Assalamualaikum wbt,
Apa khabar semua? sihat? Alhamdulillah.. kepada yang tak berapa sihat saya doakan semoga cepat sembuh dan kembali sihat walafiat.. Aamiin..
Fuh! dah 2 tahun lebih blog ni sunyi tanpa post terbaru. Sepatutnya lepas balik Swiss pada Oktober 2022 nak terus share kat blog tapi mood nak menaip tu tak datang. Kata orang putih, idea block. Mungkin sebab lama tak post, jadi lambat sikit mood bercerita tu nak datang.
Apapun, hari ni aku paksa diri aku menaip dan bercerita dan hasilnya apa yang korang tengah baca sekarang. Harap terubatlah rindu kepada korang yang merindui posting dalam blog ni.. ada ke?..hehe..
InshaaAllah, bila dah start menaip mood ni akan slowly kembali macam dulu. Banyak nak cerita ni.. Aku start dengan Bandung dulu dan kemudian Swiss... Robbi Yasir...
Kenapa 1st post pasal Bandung? Bukan Swiss?
Sebab Swiss akan banyak siri dan ada kisah Dubai dan Abu Dhabi sekali. Bandung ni aku akan cuba buat 1 post tapi kalau panjang sangat aku akan bahagi kepada part 1 and part 2. Sabar ya. Lepas ni setiap 1 atau 2 minggu akan ada port terbaru. Tapi itu bergantung kepada tahap kesibukan aku dan aku akan cuba pastikan dalam sebulan mesti paling kurang ada 1 post baru.
Travel ke Bandung
Idea ke Bandung ni tercetus bila plan nak bawa family ke Sabah tak jadi sebab wife aku baru je pegi Sabah dengan trip company dia. Jadi fikir punya fikir akhirnya pilih Bandung.
Anak aku, Insyirah bila cakap nak bawa dia ke Bandung dia suka sebab lama dah tak makan Konro Bakar dan Es Pisang Ejo. Wife aku pulak asalkan pegi oversea dia ok je walhal dia mengharapkan aku bawak dia ke Istanbul sebab tak jadi bawak dia pegi Swiss.. haha..
Bandung adalah bandar yang paling banyak kali aku pergi. Sejak 2006, sudah 12 kali aku datang Bandung dan aku takkan pernah jemu untuk datang lagi ke Bandung. Antara sebab aku suka pegi Bandung ialah makanannya, suasananya, suhunya, pemandangannya dan juga keramahan orang-orangnya. Lagi satu aku dah ada kawan dan juga tour guide iaitu Amir. Sesape kalau nak ke Bandung boleh contact Amir +62 813 95062545. Highly recommended.
Flight
Selepas pandemik airport Bandung masih ditutup untuk laluan antarabangsa. Cuma domestik je ada. Jadi aku kena naik flight ke Jakarta. Sekarang ni pilihan flight ke Jakarta masih tak banyak macam dulu dan harga agak mahal.
Finally aku pilih naik MAS, KLIA - Jakarta selepas bandingkan dengan Air Asia harga lebih sikit je dan semua all in seperti luggage dan makan. Dari Jakarta cuma kena arrange transport untuk ke Bandung dan semua tu aku dah arrange dengan Amir +62 813 95062545.
Hotel
Untuk hotel kat Bandung aku book kat Moritz Smart Bandung. Harga untuk 5 hari 4 malam = RM1346 = RM336.50 untuk 2 bilik. Hotel ni Amir yang cadangkan, so aku follow je. Masalah hotel ni takda family room yang boleh muat 3-4 orang. Jadi kena amik 2 bilik.
Tour Guide
Jalan-jalan ke negara macam Indonesia boleh je nak DIY. Tapi aku lebih prefer guna tour guide untuk memudahkan ke sana ke mari dan kosnya tak mahal sangat dalam rm150-rm250 sehari bergantung kepada jarak tempat nak pergi.
Pengalaman aku DIY masa 1st time datang Bandung sebab masa tu belum kenal Amir. Masa tu aku pegi bertiga dengan rakan sekerja Celcom. Salah seorang pernah kena hantar keje kat Bandung dan ada kenal sorang dua masa kat sana. Kawan kat Bandung tu advice suruh amik Hotel dekat area Jalan Riau. Kata kawan tu kat Jalan Riau banyak kedai Factory Outlet yang jual baju, seluar, beg, kasut, sourvenir dan lain-lain. Tiap-tiap hari aku dan kawan-kawan ronda jalan tu. Pagi, keluar hotel berlenggang dan bila balik penuh tangan kiri kanan bawak hasil shopping.. hehe..
Balik cerita kawan kat Bandung tu cuma dapat entertain kitorang masa malam last je. Masa tu baru kitorang tau Bandung ni besar, luas dan banyak tempat untuk shopping, makan dan tengok pemandangan. So dari 1st time datang, 2 tahun kemudian aku datang lagi dan masa tu baru kenal Amir. Dapat contact Amir pun melalui sorang kawan yang pernah guna khidmat Amir.
So kalau korang nak datang Bandung dan bandar-bandar lain kat Indonesia boleh contact Amir +62 813 95062545. Di jamin puas hati dan boleh jadi kawan.
Day 1 - Ahad, 4/12/2022
Pukul 6.30 pagi aku dah gerak ke KLIA. Flight pukul 1.25 petang. Jadi aku target tiba di KLIA sebelum pukul 11 pagi.
Untuk parking aku decide nak park kat KLIA block A. Sebab kat situ ada discount untuk hari ke-3 dan seterusnya. Kiraannya macam ni,
Day 1 - rm46, Day 2 - 46, Day 3 - rm 20 dan seterusnya.. untuk 5 hari = rm178.
Sebelum ni aku selalu parking kat Putrajaya Sentral sebab lebih murah tapi untuk travel 5 hari ni aku pilih untuk parking kat KLIA je. Mahal sikit tapi yang penting tak terkejo masa sebab parking tu dalam KLIA.
Alhamdulillah, perjalanan dari JB ke KLIA berjalan lancar dan aku tiba agak awal dalam pukul 10.20 pagi. Terus ke parking di block A dan masuk ke tingkat Departure Hall dan sementara tunggu counter check-in bag buka pegi sarapan dulu.
Pukul 11.30 baru boleh check in beg dan seterusya boarding. Dari Main Terminal ke departure hall biasanya naik train, tapi kali ni kena naik bas. Aku pun tak pasti sebab musabab perkhidmatan train takde. Mungkin sebab rosak atau diselenggara. Cer google...
1.25 petang - flight berlepas mengikut jadual. Perjalanan tenang dan sesekali kena turbulance. 1/2 jam lepas takeoff dapat makanan. Oh! lupa nak habaq jenis flight aku naik ni Airbus 330-200. Flight saiz besar yang biasanya untuk perjalanan jauh lebih 3 jam. Pada aku mungkin sebab demand tinggi dan bergabung dengan airline lain yang transit di KLIA untuk Jakarta sebab tu MAS guna flight saiz besar ni yang boleh muat dekat 300 penunmpang. Memey flight ni penuh dan aku satu family dapat seat paling belakang sekali Row 54.
![]() |
dok last row Airbus 330-200 |
![]() |
Configuration seat utk last row 2-3-2... yang depan 2-4-2 |
2.40 petang(3.40 ptg waktu Malaysia) - Kami selamat di airport Jakarta. Masa keluar ke bangunan terminal baru perasan ini bukan terminal arrival yang dah 6-7 kali aku pernah sampai. Nampak macam baru terminal ni cuma bila berjalan menuju ke imigresen rasa macam jauh. Kemudian dapat tahu ini terminal 3 yang baru buka selepas zaman covid. Oooo... ok
Sejam gak nak setelkan urusan imigresen dan ambil beg. Kemudian contact Amir dan dia bagi tau Roni akan ambil aku dan family kat airport dan Amir tunggu kat hotel di Bandung.
Perjalanan dari Jakarta ke Bandung akan ambil masa dalam 3 jam kalau tak jem. Keluar dari airport perjalanan lancar dan ada jalan baru persis MRR2 atau EDL iaitu double decker motorway. Double decker highway itu dinamakan Sheikh Mohammed bin Zayed Skyway, sempena menghormati pemerintah Abu Dhabi, UAE yang punya hubungan baik dengan presiden Indonesia Joko Widodo.
Sheikh Mohammed bin Zayed Skyway, tengah dalam pembinaan masa aku datang Bandung pada 2019. Jarak Skyway ni ialah 36.84 km. Skyway ni tujuannya untuk kurangkan kesesakkan highway yang sedia ada yang melintasi bandar Jakarta. Detail pasal skyway ni boleh baca kat sini, https://en.wikipedia.org/wiki/Sheikh_Mohammed_bin_Zayed_Skyway
Memang lancar perjalanan Skyway ni cuma bila tiba dipenghujung dan bersambung ke highway asal jalan kembali sesak kerana banyak kenderaan.
![]() |
Highway Jakarta-Bandung |
![]() |
Sheikh Mohamed Bin Zayed Skyway |
Lebih kurang pukul 6 lebih(waktu Indonesia lambat sejam dari Malaysia), kami singgah di RnR km 57 untuk solat jamak Maghrib dan Isyak. RnR ni aku pernah singgah dulu masa datang Bandung 2019. Masa tu tengah malam. Singgah sebab sangkut jem dan lapar sebab belum dinner.
Kelihatan di RnR di situ boleh tahan ramai orang dengan tujuan masing-masing samada nak singgah ke toilet, makan minum atau solat. Masjid kat situ agak besar juga dan cantik design luar dan dalam.
![]() |
Masjid At Taubah @ RnR km57 |
Lepas solat kami makan kat cafe yang ada kat RnR km57. Macam-macam makanan tradional indonesia ada dan aku pekena bakso kat situ.
![]() |
Macam-macam jenis Bakso ada.. |
![]() |
ni Bakso kentang telur |
![]() |
Roti O. Nak minum Latte takde plak.. huhu.. |
![]() |
Minum kopi ni.. dorang cakap Kopi Kenangan ni popular kat Jakarta & Bandung... |
Dekat sejam singgah solat dan makan, perjalanan ke Bandung diteruskan. Masa masuk ke highway kelihatan laluan ke arah Jakarta jem giler. Sebabnya hari ni hari Ahad dan kebanyakkan orang Jakarta pada hujung minggu akan ke Bandung dan pulang semula pada hari Ahad. Sebab tu jalan jem. Pada aku memang patut kena upgrade higway Bandung-Jakarta jadi 4-5 lorong. High Speed Train dah ada tapi bulan March nanti baru boleh guna. Sepanjang perjalanan berbual dengan Roni sampai aku terlelap..
Jakarta to Bandung, 176km |
9.30 malam - Roni kejut.. "Bang Azhar sudah sampai hotel.." Oh! Sampai dah? nyenyak betul aku tidur, celik mata dah sampai depan hotel. Kat lobi hotel aku nampak Amir dan family tengah tunggu. Rasanya dalam sejam gak tertidur. Mungkin penangan makan pil selsesa masa kat KLIA tadi.
Alhamdulillah.. dapat jumpa lagi Amir dan family dia. Anak sulong dia sama nama dengan anak aku Insyirah dah besar. Manakala anak ke-2 umur dah 5 tahun. Amir dan family pernah berkunjung ke rumah aku pada 2015. Masa tu anak dia baru sorang. Pada aku, Amir bukan setakat tour guide juga sahabat. Sementelah dia dan aku sama-sama Fan Liverpool. Pejam celik dan 15 tahun kami bersahabat.
![]() |
my bilik @ Moritz Smart Bandung |
![]() |
Waktu solat @ Bandung.. Subuh 4 am bersamaan 5 am kat Johor Bahru |
Day 2 - Isnin, 5/12/2022
Jalan-jalan Bandung ni aku takda plan itinerary. Aku cuma cakap kat Amir nak explore tempat tak pernah pergi. Kemana Amir cadangkan aku follow je.
8.30 am - Selepas sarapan, Amir datang ambil kat hotel. Tempat pertama dituju ialah Pesantren Emaki Al-Masoem.
![]() |
ok gak sarapan kat hotel ni.. |
![]() |
Aku dan Amir |
Pesantren Emaki Al-Masoem.
Terletak di Lembang. Sejam perjalanan dari hotel. Bayaran masuk dikenakan untuk seorang ialah Rp15k(rm5) dan untuk kenderaan Rp10k(rm3).
Pesantren Al Masoem ni selain ada tempat wisata juga tempat pengajian untuk warga lanjut usia 50 tahun keatas. Dibina oleh keluarga Al Masoem(Yayasan) dan dibuka kepada umum pada Aug 2020. Selain ada tempat wisata juga ada chalet untuk bermalam dan tempat olahraga seperti Memanah. Menarik gak tempat ni dan kalau ke Bandung boleh cuba datang tempat ni.
![]() |
antara chalet yang boleh di sewa |
![]() |
Gazebo kat kolam |
![]() |
Tempat Memanah |
![]() |
Surau Al Masoem |
![]() |
atas siling ada ukiran Surah At-Taubah |
![]() |
bertemu ibu-ibu yang belajar agama di Pesantren |
![]() |
tenang belajar agama kat sini.. |
![]() |
Peta kawasan Pesantren |
![]() |
Package belajar agama untuk warga emas |
![]() |
Chest dia pun muka macam Sang Nila Utama... |
![]() |
disediakan juga mushola untuk solat.. |
![]() |
masa ni tengah tunggu makanan sampai tiba-tiba awan lalu maka jadilah kabus di tengahari |
![]() |
wife aku siap turun bawah nak rakam moment berada di dalam awan |
![]() |
ok makanan dah sampai.. nasi liwet dan ikan gurame bakar... nasi liwet tu memey sedap.. |
![]() |
restoren di dalam ladang teh |
![]() |
zoom out sikit... kabus masih di situ.. |
![]() |
kat sini juga landscap dia sangat cantik.. kat Cameron ada mcm ni tak? |
![]() |
Aku.. berlatar belakang ladang teh |
![]() |
Kidang Nyaring |
![]() |
harga dalam rm6-7 secawan |
![]() |
Sejuk-sejuk pekena kopi brew memey sodap |
Murah-murah.. |
![]() |
![]() |
Iga Bakar ni boleh makan dengan nasi |
![]() |
Full House |
![]() |
Insyirah bila dapat makanan... |
8 comments:
Assalamualaikum nak tanya, kalau ke Bandung ni berapa hari ye kalau nak rasa puas pegi sana?
Wassalam.. untuk saya minimum 4 hari 3 malam.. dan ekceli saya dh pegi Bandung 13x sejak 2006 dan still nak datang lagi..
Sy ingin tanya skrg ni sudah tiada airport bandung ya? Sy plan untuk pergi buln 10 nant
Hi Anonimous,
Airport Bandung ada tapi kat Kertajati International Airport.. airport ni jauh sket dalam sejam perjalanan dari bandar Bandung..
Better ke Airport kat Jakarta boleh naik Panoramic Train atau Speed train..
TQ
Amir ni still available ke????…..plan gi Sept ni cuti skul
ada, just whatsup je.. nanti dia reply
Hi Anonymous,
Boleh wasap no ni Amir +62 813 95062545..
Post a Comment