Sunday 15 January 2023

Bandung.. aku datang lagi, 4-8 Dis 2022 ~ Part 2

 Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. jom sambung baca Part 2 Bandung.. 

Kisah Part 1 boleh klik kat sini, https://azhartravelog.blogspot.com/2023/01/bandung-aku-datang-lagi-4-8-dis-2022.html

Day 3 - Selasa, 6/12/2022

Hari ini kami akan ke ke Garut yang jaraknya dari Bandung 67km dan perjalanan dalam sejam lebih dari hotel.


Garut ikut kiri..


Kereta kuda


Apa ada kat Garut?

Tahun 2009 aku pernah ke Garut dengan Geng bujang sekerja. Masa tu pergi Garut sebab nak cari jaket kulit sebab kat Garut lebih murah dan banyak pilihan dari di Bandung. Garut memang terkenal dengan perusahan barangan kulit domba. Domba ni sebenarnya kambing gak cuma ada beza sikit tang bulu je. Domba tu biri-biri dan banyak bulu manakala kambing takde bulu. Itu je beza, cuma domba ni sebutan orang indonesia untuk biri-biri.

Eh! cete pasal kambing plak.. hehe.. ok balik cerita kenapa pegi Garut? 

Kami ke Garut sebab Amir nak bawa ke tempat wisata baru iaitu Antapura De Djati yang baru dirasmikan pada 6 Feb 2022. So, masa aku datang baru je buka 10 bulan. 

Antapura De Djati

Terletak di Desa Cibiuk Kaler, Garut. Tempat ni mengabungkan alam semula jadi, tempat makan, sawah padi dan permainan seperti buaian, basikal gantung dan lain-lain. Menarik gak tempat ni dan sesuai nak OOTD bagai untuk jadi kenangan.

Nak masuk macam biasa ada bayaran seperti di bawah,

Tiket dewasa:

Isnin-Jumaat : Rp 25.000(Rm18)

Sabtu-Ahad : Rp 35.000(RM11.50)

Tiket untuk kanak-kanak 5-8 tahun, dan warga emas 60 tahun ke atas :

Isnin-Jumaat : Rp 15.000(Rm5)

Sabtu-Ahad : Rp 20.000(Rm7)

Tiket masuk nanti boleh tukar dengan air mineral. Makanan dari luar tak boleh bawak masuk.

Lain-lain, layan gambar kitorang kat situ..

Kat pintu masuk Antapura

depan pintu masuk

Belakang tu sawah padi

Ni aktiviti yang disediakan dalam wisata ni dan dikenakan bayaran tambahan,

Kerucut Gantung  : Rp 10.000(Rm3)
Belon Udara  : Rp 10.000(Rm3)
Ayunan/Big Swing : Rp 15.000(Rm5)
Sarang Burung : Rp 10.000(Rm3)
Basikal Gantung : Rp 15.000(Rm5)
Paket bundling 5 wahana : Rp 40.000(Rm13)
Rainbow slider : Rp 15.000(Rm5) sekali main, Rp 30.000(Rm10) untuk tiga kali main, dan Rp 60.000(Rm20) untuk main sepuasnya.


Lawo gak Burung Hantu ni tang mata dia..

Burung Hantu yang anak aku pegang ni specis lain memey nampak macam hantu..

OOTD at sawah padi

0.5 back camera

atas tu ada tempat main buai, basikal gantung, tempat OOTD dan tempat makan

buai laju-laju sampai cucur sawah

menggamit view dia

Datang sini kena try main buai ni... memey best

Kerucut Gantung.. pun sesuai untuk OOTD

Belon panas ni pun cun untuk OOTD... kaler pelangi tu jangan LGBT claim plak



Pekena Kopi brew kat sini

Mocha

Mussola disediakan.. ni kat bawah area dekat parking

Sebelah mussola tu ada tempat makan dan warung kopi

Sebenarnya banyak lagi spot-spot menarik kat sini tapi tak sempat nak pegi semua. 2 jam lebih aku cuma boleh cover separuh je. 

Tarikan Antapura De Djati ialah lokasinya yang berada di kawasan sawah kaki bukit serta dikelilingi rimbunan pokok-pokok hijau. Di samping itu ada banyak tempat-tempat untuk berOOTD yang berlatar belakang view menarik.

Asstro - Rumah Pak Asep

Kami ke sini untuk makan tengahari. Owner yang sama tempat kami makan semalam di Asstro Highland. Cuma di sini tempat Pak Asep tinggal.

Ni rumah Pak Asep dan keluarganya menetap


Siapa Pak Asep?

Ni info yang aku dapat setelah menggoogle. 

Nama sebenar ialah Asep Haelusna. Asal kerja Pak Asep ialah usahakan ladang strowberi petik sendiri di Lembang, Bandung. Selama usahakan ladang strowberi para pekerjanya di beri makan Nasi Liwet yang Pak Asep sendiri masak. Tidak lama kemudian Nasi Liwet jadi terkenal dan disukai bukan saja pekerjanya juga orang-orang sekitar. Bermula dari itu Pak Asep buka Rumah Makan Liwet Pak Asep Strowberi yang pertama di Nagreg. 

Sekarang Pak Asep ada 7 cawangan Rumah Makan Nasi Liwet di Jawa Barat dan memiliki 500 pekerja. Rumah Makan itu dinamakan Asstro iaitu singkatan Asep Strowberi.

Mulanya aku pelik gak 2 tempat Rumah Makan Pak Asep dah pegi dan keduanya kat Ladang Teh? Rupanya disebalik nama Asstro ada kisah disebalik kejayaan Pak Asep yang ada kene mengena dengan kerja awal buka Ladang Strowberi dan Nasi Liwet untuk pekerja. Pada aku Nasi Liwet Pak Asep memey sedap walaupun makan nasi je tanpa lauk. Pada korang kalau rasa kena datang Bandung dan try.

Pada aku kisah Pak Asep ni boleh jadikan inspirasi dari asal buka ladang strowberi kemudian buka restoren sampai 7 cawangan yang menu utamanya hasil air tangan Pak Asep sendiri iaitu Nasi Liwet.

Rumah Makan Pak Asep ni pun kat Ladang Teh 

Deretan kereta dan jeep kepunyaan Pak Asep.. keta yang hujung tu kaler merah strowberi

Tenang makan kat Gazebo di tengah Ladang Teh

Menu : Nasi Liwet lauk ayam

Selepas makan kami bergerak balik ke Bandung semula. Waktu masa tu dalam pukul 2 lebih dan kami jangka akan sampai di pusat bandar Bandung dalam pukul 4 petang. Perjalanan lancar cuma nak masuk bandar je agak sesak sebab bertembung dengan waktu warga Bandung pulang dari kantor.

Border kabupaten Garut dan Bandung

Jambatan laluan keretapi

Jalan sebelum masuk highway tol

Boleh jadi sombong makan ole2 ni

Ada flash mob demontrasi aman

Dari Garut kami singgah Toko 3 dan solat maghrib di situ. Toko 3 sebelum zaman pandermik antara tempat feveret orang Malaysia dan sentiasa ramai orang. Tapi masa singgah tadi agak lengang dan orang Malaysia cuma aku dan family. Memang terkesan juga toko-toko di Bandung akibat pandermik dan belum pulih 100%.

Selepas solat Maghrib kami singgah tempat makan faveret iaitu Rumah Makan Marannu untuk makan feveret dish Konro Bakar. Nak makan lagi satu feveret dish Es Pisang Ejo dah habis pulak.. waduh! takpe esok masih ada...


Konro Bakar, makanan asal dari Makasar

Day 4 - Rabu, 7/12/2022

Hari ni plan jalan-jalan dalam kota Bandung aje nak beli apa yang patut untuk dibawa pulang. Nak tau apa yang dibeli, jom terus baca..

Kowani Perfume

Antara tempat feveret untuk beli perfume jenama antarabangsa pada harga marhain. Perfume kat sini dibancuh sendiri. Cakap je nak perfume jenis apa, semua ada kat sini. Kualitinya lebih kurang je dengan original dan tahan lama.


Dalam botol aluminium tu pati mintak wangi

Cara bancuh...

ni aku punya CK One 135ml sebotol.. stok untuk 2 tahun

ni orang kirim... banyak betul dia kirim sampai 9 botol

Tiga Rasa

Tempat kedua singgah untuk beli ole-ole Bandung untuk adik beradik, jiran dan kawan-kawan.


Kerepek belut pun ada

Sebelum beli boleh rasa dulu


Sarae Hills

Tempat wisata terbaru di Bandung. Menurut kata Amir baru buka masa pandermik.

Sarae Hills ada kawasan bernama World of Wonders (WOW), yang mereplikasi bangunan-bangunan ikonik dari berbagai penjuru dunia. 

Antara binaan ikonik itu ialah Arc de Triomphe, Menara Eiffel, Patung Liberty, Sphinx, Pyramid Giza, Amphitheatrum Flavium, Santorini yang boleh dijadikan latar foto menarik. Berada di sini seolah sudah keliling dunia dalam masa beberapa jam..hehe

Kaunter tiket

Dari tempat parking nak ke kaunter kene naik shuttle yang disediakan. Naik shuttle tu free. 

Dapat passport sorang satu

Harga tiket seorang ialah Rp 50k(rm16) dan nak lalu Golden Gate Bridge kena tambah Rp15k(rm5) sorang.


Atas Golden Gate Bridge.. ikonik jambatan macam kat New York

Golden Gate Bridge ni hanya dibenarkan 30 orang sahaja boleh lalu dalam satu masa. 


Besi jaring-jaring tu agak lembut bila dipijak.. pijak tetulang besi tu ok

Golden Gate dari bawah.. boleh tahan tinggi

part of Colleseum macam yang kat Rome

Singgah makan Gelato


Baru dapat 2 cop passport... total 9 WOW

Eifel Tower

Public Phone London

Healing

Statue liberty

Santorini

Mercusuar Cafe & Resto

Selepas menghabiskan masa 2 jam lebih kat Sarae Hilss datang kat sini untuk makan tengahari. Tempat ni terletak kat lereng bukit dan banyak pokok-pokok. Masa aku datang hujan renyai-renyai dan cuaca agak sejuk.

beso meja boleh muat 10 orang

Makan time

Selepas makan pekene Latte

Insyirah dengan kucing memey tak dapat dipisahkan...

Di cafe ni mussola disediakan dan tak jauh dari gazebo tempat kami makan. Lepas solat, rasa mengantok. Baring kejap sampai terlelap. Adalah dalam 30 minit terlelap dan hujan masih turun. Tunggu hujan reda baru gerak ke tempat seterusnya.

Lama juga kami lepak kat cafe ni. Dari masa makan, lepas tu solat, kemudian terlelap dan hujan masih turun cuma tak berapa lebat. Sepanjang 4 hari kat Bandung hujan kerap belah petang. Waktu pagi cerah. Bak kata anak aku hujan kat Bandung ni cuma passing clouds je sebab lokasi kat tanah tinggi... hmmm.. boleh dipertimbangkan teori tuu... 


Rumah Makan Marannu

Return balik Rumah Makan Marannu sebab semalam tak dapat makan Es Pisong Ejo. Alhamdulillah hari ni dapat makan. Bagi aku kalau datang Bandung tak sah kalau tak makan Konro Bakar dan Es Pisang Ejo. 

Sebenarnya ada lagi tempat-tempat feveret cuma tak sempat nak pegi dan ada nak test tempat baru macam Iga Bakar. 

ni dia Es Pisang Ejo... memey sedap woo...

Semalam dah makan konro bakar hari ni makan mee... entah lupa nama mee apa..

Konro sedang dibakar

Day 4 route... dekat-dekat je kecuali Sarae Hills dan Mercusuar Cafe kat pinggir kota..


Day 5 - Khamis, 7/12/2022

Sekejap je dah hari ke-5 dan merupakan hari terakhir di Bandung. Hari ini kami akan ke Jakarta semula. Flight balik pukul 6.25 petang. Jadi, dari Bandung kami kena gerak pagi. Sebelum keluar dari kota Bandung nak singgah Kartika Sari dulu beli kek dan lain-lain ole-ole Bandung.


Makmur Jaya Coffee Roaster

Amir bawa singgah sini dulu sebab nak belanja aku kopi ais paling sedap kat Bandung. Harga secawan kopi ais dalam Rm6-7 je. Memey murah. Betul kata Amir memey sedap rasa kopi tu.

Dalam Cafe... nak kopi brew pun ada..

Kopi Es Makmur Jaya... datang Bandung wajib coba


Kartika Sari

Ini pun tempat wajib singgah sebelum balik ke Malaysia. Kartika Sari ni cuma ada kat Bandung je. Menuruh kata Amir memey owner Kartika Sari tak nak buka kat tempat lain seperti Jakarta dan bandar lain sebab nak jaga originality brand. 

Jadi, kalau nak produk Kartika Sari kena datang Bandung. Bagus gak buat macam tu sebagai satu cara nak tarik orang datang ke Bandung sambil bantu ekonomi orang-orang Bandung.

Borong jangan tak borong.

Crispy Cheese... pon sodap

Bagelen... antara ole-ole wajib beli

Semalam kat Tiga Rasa dah 1 kotak... hari ini nampaknya tambah 1 kotak lagi..



kotak lagi..

Bandung - Jakarta

Kira-kira pukul 8.45 dah gerak keluar dari kota Bandung menuju Jakarta. Jika traffic lancar dalam masa 3 jam setengah boleh sampai. Kami keluar awal untuk mengelakkan sebarang kemungkinan tak dijangka seperti jem dan sebagainya yang boleh membuatkan terlepas flight.


RnR km125 hala Jakarta

Masa ni dah pukul 11 pagi... dekat dah dengan Jakarta

Sampai Jakarta dah... menuju ke PIK... jalan jem sikit

Monopole Telco kat divider highway? Macam mana dorang buat maintenance?

Stadium Nasional Jakarta

Exit tol nak ke PIK.. masa ni pukul 11.40 pagi

Pantai Indah Kapuk(PIK)

Oleh kerana sampai Jakarta masih awal lagi nak ke airport. Amir bawa ke PIK sebab tak jauh dari airport dalam 15 min je perjalanan. 



Lunch dulu kat Dapur Jum

Apa ada kat PIK?

Terletak dipersisir pantai utara Jakarta merupakan tanah tambak persis Palm Jumeirah kat Dubai. Cuma bentuk dia tak macam Palm lah. 

PIK ni umpama bandar baru yang menyediakan kemudahan seperti perumahan, hotel, pejabat, hospital, restoren-restoren dan tempat wisata. Pada aku yang kurang kat sini cuma tiada masjid. Aku pun tak sure kenapa? Samada belum ada atau memang takde?

Semasa ronda-ronda kawasan ni masih banyak juga tanah kosong dan dalam pembangunan. Mungkin dalam masa 5-10 tahun baru siap sepenuhnya.

Apapun banyak tempat menarik kat sini dan antara aku sempat singgah ialah, Cove at Batavia..

ni kat Cove at Batavia... laluan kapal terbang nak landing


kiri kanan kedai makan... 



Banyak gak spot menarik nak OOTD kat Cove at Batavia... mana yang sempat kita wefie..

13M...15M tu bayaran bulanan sewa beli.. rm4k-5k tuu... fuh!


Bandara Soekarno Hatta

Eh! dah sampai airport dah.. macam baru je datang Bandung 5 hari lepas dan hari ini dah nak balik dah.. huhu... macam tak puas plak nak jalan-jalan lagi... takpe boleh datang lagi... hehe

Ni 2 kotak penuh dengan ole-ole Bandung..

Check in bag dan kotak-kotak

Terminal ni best ada tempat relax macam ni..

Sementara tunggu boarding kita tenang-tenang dulu layan view kat depan..

Masuk dalam kapal dah...

Bye-bye Jakarta dan Bandung.. you'll be missed..


Ok, sekian untuk kisah jalan-jalan Bandung pada kali ini... Termasuk kisah Bandung kali ni dah 4 kali aku share dalam blog ni. Kalau korang nak baca kisah terdahulu aku share kat sini,

2014

2017

2019

Post terdahulu ~ Part 1
https://azhartravelog.blogspot.com/2023/01/bandung-aku-datang-lagi-4-8-dis-2022.html

Terima kasih kerana sudi baca sampai habis. Mana yang baik boleh jadi rujukan kalau nak datang Bandung. Kalau nak senang contact je Amir dan dia akan susun semua iternari.

Jumpa lagi kisah seterusnya, Jalan-Jalan Swiss.... 

Sekian, Wassalam










5 comments:

bellenabilah said...

salam bro, betul ke setiap kali nak masuk mall or kedai2 di situ perlu tunjukkan apps vaksinasi kita? adakah kita dibenarkan masuk kalau tiada vaksinasi atau booster?

Mohamad Azhar said...

Hi Bellenabilah,
Tak perlu.. tak vaksin pun bole masuk

bellenabilah said...

Baik..terima kasih bro. Semoga sentiasa rajin update blog 😄

lailemohd said...

Very nice sharing. Next time pergi Bandung sure can follow this itenerary. Torrbaek👍

Mohamad Azhar said...

Hi lailemohd,

Thanks sudi baca :)