Sunday 18 December 2016

Istanbul Cappadocia, kami datang! 9-17 Sept 2016 ~ Hari 7

Assalamualaikum..



Hot Balloon

Seawal jam 4 pagi kami semua dah bangun untuk bersiap apa yang patut sebab today is the day naik belon panas. Kira naik belon panas ni adalah acara kemuncak untuk trip Istanbul-Cappadocia kami datang! Tak semua orang berani naik belon panas sebab gayat. Bagi family aku semua ok termasuk 2 orang adik ipar dan tak sabar nak naik.

4.30 pagi, shuttle datang ambil kami di hotel dan bawa ke pejabat Turkey Balloon untuk sarapan dan solat subuh. Selain sarapan di situ kami kena isi borang untuk insuran dan lain-lain perkara.

5.15 pagi, gerak ke tapak tempat perlepasan belon panas. Masa sampai dapat tengok macamana dorang tengah isi udara panas ke dalam belon. Nampak macam rumit tapi yang penting keselamatan diutamakan.

6.05 pagi, berlepas ke udara... 



Konsep belon panas ialah udara panas lebih ringan.. sebab tu kena ada api untuk panaskan...



Kena panjat bakul untuk masuk dalam bakul.. sebakul boleh isi 16 penumpang + sorang pilot
Mr Pilot of Hot Ballonn... tengah tengok altitud agaknya ataupun kompas..





Sunrise..
Panorama dari atas..




Cantek!





Amazing!










Landing time..


acara wajib lepas naik belon panas... jus epal tuu..
Dapat sijil..
Bersama pilot yang menerbang belon yang kami naik

Sejam berada di awangan dan paling tinggi ialah 1400 meter dari darat. Memang satu pengalaman yang indah dan ditambah lagi dapat tengok matahari terbit serta panaroma Cappadocia dari atas. Kebesaran Allah... It was Amazing! 

7. 15 pagi, selamat landing

7. 45 pagi, balik ke hotel untuk sarapan dan bersiap untuk check out. Aktiviti seterusnya ialah Green Tour iaitu melawat tempat-tempat menarik di Cappadocia. Aktiviti ini dari pagi sampai petang. Sebab itu kena check out siap-siap dan habis tour shuttle akan hantar terus ke stesyen bus Goreme untuk balik semula ke Istanbul.


Pigeon Valley

9.30 pagi, shuttle pick up kami kat hotel dan tempat pertama melawat ialah Pigeon Valley. On the way ke Pigeon Valley kena singgah-singgah hotel untuk ambil penumpang lain dan jumlah semua grup kami ialah 14 orang. 14 orang tersebut terdiri dari berbagai negara, ada dari India, Korea, Colombia, Jepun dan Turki. 


Ada apa kat Pigeon Valley?

Semestinya burung merpati. Tapi masa kami datang tak nampak sekor pon. Mungkin pagi-pagi ni merpati tidur lagi, sebelah petang mungkin banyak. Lain-lain, boleh lihat pemandangan yang menarik dari atas bukit Pigeon dan ada pokok mata setan kat situ?


Rumah-rumah dan hotel dalam gua...


Tu dia... pokok mata setan..

Lanun Johor was here!

Sourvenir juga ada jual kat sini... termasuk topi yang kawe pakai tuu...

Ihlara Valley

Tempat kedua pergi ialah Ihlara Valley yang terletak di Goreme National Park. Valley ni agak jauh sikit, dalam sejam perjalanan. Menariknya tentang tempat ini seperti Grand Canyon, cuma beza kat lembahnya banyak pokok-pokok. Kat sini kami semua kena hiking lebih kurang 3-4km. Total panjang Valley ni ialah 14 km. 

Dari tempat shuttle drop point kami kena turun ke bawah valley kemudian berjalan ramai-ramai. Kat lembah valley ni, di samping ada pokok-pokok juga terdapat sungai dan sini memey sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga. 

Memey memenatkan jalan kaki kena 3-4 kali berhenti untuk rehatkan kaki sambil tengok pemandangan lembah dan gua. Paling menarik di penghujung hiking ialah makan tengahari di tepi sungai.























Makang time!

Dengan kelajuan 2km sejam berjalan kaki akhirnya setelah 2 jam kami sampai kat tempat shuttle pickup point. Sebelum ke tempat seterusnya kita mamam dulu... memey dah lapo giler, dengan penat sekali semua ada...

Selime Katedrali

Tempat ke-3 ini dikatakan lokasi filem Star Wars shooting. Tak pasti filem mana satu sebab kawe memey tak berapa minat filem sains fiksyen. Menariknya kat sini banyak gua-gua dan ada yang double story. Gua-gua di sini pada zaman itu(Greek) ialah kawasan bandar yang lengkap dengan kediaman, sekolah dan gereja. Gua-gua ini dah wujud sejak abad ke 8 hingga 10.

Bila dapat tengok dan masuk ke dalam gua, persoalan yang bermain diminda aku ialah, bagaimana orang dulu-dulu ukir gua ini dan guna apa? Nak tengok hasil dorang ukir, jom layan gambar...


Nak naik atas kena panjat...







Belakang tu lokasi shooting filem Star Wars..





Gua double story... 
Gua double story








Berhati-hati turun ke bawah..


Macam-macam jenis gua dapat lihat kat sini, yang setingkat, 2 tingkat, tapi semua jenis cluster bersambung satu sama lain dan share bumbung batu... ada juga yang jenis banglo.. yang best tentang gua-gua ni ia terletak kat tempat tinggi. Luas saujana memandang.

Derinkuyu Underground City

Lokasi ke-4 ialah Derinkuyu Underground City iaitu kota kuno bawah tanah yang ditebuk sedalam 7 tingkat. Pembinaannya sangat unik dan siap dengan sistem pengudaraan supaya tak lemas bila berada di bawah tanah. Bukan saja sistem udara juga terdapat sistem air bersih, sumur, gudang senjata, kubur dan terowong rahsia untuk larikan diri. Kota ini telah dibina oleh bangsa Hitti pada sekitar abad ke-7/8.

Satu lagi pertanyaan macamana dorang tebuk dan bina kota bawah tanah ini? Sesape yang hidup zaman tu tolong jawab.... hehe..
















Bersama Mr. Tour Guide yang boleh bercakap 4 bahasa lain selain Turkey ialah English, Chinesse, Jepun dan Korea...

Kawe tak pasti apa matlamat orang-orang time tu buat bandar bawah tanah. Mungkin sebab nak tunjuk bangsa dorang handal boleh bina something gempak. Serupalah orang zaman sekarang bab tunjuk-menunjuk mesti kena buat yang tertinggi, yang terbesar, yang tercanggih dan yang ter... ter... entah apa lagi...

Apa pun kawe tabik orang-orang dulu sebab boleh buat semua ini tanpa alat canggih.


Route map Green Tour

Tempat terakhir singgah ialah Onyx Jewelery Factory dan selepas itu kami minta tour guide hantar ke Stesyen Bas Goreme untuk naik night bus balik ke Istanbul. Bas balik ke Istanbul pada pukul 8 malam.

Sekian travelog Hari ke-7 yang bermula seawal 5 pagi hingga lewat petang. Hari ini banyak tempat kami lawat dan pastinya penat. So, dalam bas nanti bolehlah tidur rehatkan badan sambil 'menikmati' perjalanan ke Istanbul 10-12 jam..huhu... 

Total trip Istanbul-Cappadocia-Istanbul ialah 4 hari 3 malam iaitu 2 malam tidur dalam bas dan 1 malam tidur di Cappadocia. Travelog seterusnya bersambung Hari ke-8...

Post terdahulu,


No comments: