Assalamualaikum..
Hari ke-2 ~ 12 April 2018
Hari ni plan jalan-jalan dalam bandar Cardiff je.
Cardiff ni taklah sefemes London, Liverpool atau Edinburgh. Namun tetap ada istimewa kat sini. Sebab tu kami nak mai.
Sebelum kawe explore pasal Cardiff nak cete dulu pasal UK.
UK terdiri dari 4 negara iaitu England, Wales, Scotland dan Ireland Utara. Antara 3 negara cuma Ireland Utara terpisah pulau. 4 negara dalam UK ialah negara berdaulat iaitu ditadbir oleh sistem parlimen dan raja berpelembagaan. Lebih kurang macam Malaysia.
Ada satu lagi negara Ireland yang sama pulau dengan Ireland Utara tapi tak termasuk dalam UK sebab negara tu Republik. Korang mesti tahu beza antara negara Republik dengan Sistem Raja? Kalau tak tahu sila google.
Apa beza UK dengan Britain?
Britain atau Great Britain ni tempat atau pulau untuk England, Wales dan Scotland. Britain ni kadang-kadang ada yang confuse Britain tu England dan England tu Britain. Dulu aku pun confuse. Tapi skang tak.
Kalau dah pegi 3 negara kat pulau Britain kenapa letak tajuk Kembara UK? Kenapa tak Kembara Britain?
Hmmmmmm.... banyak tanya pulak.... suka ati den lah nak letak tajuk apa... yang penting 3 negara yang kami nak kembara tu dalam UK... haha...

Ok balik semula ceta pasal Cardiff.
Ada apa kat Cardiff?
Macam-macam ada antaranya Cardiff Castle, Cardiff Bay, Stadium bola dan lain-lain. Tempat-tempat yang kawe sebut ni tak semua dapat pergi dan ada yang tersalah pegi. Nak tau mana dapat pegi dan salah pegi kene baca sampai habis...
Sebelum keluar kene sarap dulu. Makanan sarapan pagi ni disediakan Asri dan dibantu geng lain. Aku cuma makan je dan lepas makan basuh pinggan.

Sarapan untuk 4 orang |
Sarap nasi putih dengan rendang daging brahim serta kacang sambal... |
view dari guesthouse |
view dari tingkat 3 |
view dari bilik kawe |
On the way to Cardiff Castle... |
Cardiff Castle
Mesin bayo parking... bayo guna credit card pon bole |
3 pound(rm16.50) untuk sejam.... bapak mahal! |
Belakang tu tempat beli sourvenir... kat depan Cardiff Castle |
On the way cari parking dah ternampak Historical Wales betul-betul kat depan Cardiff Castle. Itu kedai sourvenir. Tempat wajib kena pegi lepas pegi Cardiff Castle.
Asri at depan pintu masuk Cardiff Castle... macam peter crouch plak.. |
Begambo dari sini je... nak masuk dalam lagi kene bayo 11.30 pound sorang... rm60++ bai... |
Kite begambo kat sini je lah... nak masuk dalam mahai pulak... |
Mula plan nak explore apa ada kat dalam Cardiff Castle tapi memandangkan kene bayo entrance fee yang agak mahal(11.30 pound=rm62) jadi kami tak jadi masuk. Cuma begambo kat area castle yang free boleh begambo. Lagipun parking cuma sejam takut tak sempat plak. Nak gi kedai sorvenir lagi.
depan Cardiff Castle |
sebelum masuk kedai selfie dulu |
3 ketol 10 pound = rm55... Fuh! |
2.99 pound seketol |
Ahmad tea pon ada jual kat kedai sourvenir ni... |
rembat selai untuk anak |
Asri sedang memilih fridge magnet |
Rupanya naga kat bendera wales ada macam-macam nama.. |
sourvenir naga tido... rm200 lebih bai hage dia.... |
Masa sejam yang kami peruntukan untuk jalan-jalan kat area Cardiff Castle memey tak cukup. Asyik tengok jam je. Shopping souvenir pon ala kadar janji ada. Bukan apa takut kene saman.
Selepas Cardiff Castle kami decide nak ke Stadium bolasepak team Cardiff lalu kami set GPS ke Millenium Stadium. Laaa dekat je dengan Cardiff Castle, 2-3 blok je dan dalam 1km lebih je dari tempat kami parking.
Tiba kat stadium terus cari parking yang terletak kat level bawah. Parking berbumbung dan fee per hour 2.5 pound. Murah sket dari kat sebelah Castle. Kali ni set 2 jam sebab nak return semula kedai sourvenir.
Burt Place ke Cardiff Castle 3.7 km je |
Stadium Principality
Lepas park keta kami pun jalan-jalan kat area stadium yang kami sangka itu Home Stadium Cardiff City Football.
Bila tengok nama Stadium tu Stadium Principality tapi kat dalam GPS cuma ada nama Stadium Millenium di tempat yang sama. Kami agak mungkin dah tukar nama.
Pusing-pusing kat area stadium untuk cari spot menarik nak begambo tapi tak nampak tulisan Cardiff City Football. Cuma nampak gambar player ragbi je. Masa tu kami agak team bola Cardiff dan team ragbi kongsi stadium. Rupanya memey ini stadium ragbi dan Home Stadium untuk team bola Cardiff City bukan kat situ. Kami tau selepas balik Malaysia... huhu... apakan daya durian dah jadi tempoyak.. nak return jauh plak... entah bila bole datang Cardiff lagi... huhu
Ingatkan ni stadium bola untuk team Cardiff City Football rupanya bukan... ni Stadium Ragbi daaa...
|
Stadium sebenar Cardiff 2.5km dari Principality Stadium |
Ni baru betul stadium Cardiff City... siap ada logo visit Malaysia lagi... |
Rasa terkilan gak sebab tak dapat pergi Stadium Cardiff City Football. Jalan-jalan stadium antara agenda kami ke UK.
Kepada yang tak tau, Cardiff City Football ni kepunyaan jutawan dari Malaysia Vincent Tan. Peminat team Cardiff kat sana kenal siapa Vincent Tan dan asal negara mana. Team ni juga promot Visit Malaysia kat jersi mereka. Itulah antara keistimewaan di Cardiff penyebab kami nak mai. Takpelah... takde rejeki datang Stadium Cardiff.
Jersy team Cardiff City 2018/19 |
Lupakan kisah salah pegi stadium, sambung cete jalan-jalan...
Dari Stadium Principality kami jalan kaki nak return semula ke kedai sourvenir melalui jalan-lorong yang kiri kanan bangunan dan juga ada bendera Wales. Sambil jalan sambil bergambo kat spot menarik berlatar belakang bendera negara Wales.
Negara Wales ialah negara kelahiran Ian Rush iaitu legenda player Liverpool era 80an. Masa tu dia penyerang paling banyak score gol dan masa tu Man U macam tak wujud. Era tu juga Liverpool banyak menang EPL.
Sape yang tak kenal Ian Rush dia bukan fan Liverpool susah mati... hehe... Aku minat Liverpool sejak tengok Ian Rush score. Masa tu awal 80 an.
High St
Azhar Moreno & Asri Crouch in action |
Dari kiri Shahrim Shaqiri, Syahrul Keita & Asri Crouch |
Westgate St
Selfie at tepi jalan depan Stadium Pricipality |
Shahrim Shaqiri at Westgate Street, Cardiff |
Untuk hari ni jalan-jalan Cardiff cuma sempat pegi Cardiff Castle, Stadium Principality dan kedai sourvenir depan Castle je. Itu je dah ambil masa 3 jam lebih dari pukul 11 pagi hingga pukul 3 lebih.
Ada beberapa tempat lagi plan nak pegi seperti Cardiff Bay tapi kami nak balik guesthouse dulu untuk lunch dan solat. Namun plan hanya tinggal plan. Lepas makan rasa malas plak nak keluar. Rasa nak tido pon ada. Kalau nak keluar petang sikit dalam kol 5 ptg gitu.
So, kol 5 ptg keluar tak?
Keluar gak dalam kol 6 tapi bukan pegi Cardiff Bay tapi pegi kedai groceries halal nak beli roti, telur sepapan dan lain-lain.. hehe...
Burt Place
Aktiviti lepas makan... lepak kat guesthouse |
Syahrul and keje kena setelkan walau gi holiday... |
Kisah seterusnya bersambung di episod Hari ke-3..
https://azhartravelog.blogspot.com/2018/08/kembara-uk-2018-england-wales-scotland.html
Post terdahulu,
Hari Travel & Day 1