Sunday 5 July 2015

15 Hari Kembara 7 Negara Eropah dan UK, 1-15 April 2015 ~ Hari ke-9

Assalamualaikum...

Hari ke-9 : 9 April 2015


Belgium.... ya! macam tak percaya kawe dah sampai Belgium dan bermalam di sini. Negara ke-6 Eropah dalam siri kembara kami. Hari ini merupakan hari terakhir di Eropah kerana selepas ni akan kembali semula ke UK untuk kembara seterusnya 6 hari lagi ke London, Wiltshire dan Liverpool. 

Bila sebut tentang Belgium memang tak pernah termimpi akan jejakkan kaki di sini. Sebabnya dikalangan negara Eropah, bandar di Belgium seperti Brussel dan Bruges tak sepopular London, Paris, Amsterdam, Rome dan lain-lain. Namun, tetap ada yang menarik di sini. 

Lagi satu, negara Belgium bersempadan dengan France, Belanda, Jerman dan Luxembourg. Sesapa yang berhasrat ke 3-4 negara Eropah seperti dari London ke France kemudian Belanda dan lain-lain pasti akan melalui Belgium. Dengan sebab itu, bandar di Belgium seperti Brussels dan Bruges akan jadi tempat persinggahan. Menariknya tentang Belgium ialah binaan bangunan-bangunan lama yang unik disamping ada cruise sungai seperti di Venice, Italy. Memang tidak mengecewakan untuk singgah.

Serba sedikit tentang Belgium yang dapek kawe kongsi. Lain-lain boleh tengok gambar dan saksikan apa yang ada di Bruges iaitu tempat kami singgah.

Seterusnya, sambung cerita kembaralog cerita semalam, hari ke-8.

Semalam semasa tiba di Bruges dari Amsterdam hari dah malam lebih kurang pukul 9.30. Macam biasalah GPS Garmin yang tunjuk arah dari Amsterdam sehingga sampai di halaman B&B Le Coquin. 

Ketika memasuki negara Belgium hari dah malam jadi tak banyak dapat tengok pemandangan. Yang den ingat ada melalui kawasan ladang. Kemudian lalu kampung rumah sebijik-sebijik dan nampak beberapa windmill lama. Lepas lalu sebelah sungai dan akhirnya tiba di halaman B&B iaitu rumah kayak banglo. B&B tersebut betul-betul terletak di sebelah sungai. Tapi oleh kerana dah malam dan kat luar sejuk tak tinjau sangat apa yang ada kat kawasan sekitar. 

Sampai saja di B&B terus jumpa tuan rumah untuk check-in. Sambil check-in tuan rumah Mr Coquin cete pasal Bruges dan macam mana nak access ke bandar dan melawat tempat-tempat menarik di situ.

Kemudian kami dibawa ke tingkat atas untuk tunjukkan bilik kami 4 orang. Penuh barang perhiasan dalam rumah Mr Coquin ni. Berjiwa seni dia ni. Muka macam penyanyi rock pun ada dia ni.. haha...


Pagi hari ke-9 macam biasa kena bersiap untuk check-out. Hari ni masa agak mencemburui. Sebabnya kena berada di Calais sebelum pukul 2 ptg kerana dah book feri balik UK pada 2.20 ptg. Jadinya jalan-jalan melawak tapak di Bruges tak boleh lelama dalam 1-2 jam aja. Dari Bruges ke Calais jarak dalam 116 km dan perjalanan lebih kurang 2 jam. So, kat Bruges paling lewat pukul 12.30 tengahari kena gerak.

Sebelum sarapan sempat gak keluar kejap kat tepi sungai ambik gambar. Rupanya ada bot cruise kat situ. Boleh rekemen B&B ni sebab lokasinya kat tempat yang menarik juga. Ratenya 134 Euro (rm505). Kami check-out dari B&B Le CoQuin lebih kurang pukul 9.30 pagi


GST bersarapan kali terakhir di Eropah
Sebelah meja yang juga penyewa B&B ialah pasangan dari US yang melancong ke Bruges.
Kat belakang kawe tu semua barang-barang perhiasan.. nak dekat pun ngeri takut terlanggo..
Makan roti dengan yogurt
     

              

B&B Le CoQuin
Ada ayam! fan Liverpool ke dia ni?
Kucing tuan rumah.... Sebijik macam kucing kawe Lilo...

Tu dia sungai kat sebelah Le CoQuin...  boleh naik cruise....

Di Bruges juga ada windmill yang la ni jadi perhiasan je...
Sucit Hazard & Asree mignolet sedang merenung windmill di Bruges
Rumah-rumah di tepi sungai...


suka tengok reka bentuk bangunan
kawasan boleh park kereta di Bruges...



Little Venice kat Bruges
Sucit.... tu letak ke amik?

Wak Jan is here!

nantikan album kami.... Setengahari di Bruges
Boleh naik bot keliling pekan Bruges


GST @ Bruges



Kami selesai di Bruges lebih kurang pukul 12.30 dan terus bergerak menuju ke Calais melalui highway. Setibanya di Calais baru perasan rupanya takda tol. Bermakna tak semua highway di France ada tol. Ok lah tu kan...

Masa kami tiba di Calais, jam sudah pukul 2 petang. Rasa macam dah terlewat sebab ada check point nak kena lalu iaitu imigresen nak masuk ke UK. Kena check passport di situ. Setibanya di kaunter pemeriksaan untuk laluan kereta macam biasalah kena keluarkan passport dan serah kat petugas Imigresen. Tiba-tiba petugas Imigresen dengan muka macam sual tunjuk passport aku dan cakap "Why?" Rupanya aku terlupa nak bukak cover Liverpool kat passport. Aduyai! aku rasa petugas ni mesti fan Arsengal, tak pun MU. Sebenarnya memang kena bukak cover passport sebelum serah kat Imigresen. Dah terlupa, nak buat camne...

Selepas beberapa minit yang muka macam sual suruh kami semua ke pejabat Imigresen untuk pemeriksaan lanjut. Aduyai! dah lewat ni nak kejo feri pukul 2.20 ptg. Masa tu dah pukul 2.15 ptg. Kami pun bawak kereta terus ke pejabat Imigresen. 

Bila dah masuk situ. Semua kena turun.  Kemudian kene isi form. Pastu kena beratur tunggu giliran. Nasib orang tak ramai. Tapi waktu feri berlepas sudah tiba. Memey dah terlepas feri kami. Ingatkan sesenang nak masuk France dari UK tetapi rupanya payah. Serupa macam kat airport kene soal itu ini. 

Tiba giliran kami, soalan sinonim yang ditanya ialah "nak buat apa kat UK?" Aku nak cakap je kami semua ni pelancong. Nampak tak kereta sewa kami tu plat UK? tapi cakap dalam hati je lah... haha...

Lepas tanya itu ini, pastu mintak tiket balik kapal terbang pulak. Kemudian tanya sorang-sorang nak test kami ni boleh cakap english ke tak. Macam-macam lah UK ni. Ingat kawe hadap sangat ke nak jadi pendatang kat negara mu. Kami ni pelancong laa! Sudahlah mu pernah menjajah negara kami pastu layan kami macam pendatang pulak.. puiii!! Kata-kata ini ditujukan kepada orang British aja kecuali orang Liverpool.

Kat imigresen tu je ambil masa dekat setengah jam. Masa tu dah pukul 2.45 ptg. Memang terlepas sudah feri kami patut naik. Apapun ini semua pengalaman dan pengajaran. Nasib semua dokumen seperti tiket flight dah print siap-siap. Kepada sesapa nak pegi UK kena ingat semua kena print siap-siap. Duit pun dorang tanya bawak berapa pound.

Selepas semua setel, kami bergerak ke tempat nak check-in Feri. Alhamdulillah... dapat naik Feri seterusnya pukul 3.40 ptg. Finally, bai-bai Euro... hai-hai UK....

Selamat tinggal Euro... kapan ya bertemu lagik.... yup... akan aku kembali lagi entah bila masanya...
Lepak kat lounge feri sambil minum Starbuck cokelat...

Setibanya Feri melabuhkan di Dover, driver lain pulak kena ambik alih. Kat Eropah hampir semua negara kawe drive. Kat UK bagi orang lain pulak drive. Yang belum drive ialah Asree dan Sucit. So, Asree yang drive. Aku pulak dok belakang nak relax...

Dari Dover ke London ada cadangan nak singgah Stadium Emirates sebabnya ada kawan kirim jersi kat Asree. Tapi memandangkan hari dah petang dan mungkin kedai dah tutup maka esok je lah pegi naik train. Lagi senang kalau jalan-jalan kat London dengan train dari bawak kereta. Parking mahal giler. Kereta sewa ni pun nak kena pulang esok. Di Stadium Emirates tu nanti ada cerita tak berapa enak dan kurang manis. Nantilah cerita dalam epison hari ke-10.

Kami tiba di Ducane Road hari dah hampir gelap pukul 6.30 gitu. UK dan Eropah masa lambat sejam. Kalau kat Eropah dah pukul 7.30 ptg. Ikut jadual asal sepatutnya hari ni terus ke Liverpool. Tapi oleh kerana ada perubahan jadual pada game Liverpool dari 11/4 ubah ke 13/4 maka kena stay London sampai 11/4.

Perubahan jadual juga bermakna kena tukar homestay. Oleh kerana last minit ubah maka homestay Norle dah ada orang lain book pada tarikh 9&10/4. Norle cadangkan homestay Farah. Homestay Norle ni yang kami sewa semasa hari pertama sampai di London iaitu pada 1 April. Ceritanya kat sini.

Homestay Farah terletak sebaris dengan Homestay Norle. Jarak dalam 300-400 meter. Oleh kerana book last minit dan takda pilihan sudah tentu takkan dapat yang selesa. Bila masuk je ke dalam rumah Farah dan ditunjukkan bilik... hmmmmm.... sesuailah dengan harga £35 satu malam... takpa, yang penting dapat rehat dan tidur. 

Rumah Farah ni lebih besar dari rumah Norle sebab ada 3 bilik dan 2 tingkat. Tapi bilik tak berapa besar. Semua bilik kat tingkat atas termasuk bilik air. Sementara hall dan dapur kat bawah. Rumah ni Farah dok dengan husband dia dan 3 orang anak yang masih kecil. So, ada 2 bilik free dia sewakan buat homestay. 

Kami berempat dok dalam 1 bilik yang ada 1 katil double decker. Orang je dah tak muat, apalagi beg. Memang sesak sikit kali ni selepas beberapa hari selesa dok chalet, hotel, homestay dan B&B. "Welcome to London! There are nothing murah here...haha.." 

Selepas letak beg kat bilik terus tanya Husband Farah kat mana ada restoren makanan halal. Tak jauh rupanya dari Ducane Road tetapi tetap kena bawak kereta atau naik bas. Area tersebut ialah di Stepherd's Bush iaitu kawasan ramai muslim di situ.


1.8 miles(2.9km) dari Ducane ke Stepherd Bush
Ni makanan dia.... kambinng bako with chips..
Alhamdulillah, selesai cerita Kembara Eropah 9 hari dan sikit into kat UK. Hari-hari seterusnya ialah Kembara di UK 6 hari dan paling penting ke Liverpool. Itulah tujuan asal hingga tercetusnya idea nak pusing 6 negara Eropah.  

Ok, bersambung Hari ke-10....


Post terdahulu,