Showing posts with label Food Junction Auckland. Show all posts
Showing posts with label Food Junction Auckland. Show all posts

Tuesday, 4 August 2026

New Zealand Family Trip South and North 28 Nov - 14 Dec 2025 ~ Part 5

Salam Semua,

Kisah seterusnya, jelajah North Island bermula... jomm..

Day 11 ~ Isnin, 8/12/25, North Island
Auckland - Hamilton - Waitomo Valley - Three Sisters Lookout - Egmont Rd - Belt Road Seaside Holiday Park

9 am - Pick up MVP Sewa iaitu 2 buah Toyota Vellfire AGH 30 dari Ikhlas Tours
Sebenarnya mereka dah hantar malam tadi dan park dekat Hotel/Motel. Pagi ni baru dapat jumpa sebab malam tadi kami sampai hotel lewat malam.

Sesiapa yang berminat untuk sewa kenderaan dengan Ikhlas Tours atau join package Jalan-Jalan New Zealand boleh ke Tik Tok dan FB Ikhlas Tours. Juga boleh contact Nadia, +642040472102

2 buah Toyota Vellfire sewa dari Ikhlas Tours

loading bag.. MPV macam ni sesuai untuk 5-6 orang bergantung berapa byk beg bawa

9.30 am - Check out. Tempat pertama nak pegi ialah tempat sarapan.

Food Junction

10 am - Tiba di Food Junction. Kat dalam tu ada Tastes of Malaysia. 

Taste of Malaysia

abe makan Nasi Goreng Mamak

12 pm - Singgah Manukau Supa Centa. Kat sini ada macam-macam mart antaranya, Kmart, Sketchers, Cotton On dan macam-macam lagi. 

Kmart @ Manukau Supa Centa

1 pm - Keluar dari bandar Auckland menuju ke selatan North Island

Auckland Southern Highway

2.30 pm - Singgah Masjid Jamek Hamilton

Masjid Jamek Hamilton

masa ni dah pukul 4 pm di Kawhia Rd

antara view di sepanjang perjalanan

4.30 pm - Singgah Big Azz Ice Cream

singgah dan makan Fruit Ice Cream kat sini

6.30 pm - Tiba di Three Sisters Lookout di Pilot Rd, Umukaha

Nampak Three sisters jer. Elephant Rock tak kelihatan. Nun sana puncak Gunung Taranaki

Three Sisters dan Elephant Rock merupakan timbunan batu yang terpisah dari daratan di muara Sungai Tongaporutu. Sungai ni bersambung dengan Laut Tasman. Kalau nak lebih dekat access ke situ kena park kereta kat area camping site belah sana di Clinton Rd. Dari lookout point kat sini pun boleh juga cuma kena tunggu air laut surut dan redah Sungai Tongaporutu.

Al kisahnya, Three Sisters asalnya ada Four Sisters tapi sebab hakisan air laut lama-lama tinggal tiga. Elephant Rock pun juga dah hilang belalai dan jadi pintu gerbang. Mungkin selepas ni kalau ada hakisan kat daratan akan timbul sisters baru jadi empat semula. Begitulah bila terjadi hakisan samada kepada daratan atau dari air laut maka bentuk muka bumi akan berubah.

Dari lookup point ni juga boleh nampak Gunung Taranaki, gunung berapi yang dah lama tak aktif. Last meletus pada tahun 1775.

Family photo with 3 sisters & Taranaki background

lagi.. family photo

7.30 pm - Gerak ke lokasi seterusnya menuju New Plymouth.


Masa on the way nampak Gunung Taranaki semakin dekat. Masa tu dah nak masuk waktu Golden Hour menandakan nak masuk waktu Maghrib.

8.30 pm - Singgah tepi jalan Egmont Rd dekat dengan ladang. Dari sini kelihatan jelas warna Sunset dan Gunung Taranaki.

Insyirah, Sunset dan Taranaki

Mak Long dan anak buah

Memey lawa sunset dengan cahaya kemerahan

9.15 pm - Check in Belt Road Seaside Holiday Park.

masa ni pukul 1 pagi... view betul-betul depan pintu..

Route map hari ini.. total perjalanan 12 jam siap singgah-singgah..

Day 12 ~ Selasa, 9/12/25, North Island
Belt Road Seaside Holiday Park - Gunung Taranaki - Wellington

view waktu siang... semalam bulan betul-betul kat depan tu

9.30 am - Check out

my feveret kepala lori Transformers 

semakin dekat dengan Gunung Taranaki

10.40 am - Singgah Gunung Taranaki Viewing Platform. Kat sini lokasi paling dekat nak tengok Gunung Taranaki. Tinggi gunung ni 2518 meters. Kat sini juga tempat start nak hiking ke puncak. Pergi balik katanya dalam 3 jam..

Apa yang aku nampak, dari jauh Gunung Taranaki macam Gunung Fuji kat Jepun. Bila dekat nampak macam Gunung Merapi kat Jogjakarta, Indonesia. Semua tu gunung berapi dan aku pernah pegi..

Family photo dan Gunung Taranaki

Syirah dan mak-mak sedara

11 am - Gerak ke lokasi seterusnya menghala ke Wellington

nampak macam Taranaki keluarkan asap tapi sebenarnya awan

lagi my feveret kepala lori.. kaler merah pulak..

1.15 pm - Singgah Rotokawau Virginia Lake Reserve di Otamatea untuk toilet break dan berehat melepaskan lelah..

kelihatan anak-anak buah sedang mengejar itik

4 pm - Check in homestay di 59, Ohariu Rd di Johnsonville. Di sini kami ambil 2 unit dan setiap unit ada 3 bilik dan 3 bilik air. 

Homestay untuk 4 hari 3 malam

Route Map dari Belt Road Seaside Holiday Park ke homestay di Wellington

4.45 pm - Setelah lunch di homestay, keluar untuk collect Jubah dan kad jemputan di University sebab esok majlis Graduation Day Insyirah.

Victoria University of Wellington di Kelburn.. Uni ni kat atas bukit

ok ready utk Graduation Day esok dan 6 jemputan boleh masuk dewan

dari homestay ke University Insyirah jarak dalam 11km

Day 13 ~ Rabu, 10/12/25, North Island
Wellington

1 am - Keluar menuju Princess Bay Beach kat area Houghton plannya nak tengok Milkyway atau nasib baik boleh nampak Aurora Selatan.

macam Aurora.. cuma cahaya sikit-sikit je

lepas adjust camera phone dapatlah bergambo dengan Milkyway


dekat pukul 2 pagi.. sunyi dan lengang jalan raya kat Wellington walau Ibu Negara New Zealand

route map dari homestay ke Princess Bay

9 am - Breakfast kat Sri Penang di Wellinton City

masa kami datang pada Dec 2025 baru buka 3 bulan

rasa dan rupa macam kat penang tapi kat Wellington

12 pm - Hantar Syirah pergi University dulu untuk Graduation Day preparation. Para jemputan datang pukul 2 pm nanti.

Victoria University of Wellington cawangan Wellington City

2.30 pm - Graduation Day di Michael Fowler Centre, Wellington City

Graduation day invitation card

my POV

masuk awal boleh pilih seat..

opening ceremony


Congratulations Nurhanisah Insyirah

Happy Graduation Day Nurhanisah Insyirah

You did it! Ayah & Mama wish you a future as bright as your smile

Sekian kisah untuk hari ke-11, ke-12 dan kemuncaknya pada hari ke-13 bersamaan 10hb Dec 2025 iaitu Hari Graduasi Nurhanisah Insyirah. 

Alhamdulillah.. 3 tahun merantau ke negara Coats of arms New Zealand demi segenggam ijazah tajaan KPM(Kementerian Pendidikan Malaysia) di bawah PPC(Program Pelajar Cemerlang). 

Untuk info, program ni di bawah Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi(SLTPPM), iaitu biasiswa tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara di NZ dan Australia sebelum diserap menjadi pensyarah di Kolej Matrikulasi.

Nak join program ni kena join Matriks dulu dan mohon selepas sem 1(utk yg setahun). Setiap tahun KPM akan hantar 30-50 pelajar yang terpilih dari Kolej Matrikulasi satu Malaysia. Insyirah dulu di Matriks Melaka pada tahun 2021-2022. Setelah terpilih, kena hadir kursus sebulan di IPG dan ambil ujian IELTS. 

Kemudian pada bulan Feb/Mar berangkat ke NZ(15 pelajar) dan Australia(15 Pelajar). Di NZ dipecahkan kepada beberapa universiti di Auckland, Wellington, Christchurch dan Otago. Sama juga di Australia.

Ok, panjang pulak cerita pasal belajar abroad ni dan untuk kisah seterusnya iaitu pada hari esok ada satu lagi majlis graduasi. Nak tahu majlis apa, kena tunggu Part 6 dan juga episod terakhir.. InshaaAllah.. 

Post terdahulu,