Thursday 20 August 2015

Hari ke 12 ~ 15 Hari Kembara 7 Negara Eropah dan UK, 1-15 April 2015

Assalamualaikum...

Hari ke-12 : 12 April 2015


Hari ke-12 dan ke-13 akan sarat dengan cerita Liverpool. So, kepada fan-fan team EPL yang lain terutama fan MU anda dijemput teruskan baca. Bukan apa, Liverpool dan Manchester sebenarnya tak jauh lebih kurang 60++ km. JB ke Air Hitam lagi jauh. Manalah tau kalau korang berhajat nak melawat Stadium Old Krepot kat Manchester bolehlah stay kat Liverpool Homestay. Don wori, bro Nazali layan baik punya walaupun korang fan MU. Fan Liverpool ni memey terkenal baik-baik belaka. Sekali sekala kutuk MU tu biasalah... haha...

Dengan bro Nazali bukan setakat ke Manchester, ke London pun bro Nazali boleh arrangekan kalau nak ke sana. Kat London bolehlah nak melawat Stadium Emirates(tempat henfon den kene ragut), Stamford Bridge dan lain-lain. Pastu boleh gi tengok Tower Bridge, Big Ben, London Eye dan lain-lain. Nak tau tentang package bro Nazali boleh like page beliau kat sini. Kawe ni tolong promote je, takde komisyen..

@ Stadium Anfield
Ok, balik semula cerita pasal Liverpool.

Pucuk dicipta ulam mendatang, akhirnya dapat jugak jejakkan kaki kat Liverpool.

Dari plan asal cuma nak ke Liverpool akhirnya kembara ke 6 negara Eropah terus. Dah alang-alang dapat tiket murah untuk 15 hari KLIA-London tapau terus kembara UK-Eropah. 

Cerita tentang ura-ura ke Liverpool dah cerita dalam post Hari-1. Jemputlah klik. 

As kipas susah mati Liverpool sejak tahun 80an sudah tentu teruja bila sudah berada di dalam bandar kelahiran The Beatles. Dapat masuk Stadium keramat Liverpool lagi lah suka. Tanda suka ialah dengan snap gambar banyak-banyak...

Ya lah... selama ni cuma tengok live kat TV, la ni ada kat sini. 

Tentang bandar Liverpool pula kawe tengok macam kat Jay Bee pon ada. Jalan raya pun lengang. Mungkin sebab masa sampai semalam hari dah malam so ramai dah balik rumah. Kat UK ni termasuklah di Liverpool selepas kol 5 kedai-kedai akan tutup kecuali kedai makan dan sewaktu dengannya. Malam kat sini memang takde pape melainkan kalau ada game bola.

Tarikan di Liverpool selain stadiumnya ialah Albert Dock yang letaknya di tepi Sungai Mersey. Kat situ ada muzium The Beatles, Liverpool Eye dan juga dekat dengan pusat bandar. Di pusat bandar ada mall terkenal iaitu Liverpool One. Kat Liverpool One ada 2 Liverpool Store. 

Selepas aktiviti stadium tour dan ke Melwood, sebelah petang dapat ke Liverpool One. Tapi park keta kat dalam bapak mahal, £5 sejam... dekat 30 hinggit... Dahlah parking mahal pulak tu tak sempat ke Albert Dock sebab semua dah lapar nak makan kat Nasi Lemak Liverpool.

Sesape yang nak ke Liverpool paling dekat airport ialah Manchester. Sejam je perjalanan. Kalau nak jauh land kat Airport Heathrow London. Kat Liverpool pun ada airport tapi banyak untuk domestik. Mungkin sebab jarak Liverpool-Manchester tak jauh so utamakan airport yang besar sikit.


Hmmm.... lain-lain tentang Liverpool next post nanti cerita... La ni jom layan gambaq....


Morning Briefing & breakfast dengan bro Nazali
GST with bro Nazali & bro Aznidi
Kami duduk di KJ row 7 & 9... dekat tu ngan padang...





Bilik persalinan Liverpool... simple jek









Tempat new player sain kontrak
This is Anfield
Museum Tour



Jalan Melwood.... depan Melwood Training
Melwood Training Ground
1st player keluar...
Fabio Borini...


Countinho...

Jordan Ibe..
Dalam banyak-banyak.... Ricky Lambert je stop....


Pusat Bandar Liverpool... Misi mencari Liverpool One Mall

Sempoi je pusat bandar Liverpool... macam Muor pon ada...
Liverpool Store @ Liverpool One 
Sambo mafla selai
Liverpool Store @ Liverpool One


Begambo dengan beberapa geng Haji Mohd Jais round UK-Europe 30 hari.... 
Amacam? nak muntah tak tengok banyak gambar pasal Liverpool? haha...

Ok, sebelum bersambung hari ke-13, nak cete sket pasal Bro Nazali.

Pagi hari-12, 1st time kami semua bertentang mata dengan bro Nazali. Selama ni follow beliau kat FB je. Hari ni dapat jumpa live dan berbual-bual dengan beliau. Orangnya sangat frenly dan suka bercerita. Bila berbual dengan Bro Nazali macam dah lama kenal...

So, pagi tu breakfast disediakan. Memang dalam package. Sambil breakfast sambil Bro Nazali briefing pasal selok belok Stadium Anfield dan kat mana seat kami untuk game malam esok lawan Newcastle.

Kemudian dapat dengar sendiri Bro Nazali cerita tentang pengalaman beliau masa mula-mula datang Liverpool. Memang menarik dan juga boleh jadikan panduan untuk mereka yang nak berhijrah. Kalau korang nak tahu lebih lanjut kenalah beli buku Ulu Yam di Liverpool 1 dan 2. 

So, untuk aktiviti hari ini ialah,

1. Stadium Anfield Tour
2. Muzeum Tour
3. Liverpool Store at Anfield
4. Melwood Training - Tengok player keluar lepas habis training.  
5. Liverpool Store @ Liverpool One Mall
6. Makan petang kat Nasi Lemak Liverpool

Semasa kami sedang enak makan petang di Nasi Lemak Liverpool telah bertemu  dengan Geng Haji Mohd Jais. Mereka semua ada dalam 13 orang kalau tak silap tapi masa tu jumpa 7 orang je sebab yang lain pegi tengok bola kat MU. Geng Haji Jais ni round UK-Eropah selama 30 hari. Masa aku jumpa dorang dah hari ke-13. Bermakna ada 17 hari lagi nak cover Scotland, Paris dan entah mana lagi tak ingat.... perghh... Kitorang lagi 3 hari nak balik pon rasa dah lama...

Oklah, Sekian kisah hari ke-12, bersambung hari ke-13...

Post terdahulu,

No comments: