Sunday 29 March 2020

Abu Dhabi & Dubai, kami datang lagi, 9-17 Dec 2019 ~ Hari 5

Assalamualaikum wbt,

Hari 5 ~ 13 Disember 2019

Last day in Dubai.

Pagi-pagi kami dah bersiap nak check out. Rudy janji nak datang ambil kat depan apartment pukul 9.30 am. Dia cakap nak ambil kami awal sebab hari ni hari Jumaat dan petang karang ada plan dengan geng-geng yang dok Abu Dhabi nak Picnic kat padang pasir. So kene pastikan kami dah siap-siap ada kat bawah sebelum Rudy sampai.

Sunset...
posing sebelum check out
Selamat tinggal kitchen
till we visit again...

lobby apartment
Taxi stand betul-betul kat depan apartment.. yang panjang tu Walkaway dari Metro Station ke Dubai Mall
Metro Station Burj Khalifa/Dubai Mall
Dream In Apartment 48 Burj Gate

5 minit sebelum Rudy sampai..

Last Exit Auh Bound

Last Exit ialah sebuah kawasan RnR. 

Ni aku kongsi apa kata Pak Wikipedia tentang Last Exit Auh Bound.

Terletak di Jalan Sheikh Zayed, berhampiran Interchange 11 ke arah Abu Dhabi, Exit Terakhir ini menyajikan segala-galanya dari burger ke sandwic, hidangan Thai hingga mini pancake dan karak. Anda memilih sama ada ingin memandu melalui kawasan ajaib ini, atau menjamu selera dan melayan kegilaan.


Last Exit ni kalau korang pernah layan movie Mad Max lebih kurang gitulah konsep RnR ni. Memey unik. Macam set movie pon ada. Siap ada lori dengan tayar besar gedabak. 

Lain-lain korang tengok je gambar.



ni petrol station...






Bapak besar lori ni..





Toilet dia pun unik. Rudy suruh aku bukak paip tengok keluar tak air. Sebenar ada cara nak bukak.. Caranya kene pijak padel bawah jengkaut barulah air akan keluar....


toilet lelaki... cer baca apa dia tulia...

kene pijak padel bawah tu baru air keluar

Lampu dari topeng gas..


toilet





kapak jadi pemegang pintu
benda pusing atas tower macam pernah tengok cete koboi amereka..





Food Trunk

Bai bai Last Exit... next destinasi rumah Rudy..






Kalau lalu highway samada ke Abu Dhabi atau Dubai wajib singgah Last Exit. Bukan saje sebab konsep RnR yang unik juga merupakan tempat tarikan pelancong di highway Dubai-Abu Dhabi.

Rumah Rudy

Syirah dan kucing Rudy

Masa Hari pertama aku ada cerita pasal tiket flight balik yang tak confirm lagi dapat. So, jawapannya memey harapan tipis nak dapat samada ke KLIA atau Singapore. Rudy bagi tau tarikh aku nak balik semua seat flight Etihad sudah hampir penuh dan yang dalam senarai menunggu pun ramai. 

Lepas bincang punya bincang tarikh balik yang sepatutnya pada 15 Dec tapi anjak ke 16 Dec. Pada tarikh 16 Dec juga Rudy dan wife dia nak balik Malaysia seminggu. So memey dia ajak balik sama-sama. Tarikh tu juga kawan Rudy ada sorang kawan dia, Faizal pun nak balik Malaysia kerana nak hantar family dia back for good. 

Dalam beberapa destinasi yang Rudy cadangkan akhirnya pilih  ke Hong Kong.

Kenapa Hong Kong? kerana situasi Hong Kong sekarang tengah huru-huru dengan rusuhan dan demontrasi. Jadi pelancong kurang ke sana. Bila pelancong kurang maka banyak seat kosong.

Untuk flight ke Hong Kong bookkan seat bisnes dan incase kalau penuh Etihad akan transfer ke ekonomi. Cuma dari Hong Kong pula aku kene beli tiket flight lain untuk balik ke Malaysia. Oleh kerana Rudy dan Faizal adalah staff Etihad maka dorang akan dapat diskaun price kalau naik MAS. Cuma aku dan family je tak dapat. So, takde diskaun.

Itulah bila travel waktu tengah peak memey kena bersedia dengan segala kemungkinan. Bak kata Rudy, "You have to pay for the cheap price" 

Untuk tiket flight MAS dari Hong Kong ke KLIA aku kena bayar RM1144 untuk seorang. Ini hage sehala tau... itulah, dalam dapat hage murah tetap ada masa kena bayar mahal.. huhu...

Tiket flight Hong Kong - KLIA



Ok, tiket flight balik dah setel. Mudah-mudahan dipermudahkan dan dapat balik Malaysia dengan selamat. 

Solat Jumaat time..
Masjid ni tak jauh dari rumah Rudy... pernah solat sini dulu... 
Ada pencawang telco kat sebelah masjid




Winter Picnic at Al Wathba Desert

Selepas Solat Jumaat terus bersiap nak pegi picnic kat padang pasir Al Wathba yang terletak kira-kira 45km dari rumah Rudy.

Sebelum ni cuma dapat tengok Rudy update kat FB atau Instagram dia pegi Desert Picnic. Kali ni aku dapat join sekali. Alhamdulillah.. Kawan-kawan dia yang join kebanyakkannya pilot Etihad. Ada juga keje kat kedutaan, bank dan juga Oil & Gas. 

Picnic kat padang pasir ini Rudy akan plan masa musim winter je iaitu dari bulan December hingga March. Selain dari musim winter cuaca sangat panas dan tak sesuai untuk picnic sebab nak pijak pasir pon panas..


Sebelum masuk ke kawasan padang pasir singgah RnR yang ada trek basikal 30km sekali pusing.

Jalan masuk ke padang pasir kat depan pencawang tu..
check lokasi tempat nak picnic..



macam tak berapa best kat sini... tuko tempat lain..
at last pilih sini..
Ciri-ciri wajib tempat nak picnic kata Rudy, mesti ada bukit untuk budak-budak main sand boarding. Selepas survey 2-3 tempat akhirnya pilih tempat yang Rudy pernah picnic dulu. Bila dah confirm tempat yang sesuai baru keluarkan segela kerusi, meja, kayu bakar, cangkul dan paling penting makanan juga minuman.  

Picnic hari ni ada 9 keluarga join. Kata Rudy sebelum ni pernah lagi ramai lebih 15 keluarga. Sekarang ni makin kurang sebab ada yang dah hantar keluarga balik ke Malaysia dan ada juga yang dah resign kerja kat Abu Dhabi. 


Pizza pon ada.. yum..yum..
Nasi Arab Abu Dhabi..






Solat Asar..
Korek pasir untuk buat unggun api..
Tunggu nak gelap baru bako..

pasang lampu tap kat bateri keta untuk malam nanti..

Keluar sat pegi RnR sebab ada yang berhajat..
Sunset.. view kat RnR




Best gak dapat join winter picnic dengan kawan-kawan Rudy. Selain dapat layan sunset view di padang pasir juga dapat kenal-kenal, bebual-bebual dengan kawan Rudy yang kebanyakannya pilot. 

Untuk geng-geng Rudy sambil picnic sambil dapat merapatkan silaturrohim sesama mereka yang dok jauh diperantauan. Inilah saudara paling dekat yang boleh saling membantu jika diperlukan.





Full Moon 19 Jamadil Akhir 1441H
Hari dah semakin gelap dan suhu malam dah mula sejuk banding siang tadi. Selepas solat maghrib, kami ramai-ramai dok keliling unggun api sambil makan kuaci. Budak-budak pulak makan marsmallow panggang..

Lebih kurang pukul 8 lebih kami mula berkemas untuk balik. Rasa macam tak puas pulak picnic. Seronok sangat picnic sampai tak sedar cepat betul masa berlalu. 

Sebelum balik kena kemas barang-barang dan bersihkan kawasan sekitar. Sampah-sampah tak boleh tinggal kena angkut bawak balik dan buang di tempat yang dibenarkan.


Sekian kisah travelog Hari ke-5, InshaaAllah kisah Hari ke-6 pada post akan datang... 

Travelog terdahulu,