Sunday 11 December 2016

Istanbul Cappadocia, kami datang! 9-17 Sept 2016 ~ Hari 6

Assalamualaikum...


Kapadokya hoş geldiniz!
Welcome to Cappadocia!
Selamat Datang ke Cappadocia!

Alhamdulillah...selepas menempuh 12 perjalanan darat akhirnya kami tiba di Cappadocia. Bandar ke-2 di Turki kami datang selepas Istanbul. Jarak dari Istanbul dalam 700-800km. Lebih kurang macam JB-Aloq Setaq. 

Dalam perjalanan 1-2 jam sebelum sampai dan masa tu hari dah cerah dapatlah tengok pemandangan di kiri kanan bas. Memey unik dan menakjubkan pemandangan di sini terutama bentuk muka bumi ciptaan Allah swt.



Singgah-singgah bas station turunkan penumpang..

Muka tak cukup tidur @ Terminal Bus Goreme

Sebaik tiba di Goreme Otobus Stesyen bas, kelihatan Tuan Khalid Pattali dah tunggu untuk bawa kami ke hotel. Tuan Khalid dah berada di sini sejak semalam coz bawa grup lain. Grup kami kena jalan sendiri tapi semuanya dah diatur seperti hotel dan tour. Untuk hotel di sini kami pilih jenis gua.


Sebelum check in sarap dulu kat hotel..
Hotel gua siap ada Wifi




Kat lobby hotel gua... kat sini ada 4 bilik...




Hotel gua kami ialah di Goreme Valley Cave House. Bilik hotel ni dari luar nampak macam kecik tapi bila masuk dalam ok nampak selesa dan boleh muat 5-6 orang. Dari bas station tak berapa jauh jalan kaki dalam 300 meter je. Hotel booking termasuk dalam package 2 hari 1 malam Aku dan Istanbul.

Untuk hari ini aktiviti bebas. Lagipun penat naik bas tak hilang lagi. Rasa nak sambung tidur kejap kemudian tengahari nanti baru jalan-jalan explore kat area pekan atau tengok pemandangan. Tuan Khalid ada bagi cadangan seperti sewa ATV kalau nak jalan jauh sket.  

Di Cappadocia antara tarikan utama di sini ialah Hot Baloon. Lain-lain seperti Green/Red/Blue/Orange Tour iaitu melawat gua-gua, tapak purba, valley dan tengok scenery. Sepanjang 2 hari 1 malam kat sini Tuan Khalid dah aturkan naik Hot Balloon dan kemudian Green Tour. Activity ni semua esok.

Hot Baloon kena naik awal pagi dan ongkosnya 110euro(rm506) untuk seorang. Kata orang kalau datang ke sini tapi tak naik Hot Baloon bukan datang Cappadocia namanya. Wajib naik Hot Balloon untuk rasa sendiri pengalaman terawang di udara disamping boleh tengok pemandangan Cappadocia dari atas. Nasib famili aku semua tak gayat. Ada sorang kawan aku keje je Pilot tapi tak berani naik Hot Baloon sebab katanya takda sayap... haha... macam-macam...




Acara tengahari ialah makan tengahari dan kemudian jalan-jalan kat pekan Goreme. 

Ni kawe nak banding tentang beberapa benda di Istanbul dan Cappadocia..

Makanan? 
Di sini lebih murah dari Istanbul.

Sourvenir?
Juga lebih murah dari Istanbul..

Beg-beg?
Pun lebih murah..

Baru berada setengah hari di Cappadocia dah tersuka tanpa sengaja. Rasa macam tak cukup pulak berada kat sini 2 hari aje. Banyak sebenarnya tempat boleh pergi selain naik belon panas. Patutlah ada yang sanggup berhijrah ke Turki sebab tertarik dengan keindahan alam dan monumen-monumen yang berada kat sini..

Aku?
Heh.. heh... dok Malaysia je lah...








Boleh buat alas meja untuk raya..



Fridge magnet pon lagi murah..
Kamal Atartuk at the back... jangan suka-suki kutuk dia kat sini...

Kedai jual beg dan beg kulit

Setel beli beg begambo dengan owner kedai beg... 


Tours Map of Cappadocia
ni antara batu-batu yang buat Cappadocia unik..

Cappadocia juga bandar Flintstones



Tempat Nikah...
Bergaya dengan beg baru beli...
Makanan dinner... kat Safak juga
Cafa Safak

Lampu kat dalam bilik hotel

Aktiviti hari ini cuma makan, jalan-jalan dan shopping je kat sekitar pekan Goreme. Nak sewa ATV pon tak sempat. Malam ni tak boleh tidur lewat sangat sebab esok pagi kena bangun awal dalam 4 untuk acara naik belon panas. 

Menurut Tuan Khalid, shuttle akan datang ambil pada pukul 4.30 pagi dan akan bawa kami untuk breakfast dan solat subuh dulu. Kemudian ke tapak tempat naik belon panas. Target pukul 5.30 dah terbang.

Cerita esok bersambung post Hari ke-7... inshaaAllah...

Post terdahulu,



No comments: