Wednesday 1 January 2014

Jalan-Jalan Seoul 22-28 Nov 2013 ~ Part 4 – Day 3

 Assalamualaikum...

Ok kita sambung jalan-jalan Seoul hari ke-3 bersamaan hari Isnin. Ikut plan asal nak ke Nami Island tapi tunda esok. Hari ni nak jalan-jalan dalam bandar je. So, destinasi pagi ni ke Namsan Seoul Tower. 

Pagi ni cuaca mendung dan hujan renyai-renyai. Belum ada tanda-tanda salji akan turun.

Hari ni keluar bawak payung pinjam dari guesthouse
Seperti biasa nak ke Namsan naik train Hongik - Myeong-dong. Di station Myeong-dong keluar exit 2. 

Subway route Hongik Univ - Myeong-dong

Bila keluar dari subway pening gak nak cari arah Seoul Tower sebab depan tu semua bangunan dan tak nampak bukit. Dari exit 2 terus jalan menuju ke hadapan. Jalan punya jalan sampai jumpa jalan susur arah ke bukit...

dari Subway jalan kaki ke Namsan cable car ~ gambar cilok @ google maps
Kami pun ikut jalan bukit tu sampai nampak Cartoon Museum dan dari situ boleh nampak bukit Namsan. Oleh kerana rasa cam tak larat, terus tahan teksi.

Jalan menuju ke Namsan Cable Car... Baru boleh nampak Namsan Tower ~ pun gambar cilok gak
Teksi charge 1000 won (RM3). Rupanya dah dekat je, tapi sebab tak larat apalah sangat RM3 untuk 3 orang.

Namsan Cable Car



Sementara tunggu cable car bergerak, ambil gambar apa yang patut.

view dari cable car
view dari atas bukit namsan station cable car.








Semasa di Namsan dapat rasa salji turun 2-3 minit walaupun halus-halus.


Salji turun @ Namsan Seoul Tower

Jakun tengok salji
layan hot chocolate selepas main salji

Myeong-dong view from Bukit Namsan

Sojuk!

Teddy bear museam @ Namsan Seoul Tower


Selepas beberapa jam di atas bukit Namsan masa untuk ke destinasi seterusnya. Kalau ikutkan kami dah beli tiket pegi balik naik cable car. Tetapi oleh kerana cuaca tak berapa baik dan angin kuat kena naik bas untuk turun ke bawah. Yang bagus mereka pulangkan semula baki harga tiket cable car.

Namsan bas station 
pilih route dan bas dari Bukit Namsan ke Itaewon
Dari Bukit Namsan kami plan naik bas terus ke Itaewon untuk makan tengahari+petang dan kemudian solat di Masjid Seoul. Dari Bukit Namsan naik bas No.3 kalau tak silap. Takde masalah untuk naik bas, di station dah siap route nak stop kat station bas mana.

Setibanya di Itaewon kami pilih nak makan kebab di Mr. Kebab. Restoren tu ditepi jalan sebelum simpang ke Masjid Seoul.

Mr Kebab @ Itaewon ~ gambar cilok
Mr. Kebab @ Itaewon

ni kebabnya, 8000 won (rm24)... kalau kat malaysia boleh dapat steak...
Selesai makan, destinasi seterusnya ke Masjid Itaewon. Lokasinya kena jalan naik atas ke bukit sikit. Lenguh lah jugak kaki. Kami singgah di Masjid Seoul hingga ke Maghrib dan sempat solat berjemaah di sana. Jemaah terdiri dari orang Malaysia, foreigner dan juga warga Islam bangsa Korea.

dalam Masjid Seoul
Masjid Seoul
Destinasi seterusnya ialah ke Damdaemun Market. Dari Itaewon kami ambil teksi terus ke Dangdaemun. Teksi charge lebih kurang 10000 won(RM30). Naik train murah banyak tapi sebab malas nak jalan kaki naik teksi lagi senang. Cuma kena bayar lebih sikit.

Doota Mall @ Dangdaemun ~ gambar cilok
Mulanya di Dangdaemun nak ke 24jam market tapi tak jumpa lokasinya di mana. Jadi, terus ke Doota Mall, Level 5 untuk beli sourvenir. Ok lah harganya, lagi pun dah tak larat nak jalan. Kaki dah macam sengal-sengal sebab banyak jalan naik bukit turun bukit mungkin. 

Selepas beli sourvenir apa yang patut, terus ambik teksi dan pulang ke guesthouse. Teksi charge lebih kurang 10000 won (rm30++).



No comments: