Tuesday, 31 January 2023

Crash Landing On You in Switzerland ~ Day 1

Assalamualaikum wbt,

Kepada yang belum baca part 1 boleh klik kat sini, https://azhartravelog.blogspot.com/2023/01/crash-landing-on-you-in-switzerland.html

Day 1 ~ Sabtu, 1 Oct 2022

Lebih kurang 6 jam perjalanan di udara dari Abu Dhabi ke Zurich, pada pukul 7.30 pagi kami selamat mendarat di Zurich Airport. Perjalanan awal pagi tenang dan cuma sekali sekala diganggu turbalance. Namun tetap selesa dapat tidur baring sejam dua.

FAR Team @ Rheinfall

Di imigresen, Rudy pesan pilih kaunter lelaki. Kata Rudy kaunter lelaki biasanya lebih cepat sebab tak banyak tanya. 

Tepat sekali apa yang dikata. Mat Swiss kat kaunter tanya soalan macam ni je.. 

"Have you ever been to the country?" aku jawab "this is 3rd times"
Dia tanya lagi "what is your purpose of visit?" aku jawab "holiday"... terus dia cakap "happy holiday" dan cop passport aku...

Fendi yang tak dengar pesanan lambat 10 minit sebab beratur dekat kaunter perempuan. 

Pilot macam Rudy dah selalu keluar masuk negara, jadi apa yang dia pesan berdasarkan pengalaman dia. So, ini tips kalau nak lalu imigresen kat mana-mana negara kena pilih kaunter lelaki sebabnya lebih cepat kerana mostly tak banyak tanya. Fahamkan kenapa... hehe... 

kereta sewa kami.. Scoda wagon diesel

kereta saiz macam ni sesuai untuk 3-4 orang

Urusan imigresen dan ambil beg setel dalam masa tak sampai sejam. Lagi awal kalau Fendi tak beratur kat kaunter imigresen perempuan.. hehe..

Keluar  dari arrival hall terus pegi kedai telefon nak beli sim kad Swisscom tapi kad dah habis pulak. Cuma boleh topup je. Nampak gaya tak dapat nak bertenet kalau keluar jalan-jalan. Harap-harap kat homestay nanti ada Wifi.

Sebelum ke tempat ambil kereta sewa yang terletak dalam kawasan airport juga, singgah kedai groceries nak beli jajan dan barang makanan lain seperti roti untuk bekalan semasa jalan-jalan.

jajan feveret Rudy.. beli kat airport tadi

hujan renyai-renyai... dah nampak signboard to Rheinfall

Rheinfall

1st stop kami untuk hari pertama di Swiss ialah air terjun Rheinfall. Air terjun ni terletak di bahagian utara Swiss iaitu di bandar Neuhansen dan dah dekat dengan sempadan jerman. Kawasan air terjun ini merentangi Sungai Rhein yang terbahagi kepada 2 wilayah Schaffhausen dan Zurich. 

Pengunjung macam kami yang self drive boleh pilih samada nak park kat belah Schaffhausen(Northern Banks) atau Zurich(Southern Banks). Waze nampaknya bawa kami ke parking kat wilayah Zurich. 

Kalau naik train atau bas boleh stop di Neuhausen, Schloss Laufen am Rheifall. Terbelit kan lidah nak sebut... haha.. itulah bahasa Jerman. Kalau cakap kena berkahak sket.. hehe..

Kat Swiss ni kebanyakan nama-nama tempat dalam bahasa Jerman. Kecuali sedikit je ada pengaruh bahasa Perancis dan Italy yang lokasi dekat dengan sempadan negara-negara tu.

Route dari Zurich Airport dan lokasi Rheinfall

nak masuk kena belik tiket dulu

Bayaran masuk untuk dewasa ialah CHF 5.00 ( x 4.6 = rm23). Lain-lain fee,
                                                                 
- Children, 6–15 years oldCHF 3.00
- Groups of 15 up to 29 personsCHF 3.00
- Groups of 30 persons or moreCHF 2.00

Air terjun Rheinfall merupakan yang terbesar di Eropah. Tinggi 23 meter dan lebarnya 150 meter. Kalau nak compare dengan Niagara falls memey yang kat Canada & US tu 3 kali lagi besar.

Dikatakan air yang terjun berjumlah 600 ribu meter padu sesaat. Cuma pada musim winter je kurang sikit dalam 250 ribu. Masa aku datang ni rasa dalam 600 ribu berdasarkan bunyi dan kederasan air yang terjun dari celah-celah batu. Aku rasa kalau ada sape-sape berniat nak terjun kat dalam tu takkan selamat sebab air akan tenggelamkan terus ke dasar. 

aku kat belah Southern Banks.. seberang sana Northern banks

berdiri kat platform sini boleh rasa tempias air terjun Rheinfall

Nak rasa tempias air terjun kena turun jalan kaki sampai ke bawah. Terasa ngeri gak berdiri kat planform batu yang dibina khas untuk pengunjung merasai suasana dekat dengan air terjun. Bila berada kat situ memang semakin kuat dengar bunyi kederasan air. Kepala dan jaket jadi lembab sebab kena tempias air.

Perkhidmatan bot juga disediakan untuk pergi dekat dengan air terjun. Bayarannya tak sure sebab tak naik..

jumpa spot menarik kite amek gambo

renungan ke Sungai Rhein

Bot ni akan pegi dekat dengan tempat air jatuh terjun

rehat sat pekena karipad kat tepi Sungai Rhein

kedai jual sourvenir dan tempat beli tiket masuk

gereja

parking rates.. sejam chf 5... sama hage entrance fee Rheinfall

Besa Supermarket

Besa Supermaket menurut kata Rudy adalah kedai yang ada menjual groceries halal. Kami singgah sini nak tengok apa yang boleh dibeli untuk tambah bekalan makanan mana yang belum cukup.

Besa supermarket... ramai etnik Albania yang beragama Islam dok kawasan ni..

Sejam perjalanan dari Rheinfall ke Besa Supermarket

Halal... ada lambang Albania dan Kosovo kat pack makanan

berbual dengan penjual kat Besa Supermarket

Daging kebab pun ada jual

Kat sebelah Besa ada restoren halal Home Cooking. Singgah nak beli pizza bungkus bawak balik

sementara tunggu pizza siap, buat kira-kira dulu berapa dah spend untuk hari ini..

otw ke homestay masih hujan renyai-renyai lagi

Bettschen K├╝chen - Hosted by Ursula

Arisstrasse 38, 3713 Reichenbach im Kandertal, Switzerland

Homestay ni Rudy booking melalui AirBnb 6 bulan sebelum tarikh travel. Untuk 8 hari 7 malam roughly dalam rm3000. Kira-kira Rm430 satu malam. Boleh muat hingga 5 orang. Kami 3 orang, jadi tong-tong RM1000 sorang.

Lauterbrunnen dan Grindelwald sebelah je tapi nak pegi situ kena ikut laluan tepi tasek Thun..

pemandangan homestay dari atas Google Maps

Mula-mula payah juga nak cari homestay ni. Guna waze pun tak jumpa. Rupanya dalam AirBnb tuan rumah ada bagi tahu pasal google salah navigation dan dia guide cara-cara nak cari rumah dia. Tuan rumah bagi tahu cari landmark rumah ada garage color hijau. 

Finally jumpa juga setelah keluar masuk salah lorong. Waze dah hampir cuma 200 meter tersasar.

Fendi masih terpana dengan keindahan kawasan sekitar

salah satu pokok epal dan lembu-lembu swiss yang ada loceng kat leher

Lokasi homestay ni terletak di atas bukit bukau Reichenbach Im Kandertal iaitu kawasan perkampungan Alps dengan pemandangan gunung ganang yang memukau. 

Di kawasan homestay pula dikelilingi beberapa pokok epal atas padang hijau yang panoramanya saujana mata memandang. Memey nyaman dan menyamankan. Terasa macam suasana kampung Parit Nipah, Muor tapi kat Switzerland.

Disamping itu terdapat lembu-lembu yang dipakai loceng kat leher. Bila lembu-lembu tu bergerak maka berbunyilah loceng itu. Sebenarnya tak tergambar keindahan sebenar dengan tulisan dan gambar. Apapun, korang layan je lah gambar-gambar yang aku share ni.. 

kawasan belakang homestay 

ni view dari parking kereta

pokok epal lagi dan lembu-lembu sedang meragut rumput

buah epal yang dah gugur... boleh makan selepas minta izin tuan rumah..

view depan rumah

view tepi rumah

Ruang dalaman homestay juga nampak besar dan selesa. Tuan rumah tinggal kat tingkat atas dan kami kat bawah.

Homestay ni ada 2 bilik, 1 hall, dapur dan ruang makan. Kelengkapan untuk masak semua ada. Paling best view dari hall dan sebelah meja makan boleh nampak pemandangan kawasan sekeliling dan gunung ganang yang indah.

lorong jalan ke pintu masuk homestay

view dari sini boleh nampak gunung ganang... tapi terlindung pokok plak

ada kucing peneman penghuni homestay

toilet homestay.. hanya boleh basahkan dekat bath tab je..

view dari pintu masuk

dapur dan pantry... belah kiri bilik Rudy.. depan sana hall tempat tengok tv

sebelah meja makan tu sambil makan boleh layan view gunung ganang yang menghadap ke jalan besar

ni hall tempat lepak dan tengok tv... belah kiri bilik aku dan fendi... kat tingkap tu boleh nampak pokok epal, lembu dan view gunung ganang..

hall view dari bilik aku... beso gak untuk solat jamaah..

Pada aku sangat berbaloi dapat homestay selesa macam ni untuk 8 hari 7 malam menginap di sini. Harga pun berpatutan dibandingkan dengan kawasan di Lauterbrunnen yang pernah aku sewa dekat RM600 satu malam.

Walaupun kawasan homestay ni agak terpencil tapi tak lah jauh sangat nak ke kawasan attractions popular seperti Lauterbrunnen, Grindelwald dan lain-lain. 

Memandu di Swiss jarang jumpa jem dan jalan raya ada lalu highway, jalan kampung dan terowong. Tempat macam Lauterbrunnen dan Grindelwald boleh sampai dalam 30-40 minit. Paling dekat Tasek Blausee boleh sampai dalam 15 minit.

Ni jarak dari homestay ke tempat-tempat nak pegi,

1. Lauterbrunnen - 39 km

2. Grindelwald(CLOY) - 47 km

3. Iseltwald(CLOY) - 38 km

4. Sigriswil(CLOY) - 33 km

5. Tasek Blausee - 13 km

6. Furka Pass(James Bond) - 100 km

7. Zermatt - 87 km

8. Interlaken - 30 km

waktu solat di Reichaenbach im Kandertal

Sekian untuk kisah hari pertama di Swiss. Bermula mendarat di Zurich airport, kemudian ke air terjun Rheinfall, seterusnya singgah di Besa Supermaket dan akhir sekali check in di AirBnb hosted by Ursula Bettchen. 

Bersambung post akan datang... Day 2 in Swiss

Post terdahulu,

Persiapan dan Jalan-Jalan Dubai


2 comments:

danie3606 said...

Salam. Besa supermarket tu bnyk ke branch dia kat Swiss tu?

Mohamad Azhar said...

yang tahu ada 1 tu je..