Wednesday 18 March 2020

Abu Dhabi & Dubai, kami datang lagi, 9-17 Dec 2019 ~ Hari 3

Assalamualaikum wbt.

Hari 3 ~ 11 Disember 2019

Hari ke-3 baru dapat jumpa Rudy dan hari ini sampai 23 Dis dia cuti. Asalnya memang aku nak datang Abu Dhabi masa dia cuti tapi disebabkan susah nak dapat tiket flight masa dia tengah cuti jadi aku awalkan 2 hari. Cuma time balik nanti belum confirm ada tiket ke tak sebab start 12 Dis adalah winter break bagi sekolah-sekolah kat UAE. Jadi, orang-orang arab ramai akan pegi holiday dan flight keluar dari Abu Dhabi akan penuh. Nak tau aku dapat ke tak tiket balik kena tunggu hari ke 7 nanti.

So, untuk hari ini aku dah plan nak pegi Dubai dan stay kat sana 2 malam. Hotel dah siap book sebelum aku datang Abu Dhabi. Plan aku ni Rudy pun tak tau. Bukan apa tak nak susahkan dia layan aku sekeluarga. Dah lah dok rumah dia free pastu kena hantar sana sini tempat kami nak pegi. 

Untuk hari ini plan asal aku nak sewa kereta pegi Dubai dan beberapa tempat berdekatan Dubai. Tapi lepas bincang punya bincang dengan Rudy akhirnya tak jadi dan dia akan hantar aku sampai Dubai Park sebab hari ni plan nak layan anak aku Insyirah pegi theme park. 



murtabak rm 20++

Sebelum gerak ke Dubai, Rudy ajak sarapan dulu kat Mamak. Cafe Mamak ni aku pernah pegi dulu masa 1st time datang Abu Dhabi. Inilah antara tempat feveret orang Malaysia yang dok kat Abu Dhabi pegi kalau nak pekene roti canai, murtabak dan makanan-makanan Malaysia yang lain seperti Nasi Lemak lauk ayam atau sotong.

Kata Rudy, roti canai kat sini sedap. Yup, memey sedap dan garing. Bukan roti canai je, murtabak pun sodap. Mana tak sedap, sekali hidang dengan teh tarik cecah RM25-30 sekali makan. Mahal sebab bukan kat Malaysia dan lagi satu bahan-bahan masak ada yang kene import dari Malaysia. 


Dubai Park and Resort

Merupakan tempat pelancongan terbaru di Dubai. Dubai Park ni di buka pada 16 Disember 2016.  sama tarikh plak 16 Dis aku start keje Celcom tahun 1991.

Dalam park ni ada 3 theme park dan 1 water park.

Park-park itu ialah,
1. Motiongate Theme Park
2. Legoland
3. Bollywood Park
4. Riverland.

Nak tau lebih lanjut pasal park ni boleh klik link ni, https://www.dubaiparksandresorts.com

Untuk hari ini kami pilih nak masuk Motiongate je. Apa ada dalam themepark tu? Kena baca sampai habis..

Rudy dah bese bawak Boeng 777 & 787 auto pilot, drive keta pon sambil pejam mata.. hehe... ni masa otw to Dubai Park
Highway Abu Dhabi-Dubai speed limit 140kmj
Singgah tuang minyak sat.. seliter kalau tak silap mahal sket dari Malaysia.. dlm aed2.50-2.70 seliter

Kami tiba di Dubai Park awal gak dalam pukul 11 lebih. Orang tak berapa ramai. Mungkin belum cuti sekolah agaknya. Ok gak pegi time tak ramai orang boleh layan semua tanpa beratur panjang.

Tengah cari location locker nak simpan beg..

Oleh kerana kami siap bawak trolly beg sebab nak tido Dubai, sebelum masuk kene cari locker dulu untuk simpan beg tu. Cari punya cari akhirnya jumpa gak dekat dengan pintu masuk Motiongate. Boleh tahan mahal gak untuk sekali simpan. Tak ingat plak brape aed kene bayar. Dalam puluh-puluh gak.

Rudy hantar sampai gate Motiongate je lepas tu dia balik semula ke Abu Dhabi.






Motiongate Dubai

Motiongate Dubai adalah taman tema inspirasi Hollywood berdasarkan Animasi DreamWorks, Columbia Pictures, Lionsgate, dan The Smurfs.

Kalau ikutkan taman tema ni lebih sesuai untuk kanak-kanak tapi orang dewasa pun boleh layan gak sebab ada game-game dalam tu perlukan ibu bapa kena teman.

Aku pun masuk sebab nak teman anak aku yang dah lama tak pegi taman tema. Selalu pegi oversea tapi tak sempat nak masuk. Jadi kali ni ada masa bolehlah masuk. Bayaran masuk ialah aed275(RM300) seorang.





Bila sebut taman tema, game-game macam roller coaster, indoor ride, 3D show, live show dan lain-lain tu semua mesti ada. Bezanya cuma watak-watak yang dishowkan dan diinspirasikan.

Ni senarai permainan dan pertunjukan yang ada kat dalam Motiongate

Columbia Pictures
  • Zombieland Blast-off - a drop tower.
  • The Green Hornet: High Speed Chase - a Gerstlauer Bobsled roller coaster.
  • Hotel Transylvania - a trackless dark ride.
  • Underworld 4D - a 4D show. The following attraction contains depictions not suitable for children age 15 and under.
  • Ghostbusters: Battle For New York - a 3D interactive shooting dark ride.
  • Ghostbuster Block Party - a street show (no longer performed).
  • Flint's Imagination Lab - an indoor interactive attraction aimed to younger guests age 12 and younger.
  • Cloudy with a Chance of Meatballs: River Expedition - a river rapid-based water ride.

DreamWorks
  • Dragon Gliders - a powered inverted roller coaster created by Mack Rides.
  • Shrek's Merry Fairy Tale Journey - a trackless dark ride
  • Madagascar Mad Pursuit! - a launched Gerstlauer Infinity coaster.
  • Melman-Go-Around - a carousel.
  • Penguin Air - a Zamperla Magic Bike.
  • Swamp Celebration - a Disk'O.
  • Kung Fu Panda Academy
  • Mr. Ping's Noodle Fling - a teacup ride.
  • King Julien's Side Show Stomp - a live show.
  • Operation Penguin Shake
  • Fountain of Dreams
  • Kung Fu Panda: Unstoppable Awesomeness - a motion simulator.
  • The Swinging Viking - a pirate ship ride.
  • Camp Viking

The Smurfs' Village
  • Smurfberry Factory - a play area.
  • Smurf Village Express - a Gerstlauer junior roller coaster.
  • Smurfs Studio Tours - a traditional dark ride.
  • Woodland Play Park - an outdoor play area.
  • Smurfs Village Playhouse - a live, animated interactive show.

Lionsgate
  • Step Up Dubai, All In! - a live show.
  • Panem Aerial Tour - a motion simulator.
  • Capitol Bullet Train - a Mack Rides launched coaster.

Lengang... orang tak ramai lagi..




The Green Hornet

Roller Coaster ride. Aku biar wife dan anak aku naik. Aku kat luar amik gambo... hehe..
  






Ghostbusters

Indoor ride. Ni aku naik. Ride sambil tembak hantu buster. Seronok gak sebad ride dia slow... hehe...

 



Hotel Transylvania

Indoor ride gak. Jalan-jalan melawat hotel yang banyak misteri...
  


  









kelihatan gambar kami sefamily di situ...

Zombieland

Ni game drop tower. Aku biar wife & anak aku naik. Kenapa aku tak naik? Kalau aku naik sape nak snap gambar dan video? 




River Expedition

Naik ni tak basah tak sah... nasib aku tak naik... haha
  

  


The Smurfs Village

Selain dapat tengok rumah-rumah Smurfs juga ada indoor ride. Indoor ride ni aku naik.. hehe





  




Dreamworks

Segala tentang watak-watak kartun seperti Strek, Kungfu Panda dan lain-lain semua dalam bangunan ni.






besar gedabak rupanya si Shrek ni...



Makan time...


Dalam dreamworks ni ada tempat lunch, so kami lunch kat sini..
Kungfu Panda



The Swinging Viking


  


SHREK







with Puss in Boots iaitu Shrek sidekick..
Shrek kat dalam ni kecik sket sebab ada manusia kat dalam...


 Lionsgate

Kat sini ada beberapa bangunan seperti Hollywood Theatre, Hall of Justice dan juga ada Roller Coaster yang ekstrem tapi tutup plak.. frust Insyirah tak dapat naik..



Hollywood Theatre

belakang tu Capitol Bullet Train roller coaster tapi tutup plak..
Hall of Justice

Prayer Room

Sebelum balik singgah solat dulu. Prayer room ni ada dalam Motiongate dekat dengan pintu masuk
  
Besar dan selesa
Motiongate map
 




5 jam habiskan masa di Motiongate masih tak cukup nak cover semua permainan. Tapi apakan daya hari dah petang dan ada tempat lain lagi nak pegi malam nanti. Sebelum tu nak check in hotel dulu kat bandar Dubai dekat dengan Al Burj.


Dream Inn Apartments - 48 Burj Gate

Dari Motiongate nak ke hotel plan asal nak naik teksi ke Metro station terdekat, UAE Exhange. Tapi sebab kaki dah lengoh kami naik teksi direct terus sampai Dream In Apartments - 48 Burj Gate. Jarak lebih 45km dan aku dah agak tambangnya pastu lumayan. Memey lumayan tambangnya cecah aed103.


aed102.50...dekat rm115 tambang teksi dari Dubai Park ke pusat bandar Dubai.. 
nice view depan Dream in Apartmenet
view dari tingkap apartment.. Al Burj
Hotel apartment ni aku book melalui www.booking.com . Harga 1 malam dalam rm565. Aku book 2 malam. 

Jarak apartment ni dengan Dubai Mall dan Al Burj dalam 1km je. Dari tingkap hotel boleh nampak bahagian atas Al Burj sebab bahagian bawah terlindung bangunan di hadapan apartment. Dari apartment nak ke Dubai Mall dan AL Burj kena ke Burj Khalifa station dan lalu Walkway link iaitu jambatan indoor yang berhawa dingin.








pemandamgam Burj Khalifa dari tingkap apartment
  
Global Village

Dari hotel nak ke Global Village kami naik train sampai Emirates Mall Station. Kemudian naik teksi ke Global Village.

Oleh kerana ini 1st time kami naik metro train di Dubai ada kisah aku nak share. Tak tau lah kelakar ke tak cete ni. Al kisah, masa sampai kat line train ngam-ngam train sampai. Ada beberapa gerabak dah penuh lalu kami masuk ke gerabak yang tak berapa penuh. 

Masa dalam gerabak baru perasan gerabak yang aku naik tu dikhaskan untuk kaum wanita je. Aku dengan muka buat-buat tak bersalah terus beralih ke gerabak sebelah khas untuk lelaki. Nasib ada space kosong kat tengah antara gerabak dan aku berdiri kat situ sampai Emirates Mall Station.

Ada sorang budak arab kat depan aku cakap nasib aku beralih, kalau tak boleh kene denda.. huhu.. aku cakap kat dia ni 1st time naik metro kat Dubai, manalah aku tau ada gerabak khas untuk pompuan.. lepas dengar aku cakap budak tu buat sengih-sengih plak depan aku...

map ni route naik kereta.. kalau naik train kene stop kat Emirates Mall
teksi dari Emirates Mall ke Global Village
aed 15 sorang nak masuk Global Village

Ada apa kat Global Village?

Global Village terletak di Jalan Sheikh Mohammed Bin Zayed. Tempat ini menggabungkan budaya 90 negara di seluruh dunia di satu tempat. Tempat ni macam pasar malam besar ekslusif yang menjual pelbagai barang terutama makanan dari negara masing-masing. Dengonya bahan makanan pun dibawa dari negara masing-masing.

Tempat ni memey sesuai untuk jalan-jalan bersama keluarga sambil boleh jalan-jalan, makan-makan juga ada konsert. Tempat ini hanya di buka pada bulan Oktober hingga April sahaja, iaitu pada musim Autumn, Winter dan Spring. Bila dibuka memey sentiasa ramai tempat ni. 





Burj Khalifa pun ada kat sini..

Big Ben, Menara Pisa pun ada..












  



Mahal tapi tak berbaloi dengan harga..

Megi cup cecah aed15... 




Makan kat sini lagi berbaloi... portion besar dan sedap pulak tu..


Maraheb Restoren
Sebelah Maraheb..
Selepas makan sambung jalan-jalan lagi sampai ke gate nak keluar... Sambil jalan sambil singgah tempat-tempat yang belum singgah...



  



Syirah dan kawan korea..






Taj Mahal..

  


3 jam jalan-jalan kat sini kami sempat cover separuh je. Kalau cover semua macam dah melawat 90 negara dalam 1 malam. Kira oklah kami dah melawat 45 negara.. hehe..

Ok, sekian untuk perkongsian travelog kali ini. Agak panjang kali ini sebab banyak gambar-gambar hasil dari 4 tempat singgah sepanjang hari. Itu pun ada banyak gambar lagi tak share...


Travelog terdahulu,

2 comments:

Rekomendasi Tempat Wisata said...

Pengen uy, ke dubai juga

Kompasiana said...

Hayuk diliput di Kompas tv bersama kami

https://www.kompasiana.com/alkwarismiaryawirawan3454