Friday 15 September 2023

Crash Landing On You in Switzerland ~ Day 8 & Last Episode

 Assalamualaikum dan  Salam Sejahtera,

Hari terakhir di Swiss pun tiba. Maknanya hari ni masa dah time meninggalkan bumi Swiss dan kembali ke tanah air tempat mencari rezeki. Sekejap betul masa berlalu. Rasa macam baru semalam tiba di Swiss, tiba-tiba hari ini dah nak balik.. huhu.. 8 hari rasa tak cukup nak untuk cover banyak lagi tempat menarik. Apakan daya demi kelangsungan hidup dan sesuap nasi bekal untuk kembara seterusnya maka kenalah balik. 

Memey sesiapa yang datang Swiss pasti susah nak move on dengan keindahan alamnya. Mana-mana celah pemandangan pasti mempersonakan. Dan bagi kita bila melihat keindahan alam bukan sekadar untuk dinikmati dan ditatap, juga untuk direnungi lalu berfikir betapa besarnya Kekuasaan dan Kehebatan Allah yang Maha Pencipta.. sambil itu ucaplah, Subhanallah... Alhamdulillah..  Allahuakbar...

"Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu, mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah. dan kepada Allah jualah dibangkitkan hidup semula(makan hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya)" ~ Surah Al Mulk, ayat 15


Day 8 ~ Sabtu, 8 Oct 2022

Usai solat subuh kami dah bersiap mengemas dan membersihkan apa yang patut sebelum check out dari rumah penginapan AirBnb. Sampah kena asingkan untuk recycle dan tak recycle. Kemudian untuk yang recycle kena letak kat luar di tempat yang telah diberitahu oleh tuan rumah.

Kat sini sebelum check in tuan rumah dah siap-siap beritahu peraturan pasal sampah. Sebagai penginap kita kena ikut demi menjaga kebersihan dan mengelakkan tuan rumah dari kena denda. Sebab tu Swiss negaranya sangat bersih sebab ada penguatkuasaan dan hasilnya mengajar penduduknya supaya menjadi pembersih. Sebagai pelancong kita kena ikut apa yang telah ditetapkan. 

Alangkah bagusnya jika rakyat kat negara kita juga boleh contohi perkara baik macam ni. Itulah.. kalau difikirkan negara yang bukan Islam boleh menjaga kebersihan tetapi tidak kepada kebanyakkan negara Islam. Semua ni tentang pendidikan awal yang kena didedahkan dan dipratikkan sejak kecil. Barulah bila dewasa semua tu terbiasa. Memang bukan sesuatu yang mudah tapi kena mulakan dari sekarang. Kalau tak bila lagi?


Bettschen Küchen to Geneva Airport (204km)

Hari ini flight balik di Geneva Airport. Masa hari datang kat Zurich Airport. Ya, tak sama sebab Capt Ru yang susun. Dia cakap flight dari Zurich selalu penuh. Ok gak dapat rasa suasana di 2 airport berbeza di Swiss. 

route dari AirBnb to Geneva Airport

Pada pukul 6.45 pagi baru dapat gerak keluar dari rumah AirBnb. Asalnya nak gerak pukul 6.30 tapi terlewat 15 minit. Target kalau boleh sebelum 9.30 pagi dah tiba airport. 

Jarak perjalanan macam dari JB ke Melaka dalam 200++ km. Agak jauh juga dan dalam waze kata dalam 2 jam setengah boleh sampai kalau perjalanan lancar. Flight Geneva ke Abu Dhabi pada pukul 11.20 pagi. 

Highway cross bandar Bern - ibu negara Swiss

Alhamdulillah.. sepanjang perjalanan lancar dan kenderaan pun tak banyak. Mungkin sebab awal pagi warga Swiss masih tidur lagi. Jalanraya kebanyakkan lalu highway bermula dari pekan Spiez hingga ke Geneva airport. 

Masa keluar dari rumah hari masih gelap. Bila dah cerah baru boleh nampak pemandangan di kiri dan kanan. Laluan menghala ke Geneva kurang pemandangan gunung ganang. Cuma kelihatan rumah-rumah tradisional Swiss yang cantik di kaki bukit dan juga bangunan-bangunan pejabat dan industri di tepian bandar. Masih lagi indah cuma tak seindah laluan ke Interlaken, Grindelwald, Lauterbrunnen dan yang se-banjaran dengannya..

Geneva - 151km lagi..

Geneva

Bagi aku ini kali ke-2 datang sini. 1st masa 2018 dengan family. Kisahnya ada dalam blog ni,

Serba sedikit tentang bandar ni merupakan bandar kedua terpadat di Swiss dan terletak di hujung selatan Tasik Geneva (Lac Leman). Kedudukan bandar ini sebenarnya dikelilingi sempadan negara Perancis. Maka tak heran penduduk di Geneva lebih Perancis dari Jerman terutama dari segi bahasa dan budaya.

Antara pengaruh Perancis boleh nampak pada papan tanda. Contohnya  'Sortie' yang bermaksud 'Exit'.  Dalam bahasa Jerman ialah 'Ausfahrt'. So, kat Geneva boleh nampak banyak perkataan 'Sortie' terutama kat jalan raya atau highway. Bila pengaruh Perancis sangat luas, seolah Geneva ni kat Perancis padahal milik negara Swiss.

Di Geneva juga ada Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) Eropah dan Palang Merah. Ia juga merupakan Hub Global untuk Diplomasi dan PerBankan. Kilang jam mewah Rolex juga berada di Geneva.

Garisan hitam dalam map yang memisahkan negara Perancis dan Swiss


Europcar Geneva Airport Swiss Side

Setibanya di Geneva Airport pening gak nak cari terminal tempat nak pulangkan kereta. Sebab ada laluan yang ditunjukkan waze jalan tu tutup sebab ada construction.

Airport Geneva ada 2 sektor belah Swiss dan belah Perancis. Oleh kerana sewa kereta di Swiss maka kena pulang kat side Swiss. Sebab tu taknak silap masuk. Kalau tak nanti kena pusing satu round lagi keliling airport. Jauh tu nak menawap. 

Hasil kecekapan Capt Ru membaca map, finally jumpa juga pintu masuk ke terminal sewa kereta. Semua company sewa kereta berada di situ. Kami sewa dengan Europcar jadi kena cari lot bertanda Europcar. Peringatan! sebelum pulang kereta kena penuhkan tangki minyak dulu.

Pulang kete kat sini

tunggu shuttle bawa ke airport

Rental Car Shuttle

Geneva Airport

Geneva Airport juga dikenali sebagai Cointrin Airport adalah International Airport di Geneva. Airport ni kedua terbesar selepas Zurich terletak disempadan antara negara Swiss dan France. 

Sebab tu airport ni terbahagi 2. Ada bahagian Swiss dan ada bahagian France. Boleh je nak masuk ikut salah satu sebab tempat check in dan boarding sama je. Cuma tempat nak pulangkan kereta je beza.


Selesai pulangkan kereta kami ke Terminal airport dengan menaiki shuttle. Tak jauh dalam 1km tapi kalau jalan kaki lenguh gak. Ada kemudahan free lebih baik gunakan. 

Drop bag

ni kat boarding area... ada cafe disitu..

pesawat yang kami akan naik... Boeing 787

dari Geneva airport ke merata destinasi..

Beratur nak masuk flight

aku dan Fendi.. Capt Ru dok seat lain

Tempat solat kat belakang aircraft.. selimut jadi sejadah


Transit 27 jam di Abu Dhabi

Pukul 11.20 pagi flight berlepas dari Geneva dan tiba di Abu Dhabi pada pukul 7.45 malam. Kat Abu Dhabi kami stay kat rumah Capt Ru lagi. Flight balik ke Singapore pada esok malam pukul 10pm.

Sejak Capt Ru dan family pindah ke Abu Dhabi dah 4 kali aku datang Abu Dhabi. 2 kali dengan family dan 2 kali dengan geng bujang. 2 kali dengan family memey tujuan nak jalan-jalan kat Abu Dhabi dan Dubai. Manakala 2 kali dengan geng bujang sebab transit. Termasuk kali ni. Semua tu aku ada cerita dalam blog ni. 

Day 9 ~ Ahad, 9 Oct 2022

Minggu lepas masa hari datang dah jalan-jalan kat Dubai. Hari ini jalan-jalan kat Abu Dhabi pula. Capt Ru dah susun mana nak pegi. So, ke mana kami nak pegi hari ini?

1. Sarapan kat Mamak. 

Tempat wajib singgah kalau datang Abu Dhabi... rasa roti canai dia dengan kuah dal memey padu

2. Makan tengahari kat Najd Palace - Restoren nasi arab


Memey sedap nasi arab kat sini... macam makan kat negara arab... eh! memey kat arab pun.. hehe

3. Jalan-jalan naik kereta

Al Hudayriyat Beach

Fendi dan Tesla warna putih

Sheikh Zayed Grand Mosque - 40k capacity 

Bangunan piring... owner Man City punya.. sebab tu ada logo MC kat situ

kat simpang mane entah..

4. Makan eskrem di Ibsais Sweet

Asalnya nak minum cai 1 dirham tapi tak jadi. Kemudian Capt Ru bawak datang sini. Last destinasi sebelum balik rumah untuk bersiap ke airport.

kedai jual es krem

nampak sedap..

dah rasa... memey sedap..

nak maghrib dah.. #sunset

Untung transit lama dan pulak tu ada kawan dok Abu Dhabi. Kalau tak aku dengan fendi tercongok lama-lama kat airport.. haha.. Sebenarnya boleh je transit 3-4 jam tapi Capt Ru yang susun supaya aku dengan Fendi tidur rumah dia dan dapat jalan-jalan kat Dubai dan Abu Dhabi. 

Sebagai kawan dan jiran seP10BDO nak cakap million thanks kepada Capt Ru dan wife for the hospitality. Layanan memey superb sejak aku dan family + adik ipar 1st time datang Abu Dhabi. 1st datang tahun 2015 dan beraya haji diperantauan. 

Bukan saja dapat jalan-jalan ke Dubai dan Abu Dhabi, accomodation pun free, makan free dan yang paling best bila dapat naik bisness class dengan harga marhaen... Alhamdulillah.. rezeki ada kawan macam Capt Ru.. next trip kemana kite? :)

wefie dulu sebelum boarding

selesa... seat tengah takde orang duduk

Day 10 ~ Isnin, 10 Oct 2022

Aku dan fendi selamat sampai di Changi Airport, Singapore pada pukul 9 pagi. Di Changi airport transport dah siap tunggu untuk bawa kami balik ke JB seterusnya hantar sampai depan rumah. Transport ni pun Capt Ru yang setelkan dan dapat harga special lagi.. Thanks sangat-sangat... memey trip ni aku relax dan tak payah banyak fikir sebab semua Capt Ru yang buat dari tiket flight, sewa AirBnb, sewa kereta hingga transport pegi balik ke Changi airport dia uruskan. Macam pegi dengan travel agent tapi hakikatnya DIY.. 

Ada lagi.. semua expenses kat Swiss seperti tuang minyak, parking, tiket train, attractions fee, makan-makan, semua tu Capt Ru yang bayar dulu guna kad kredit dia. Aku bawak gak cash CHF400 tapi luak dalam CHF100 je. Siap ada balance lagi.. haha... memey senang banyak aku dengan Fendi... jalan-jalan dulu, bayar kendian... kata Capt Ru dah sampai Malaysia nanti baru bayar... mana nak cari kawan macam ni.. 

Ok, ini total perbelanjaan untuk aku 8 hari di Swiss termasuk 2 hari jalan-jalan Dubai dan Abu Dhabi.


Amacam? ok tak total kos ni? Pada aku lebih murah dari trip private yang dari harga 11 hingga 15k seorang. Trip DIY je boleh dapat harga macam ni plus ada kawan macam Capt Ru yang bukan saja boleh dapat tiket flight harga mur-mur.. juga uruskan semua booking.

Akhir Kata

Ok gais, rasanya cukup sampai di sini cerita trip kali ni yang guna tajuk drama korea. Saje je nak bagi kelainan sikit dari post-post sebelum ini. Harap tuan, puan, adik, abang dan kakak sekalian tak boring baca. 

Bagi aku trip Swiss kali ni yang paling best sebab dapat jelajah banyak tempat yang semuanya indah-indah belaka. Sebelum ni 2 kali datang Swiss cuma singgah 2-3 malam je. Kali ni tinggal setempat dan dapat pegi banyak tempat. Dan semua tempat yang aku pergi walaupun ada yang lumayan bayarannya tetap puashati. Kata orang kalau dah datang Swiss jangan berkira pasal duit. Bukan selalu dapat datang Swiss.

Datang sini kalau setakat jalan-jalan tanpa naik train atau gondola ke kawasan tanah tinggi belum cukup Swiss tuu. Itu yang berlaku kepada aku datang 2 kali sebelum ni. Ingatkan tengok tasek dan jalan-jalan kat Lauterbrunnen dah cukup cantik. Rupanya kat kawasan tanah tinggi seperti Zermatt, Grindelwald 1st, Klein Schneidegg, Furka Pass lagilah tersangat cantik pemandangannya. Lagi-lagi cantek kalau dapat jumpa salji. Boleh jakun sekejap.. hehe..

Sehingga hari ini masih terbayang-bayang keindahan di Swiss. Tak tau nak describe indahnya macam mana. Dalam gambar cuma 10% je dari yang nampak kat depan mata. Swiss memang sangat cantik. Dan, kepada yang baca ni semoga dapat rezeki dan dipermudahkan dapat datang Swiss.. Aaminn..

Ok macam biasa di akhir post aku akan share link post terdahulu dan bawah sekali ada video koleksi dari Tik Tok aku. Nak follow pegi Tik Tok dan search @ar_zhar . Sekian, Wassalam..