Sunday 4 August 2019

Kembara Turki 2019 ~ Jalan-Jalan Cappadocia

Assalamualaikum wbt.

Cappadocia

Cappadocia merupakan satu lokasi yang menawarkan bentuk muka bumi yang unik. Terletak di bahagian tengah Turki, Cappadocia terdiri dari 9 bandar utama iaitu,

1) Nevsehir - Merupakan bandar utama bagi wilayah Cappadocia

2) Urgup - Bandar terbesar di Cappadocia. Aktiviti perniagaan banyak dijalankan di sini. Merupakan destinasi pelancongan utama di Cappadocia suatu ketika dulu tapi kini tidak lagi kerana ramai yang lebih suka ke Goreme. Hotel kami terletak di kawasan ini.

3) Goreme - Banyak gua kawasan ni. Masa 1st time datang Cappadocia pada 2016 hotel aku terletak kat kawasan ini.

4) Uchisar - Bandar tertinggi di daerah ini.

5) Avanos - Bandar yang terkenal dengan industri membuat tembikar. Semalam kami ke sini.

6) Ortahisar - Daerah kecil yang memiliki istana batu di puncak bukit, sama seperti Uchisar.

7) Mustafapasa - Merupakan perkampungan lama Greek. Akan ke sini hari ini.

8) Guzelyurt - Juga perkampungan lama Greek. Di sini terdapat kota bawah tanah(underground city). Masa 2016 aku pernah ke sini.

9) Ihlara Valley - Lembah paling dalam di Cappadocia persis Grand Canyon di Amerika. Juga aku pernah ke sini pada 2016.

Kesimpulannya, Cappadocia adalah sangat berbaloi dilawati kerana berada di sini seakan berada di sebuah planet lain. Jalan-jalan di sini seminggu pun belum tentu dapat cover semua tempat-tempat unik di sini.

Cappadocia dari pandangan Google Maps seakan tanah tandus yang dipenuhi lembah-lembah

Kedatangan aku kali ini ke Cappadocia adalah yang ke-2 dalam masa 3 tahun. Bezanya 3 tahun lepas aku datang dengan famili serta 2 adik ipar dan kali ni dengan rombongan kembara seramai 35 orang.

Apa yang menarik kali ni?
Yang pasti tempat-tempat yang pergi kali ni kebanyakkan tak sama yang pernah aku pegi masa 2016.


Hari ke-3, 19 Apr 2018

Antara aktiviti utama di Cappadocia ialah naik belon panas. Sesape yang pernah merasai pengalaman  ini pasti takkan dapat lupa pemandangan memukau dari ketinggian 800-1000 meter. Disamping itu dapat melihat beratus belon di udara yang berlatar belakang langit, awan dan matahari terbit. Memang sangat-sangat indah dan saujana mata memandang.

Namun tak semua orang berani naik belon panas sebab gayat. Sorang kawan aku keje bawak kapal terbang pun tak berani naik sebab dia cakap belon takde sayap.. hahaha...

Tentang pengalaman indah aku naik belon panas aku ada kongsi dalam blog ni,
http://azhartravelog.blogspot.com/2016/12/istanbul-cappadocia-kami-datang-9-17_18.html

Kenangan naik belon panas Sept 2016

Semalam semasa dalam perjalanan dari Ankara, tour guide tanya siapa nak naik belon panas? Mula-mula ada yang nak tapi bila tengok ramai taknak dia tukar fikiran pulak. So, untuk aktiviti awal pagi esok majoriti cuma nak tengok belon panas terbang.

Sebenarnya aku yang nak tengok belon panas ni terbang sebab menarik gak viewnya untuk diabadikan dalam gambar. Selepas discuss ngan tour guide kata ok bisa diatur. Namun, walau cuma tengok belon terbang totap kena bayar 25usd. Bayaran ini untuk transport pegi balik hotel ke tapak Gerome Air Museum yang lokasinya lebih kurang 40 min perjalanan.

Pukul 6 pagi transport dah pickup kami untuk ke tempat nak tengok belon. Ada 2 transport disediakan.

Bila tiba di lokasi tempat belon panas berlepas kami telah diberitahu kemungkinan tiada belon panas akan terbang hari ini. Ia disebabkan cuaca agak berangin pagi ni. Kami diminta untuk menunggu dalam 30 min ke sejam untuk kepastian. Semenetara menunggu kami di bawa ke kedai kopi berdekatan untuk minum kopi.

Tunggu punya tunggu dekat sejam gak akhirnya kami diberitahu aktiviti belon panas dibatalkan kerana keadaan cuaca tak mengizinkan. Maka kecewalah kami semua tak dapat menikmati pemandangan belon panas terbang di angkasa. Hmmmm... takde rezeki. Aku ok sebab dah pernah rasa naik cuma agak kecewa hasrat nak begambo berbackground belon panas tak kesampaian.

Tour guide kami Ojay bagi tau akan arrange tengok belon panas di Pamukalle pula pada hari lusa. Duit 25 dollar yang kami semua dah bayar dia pegang dulu. Aku pula baru tau rupanya kat Pamukalle pun ada belon panas.. ingatkan kat Cappadocia je ada.

Tak jadi tengok belon terbang kami semua kembali ke hotel untuk sarapan. Masa on the way singgah ke salah satu tempat nak tengok belon panas untuk layan sunrise.






Lepas layan sunrise kami semua balik semula ke hotel untuk sarapan. Oleh kerana hari ni Jumaat dan atas permintaan kami kaum lelaki nak solat Jumaat maka ada perubahan jadual lokasi lawatan pada waktu pagi.


Matis Carpet Veaving Village ~ Nevsehir

Kalau pegi sendiri memey takkan ada aktiviti melawat kilang macam ni. Aktiviti seperti ini ada bila datang Turki dengan package yang diuruskan agen di Turki. Memey tak boleh elak sebab ia merupakan salah satu cara Turki kenalkan produk mereka. Semalam dah lawat kilang buat tembikar dan hari ini kilang karpet buatan tangan. So, dah ada dalam iteneri, layankan je..





Di kilang ni kami ditunjukkan bagaimana karpet di buat dari ulat sutera dan bulu kambing biri-biri. Bila tengok cara karpet ni dibuat aku dah agak memang ini bukan karpet beshe-beshe. Karpet kat sini bukan taraf yang jual kat Jakel boleh dapat hage dua tiga ratus. Dari segi kualiti aku tengok boleh cecah puluh ribuan. 


Tour guide kilang karpet
dari ulat jadi benang sutera...
benang sutera.. import dari China..
Kena masak dulu benang dulu...
Cara karpet buatan tangan... ada yang sampai berbulan utk siapkan..



Last acara di kilang ni kami ditunjukkan koleksi karpet-karpet dari yang paling murah hingga ke yang paling mahal. Untuk saiz sejadah je paling murah rm900 hinggit. Hmmmm.... kan aku dah kata ini karpet bukan beshe beshe punya. Bila tanya hage, mak aii! ada yang cecah rm20k untuk saiz 9" x 6". Mampu dengo hage dan tengok je laa... huhu...



sebentar lagi acara membentang karpet.. tapi atas sebab-sebab hak cipta kami dilarang mengambil gambo..
karpet-karpet untuk dijual... ribuan hage dia..
tak beli karpet dapat begambo depan kilang karpet pun jadi laa...


Cavusin Greece Village

Selepas kilang karpet, lokasi kedua ialah melawat perkampungan greek purba yang terdiri dari rumah-rumah yang diukir pada bukit batu. Sebenarnya ada banyak kawasan rare macam ni di Cappadocia dan disini salah satunya.

Ada masjid kat kawasan ni..
Dr Ehram & Wife dan background rumah purga greek
Me, shidah & bonda mertua
me, shidah & amin
me & ojay tengah bebual kat phone






Omer Faruk Camii

Selepas melawat kampung Greek waktu dah dekat time solat Jumaat. So, next lokasi cari masjid untuk kami kaum lelaki dapat solat Jumaat. Drebar bas bawa kami ke masjid Omer Faruk yang terletak kat tepi jalan Yukari.

Bagi aku ini pengalaman ke-2 dapat solat Jumaat di bumi Turki. Walaupun tak berapa nak faham isi khutbah, yang penting walau di mana kita berada kalau ada peluang solat Jumaat maka kena tunaikan. Alhamdulillah, dapat jugak selitkan masa untuk solat Jumaat. Terima kasih Kak Limah & Ojay.


depan Masjid Omer Faruk...




Aydede Cafe & Restaurant

Lepas solat Jumaat, kita makan dulu sebab selepas tu ada beberapa tempat lagi nak cover. Menu cam bese sebelum nasi dihidang makan sup kacang kuda. Bagi aku ok semua boleh telan.



Sup kacang kuda..
Sementara tunggu sup kite begambo dulu... pehal plak tu pakai spek dalam restoren?


Cave House

Lepas lunch kami dibawa melawat rumah gua. Rumah gua ni dah wujud sejak zaman sebelum masihi iaitu zaman sebelum kerajaan Rom Timur Bezantine datang menguasai wilayah anatolia. Banyak sebenarnya rumah-rumah gua seperti ini di Cappadocia dan kebanyakkan di bina di lereng-lereng bukit. Panorama unik ini menjadikan banyak lokasi menarik di Turki diiktiraf UNESCO sebagai tapak warisan dunia.


pintu masuk rumah gua..
menunggu giliran nak masuk rumah gua..
 


salah satu lorong dalam rumah gua..



keluar sudah dari rumah gua..
bonda mertua bersama salah seekor penghuni rumah gua...

Bila dapat peluang masuk dan melihat suasana dalam rumah gua aku terfikir bagaimana agaknya orang-orang zaman dulu boleh menebuk batu hingga menjadi rumah yang menjadi penempatan mereka. Tentu orang-orang masa tu besar, gagah dan kuat sampaikan bukit batu dorang boleh tebuk demi sebuah rumah untuk keluarga. Inspirasi sebenarnya, nak seribu daya taknak seribu dalih.


Fairy Chimneys Valley

Lokasi seterusnya, antara tempat yang aku tunggu-tunggu nak datang. Batu-batu unik yang tegak berdiri persis cendawan menggamit mata memandang. Selain belon panas, batu-batu macam cendawan ini merupakan identiti Cappadocia dan merupakan kawasan tumpuan pelancong. Batu-batu ini terbentuk sejak ratusan ribu tahun dulu disebabkan bencana alam gempa bumi dan juga hakisan angin. Hasilnya lanskap yang sangat memukau di Cappadocia dan menjadi sumber ekonomi di Turki melalui pelancongan..


dari dalam bas dah menggamit pandangan..

antara formasi batu-batu cendawan..

unikkan bentuk batu ni?

eskrem turki yang super sedap
wefie ngan bonda mertua..


Hj Zul & Kak Mis sempat begambo ngan pengantin...
hensem dan cantik



Pigeon Valley

Lembah burung merpati ni kali ke-2 aku datang. Antara tempat utama tarikan pelancong dan dinamakan Pigeon Valley sempena banyak burung merpati lepak kat situ. Memey banyak, tak caya tengok gambo kat bawah ni.

Pada aku untung burung merpati ni, keluar dari telur je dah dok Turki, Capadocia pulak tu...



beli topi lagi...
3 tahun lepas ada pokok ni dan tahun ni masih setia di sini...

Ozler Art Center ~ Gem Stones Factory

Last for today, lawat kilang batu permata.

Apa ada dalam kilang tu? tentulah batu permata yang sumbernya dari lembah-lembah di Cappadocia yang kaya dengan batu-batan berharga seperti sultanate, alexandria, fluorite, granite. Batu-batu ni ada yang boleh bertukar warna kepada banyak warna bergantung kepada jenis cahaya.

Di kilang Ozler ini mereka siap demo tutup buka lampu dan batu-batu tu kemudian bertukar warna. Kat situ juga ada batu kaler turquoise dan aku baru tau perkataan turquoise asalnya dari Turki yang diperanciskan sebab batu kaler ni cuma ada kat Turki je.

Seperti kat kilang karpet bila tanya hage cincin siap batu, MasyaAllah.. mahai bak hang. Namun ada gak yang beli sebab katanya berbaloi dengan hage. Ya lah, nak cari kat Malaysia memey susah nak jumpa.



batu asal turqouis


Setel dah perjalanan hari ni. 7 kali turun naik bas melawat kawasan dan masa dah time balik semula ke hotel untuk berehat. Esok ada perjalanan jauh 630km menuju Konya dan seterusnya Pamukalle.


Route melawat kawasan hari ni..
Ramalan cuaca malam ni & esok..

Masa aku tengok ramalan cuaca kat myphone whether apps baru perasan diramalkan salji akan turun malam ni start pukul 12 am. Patutlah siang tadi sejuk semacam dan langit mendung. Pulak tu awal pagi berangin sampai acara belon panas terbang dibatalkan. Rupanya itu  semua tanda-tanda salji akan turun di bumi Cappadocia. Aku pun bagi tau geng kembara dalam grup Whatsup tentang salji akan turun esok. Semua teruja dan tak sabar sebab ada yang tak pernah merasa salji.

Salji turun pada musim hujung spring? Jarang-jarang berlaku nih. Nak tau betul atau tak ada salji esok? Itu kena tunggu post akan datang Hari ke-4...
http://azhartravelog.blogspot.com/2019/09/kembara-turki-2019-cappadocia-konya.html

Hari Travel & Hari 1 
Hari ke-2

No comments: