...
Nak bawak balik yang ini tapi beg tak muat pulak...
Lebih kurang 2 jam habiskan masa di Muzium Porshe, destinasi seterusnya ke Masjid Yavuz Selim di Manheim. Kira-kira 124km dari sini. Di Mannheim juga ada muzium iaitu Technoseum. Muzium berkenaan teknologi. Tapi kami tak singgah. 

Selain itu berdekatan dengan masjid terdapat The Wasserturm Garden iaitu tower air yang dikelilingi landskap yang menarik. Di kawasan berhampiran masjid juga terdapat kawasan mini Istanbul dan restoren-restoren halal. Di kawasan situ buat kali pertama di Eropah lunch kat restoren. Kami lunch di restoren menu Turki. Juga tapau roti untuk bekalan.

Masjid Yavuz Sultan Selim

Reka bentuk dalaman macam masjid kat Turki..
Sedikit info berkenaan Masjid Yavuz Sultan Selim di Mannheim merupakan masjid terbesar di Jerman. Di buka pada tahun 1995 dan dikunjungi sehingga 3000 orang pada hujung minggu. Reka bentuk dalaman seperti masjid di Turki. Tak heran sebab memang orang Turki yang membina dan menguruskan masjid ini. Berhampiran kawasan masjid terdapat kawasan mini Istanbul dan banyak terdapat restoren dan kedai menjual makanan halal.

Di restoren ini kami lunch... Makanan Turki
Roti sapu daging makan dengan salad perah limau.... sedap gak.... harga 2x tambah dalam 30 Euro utk 4 orang... Ayran tu yogurt asal daru Turki...
Lorong-lorong di Mannheim menuju ke Water Tower...
Instabul is here... Ramai orang keturunan Turki di sini...

Me and The Wasserturm - Water Tower

Ada kereta Polizei di situ...

Nice!

Mini Istanbul...
Team Bola Mannheim
GST at Mini Istanbul..
Route hari ini... bermula di Besigheim, tamat di Worms.
Setelah selesai berjalan-jalan dan bergambar di sekitar Mannheim, destinati seterusnya ialah check-in hotel di daerah Worms kira-kira jarak 22km. Kami pun tak pasti di mana lokasi Worms. Ikut GPS je. 

Semasa dalam perjalanan dari Mannheim melalui kawasan kilang-kilang yang pada mulanya risau juga sebab jalanraya sunyi semacam. Langsung tiada kereta. Macam bandar dalam cerita I'am Legend. Baru teringat, hari Isnin masih lagi cuti umum sebab tu takda kereta lalu lalang. Agaknya orang sini kalau hari cuti-cuti Jerman memey dok rumah agaknya.

Selepas melalui kawasan kilang seterusnya melalui kawasan perumahan dan kemudian lalu kawasan ladang. Mula-mula macam tak percaya betul ke GPS nih? Finally, berhampiran kawasan ladang ada kawasan perumahan dan disitu hotel kami yang check-in.. Alhamdulillah...


Hotel di Worms - Heppenheimer Hof


Besar bilik air..

Bilik aku & Asree
Sudut lain...
Hotel hall


2 Fakta tentang Stuttgart.

1. Sebuah bandar perusahaan kereta seperti Mercedes dan Porshe. Juga terdapat muzium di situ.
2. Di Stuttgart juga terdapat Stadium yang diberi nama Mercedes-Benz Arena Stuttgart iaitu home stadium untuk team bola VfB Stuttgart. Malangnya kami terlupa nak singgah ke stadium itu.

2 Fakta tentang Mannheim.

1. Penduduk minoriti paling ramai ialah orang Turki.
2. Di Mannheim juga ada team bole iaitu FC Turkspor Manheim. Kemungkinan team ni pemainnya dari keturunan bangsa Turki sebab nama team itu ada Turkspor. Tak pasti samada Ozil, Khadira atau Emre Can berasal dari Mannheim.

Route Hari ini : Besigheim - Stuttgart Railway Station - Museum Porshe - Mannheim(Masjid Sultan Yavuz Selim) - Worms(Hotel) > 200km++


Bersambung Hari ke-7,

Post terdahulu,
Persiapan/Hari 1
Hari ke-2
Hari ke-3
- Hari ke-4
- Hari ke-5

No comments: