Assalamualaikum wbt,
Mesti ada yang tanya apa kena mengena tajuk drama popular Korea 'Crash Landing on You' dengan post Switzerland?
Aha.. bagus soalan tu... jawapannya, memey ada kena-mengena dengan Trip Swiss kali ni. Kalau nak tau kena teruskan baca..
Idea pergi Swiss
Asalnya nak bawa family. Tapi atas sebab-sebab tak boleh elak kena tukar plan pegi dengan kawan-kawan aka BJF(Best Jiran Forever).
Sape kawan-kawan BJF tu?
Aku, Rudy dan Fendi. Kami bertiga ni dok setaman BDO(Bandar Dato' Onn) sejak 2010 hingga sekarang. Cuma Rudy je on off balik BDO sebab sejak 2014 dia keje kat Abu Dhabi. Dia selalu jugak ulang alik Abu Dhabi - BDO sebab keje bawak kapal terbang.
Kalau dia ada bawak flight ke Singapore atau ke KL dia singgah balik BDO. Kalau tak bawak flight, dia ambil cuti dan balik BDO. Bila-bila dia nak balik takde masalah sebab tiket flight untuk dia dan family dapat harga special. Kawan-kawan pun boleh dapat juga tapi yang terpilih je macam aku dan Fendi.. haha..

Sebenarnya idea nak pegi Swiss tercetus sejak Malaysia dah buka sempadan negara pada 2021. Tapi masa tu masih banyak proses kena hadap seperti kena ambik PCR test sebelum pegi dan sebelum balik.
Sangat mahal ya PCR test terutama kat negara macam Eropah. Sekali test cecah RM400-RM500. Jadi aku tangguhkan dulu niat nak travel sehingga benda-benda menyusahkan tu tak ada.
Hasil dari bincang punya bincang dalam grup wasap FAR Team, akhirnya pada bulan April 2022 kami confirmed akan pegi Swiss pada musim Autumn bulan 9 atau 10. Cuma tarikh je belum set sebab kena sesuaikan dengan cuti Rudy. Kami plan nak pergi dalam 8-9 hari dan hanya focus jalan-jalan dalam Swiss sahaja.
Switzerland bagi aku bukan 1st time datang. Rudy, dah macam kampung dia buat setahun 3-4 kali datang. Manakala Fendi, ini 1st time bagi dia.
Kisah 2 kali aku datang Swiss boleh baca kat link ni,
2015 - https://azhartravelog.blogspot.com/2015/06/15-hari-kembara-7-negara-eropah-dan-uk.html
2018 - https://azhartravelog.blogspot.com/2019/02/kembara-eropah-2018-france-italy-swiss.html
Persiapan
Tarikh ke Swiss dah confirmed pada 29 Sep hingga 10 Oct 2022. Naik flight Etihad dengan tiket harga kawan-kawan.
29 Sep - Singapore to Abu Dhabi. Tido 1 malam kat Abu Dhabi.
30 Sep/1 Oct - Fly ke Swiss
1-8 Oct - Jalan-Jalan Swiss
8 Oct - Balik ke Abu Dhabi dan tidur 1 malam.
9 Oct - Flight balk ke Singapore. Tiba pada 10 Okt 2022
Untuk trip ni, segala persiapan seperti booking homestay(AirBnB), kereta sewa dan tiket flight semua Rudy uruskan. Aku dan Fendi cuma prepare makanan apa kena bawak dan renew passport.
Iternari
Ini pun Rudy yang plan dan tempat-tempat nak pergi kebanyakan ada kaitan dengan lokasi yang ada dalam drama korea Crash Landing On You #CLOY. Itulah sebab kenapa aku letak tajuk drama korea tu dalam post aku kali ni.. sebab ada kaitan.. lagi satu bila produksi drama pilih lokasi shooting pasti tempat tu cantik. So, drama #CLOY cuma sebagai guide untuk kami pergi ke tempat itu.
Sebenarnya Rudy terlebih dulu dah pergi tempat-tempat menarik dalam drama #CLOY setahun sebelum kami pergi. Masa tu pergi dengan family dia. Kali ni dia nak repeat dengan geng bujang pulak. Sebab itu dia bagi ID & Password Nexflix suruh Aku dan Fendi khatamkan 16 episod drama korea tu. Tujuannya dia suruh tengok dalam drama tu ada tempat-tempat menarik yang kitorang akan ziarah masa pergi Swiss nanti. Lagi satu dia cakap drama korea tu best dan popular.
Aku cuma sempat layan 4 episod je.. manakala Fendi sempat khatam semua episod tapi lepas tu emosi pulak.. hahaha..
Khamis, 29 Sep 2022
Flight ke Abu Dhabi dari Singapore pada pukul 7.50 malam. Kami ambil transport dari BDO. Transport ni pun Rudy yang uruskan dengan kawan dia. Dari BDO ke Changi Airport normal charge ialah RM280. Kami dapat diskaun bayar RM250 je.. Dari rumah aku ke Changi Airport jarak dalam 50km je tapi boleh cecah 2-3 jam perjalanan kalau jem kat CIQ di JB dan Woodlands.
![]() |
Route dari BDO ke Changi Airport |
![]() |
Departure Hall Terminal 3 Changi Airport |
2 pm - Sepatutnya transport pickup kami kat rumah pukul 2.30 tapi pukul 2 dia dah datang. Dari JB ke Singapore perjalanan lancar dan tidak jem. Mungkin sebab weekday dan bukan peak hours. Dari JB cuma aku dan Fendi je. Rudy tunggu kat Abu Dhabi.
![]() |
Dalam transport on the way to Changi Airport, Singapore |
3.10 pm - Tiba di Changi airport. Sementara menunggu kaunter check-in bag bukak, kami jalan-jalan dulu sekitar airport. Suasana di Changi airport jika dibandingkan zaman sebelum pandermik tak seramai macam dulu. Mungkin dalam setahun dua kembali meriah agaknya. Bukan apa selagi tak ramai orang travel macam dulu maka tiket flight akan stay mahal.
5 pm - Setel check-in bag, urusan imigresen dan masuk ke terminal departure. Waktu dah masuk Asar tunaikan yang fardu dulu sebelum gerak ke Gate. Prayer room ada kat boarding hall.
![]() |
sejam sebelum masuk dalam flight ETIHAD |
7.50 pm - Masa dah time untuk Take Off...
![]() |
Abu Dhabi kami datang.. |
11 pm(waktu Malaysia 3 am) - Selamat mendarat di Airport Abu Dhabi. Rudy ambil di airport dan bawa kami ke rumah dia. Transit di Abu Dhabi lebih kurang 28 jam.
![]() |
Parking Pay Machine at Abu Dhabi Airport |
Jumaat, 30 Sep 2022
Waktu Abu Dhabi dengan Malaysia beza -4 jam. Malam tadi tidur pukul 1 pagi bersamaan waktu kat Malaysia pukul 5 pagi dah dekat nak Subuh.
Bila dah berada kat negara time zone berbeza kena sesuaikan diri cepat. Kalau tak nanti masalah jetlag dan badan jadi lesu sebab tak cukup tidur. Untuk malam pertama kat Abu Dhabi dapatlah tido dalam 3 jam. Cukuplah rehat untuk aktiviti jalan-jalan hari ini.
![]() |
Okura.. kucing Rudy |
Jalan-Jalan Dubai
![]() |
Mamak Abu Dhabi |
Selepas sarapan kat Mamak terus gerak ke Dubai. Jarak dari Abu Dhabi ke Dubai dalam 130km atau sejam lebh perjalanan.
Bagi aku ini kali ke-3 ke Dubai. Manakala Fendi 1st time, jadi hari ini layankan dia jalan-jalan ke tempat-tempat seperti,
Ibn Battuta Mall
![]() |
Depan mall |
![]() |
Decathlon ni dekat Egypt Court |
![]() |
Rekaan dalaman di Egypt Court |
Palm Jumeirah
Lokasi seterusnya ke pulau buatan manusia yang berbentuk pokok Palm. Kat sini bukan setakat ada kawasan perumahan golongan kayangan juga hotel-hotel bertaraf berbintang-bintang. Setakat golongan marhaen macam aku ni dapat tengok je. Kat sini level-level hartawan dan jutawan je mampu beli dan menetap.
![]() |
Palm Jumeirah view dalam Google Maps |
![]() |
wefie ni kat lengkuk paling luar dan paling hujung Palm |
![]() |
Nun sana tu Burj Al Arab |
![]() |
Aku... kali ke-3 bergambo kat sini... |
![]() |
FAR team di bangunan paling tinggi di dunia |
![]() |
Fendi dan Aquarium kat Dubai Mall |
![]() |
Restoren Nur Malaysia in Dubai |
![]() |
Mee hoon tomyam |
![]() |
Nasi Dagang |
![]() |
Rangkaian Restoren Nur Malaysia oleh GISB Holdings |
![]() |
Capt Ir and Capt Ru |
![]() |
Singgah solat sat.. |
![]() |
Mussola kat UAE saiz macam surau |
![]() |
Passport and boarding pass FAR team |
![]() |
dok sebelah Fendi.. |
![]() |
my dinner at 40k feet above the sea |
![]() |
Fendi dan dinner snack |
![]() |
Healing time |
![]() |
FAR team... aku, fendi dan Captain Rudy |
Sekian untuk post pengenalan FAR team and #CLOY in Switzerland. Dari JB ke Singapore fly ke Abu Dhabi, transit 28 jam, kemudian jalan-jalan Dubai dan seterusnya fly ke Zurich.
Bersambung kisah seterusnya... Day 1 in Swiss...
2 comments:
Next trip nk follow,🤣
kene booking mutawif dulu... haha
Post a Comment