Monday, 27 July 2026

New Zealand Family Trip South and North 28 Nov - 14 Dec 2025 ~ Part 4

Salam Semua,

Jom sambung part seterusnya...

Day 9 ~ Sabtu, 6/12/25, South Island
Dunedin - Harrington Point - Christchurch


10.30 am - Check Out

Sebelum gerak menuju ke Christchurch nak singgah Harrington Point.
Harrington Point ialah sebuah kawasan yang terletak antara Taiaroa Head dan Otakou iaitu berhampiran dengan pintu masuk Pelabuhan Otago. Di situ terdapat hidupan liar tempatan seperti koloni albatros, singa laut dan penguin bermata kuning. Masih dalam kawasan bandar Dunedin, cuma nak ke Harrington Point kena memandu ke arah semenanjung Otago.

nun kat hujung atas sana Harrington Point

11.30 am - Tiba di Harrington Point
Oleh kerana aku pernah datang sini dulu jadi aku malas nak join adik beradik, anak dan wife aku jalan kaki turun ke pinggir pantai tempat singa laut atau penguin bersidai. Nak simpan tenaga sebab lepas ni nak drive jauh, 7-8 jam.

view dari Harrington Point menghala ke Pelabuhan Otago

Ni aku share cerita pasal Dunedin dan Harrington Point masa aku pegi tahun 2014
https://azhartravelog.blogspot.com/2014/09/new-zealand-bersama-trip-kekawan-march.html

12.45 pm - Tinggalkan Harrington Point

Oleh kerana jalan ke Harrington Point adalah jalan mati maka nak ke destinasi seterusnya kena balik semula ke Dunedin.

Masa datang ikut jalanraya di pinggiran teluk. Masa balik ikut jalan laluan atas bukit.

kat Portobello ada simpang boleh pilih nak ikut laluan mana..

cantik susunan pokok ni macam dalam alam fantasi filem LOTR

view laluan atas bukit... ada ladang bela kambing di situ..

pemandangan saujana mata memandang

 singgah tuang minyak kat Waitomo Eastgate... ada gigi raksasa kat Harbour Mouth Molars..

4 pm - Singgah pekan Oamaru

Sebaik tiba di sini, cari tempat untuk park Motorhome dan port untuk lunch. Alhamdulillah.. jumpa kat Roberts Park, Frome St. Semua ada kat situ, toilet, space untuk park Motorhomes dan padang untuk lunch sambil berkelah.

Adik-adik aku sempat pulak jalan-jalan kat pekan dan beli ayam goreng halal. Kat situ juga terserempak dengan couple orang Malaysia yang bekerja kat sini. Husband dia keje penyembelih lembu. Katanya ikut jejak abang dia dulu pernah kerja kat sini. Lama gak kami berbual hingga terlupa nak bergambo..


Oamaru adalah bandar terbesar di utara Otago. Bandar ni selari dengan bandar Queestown cuma ia terletak dekat dengan laut semenanjung Otago. Bandar ni juga terletak di tengah-tengah laluan antara Christchurch dan Dunedin. 

Plan asal aku nak bermalam kat bandar ni tapi ubah sebab aku rasa alang-alang lajak terus ke Christchurch. Memang jauh total jarak 400km++ tapi bila difikirkan esok hari last, so bila dah ada kat Christchurch boleh tenang-tenang tak payah drive jauh-jauh lagi.

9 pm - Check in Tasman Holiday Park - Christchurch

Total perjalanan hari ni hampir 11 jam. Memang meletihkan tapi yang penting dah ada kat Christchurch sebab malam ni malam terakhir di South Island dan last Holiday Park check in. Esok nak balik semula ke Auckland dan jelajah North Island pula.

entrance Tasman Holiday Park kat Christchurch

route paling jauh dan lama..

Day 10 ~ Ahad, 7/12/25, South Island
Holiday Park - Riccarton Park - Masjid Al Noor - RV Centre - Christchurch Airport - Auckland Airport - Auckland Airport Kiwi Motel

Hari ni hari terakhir kami berada di South Island dan malam nanti nak fly balik ke Auckland untuk jelajah North Island pula. Sementara masa yang ada sehingga pukul 5 petang kami plan nak jalan-jalan ke beberapa tempat.

kali ni dapat site parking jauh sikit dari toilet dan pantry

merasa gak drive Mercedes 7 hari..

my co-pilot since day 1

11 am - Check out.

11.20 am - Tiba di Riccarton Park. Datang sini sebab hari ini ada Sunday Market.


Dekat 15 min juga pusing-pusing cari parking yang boleh memuatkan 2 buah Motorhomes. Akhirnya dapat juga dan tak jauh dari Sunday Market. Jalan kaki tak sampai 50 meter.. Alhamdulillah...

Parking kat sebelah padang polo

antara gerai-gerai jualan di Sunday Market

gerai jual frame dan gambar..

singgah sini nak beli Dutch Pancakes

makan Dutch Pancakes sambil jalan... tak jumpa kerusi nak duduk

ada live solo band

makan fruit eskrem

lepak kat padang sambil layan live solo band

Selesai jalan-jalan kat Sunday Market kami gerak ke next location...

1.15 pm - Singgah Masjid An Noor.

Kalau ada yang masih ingat, masjid ni pernah berlaku peristiwa berdarah pada hari Jumaat, 15 March 2019. 51 gugur syahid di tembak oleh seorang warga Australia anti Islam. Kebanyakkan mereka yang syahid sedang menunggu untuk Solat Jumaat.

Memorial Syuhadah kat depan masjid

di ruang solat ini ramai yang kena tembak dan syahid

The Biras... Sulong, no 4 dan bongsu

Kami datang masjid ni bukan saja nak ziarah juga nak tunaikan solat dan lepas tu berkelah kat padang riadah depan masjid..

open table utk yg tak boleh makan bersila..

matahari walaupun terik tapi nyaman.. sesekali datang angin kuat..

Sebelum gerak untuk pulangkan Motorhomes, kami lunch dulu kat padang depan masjid. Siap bukak meja dan bentang tikar. Sesekali datang angin kuat hampir-hampir menerbangkan makanan. Seronok dapat berkelah ramai-ramai kat situ..

Masa tu kawan Insyirah yang belajar kat University of Canterbury di Christchurch pun join sekali...

3.30 pm - Tiba di RV Super Centre untuk pulangkan Motorhomes. 

Sebelum pulang kena clearkan semua sampah sarap, kemas apa yang patut, bersihkan dapur & sinki, buang air kotor, susun/letak peralatan kat dalam Motorhomes di tempatnya dan last sekali pulangkan kunci kat kaunter. Kemudian tunggu RV coordinator cakap semua ok then boleh ambil shuttle dan gerak ke airport.

Jalan-jalan Christchurch

dalam shuttle ke airport

boarding time.. naik Air New Zealand

8.30pm.. sunset dekat nak Maghrib.. bai-bai South Island

8.30 pm - Flight departure
9.30 pm - Tiba di Auckland Airport
11 pm - Naik free bus ke Motel
11. 30 pm - Check in Auckland Airport Kiwi Motel

Aucland Airport - kat sini tempat tunggu bas free color kuning untuk ke hotel

naik bas kuning dengan drebar yang sama masa kami sampai 1st day..

Setel check in Motel.. kat NZ saiz bulan kelihatan lebih besar dari kat Malaysia

Sekian untuk kisah hari ke-9 dan 10. Kisah seterusnya esok hari ke-11 jelajah North Island pula... InshaaAllah bertemu lagi dalam Part 5... Robbi Yasir...

Post terdahulu,

Tuesday, 21 July 2026

New Zealand Family Trip South and North 28 Nov - 14 Dec 2025 ~ Part 3

Salam semua,

Jom sambung kisah seterusnya, Part 3.

Day 7 ~ Khamis, 4/12/25, South Island

Te Anau - Milford Sound - Te Anau

6.30 am - Hari ni gerak awal pagi sebab mesti sampai di Milford Sound sebelum pukul 9. Hari ini pukul 9.30 am kami ada nak naik boat cruise. So kena sampai setengah jam awal untuk check in.

sini subuh pukul 3 pagi dan sunrise pukul 6

nun kat sana kelihatan puncak gunung kemerahan disiram cahaya matahari.. masa ni pukul 6.15 am

Perjalanan dari Te Anau ke Milford Sound akan ambil masa 2 jam. On the way nanti pasti akan singgah-singgah sebab pemandangan ke Milford Sound bagi aku antara yang tercantik di New Zealand terutama pada waktu pagi... nak tengok? jom...

pemandangan gunung-ganang dari pekan Te Anau

7.10 am - Singgah Eglinton Valley. Di sini antara locasi scene dalam The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring. 

Ada space untuk park tepi jalan kita singgah


Sikit info tentang Eglinton Vallety dalam filem LOTR : The Fellowship of the Ring,
Lokasi ini menggambarkan puncak Pergunungan Earl yang berkabus yang dilitupi salji dan awan. Gunung-ganang ini menjulang tinggi di atas landskap ketika Fellowship memulakan perjalanan berbahaya mereka merentasi Middle-earth. 

Aku sebenarnya bukanlah peminat filem LOTR. Dulu datang masa 1st time sebab New Zealand antara negara wish list aku nak pegi. Bila dah datang.. wow! Patutlah Hollywood jadikan New Zealand lokasi filem sebab landscape dan elemen lain seperti gunung, tasik, sungai memang sangat sesuai untuk filem fantasi atau zaman ketiga Middle-Earth. 

nampak macam terapung puncak gunung tuu..

8 am - Lokasi ke-2 singgah ialah Monkey Creek.

Monkey Creek ialah mata air glasier yang terkenal yang terletak di Hollyford Valley dalam Fiordland National Park. Tempat ni antara perhentian wajib singgah bagi yang menuju ke Milford Sound. Memey awesome view kat sini dengan aliran sungai glasier dan latar belakang puncak gunung yang bersalji.

Di sini juga ada Burung Kea yang akan hinggap atas kenderaan bila kita parking. Burung Kea hanya ada kat South Island je dan kita dilarang memberi makan untuk mengelakkan jadi kejadian tidak diingini seperti sakit atau dilanggar kenderaan. Burung Kea antara haiwan yang dilindung dari pupus.

Burung Kea kat atas Motorhomes



8.45 am - tiba di Milford Sound. 

Dari tempat parking kena jalan kaki 10 min ke Terminal Ferry.

Terminal Ferry Milford Sound

nak boat saiz kecil lebih praktikal kalau nak pegi dekat dengan air terjun

9.30 am - Boat Cruise start belayar.

Boat cruise adalah cara terbaik untuk merasai pengalaman di Milford Sound. Bot akan belayar hingga ke Laut Tasman, kemudian bawa dekat dengan air terjun yang menjulang tinggi seperti Air Terjun Stirling dan Air Terjun Lady Bowen. Memang satu pengalaman yang sangat best.

Milford Sound iconic view

walau NZ la ni musim panas kat sini sejuk giler ya..

kat dalam bot disediakan snek seperti biskut dan air panas(kopi & teh)

Insyirah and the view

Milford Sound terkenal dengan gelaran "keajaiban dunia kelapan", merupakan sebuah sebuah fiord yang menakjubkan yang bersambung dengan Fiordland National Park. 

Terkenal dengan tebing curamnya yang menghasilkan glasier, perairan berwarna biru pekat, berpuluh air terjun yang mengalir deras terutama pada waktu hujan serta puncak yang menjulang tinggi seperti Mitre Peak. Juga terdapat hidupan liar dalam kawasan perairan seperti Sea Lion yang bersidai di batuan dan Dolphin yang berenang bebas. 

So, kalau datang South Island wajid rasa pengalaman naik Boat Cruise. Untuk boat kecik yang macam kami naik harga dalam rm350-rm400. Boat besar atau Ferry dalam rm180-rm250.

Sea Lions

Dolphin

air terjun paling besar di Milford Sound.. boleh basah kalau dok lama2

Syirah & Mama 2025(Dec - Summer)

Syirah & Mama 2014(Mac - Autumn)

11.20 am - Tamat pelayaran. 

Hampir 2 jam belayar terasa macam sekejap disebabkan view yang sangat, sangat, sangat indah. Kalau 1st timer datang New Zealand memang wajib datang sini barulah boleh cakap dah sampai New Zealand.. hehe.. Aku yang dah 2 kali datang pun rasa macam kena datang lagi.. Keindahan di sini tak cukup digambarkan dengan gambar-gambar atau video. Kena datang dan tengok sendiri depan mata.. Subhanallah..

12.30 pm - Tinggalkan Milford Sound dengan kenangan indah..

Lokasi seterusnya kembali semula ke Te Anau. Sebelum tu nak cari tempat singgah untuk lunch.

Homer Tunnel.. view sebelum masuk, kelihatan air terjun halus di lereng curam

Homer Tunnel ialah terowong batu satu lorong sepanjang 1.2 kilometer di Lebuhraya Negeri 94 di Fiordland National Park. Ia menembusi Pergunungan Darran yang menyediakan satu-satunya access jalan ke Milford Sound. Beroperasi dengan lampu isyarat dan ikut giliran. Masuk terowong ni kena buka lampu depan.

view selepas keluar terowong..

1.15 pm - Singgah The Tutoko River.

The Tutoko River ialah sebuah sungai yang terletak di Pergunungan Darran. Berasal dari lereng barat Gunung Tutoko dan merupakan anak sungai Sungai Cleddau. Sungai ini terbentuk juga dari cairan glasier.

Sebelum lunch kita bergambo dulu kat atas jambatan

kat tepi sungai ada space untuk park Motorhomes

Lunch time

toilet dalam hutan... siap ada tisu dan bersih..

Masa on the way ada yang nak terkucil, lalu ternampak Toilets Sign kat tepi jalan tunjuk arah masuk ke simpang. Dalam 500 meter dari simpang dah nampak macam kabinet color hijau dekat dengan semak. Itulah public toilet yang biasanya ada kat kawasan boleh camping dan mungkin tak jauh dari situ ada sungai. 

Note : Motorhomes kami sebenarnya ada je toilet tapi taknak guna sebab dalam tu dah penuh dengan beg..

So, datang NZ jangan risau kalau nak toilet break. Kat NZ bukan kat pekan je ada public toilet, kat dalam hutan pun ada, bukan saja untuk orang tempatan juga untuk pelancong. Maka, bila dah guna toilet kenanah pandai-pandailah jaga kebersihan. Tisu tu jangan buang merata-rata..

Masa 2014 pernah datang kedai sourvenir ni.. 2025 datang lagi

4 pm - Tiba di pekan Te Anau. 

Jalan-jalan kat pekan cari apa yang patut. Kemudian dalam sejam lepas tu balik ke Holiday Park.

Route map hari ini.. pergi dan balik jalan yang sama

Day 8 ~ Jumaat, 5/12/25, South Island

Te Anau - Dunedin

10.30 am - Check out selepas 3 hari 2 malam check in di campsite ni. 

Bagi aku Te Anau Lakeview Holiday Park mungkin paling best dari segi pemandangan dan kemudahan seperti Toilet dan Pantry. Dapat pulak parking site dekat dengan semua tu. 

Selepas ni ada 2 lagi Holiday Park untuk bermalam iaitu di Dunedin dan Christchurch. Harap-harap best jugak.

Perjalanan hari ini menuju ke bandar Dunedin yang terletak di Timur Selatan, semenanjung Otago. Antara bandar terbesar di South Island selain Christchurch dan Queenstown.

punyalah lengang jalan kat NZ... kat tengah jalan pun boleh Ootd

11.30 am - Singgah kat tepi jalan area Weydon Burn sebab Motorhomes lagi satu terdengar bunyian kurang enak kat bahagian luar. Rupanya adjustable awning kat sebelah kiri Motorhomes longgar. Cuma ketatkan dan sambung perjalanan semula.

sementara nak check adjustable awning sempat bergambo kat tengah jalan

1.30 pm - Singgah pekan Clinton untuk toilet break.

Selepas itu bawa Motorhomes parking kat Halsey Street Reserve untuk lunch. Tak jauh dalam 100 meter je dari toilet. Kat situ ada padang. Mula-mula nak bukak table makan kat luar tapi angin kuat sangat hingga bergoyang-goyang dahan pokok.

Stop kat depan public toilet

Lunch Nasi Lemak Sambal Udang

Drebar nak rehat kejap sebab malam tadi makan ubat selsema

5 pm - Tiba di Dunedin.

Terus ke Tunnel Beach. 

Apa cerita disebalik Tunnel Beach?

Dikatakan Tunnel Beach ni buatan manusia yang dibina pada tahun 1870-an oleh John Cargill. Tujuan dibina untuk keluarga dia bermandi-manda secara private di pantai itu. Kemudian salah seorang anak John Cargill lemas kat situ. Begitulah ceritanya setakat itu.. betul atau tak? Wallahua'lam...

Nak ke Tunnel tu kena jalan kaki dalam 1km turun bawah hingga ke pantai.

Tunnel Beach ada nun kat bawah sana

Tentang bandar Dunedin,

Sebuah bandar yang terletak di pantai tenggara Pulau Selatan dalam kawasan Otago. Ia terkenal dengan warisan Scotland dan Maori, seni bina Victoria dan Edwardian. Nak tengok binaan ala Victoria dan Edwardian ada kat bandar dan stesyen keretapi. Tau sebab pernah pegi dulu..

Di semenanjung Otago pula mempunyai landskap yang menarik yang menjadi pilihan para hiking dan mereka yang suka berbasikal. Di situ juga terdapat koloni albatros, singa laut dan penguin bermata kuning yang jarang ditemui.

Sebenarnya banyak tempat menarik di Dunedin, cuma nak jelajah semua perlukan extra 2-3 hari. Hari ni sempat pergi Tunnel Beach je, esok InshaaAllah.. lagi satu.. nak tahu kat mana kena tunggu post seterusnya..

My family at Tunnel Beach, Dunedin

7.30 pm - Check in Dunedin Holiday Park

Dunedin Holiday Park

9 pm - Keluar untuk pergi Park'n Save

tempat beli groceries - cantik color sunset.. baru nak masuk waktu Maghrib

makin ke selatan, makin awal Subuh dan makin lewat Isyak

Full Moon kat Dunedin bersamaan 15 Jamadil Akhir 1447H

route map perjalanan hari ini..

Sekian untuk kisah perjalanan Hari ke 7 dan ke-8. Kisah seterusnya besambung post seterusnya Part 4.. InshaaAllah...

Post terdahulu,