Sunday 25 August 2019

Bandung lagi.... 13-17 Aug 2019

Assalamualaikum wbt.

Post pasal Kembara Turki rehat sat bagi laluan travelog Bandung short gateway pada 13 Aug hingga 17 Aug 2019.

Emangnya takdok plan nok gi Bandung pada cuti sekolah bulan 8 lepas raya haji. Semuanya bermula bila geng bini-bini aku gangster ajak holiday ke Pulau Perhentian di Ganu selepas raya haji. Cadangnya mereka mahu return semula ke pulau perhentian yang last kami pegi pada 2012. Masa tu pergi 4 famili. Kali ni nak return 3 famili je.

Oleh kerana date plan nak ke pulau agak suntuk iaitu tak sampai sebulan maka semua resort dah fully book. Kami dah agak akan penuh tapi saje nak cuba try test nasib kalau ada resort yang kosong lagi.

Kalau nak juga pegi ke pulau cuma ada pilihan day trip. Pegi pagi balik petang. Hurmmmm... tak best macam dok pulau 3 hari 2 malam.

Bincang punya bincang at last plan pegi pulau tak jadi. Lalu aku cakap dengan wife dan anak aku nak pegi Bandung. Cadangan aku itu telah membuatkan salah seorang geng bini aku nak join. Bila dah confirm nak ke Bandung, aku terus buat apa yang patut seperti booking tiket flight, deal transport dan book hotel.

20 July 2019 - Geng Bini-Bini aku Gengster gathering di rumah Rap. Kat sini juga aku dan famili Hj Yusli confirm nak pegi Bandung..


Flight

Dari JB takde direct flight ke Bandung. Kalau nak ke Bandung samada dari Singapore atau KL. Aku pilih dari JB ke Jakarta sebab memikirkan masa hari balik bila dah sampai JB tak perlu nak travel berjam lagi untuk balik ke rumah.

Kalau lalu Singapore time balik nanti kena menempuh jem kat Imigresen. Sure 1-2 jam untuk sampai kat rumah.

Kalau lalu KL pulak kene travel 300++km time balik ke JB.

So, pada aku pilihan terbaik ialah naik dari Senai ke Jakarta. Dari Jakarta nak ke Bandung dalam 180km je dan lebih kurang 3 jam perjalanan kalau tak jem. Aku lebih memikirkan biar susah-susah kat sana, senang-senang kat sini.

Last minit beli tiket flight memey hage tiket agak mahal. Ini harga yang aku dapat.

RM525 - tanpa luggage,
RM575 - one way luggage
RM625 - 2 way luggage. 

JB-Jakarta
Aku amik 1 je luggage(20kg)

Jakarta-JB
2 luggage(40kg). 

So, total tiket flight untuk famili aku 3 beranak ialah, RM1725.00


Transportation

Banyak kali dah aku datang Bandung dan semestinya my feveret tour guide kat sana ialah Amir Seun. Sejak dari 2008 aku dah guna khidmat dia dan kami dah jadi kawan. Ramai dah aku rekemen Amir kalau sesape nak nak pegi Bandung. Semua yang aku rekemen cakap Amir memey terbaik sampai ada yang return datang Bandung sampai 2-3 kali.

So, kalau sesapa nak ke Bandung pegi contact Amir. Datang sekali pasti nak datang lagi.
Nah! ni FB dia, https://www.facebook.com/amir.seun


Hotel

Cam bese kalau travel www.booking.com menjadi pilihan aku untuk book tempat penginapan. Untuk kali ni aku pilih dok kat M Premiere Hotel Dago Bandung. Selalunya aku dok Hotel Progo je tapi kali ni saje nak try dok sini plak. Hotel ni tak jauh dengan Jalan Riau dalam 800 meter je.

di Jalan Riau terletak banyak factory outlet dan antara feveret aku ialah The Secret, The Crown dan Heritage


Day 1 - 13 Aug 2019

Flight pukul 7 malam dan tiba di Jakarta pukul 8.15 malam waktu Indonesia(lambat sejam dengan Malaysia - 9.15 malam). Ekceli ada delay 15 min tapi tiba di Jakarta on time.

Di Airport Jakarta Soekarno Hatta, Amir dan supir Pak Marvin dah sedia menunggu dan terus bawa kami meninggalkan airport menuju ke Bandung. Namun dalam perjalanan ada jem pulak sebab la ni kat Jakarta tengah ada keje-keje upgrade highway. Perut dah lapar pulak tu. Disebabkan jem dekat 2 jam delay dan sebelum terus ke Bandung kami singgah di Rest area KM57 Cikampek untuk dinner. Masa tu dah dekat pukul 12 malam. Kami tiba di hotel kat Bandung kira-kira pukul 2 pagi.


Jem bangat!
Rest area KM57 Cikampek siap ada masjid yang boleh muat 1000 jemaah.

Day 2 - 14 Aug 2019

Kenalkan, keluarga Hj Yusli dan Hajah Zarina yang join aku pegi Bandung. Dia sekeluarga ada 6 orang dan campur dengan keluarga aku jadi 9 orang. Transport yang aku sewa muat untuk 11 orang termasuk drebar.

Untuk plan hari ini famili Hj Yusli akan ke Trans Studio. Manakala famili aku nak jalan-jalan ke Toko 3, lunch kat Rumah Marannu dan lepas tu nak ke spa.

Gitulah plan asalnya sementara nak tunggu famili Hj Yusli habis libur kat Trans Studio. Tiba-tiba yang nak ke spa tu dorang nak join. Ok, mintak Amir bookingkan kami 2 famili petang nanti dalam pukul 4.30 petang. Kat spa tu aku cuma nak urut kaki, wife nak facial dan anak aku manicure. Famili Hj Yusli pun sama ada nak reflexologi, manucure dan facial.

Best ke Spa kat Bandung?
Bukan setakat best, juga murah. Pastu untuk reflexologi boleh pilih nak lelaki atau perempuan. Aku sure pilih lelaki.


M Premiere Hotel Dago Bandung

aku, amir dan sebahagian famili Hj Yusli..

Trans Studio

me and amir

Toko 3

Lepas beli apa yang patut dan sementara nak tunggu waktu zohor aku lepak kat tingkat paling atas Toko 3. Bagusnya tentang factory outlet kat Bandung semua ada Musolla dan toilet. Bukan tu je, kat atas ada juga tempat nak santai-santai, layan view dan sambil sambil bergambo..






Rumah Makan Sop Konro Marannu

Lepas shopping kat Toko 3 waktu dah tengahari dan perut pun dah lapar.

Rumah makan ni antara tempat feveret aku kalau datang Bandung. Antara menu wajib ialah Konro Bakar dan Es Pisang Ijo. Konro itu bahasa Makasar ialah rusuk lembu.

Konro Bakar
Kiri tu Es Pisang Ijo... memey mabeles!

Trans Studio Bandung Mall & Food Festival

Selepas lunch waktu baru pukul 2 lebih. Ada sejam lebih lagi nak ke pukul 4 petang. Sementara nak tunggu famili Hj Yusli keluar jalan-jalan kat dalam mall ni. Ingat nak jalan-jalan je tapi terbeli plak sandle Croc dan perfume CK one.

Dari dalam mall gi lepak kat Food Fest kat sebelah mall je. Sebab masih kenyang aku cuma nak ngopi je. Tengah ngopi tiba-tiba ada pulak promoter offer 3 air kotak 10k rupiah je...



Promosi Grab kat belakang tuu....

Pukul 4.15 Hj Yusli call kata dia dengan famili dah kat luar Trans Studio. Aku bagi tahu Amir dan kami terus menuju ke Spa Roger's Salon. Jarak dengan Trans Studio dalam 8 km.



sementara tunggu pengurut kaki..

Selesai di Spa dan sebelum balik ke hotel singgah Restoran Simpang Raya di Jalan Dago untuk dinner. Ini restoren menu Nasi Padang. Lauk-pauk kat restoren ni untuk tekak orang malaysia boleh masuk sebab tak jauh beza.


Day 3 - 15 Aug 2019

Plan hari ni nak ke Maribaya Lodge dan Farmhouse. Kalau sempat ke Dusun Bambu. Untuk lunch aku dah susun nak kat Kampung Daun. Lepas tu sebelum balik hotel nak singgah Rumah Mode untuk shopping.

3 famili... aku, hj yusli and amir..




Maribaya Lodge

Tempat wisata terbaru di Bandung dan ini 1st time aku ke sini. Baru bukak tak sampai 2 tahun. Tempat ni terletak di kawasan tanah tinggi Lembang. Berada di sini walaupun matahari terik tapi masih terasa nyaman kerana kedudukan tempat ni lebih tinggi dari bandar Bandung. Nak masuk sini kena bayar Rp35 sorang. Ada juga package lain tapi aku prefer bayar Rp35 sorang. Kat dalam tu ada macam-macam aktiviti dan yang itu kena bayar lain dalam Rp20k hingga Rp30k.

Apa yang menarik kat sini?

Selain dapat layan nature, ada banyak aktiviti untuk menguji ketahanan kegayatan kite. Nak tau apa kah aktiviti tu korang tengoklah gambar-gambar kat bawah ni. Kena cuba naik semua baru tau gayat ke tak...


Hj Yusli & Family
Family aku..
escape to nature


Untuk setiap aktiviti menguji gayat akan disediakan jurugambar yang akan merakam dalam 10 shot gambar-gambar anda semasa di udara. Gambar-gambar ni boleh di save dalam henfon masa nak keluar nanti tapi ada bayaran untuk setiap gambar bergantung berapa keping yang korang nak.

Pada aku sistem bergambar macam ni lagi bagus sebab kita akan dapat dalam bentuk softcopy. Gambar bawah ni semua dari photographer yang disediakan.









Add caption

2 jam lebih berada di Maribaya Lodge pun tak dapat cover semua aktiviti. Semasa beli tiket masuk setiap tiket akan dapat 1 baucer diskaun Rp10k untuk makanan dan free air susu. Nak redeem just pegi ke tempat yang disediakan. 

Collect susu
sedap gak susu ni...


Farmhouse

Masuk kat sini kene bayar Rp25k sorang.

Farmhouse juga antara tempat tarikan terbaru di Bandung. Dibuka kira-kira 3 tahun lepas. Bagi aku ini kali ke-2 datang sini manakala keluarga aku 1st time. Tempat ni terletak di pekan Lembang. Sepekan dengan Maribaya Lodge.

Ada apa kat Farmhouse?

1. Dapat susu free. Semasa beli tiket masuk akan dapat baucer yang boleh ditukar dengan susu samada perasa strawberry atau coklat.

2. Boleh pakai costume belanda untuk lelaki dan perempuan. Tapi yang ramai pakai perempuan je.

3. Ada mini ladang lembu dan kambing dan anda boleh bermesra dengan binatang-binatang ternakan ini.

4. Ada kampung Hobbit. Nak masuk sini ada bayaran lain dikenakan.

5. Ada bangunan-bangunan design eropah klasik yang bila bergambar di situ macam berada di luar negara.

6. Ada banyak lagi.... korang kena datang kalau nak tau....




















Kampung Daun

Lunch + Dinner kat sini. 

Gurame lentok
gado-gado
Gurame bakar









Rumah Mode

Abang Ngah dan hasil tangkapan di Rumah Mode. Aku tak beli apa-apa kat sini sebab semalam dah shopping sakan kat Toko 3 dan Trans Studio Mall. Wife dan anak aku je belikan untuk mereka.





Oh 8EST

Takde dalam plan nak kesini. Tapi sebab ada yang nak beli telekong jadi kami singgah sini. Katanya kat sini lagi murah.




Day 4 - 16 Aug 2019

Hari ni cuma nak jalan-jalan dalam bandar sahaja. Ada beberapa tempat nak pegi iaitu.......


Pasar Baru

Datang sini dulu sebab ada yang nak beli beg, inner, swimming suite muslimah dan lain-lain. Kat Pasar Baru Amir dah sediakan sorang tour guide jadi senang tak buang masa nak cari kedai yang jual barang-barang yang kami nak. Tour guide ni kena bagi tips dan terpulang kepada kita nak bagi berapa dan yang penting munasabah setimpal dengan masa 2-3 jam guna khidmat dorang.


Atoi... tour guide kat Pasar Baru.. bagus budak ni...
beli pisang keju kat penjaja-penjaja dalam pasar baru....

Diam tak diam dekat 3 jam shopping. Oleh kerana hari semasa di Pasir Baru ialah hari Jumaat tiada masalah untuk kami nak tunaikan solat Jumaat di sini. Ada masjid di tingkat paling atas iaitu Masjid Jami Uswatun Hasanah.








Khutbah Jumaat @ Masjid Pasar Baru tentang Rasa....


Rumah Marunu Konro

Datang sini lagi bawak famili Hj Yusli pula. Saja nak suruh Hj Yusli dan famili test makanan Makasar. Macam biasa menu feveret ialah Konro bakar dan Es pisang ijo. Konro bakar ni boleh dimakan dengan nasi atau ketupat atau burasak.

Untuk hari ini aku makan sup konro dengan burasak.





Jalan Riau - The Secret & The Crown

Lepas lunch jalan-jalan kat factory outlet kat Jalan Riau. TheSecret antara tempat feveret aku sebab harga pakaian kat sini ada yang lebih murah dari Toko 3 dan Rumah Mode.




Kowani Parfume

Selepas Jalan Riau datang sini untuk beli mintak wangi. Macam-macam jenama minyak wangi boleh dibuat di sini. Harga berpatutan dan yang penting lasting.


Ni member kirim... saiz 130ml



Lisung Chill Resto

Last but not least dan sebelum balik ke hotel dinner di Lisung. Di sini sambil makan sambil layan view bandar Bandung.







Day 5 - 17 Aug 2019

Hari balik dan bersamaan hari kemerdekaan Indonesia yang ke 74. Sebelum balik nak singgah Kartika Sari dulu. 




Kartika Sari

Kebiasaan bagi sesiapa yang datang Bandung bila tiba hari last akan singgah sini untuk beli ole-ole dari Bandung. Antara ole-ole dari Bandung ialah kek brownies, bagelen, pisang keju dan lain-lain.

Di Kartika Sari selain ada jual kek juga ada jual permainan, sourvenir dan juga pakaian. Sempat aku sambor selai tshirt vintage Bandung.


Hasil tangkapan di Kartika Sari

Bandung - Jakarta

Lebih kurang pukul 10 pagi transport kami gerak meninggalkan Kartika Sari dan Bandung City.

Sebaik masuk ke highway kelihatan jalan raya agak lengang. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan lancar dan tiada jem. Lebih kurang jam 12 tengahari kami singgah di Rest Area di KM68 untuk lunch dan solat Zohor jamak Qasar. 

Dari RnR KM68 nak ke airport dah tak berapa jauh. Lebih kurang sejam lagi perjalanan. Kami target tiba di airport paling lewat pukul 4 petang. Nampaknya kami akan tiba lebih awal. Flight balik ke JB pada pukul 8.15 malam (wakttu Malaysia 9.16 malam)



1st tol keluar Bandung
Lengang dan lancar
Fly over atas ni projek highway terbaru di highway Jakarta
Biasa kawasan ni paling sesak dan sibuk. Hari ni nampak lengang... Alhamdulilllah...
Rest Area KM68.. ada restoran Simpang Raya dan masjid di sini

Kami tiba di airport Soekarno Hatta pukul 2.30 petang. Kira agak awal juga. Ini disebabkan perjalanan lancar dari Bandung ke Jakarta dan kenderaan tak berapa banyak di sepanjang highway. Hari ini juga adalah Hari Kemerdekaan Indonesia yang ke 74 dan disepanjang highway dapat lihat banyak bendera Indonesia dikibarkan sebagai tanda patriotik.

Kira-kira jam 4 petang kami masuk ke tempat check-in dan bag drop. Masa tu orang tak berapa ramai dan urusan juga tidak mengambil masa yang lama. 

Setelah ditotal berat beg-beg kami 9 orang ialah 101kg. Terlebih 1 kg dari yang aku beli untuk luggage. Kira ngam-ngam dan lebih 1kg tu tak pulak dorang mintak kena bayar. Kalau tak setiap 1kg yang lebih akan dikenakan rm45 atau Rp150k. 

Sebaik memasuki kawasan boarding waktu dah menunjukkan pukul 5 petang. Ada kira-kira 3 jam lagi untuk flight balik pada pukul 8.15 mlm. Masa yang ada kami gunakan untuk makan dinner dan sempat juga untuk solat Maghrib Jamak Qasar Isyak. 

tempat boarding... masa ni 15 lagi nak masuk flight

Tepat jam 8.30 malam pesawat Air Asia AK1114 berlepas ke Johor Bahru. 1 jam 40 min kemudian pada pukul 11.10 kami selamat landing di Senai International Airport. Kat Senai Airport nak balik rumah naik kereta sendiri. Kereta aku park kat kawasan parking di luar airport. Tak jauh dalam 200 meter je.

Bayaran parking untuk 4 hari 7 jam ialah rm116. Oklah, tak payah susahkan orang amik aku sekeluarga atau naik Grab lagipun waktu dah tengah malam. Inilah antara sebab aku pilih landing kat Senai dari kat KL atau Singapore sebab tak perlu nak travel lagi jauh-jauh. Dari Senai ke rumah aku dalam 20 minit je perjalanan. 

Akhir sekali, ini kali ke-3 aku tulis pasal Bandung di blog ini. Pastinya kalinya ada cerita yang berbeza dan ada tempat yang aku tak pernah pergi. Jadi aku share untuk tatapan korang perjalanan short gateaway kami sekeluarga dari hari pertama hingga hari balik.

Bandung ada banyak tempat menarik dan sepanjang 12 kali aku pernah ke Bandung setiap kali aku datang pasti ada tempat baru dan tak pernah aku pergi. Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik dan rare di Bandung. Untuk kali ni, inilah je yang dapat aku kongsi.

Semoga korang enjoy baca post kali ni dan boleh jadi rujukan kalau nak datang Bandung. Kalau nak tanya lebih-lebih boleh pm tepi.

Post lain tentang Bandung boleh klik kat link bawah,

Kalau ada sesiapa nak pergi Bandung tapi taknak pening-pening susun iternari, book sana, book sini boleh join trip anjuran aku dan geng-geng Masjid Sultan Iskandar. Ini trip ke-3 selepas Acheh July 2017 dan Turki Apr 2019 aku anjurkan di bawah aktiviti Biro Rakan Muda dan Rekreasi. Biro ni akulah ketuanya dan aktiviti kembara dan melawat ke luar negara antara aktiviti yang BRM&R akan anjurkan setiap tahun. Feedback dari 2 trip yang lepas amat memberansangkan hingga ada yang nak join trip yang kami anjur pasa masa akan datang. Alhamdulillah... Juga paling penting setiap selepas kembara pasti ukhwah berpanjangan. Tak caya tanya sape yang pernah join...

Ok, untuk trip Bandung ni aku limit untuk 20 orang sahaja. Sape cepat dia dapat.




Ok sekian untuk kali. Next post akan kembali cerita pasal Kembara Turki 2019.

Sekian, wassalam..

8 comments:

Umpan Ikan Patin Kilo Gebrus said...

Waaah seru yaa, thanks for sharing..
Sukses selalu

Mohamad Azhar said...

sama-sama ya..

najwaakutravel said...

Jom ke Jakarta-Bandung tahun 2020! Promosi RM799/pax (min 6 pax) untuk 4H3M. Trip termasuk flight + transport + hotel + breakfast + tour guide. Untuk pertanyaan lanjut blh ws 018-9591995 atau email najwaakutravel@gmail.com

cargotpm said...

asyik seru, sukses terus Cargo Cepat Jakarta

Srishti Verma said...

Thanks for the travel information and valuable content. wonderful helpful informative blog.

Mohamad Azhar said...

Hi Srishti,

Thanks visiting my blog :)

Dhani Tour Bandung said...

Salam sejahtera Tuan / Puan, Sebelum itu ingin memohon maaf kerana membuat promosi disini...
Semoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki(Amiin). Buat Tuan/Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :

WhatsApp : +6281337106200/ +6282282222896
Call : +6281337106200 / +6282282222896
Email : Dhanibandung@yahoo.com
Blog : Melancongdibandung.blogspot.com(Dhani Tour Bandung)
Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan...Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang...

KAMI PUN MENYEDIAKAN PAKET BERUPA TRANSPORT DAN HOTEL

Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan/Puan untuk ke Bandung.
Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Dhani Tour Bandung... (Insya Allah) Jom mari melancong di Bandung murah sahaja... Wassalam dan Terima Kasih...

JOM MELANCONG INDONESIA…
CITY TOUR BANDUNG DAN CITY TOUR JAKARTA DAN CITY TOUR JOGJA.

primera trans said...

Assalamualaikum Wr Wb. Tuan / Puan, Abang / Akak
Mohon izin ya promo sikit
Kami dari Primera Trans Bandung, penyedia layanan Transportasi Wilayah Bandung - Jakarta dan sekitarnya
Jom cuti2 Bandung,
284 RM/ kepala
4 Hari 3 Malam
Murah tapi tak murahan..
harga budget service 5 star...
Nak pegi mana mana oun boleh, no rule, asal customer senang 😉

sudah masuk sekali
✅ Hotel 3 star berhampiran cihampelas shoping mall
✅ Bilik deluxe, satu bilik untuk 2 orang
✅ Tea maker dalam bilik
✅ Makan pagi
✅ Airport transfer
✅ Transport untuk tour 4 hari
✅ Supir yang ramah dan berpatutan
✅ Minyak
✅ Tol
✅ Parking
✅ No tipu tipu
✅ Kereta with good aircon

Minat dapat hubungi kami

whatsapp admin jangan lupa
+6285318490001
email : primeratrans@gmail.com
facebook : https://www.facebook.com/primeratransbandung/
instagram : https://www.instagram.com/primera_trans/
google maps : https://goo.gl/maps/aDcWqUCybVxkMfe2A
website : https://primeratrans.blogspot.com/
: https://primera-trans-bandung.business.site/