Assalamualaikum...
Hari ke-13 : 13 April 2015
Hari game Liverpool vs Newcastle, 8 malam. Jadual asal game ni sepatutnya pada 11 April 2015 pukul 3 petang. Tetapi ditunda 2 hari ke depan disebabkan Liverpool layak ke semi final FA Cup dan jadual terlalu rapat.
Nasib tarikh tunda masih di UK. Cuma bila game ditunda, iternary pun kena ubah. Bila iternary berubah penginapan di London juga kena ubah tarikh. Itu sebab terpaksa last minit sewa bilik di homestay Farah sebab nak sewa homestay Norli pada 9-11 April orang lain dah book. Awalnya memang dah book pada 12-13 April. Liverpool homestay takde masalah sebab Bro Nazali punya. Apapun yang penting semua dah selamat tanpa ada masalah besar.
|
JDT dan Liverpool tidak boleh dipisahkan... haha.. |
Menurut kata Bro Nazali ada 2 pilihan dari Liverpool Homestay nak ke Stadium samada naik Teksi(5 pound) atau jalan kaki. So, kami semua pilih jalan kaki. Baru nampak kopiters sejati dan meriah.
|
sebelum gerak ke Stadium... gambar ni Bro Nazali letak dalam pamplet package ke Liverpool |
|
Selfie on the way to Stadium |
|
dengan Bro Aznidi.... |
|
Jalan kaki je dari Liverpool Homestay ke Stadium Anfield |
|
2km jalan kaki dari Liverpool Homestay ke Stadium Anfield |
|
Masa ni dalam pukul 7.15 petang... |
|
dengan Bro Aznidi dari Abu Dhabi.... |
Game start pukul 8 malam. Pukul 7.30 baru kami masuk. Sebabnya seat sudah siap nombor, tak risau takda seat. Tak macam stadium kat Malaysia game start pukul 8.45 malam, ada yang pukul 6 dah masuk untuk dapat port baek punya. Kalau lambat masuk alamatnya samada dapat tempat belakang gol atau berdiri sepanjang game. Masalah lain masuk awal ada yang sampai abaikan solat. Itu yang tak sepatutnya berlaku. Pendapat den kena ubah sistem stadium kat Malaysia kepada ada nombor seat. Barulah takda tiket palsu atau masuk free.
|
11 minit lagi game.... |
|
Emre Can... player dari Jerman keturunan Turki |
|
Kiri sekali Rahim Sterling, Countinho, Glen Johnson, tunduk tak tau, Moreno & Allen.. |
|
Tifo... |
|
1st 11.... Gerrard tak main sebab kena gantung kad merah masa lawan MU |
|
3 minit sebelum 1st half Liverpool lead 1-0... gol oleh Rahim Sterling |
|
Kapten Jordan Henderson bertekak ngan Refree sambil diperati Countinho... |
|
Emre Can kene hentak... Lucas Leiva sedang memujuk sambil diperati Lovren.... Refree tengah pikey.... |
|
Tamat game.... 2-0 |
|
Syahrul & Jersey £25 baru beli.... tag pon tak bukak... |
|
Kito monang yo!! |
|
2-0.... jadilah.... |
|
Muka suka Liverpool menang 2-0! |
|
singgah gerai kat luar stadium beli sourvenir lagi... |
Amacam? Terasa nak muntah lagi tak tengok lagi banyak gambar pasal Liverpool? hehe.... Biasalah fan Liverpool bila dapat datang ke Liverpool kemudian dapat tengok bola live, sudah tentu banyak nak dikongsi. Bukan selalu dapat ke sini woo... Mahai! riban punya modal. Kalau Stadium Larken untuk team JDT hari-hari lalu.. tiket RM10, paling mahal RM30... haha...
Apapun kami semua memang seronok kerana akhirnya impian nak tengok live game Liverpool kat Stadium Anfiled tercapai. Selama ni cuma tengok depan TV je. Aktiviti tengok bola live adalah acara kemuncak Kembara 7 Negara Eropah dan UK.
Berbekal hanya RM8k dan RM2-3K extra untuk lain-lain seperti shopping kami berjaya merancang kembara ini dan menempuh berbagai-bagai dugaan dan pengalaman. Memang pengalaman yang sangat menarik.
Kata orang, di mana ada kemahuan disitu ada jalan. Sepanjang 12 hari lalu dan hari ini ke-13 inilah yang mampu kawe share dalam blog tak seberapa ni. Esok hari ke-14 ada lagi cerita perjalanan balik semula ke London. Nak tanya lebih-lebih pasal kembara ni boleh komen kat blog atau PM den.
No comments:
Post a Comment