Saturday 21 December 2013

Jalan-Jalan Seoul 22-28 Nov 2013 ~ Part 3 – Day 2

Assalamualaikum…

Kepada yang belum baca Part 1 & Part 2 boleh klik link di bawah:


Day 2

Alhamdulillah, hari ini dapat cukup tidur berbanding semalam. Maka, hari ini lebih fresh dan bertenaga dari semalam. Waktu Subuh di Seoul ialah jam 5.45 am dan Syuruk jam 7.15. Bermakna, ketika itu pada bulan November waktu malam lebih kurang 14 jam dan siang 10 jam. 

Hari ke-2 kami masih di Kimchi guesthouse dan hari ini juga kena berpindah ke Pencil guesthouse. Pindah randah tu nanti staff Kimchi dan Pencil akan uruskan sebab hari ini kami 3 beranak nak jalan-jalan ke Everland. Everland ialah sebuah themepark yang letaknya diluar Bandar Seoul. Themepark ni yang pertama dibina di Seoul. Nak ke sana memang agak susah kalau tak tau. Oleh itu, kenalah  tanya. So, aku tanya staff Kimchi macamana nak ke sana. Punyalah detail dia explain siap print out map dan bas nombor berapa kena naik. Dari Hongik Univ kena naik Subway ke Gangnam dan kemudian naik bas no. 6002 yang akan terus ke Everland. Senang je rupanya. Cuma kena naik turun transfer subway dan kemudian naik bas.

Subway route Hongik Univ to Gangnam

Setibanya di stesyen bus Gangnam kami bertemu keluarga Abg Talib dari Singapore. Mereka juga bertiga macam kami. So, start dari situ seterusnya jalan-jalan di Everland dan kemudian makan malam di Itaewon kami jalan-jalan bersama. Alhamdulillah, tambah kawan lagi.

Oppa Gangnam jugaa

pemandangan Gangnam to Everland
dalam bas on d way to Everland

beli tiket dulu sebelum masuk Everland
Family Abang Talib dari Singapore


Di Everland pada awal tengahari cuaca agak ok dan kemudian hujan pada hari petang. Masa tu agak sejuk. Hujan dari petang hinggalah kami keluar dari Everland jam 6.30pm. Masa tu gelap dan dah masuk waktu isyak. Maghrib waktu tu jam 5.17pm.

Di Everland juga takda masalah untuk solat. Lokasi Musolla ialah disebelah Mystery Museum. Cuma di Everland takde restoren halal. Alhamdulillah, ketika di Everland keluarga Abang Talib yang supply makanan untuk alas perut. Sebenarnya bawak juga meggi cup tapi tak jumpa mesin air panas. 

Musolla @ Everland (Pintu kanan)
Setelah puas jalan-jalan dari hari terang sampai dah gelap namun tak dapat cover semua. Everland ni kalau nak cover semua tempat kena 2 hari. Kaki pun dah lenguh. Pulak tu hujan dari petang takda tanda-tanda nak berhenti. Makin malam makin sejuk. Kami dan family ambil keputusan nak balik dan lagipun perut dah lapar. Kami merancang dinner di Itaewon di Restoren Foreigner. Dari Everland naik bas ke Gangnam dan naik train ke Itaewon subway.

tempat memanaskan badan @ Everland

Hujan @ Everland

Waktu menunjukkan 5.40pm waktu Seoul. Gelap dah macam waktu Isyak.

Subway route dari Gangnam ke Itaewon
Foreign Restaurant di Itaewon - Buffet sytle, 19000 won(rm38) sekepala
Selesai dinner bersama keluarga Abang Talib dan masa tu jam telah menunjukkan 9 malam. So, masa untuk balik dan tidur. Abang Talib tinggal di hotel di kawasan Hongik Univ. Area sama dengan aku. Oleh kerana letih dan malas nak naik turun naik subway maka kami ambil keputusan untuk naik teksi dari Itaewon ke hotel/guesthouse masing-masing. Tambang teksi kena bayar ialah 10000 won (rm30)

Bersambung.... Part 4 

Wednesday 18 December 2013

Jalan-Jalan Seoul, 22-28 Nov 2013 ~ Part 2 : Day 1

Assalamualaikum...

Day Travel JB to KLIA ~ 22 Nov 2013(Jumaat)

3.30 pm - Memandu dari JB ke KL.

7.30 pm - Tiba di KLIA. Terus ke parking blok A tingkat 4(untuk long term parking). Urusan check in dan yang sepatutnya. Dapat tau flight delay dari 11.35pm ke 12.15am.

12.15 am - Terbang! Seoul! here we come!

Day 1 ~ 23 Nov 2013(Sabtu)

7.15 am - Tiba di Seoul (Waktu Malaysia 6.15 am). Urusan kastam, ambil beg dan lain-lain selesai dlm 40 minit. Paling penting sebelum keluar dari airport kena beli kad T-Money. Kad ni kalau kat Malaysia lebih kurang macam Touch n Go. Guna untuk naik train, bus, teksi. So, aku beli 3 kad untuk 3 orang. 1 kad harga 2500 won(RM7.50) + top up 20000 won(RM60).

Tempat beli Kad T-Money kat 7 Eleven kat Airport

Ini rupa Kad T-Money
8.15am - Ambil teksi untuk ke Guesthouse di Hongdae. Mulanya plan nak naik shuttle bus tapi entah macamana boleh terjebak naik jumbo teksi. Kata kawan Mas yang keje kat Korea, teksi kos dalam rm100-150 je. Tapi itu untuk teksi biasa bukannya teksi yang aku deal. Teksi aku deal Teksi Jumbo... walawei.... Teksi tu pakai meter. Sekali bayar kena 100k won kena bersamaan rm300++... huhu... apa nak buat, taik kambing bulat-bulat. Lagipun jadikan ini pengalaman pertama di Korea. Kalau pergi sekali lagi aku dah tau nak naik apa... sonang je. So, dari pengalaman aku ni aku turunkan kepada yang baca blog ni. Please take note. Kalau duit terlebih bolehlah nak try Taxi Jumbo. Ingat ya...

Dalam Taxi Jumbo Incheon Airport to Pencil Guesthouse @ Hondae
9.15 am - Tiba di Pencil Guesthouse. Turun dari teksi bila cakap mulut berasap. Haha.. macam jakun kejap. Especially anak aku, Insyirah. Memang sejuk bai. Pulak tu aku pakai baju 2 lapis je. Shirt and jaket. Rasanya temperature dalam 5-7 celcius. Angkat beg terus ke guesthouse untuk urusan check in. Tunggu punya tunggu punyalah lama, rupanya ada masalah. Dekat sejam gak baru setel. Tapi kena tukar guesthouse lain untuk 1 malam. Ada masalah tentang booking. Finally setel dan dorang mengaku silap. Berkali-kali mintak maaf. Bagus orang Korea ni, layan tetamu bagus sekali.

Oleh kerana ada janji nak jumpa kawan Mas kat Namdaemun pukul 11, beg-beg tu semua kena tinggal kat Pencil Guesthouse sementara dorang cari guesthouse ganti. Staff guesthouse tu janji akan hantarkan beg-beg tu ke guesthouse ganti. Dorang akan sms. Sebelum tu aku mintak nak pinjam 1 bilik untuk mandi dan salin baju winter.


Pencil Guesthouse
10.30 am - Dari Pencil Guesthouse jalan kaki ke Subway Stesyen Hongik. Pening juga nak cari lokasi Hongik University Subway Station. Puas belek peta, tengok jalan, tengok bangunan dan lastly terjumpa orang Malaysia dan tanya arah ke Hongik Station.

Keluar dari Pencil GH kena belok kanan dan jalan 50 meter kemudian belok kanan lagi. Jalan terus 100 meter kemudian belok kiri, jalan 30 meter ada traffic light kena belok kanan dan lintas jalan. Kemudian jalan terus lebih kurang 100 meter akan nampak Hongik Univ Exit 2 kat hujung jalan sebelah jalan besar. Jarak dari Pencil GH lebih kurang 400-500 meter. Sejuk-sejuk jalan tak terasa sangat. Cuma rasa ngantuk je sebab dalam flight tido 1-2 jam je.

Hongik University Exit 2 Subway Station
11.00 am - Di  subway Hongik Station sekali lagi bukak map. Ni memey kena baca map. Tengok mula-mula memang serabut. Ada macam-macam color line subway. Kena tahu dari stesyen mana dan lokasi stesyen nak stop.

Seoul Subway Map... amacam? serabut tak?

Tempat aku nak pegi tu ialah Namdaemun market. Dari Hongik Univ kena lalu 5 station. Transfer ke Line color ungu gelap di City Hall. Kemudian turun ni Seoul Station dan Transfer lagi ke Line Biru ke Hoehyeon Station. 2 kali kena transfer line dari Hongik. Tambang lupa pulak nak kira. Rasa dalam 1000++ won sorang. Transfer line kena turun naik tangga dan escalater. Jalan-jalan macam ni kaki kena kuat. Kalau nak senang naik teksi atau bas. Bas lagi murah dari Teksi. Subway lagi murah dari Bas. Kalau naik teksi rasa-rasa dekat 10k won(rm30 lebih kurang). Nak murah naik subway laaa...

Hongik Univ(Line Hijau) ke Hoehyeon(Line Biru)
11.30 am - Tiba di Namdaemun dan jalan-jalan shopping beli sourvenir. 1st day dah shopping. Sebabnya hari ini Sabtu kawan wife aku cuma free boleh ikut jalan-jalan. Lain hari dia sibuk. Kawan wife aku tu keje kat Kedutaan Malaysia. So dia bawak kitorang terus ke kedai tempat dia kenal. Dapat murah sikit. 1st day dah setel beli fridge magnet, ketip kuku, brooch, pandora....

Namdaemun Market

Namdaemun Market

Namdaemun Market - Beli Brooch
1.00 pm - Sejuk-sejuk perut cepat lapar. Last makan dalam flight pukul 5 pagi, memang lapar giler. Kawan wife aku nak belanja makan kat Itaewon. Nama Restoren Wang Thai. Alhamdulillah... save sikit duit makan tengahari 1st day in Korea. Dari Namdaemun ke Itaewon naik teksi je. Kat Itaewon juga banyak restoren halal. Kat sini juga terletak Masjid Seoul. Kira kawasan ni ramai foreigner dan orang Islam pun ramai kat sini. So, kalau jalan-jalan Seoul nak berulang makan kat sini pon bole. Cuma leceh nak kena naik turun train, bus atau teksi sebab nak makan. So, bab makan kena pandai-pandai plan sendiri.


Makanan Thai - ada Tom Yam, kerabu, udang goreng tepung... rasa-rasanya 4 orang makan ni dekat RM200++. Memey Sodap.
2.30 pm - Setel makan semua perut pun dah kenyang, mata pun mengantuk dan badan rasa letih sebab tidur tak cukup. Dari Itaewon terus balik ke guest house kat Hongdae. Naik subway dari Itaewon. Bukak map subway lagi. Kali ni lain route. 2nd time faham dah cara nak baca map tu. Senang jer...

3.30 pm - Tiba di Kimchi Guesthouse. Setelkan check in bilik, solat dan tidoo...

6.30 pm - Punyalah lena tido dekat 3 jam. Tengok luar macam dah gelap. Kat Seoul waktu musim winter siang pendek dan malam panjang. Maghrib jam 5.17pm dan Isyak sejam kemudian.

8.00 pm - Setel mandi, dinner, solat, kami keluar jalan-jalan kat area Hongik University. Jalan kaki je dari guesthouse. Memang happening kawasan Hongdae. Ada night market, cat cafe, trick muzeum semua ada kat area sini. Sebenarnya dah survey tempat dalam internet cuma tak tahu kawasan mana. Bila jalan-jalan terjumpa pulak. Tapi cat cafe pukul 9 dah tutup. So, kena pegi next day. Lagi pun dekat je. Malam tu cuaca memang sejuk dalam 2-3 celcius. Tapi aku ok lagi walau tak pakai glove, skaf dan hat. Kat night market dah terlanjur kat terus sambar glove yang mesra henfon. Tak payah bukak kalau nak tekan-tekan touch screen.

10.00 pm - Dah puas jalan-jalan dan beli apa yang patut, masa untuk balik ke guesthouse. Esok ada tempat lain nak pegi. Plan esok nak pegi Everland.




Thursday 12 December 2013

Jalan-Jalan Seoul, 22-28 Nov 2013 ~ Part 1 : Intro

Assalamualaikum...

Bismillahirrohmanirrohim.... Alhamdulillah... 2 minggu lepas saya baru balik dari Seoul. Ke sana 7 hari 5 malam. 1 malam tidur dalam flight kemudian 1 malam di Kimchi Guesthouse dan selebihnya di Pencil Guest House, Hondae, Seoul.

Ada cete sebenarnya kenapa 1 malam di Kimchi. Sebabnya ada miss communication antara staff mereka tentang booking saya. Oleh kerana bilik yang saya sudah book sejak July13 tiada maka mereka ganti ke Kimchi yang terletak selang satu block dari Pencil Guesthouse. Cuma bilik tu tak sama yang saya nak iaitu ada dapur, peti ais, microwave, mesin basuh dan bilik air sendiri. Bilik ganti di Kimchi cuma ada Katil untuk 3 orang aje, yang lain-lain kena kongsi. Oklah, cuma 1 malam je... seperkara lagi mereka mengaku kesilapan mereka dan bagi diskaun 10,000 won untuk 1 malam. So, 4 malam tolak 40k won(rm120)... malam pertama saya dah bayar online masa booking so tak dapat rebet.

Kenapa pilih guesthouse bukan hotel?
Untuk pengetahuan, hotel di Korea boleh tahan mahal. Paling murah dalam rm300 tetapi bukan di lokasi yang kita nak atau jauh dari bandar. So, pilihan ke-2 ialah Guesthouse yang murah sikit dan boleh dikatakan selesa. cuma bilik agak kecik sikit. Oklah... untuk tidur je...

Kimchi Guest House

Pencil Guesthouse
Flight
Saya ke Seoul bersama keluarga, 3 orang aje. Berlepas dengan MAS pada 23 Nov jam 12.15 pagi(sepatutnya 11.35 mlm tapi delay) dan tiba di Incheon Airport jam 7.15 pagi waktu Korea(6.15 pagi waktu Malaysia).

Mulanya plan ke Korea pada cuti sekolah Mei-Jun tetapi disebabkan kesihatan Arwah Ayah Mertua tidak stabil maka ditunda ke bulan November. Untuk percutian ke Korea sekurang-kurangnya 5-6 bulan kena plan sebabnya untuk dapatkan tiket flight murah. Kalau nak lagi murah masa Air Asia offer atau Matta Fair. Yang tu kena plan 8-9 bulan. Masa tu boleh saja dapat tiket harga bawah rm1000.

Untuk jalan-jalan Korea ni saya pilih MAS sebab pada tarikh yang sama iaitu pada 22-28 Nov lebih murah dari Air Asia. Dengar cete ada orang lain boleh dapat tiket Air Asia ke Seoul semurah rm500-rm700. Tu rezeki memasing. Untuk tiket MAS saya dapat untuk 3 orang, rm3800++. Ok lah, naik MAS semua siap makan, luggage 30 kg sorang dan entertaiment dlm flight. Kalau naik Air Asia nak semua tu kena top-up. Apa pun Air Asia tetap ada kelebihan sendiri dan saya banyak travel ke luar negara dengan Air Asia. Travel dengan Air Asia nanti saya cete dalam post-post akan datang.

Iternary
Oleh kerana trip ke Korea ni saya tak guna mana-mana package perlancongan jadi iternary kena plan sendiri. Untuk itu 1-2 bulan saya dah start study tentang Korea iaitu tempat-tempat menarik, tentang transportation, lokasi guesthouse, makanan halal dan lain-lain. Banyak keje sebenarnya tapi sebab nak murah kenalah cari maklumat sendiri, menelaah blog ke blog dan baca pengalaman mereka yang pernah ke sana. Antara blog yang menjadi inspirasi saya tentang Korea ialah...
http://budgettravel2korea.blogspot.com/ , http://www.muslimbackpackerseoul.com/ dan beberapa blog lain. Sebenarnya iternary yang dirancang bila sampai sana semua berubah sebabnya keadaan yang memaksa kena ubah. Apapun tempat-tempat yang dirancang tetap dapat pegi. Ada beberapa saja tak sempat sebab kekangan masa.

Persiapan
Persiapan ni penting dan Iternary pun termasuk dalam persiapan. Selain itu, kena tau tentang cuaca masa tarikh travel. Oleh kerana pada tarikh trip 22-28 Nov adalah musim winter dengan itu persediaan tentang pakaian kena diutamakan. Menurut ramalan suhu pada tarikh itu pada waktu siang ialah 5-10 celcius dan malam boleh mencecah minus celcius. So, kenalah ada pakaian winter. Terpulang nak beli atau pinjam. Bagi saya, wife dan anak ada yang beli dan ada yang pinjam. Modal besar bai kalau nak beli semua. Jaket je dekat rm 3,4,5 ratus. Belum lagi long john, sarung tangan, scaf, hat.... huhu... tu pandai-pandai korang la nak budjet. Untuk saya & family, adalah habis dalam rm1300++ untuk beli jaket, long john and kasut water proof.

Makanan
Menurut pengalaman mereka-mereka yang dah ke Korea memang susah nak cari makanan halal di sana. Untuk rujukan lokasi makanan halal boleh ke web Korea Muslim Food Guide. Selain restoren halal, restoren yang berasakan vegetarian juga disahkan orang muslim boleh makan walau takda tanda halal. Yang tu kena yakin. Kalau was-was kenalah bawak makanan dari Malaysia seperti meggi cup. Kalau hari-hari makan meggi cup muak juga. Di bandar Seoul ada setengah tempat seperti Namdaemun dan kedai-kedai runcit disediakan tempat air panas. So, takde masalah nak makan meggi cup.
Kimchi @ Sam Giel Insadong

Restoren Ilbok @ Hondae

Internet
Internet di Seoul kat mana-mana ada, di airport, subway, restoren, guesthouse. Kebanyakannya free of charges. Cuma scan dan connect. Laju pulak tuu..

Internet speed kat Incheon Airport

Internet speed kat Pencil Guesthouse





Tuesday 10 December 2013

Assalamualaikum... Salam Perkenalan...

Alhamdulillah... atas permintaan kawan-kawan yang mahu saya berkongsi pengalaman, tips dan apa-apa tentang travel, saya kembali menulis blog setelah 3 tahun menyepi. Saya menulis blog sejak 2006 dan blog pertama ialah http://sikumbang.wordpress.com . Blog ini lebih kepada isu semasa, pengalaman kerja dan juga diselitkan tentang travel.

Dan blog yang kedua ialah http://kipasliverpoolfc.blogspot.com. Blog ini wujud kerana minat saya kepada pasukan bola Liverpool. Last update blog ni 3 tahun lepas dan itulah kali terakhir saya tulis blog.  Kalau rajin pi lah jenguk blog-blog tu... hehe

Apa pun, InshaaAllah... post pertama saya tentang jalan-jalan Seoul, Korea.... tungguuu... :)