Sunday 2 August 2015

Hari ke 10 ~ 15 Hari Kembara 7 Negara Eropah dan UK, 1-15 April 2015

Assalamualaikum...

Belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya.. Taqabballahu minnaa wa minkum.. kepada semua pembaca blog ini yang tak seberapa ini. Kalau ada isi kandungan yang kurang memuaskan harap dimaafin ye... gitu... 

Hari ini, diam tak diam dah 17 Syawal. Cepat betol masa berlalu. Hari ini juga bermakna dekat sebulan blog ini sepi tanpa cerita. Last post pada 5 July 2015.

Alhamdulillah, hari ni Ahad minggu ke-3 raya baru ada masa menghapdate blog. Lagi pun hari Ahad di Johor ialah hari bekerja untuk gomen dan yang sewaktu dengannya. Juga hari ni sekolah. Cuma company den je tak follow amik cuti weekend Sabtu dan Ahad. So, semua takda dan dok rumah sorang-sorang boleh lah update blog.

Ok. Cukuplah intro tu. Jom baca kisah Hari ke-10...

Hari ke-10 : 10 April 2015

Hari ke 10 kami GST berada di London semula dan hari-hari seterusnya juga akan berada di UK. Ada beberapa lokasi telah dirancang untuk lawatan tapak dan paling utama ialah ke Liverpool iaitu bukan tempat kawe lahir apatah lagi tempat main bola... Tapi inilah antara tempat kawe nak pegi sesangat. Sebabnya akan diceritakan pada post akan datang...

Balik semula cerita London. Hari ini plan jalan-jalan dalam bandar aje. Tapi sebelum tu kena pulang kereta sewa dulu kerana sudah sampai masa untuk dipulangkan setelah menyewa 10 hari. Esok nanti collect semula untuk perjalanan ke luar London.

So, hari ni jalan-jalan dengan pengangkutan awam aja iaitu dengan train. Train kat London dorang panggil Tube. Maka, naik Tube lagi mudah, jimat dan tak payah fikir pasal parking. Cuma kena banyak berjalan dari station ke station.


Nak ke Arsenal via Piccadilly Line

Suasana dalam Tube
Hari-hari terakhir pegang MyPhone6
Tukar station di Hammersmith


Sejibik macam Harian Metro..
Destinasi pertama selepas memulang kereta di Bramley Road terus ke Latimer Road Underground Station untuk beli kad Oyster. Dekat je kira-kira 300 meter dari Pejabat Sixt Car Hire. Dari homestay di Ducane ke Bramley Rd pon tak jauh kira-kira 3-4km.

Harga se-Oyster kad ni ialah £10 (£5 hage kad dan £5 kredit). So, dengan £5 tu cukup untuk 1 hari jalan-jalan naik Tube sekitar London. £10 ialah bersamaan rm56.00...ni rate April 2015....

Dah ada Oyster kad kemudian bincang nak pergi mana dulu. Mula-mula plan nak pegi jalan-jalan kat Harrods. Tapi at last tukar plan ke Arsenal dulu sebab ada member kirim jersi kat Asree. So, decide terus gi Arsenal yang jaraknya ambil masa 50 minit perjalanan. Agak jauh.



Setibanya di Station Arsenal kena jalan kaki kira-kira 200 meter untuk ke Arsenal Store. Sesampainya di depan store sebelum masuk sempat ambik gambo apa yang patut. 

Masa dalam store den layan phone je sebab tak berminat nak beli atau tengok-tengok sebab Arsenal bukan team feveret kawe buat apa nak beli. 

Tunggu punya tunggu punya tunggu dekat setengah jam masa berlalu. Tak setel-setel lagi beli. Aduh! Keboringan melanda. Kawe pun keluar dari store nak ambik angin. Sebenarnya nak selfie.. haha..

Cer tengok gambo atas, kat sebelah kiri tiang itulah kawe berdiri. 

Tiba-tiba... telah berlaku kejadian tidak diingini dan disesali.... sasss!!! henfon guwe diragut! 

Perghhh!! tergamam seketika melihat peragut itu membawa pergi henfon guwe dengan menaiki scooter. Ada 2 orang serba hitam menaiki scooter itu. 

Seakan tidak percaya guwe punya henfon sudah kene curi. Terasa macam dalam mimpi. Namun sebenarnya adalah kenyataan. Waduh! banyak kenangan dalam henfon tu. Macam-macam ada. Gambar, video....huhu.. Nasib ada yang dah upload kat FB.

Terkebil-kebil seketika tengok kiri, kanan, depan, belakang... fikir nak buat apa selepas henfon kene curi.

Selepas cool down baru kawe masuk dalam store cakap dengan teman GST henfon guwe udah kene curik. Mula-mula dorang ingat den memain tapi kemudian baru percaya. 

Inilah 1st time sejak berkecimpung dalam bidang travel ini telah berlaku kejadian kecurian kepado ambo. Dekat 16 negara kawe dah pergi. Inilah 1st time dan berlaku di London. Sebelum ini ada gak hilang henfon di Surabaya 2 tahun lepas tapi itu sebab tercicir dalam Jeep semasa turun dari Gunung Bromo.

Memang setiap kali ke luar negara kawe akan sentiasa berhati-hati dan juga selalu ingatkan kengkawan yang travel supaya juga berhati-hati. Tetapi apakan daya ini sudah ketentuan. Ada sebab Allah pilih kawe sebagai mangsa sebagai peringatan untuk kawe dan juga orang lain terutama pembaca blog ini supaya berhati-hati bila pergi London. 

Saat-saat terakhir sebelum henfon kene kebas... ni masa baru sampai kat Arsenal Store
Dalam Arsenal Store cuma diri layan henfon...
Tak meriah macam Liverpool store... Mercendise tak banyok...
Selepas beritahu teman GST henfon den hilang, tindakan seterusnya ialah report kat staff Arsenal store. Kemudian dorang uruskan dengan polis untuk buat report. Mula-mula statement report by phone kemudian baru datang kereta polis untuk ambik statement lengkap. Sejam kemudian baru setel. Hajat nak pergi solat Jumaat terbantut gara-gara henfon hilang.

Bila fikir-fikir, ala.. cuma henfon je kene curi. Barang lain seperti pasport, duit masih selamat. Pada kawe mungkin Allah nak ganti benda lagi baik. Anggap je setiap yang berlaku pasti ada hikmah. 

Walaupun mood dah suku hilang. Perjalanan melawat tapak kena teruskan. Cuma buat masa ini henfon je takda nak selfie tetapi camera DSLR kan ada. Masih boleh capture moment. Kalau nak selfie juga boleh pinjam henfon kekawan GST. 

Kad Report Polis

Selesai buat report polis(Polis datang ke Arsenal dan buat report dalam kereta polis),ikut plan asal selepas gi Arsenal nak pegi solat Jumaat kemudian baru ke tempat lain. Route ke masjid dah save tapi semua info tu dalam henfon den yang kena curi. Lagipun masa dah suntuk sebab setelkan report polis tadi. Nampaknya hajat nak solat Jumaat kat London tak tercapai. 

Dari Arsenal naik Tube ke Hyde Park. Hyde Park ni cuma kawasan tempat berumput, ada pokok-pokok, sebagai tempat lepak-lepak atau baring-baring atas rumput. Kalau bawak nasi lemak atau nasi ambeng bolehlah berkelah kat situ. Kami ke situ saja je datang nak tengok dan amik gambo. Tapi gambo aku takde...huhu...

Hyde Park
Snap dengan DSLR


Selepas ke Hyde Park kemudian ke Big Ben. Antara tempat wajib kalau ke London. Dari Hyde Park kena naik Tube ke Big Ben. Big Ben ni sebenarnya House of Parlimen tapi lebih popular panggil Big Ben. Menariknya Big Ben ni pada reka bentuk bangunan color coklat gold dan jam yang terletak kat menara ben. 

Tempat beli sourvenir


Eye of London
Di sekitar Big Ben juga terdapat Eye of London yang dipisahkan oleh Sungai Thames. Menyusuri Sungai Thames dengan cruise akan melalui London Bridge dan Tower Bridge juga tempat wajib pergi bila ke London. Tapi kawe and geng naik LRT dari Big Ben ke London Bridge.



Parit Nipah & Paya Dalam @ London
Ini London Bridge
Sucit tanya macam mana dari London Bridge nak ke Tower Bridge
Dari London Bridge jalan kaki ke Tower Bridge
Ni Tower Bridge tapi ramai confuse ingat ni London Bridge..
GST at Tower Bridge
JDT at Tower Bridge
Termenung mengenang henfon hilang...
Kesan penat berjalan











Lunch + Dinner @ area Sherperd's Bush... Muslim area sini
Setiap menu berharga rm30-40 sepinggan..
Secara ringkasnya iternari hari ke-10 ialah,

  • Bramley Road(Pulang kereta @ Sixt)
  • Latimer Station (Beli Osyter kad)
  • Stadium Emirates Arsenal
  • Hyde Park
  • Big Ben
  • London Bridge
  • Tower Bridge
  • Sherperd's Bush (Lunch+Dinner)

Selesai kisah pahit manis hari ke-10, bersambung hari ke-11

Post terdahulu,


No comments: