Wednesday 23 July 2014

New Zealand, MH17, MAS, Tan Sri Tajudin Ramli dan Phnom Penh

Assalamualaikum,

Ketika saya ingin menaip sambungan cerita jalan-jalan NZ bersama Trip Kekawan, Ramadhan sudah masuk hari ke 25 dan nahas MH17 masih hangat diperkatakan. Bagi yang kaki jalan ke luar negara sudah pasti akan risau atau phobia naik kapal terbang. Manakala saya pula ada 2 lagi trip hujung tahun ni dan salah satu dengan flight MAS. Memang isteri saya ada mintak batalkan trip ke Jepun tapi saya tetap yakin dengan Malaysia Airline bukan sebab nama isteri saya Mas tetapi pada saya semua yang terjadi sudah tersurat dan sebagai orang Islam kena wajib percaya dengan Qada' dan Qadar. Tiba masanya kita semua akan pergi juga tinggalkan dunia ini.

Bercerita tentang pengalaman pertama saya naik kapal terbang ialah dengan MAS dari Senai ke Subang dan kemudian ke Phnom Penh, Kemboja. Masa tu tahun 1993 dan saya ke Phnom Penh kerana ditugaskan oleh Celcom selama sebulan bekerja dengan syarikat TRI-Celcam. Masih segar lagi ingatan pengalaman pertama naik kapal terbang dan paling saya takkan lupa ialah walkman saya yang disimpan dalam bag bagasi kena curi. Tinggal kaset Mariah Carey dan Skidrow je. Nasib baik durian yang saya bawa dan disimpan dalam tupperware tak kena rembat. Kalau tak kempunan kawan-kawan yang menunggu kat Phnom Penh tak dapat makan durian. Mereka yang suruh saya bawa sebab masa tu musim durian dah hujung-hujung, jadi dorang takut nanti balik Malaysia musim durian dah habis.

Peluang bekerja di Kemboja memang tak dirancang. Entah apa mimpi boss saya Incik Rohaizat tiba-tiba berjumpa saya dan offer kerja di Kemboja. Masa tu saya 50-50 sebab teringatkan Kemboja masih bergolak dengan perang saudara dan di bawah kawalan PBB. Baca paper dan tengok berita pasal Kemboja ada je cerita bom sana, tembak sini. Tetapi Incik Rohaizat tetap mahukan saya pergi kerana katanya saya je layak. Sebenarnya sudah ada calon sepatutnya dihantar tetapi budak dari region Central yang sepatutnya pergi tak dapat pergi atas sebab-sebab tak dapat dielakkan. 

Dari masa boss offer dan tarikh ke Phnom Penh lebih kurang 2 minggu dan hari itu juga saya kena pergi ke pejabat Imigresen untuk buat pasport internasional yang berharga RM60 aje masa tu. La ni tak dapat bai.. RM300 bawak datang.

Bayangkan pada masa tu pertama kali saya akan naik kapal terbang, ke luar negara dan pergi seorang diri pulak tu. Berangkat pada bulan August 1993. Memang pengalaman yang sehingga hari ini saya takkan lupa. Masih teringat detik dan saat pertama kali naik kapal terbang MAS dari Senai, kemudian transit di Subang Airport. Hampir saja tersesat sebab tak tahu macamana nak tukar terminal. Memang pengalaman yang sangat berharga yang saya akan ingat sampai bila-bila terutama layanan pramugari MAS yang baik hati dan mungkin pelik budak ni sorang-sorang pergi Kemboja nak buat apa? Tapi saya layan blues je dalam kapal terbang MAS yang sesekali bergegar bila langgar awan. Kecut jugak tapi buat-buat steady. 

Dari Subang ke Phnom Penh lebih kurang 2 jam perjalanan dan setibanya di sana saya disambut oleh boss saya Incik Rohaizat yang pergi awal sebab 2-3 hari lepas tu dia nak balik dan tinggallah saya dengan 5 orang lagi staff Celcom kat sana. Sebulan kat sana macam-macam pengalaman ada tapi kalau nak cerita kat blog 13 episod tak cukup. Antara pengalaman manis ialah dapat duduk semeja makan malam dengan Pengerusi TRI masa tu Tan Sri Tajudin Ramli. Memang saya sangat hormat dengan Tan Sri kerana masa tu beliau antara orang Melayu terkaya kat Malaysia. Sempat jugak berbual-bual dan bergambar. Pada saya Tan Sri Tajudin Ramli ialah seorang yang low profile, tidak sombong dan paling penting ambil berat kebajikan pekerja. Tetapi kerana MAS juga akhirnya Tan Sri terus lenyap dari dunia perniagaan orang melayu. Walau banyak cerita negatif tentang Tan Sri, saya tetap bangga kerana pernah jadi antara staff Tan Sri. Semoga Allah swt kurniakan rahmat kepada Tan Sri Tajudin Ramli dan keluarga.. amin.

Panjang lebar pulak tulis. Asalnya nak intro je pasal MH17 dan sambung tulis pasal New Zealand tapi ke laut pulak sampai pengalaman kerja kat Kemboja. Itulah serba sedikit cerita saya tentang MAS, Malaysia Airline System. Sambil tu layanlah gambar-gambar semasa saya di Kemboja pada tahun 1993. Abaikan badan yang kurus tu. 21 tahun dah berlalu tentu banyak beza.. hehe.. 

at depan Istana Raja Kemboja

ni kat Villa, tempat tinggal dan juga ibu sawat TRI-Celcam

Masa ni berat 50kg...

Dan penat begambo berdiri, cangkung pulak..

Gambar depan villa. Sebelah kanan kabin tu ibu sawat

kiri-Azli, kanan-Fahmi. Ni lah geng aku kat sana. Tapi dorang sampai 6 bulan. Aku je sebulan.

Bergambo depan ibu sawat

Villa ni ada 8 bilik dan sangat besar. Kat villa ni juga tempat aku ajo future staff TRI-Celcam orang Kemboja.

dari kiri, Fahmi, Aku, Kak Noi & Azli

Fahmi, Kak Noi & Azli incharge marketing ngan customer service, aku macai network...

ni semua student aku... selain kena jaga network TRI-Celcam, kena ajor dorang ni kerana lepas tu dorang yang akan jaga mobile network sebab lepas sebulan aku nak balik... cakap english ke laut tapi ada sorang tu cakap Rusia berabok...

begambo dengan local staff TRI, ada muka macam vietnang dan yang depan aku tu muka pior Kampuchea

sekali pandang macam orang kampuchea pon ada...

kalau pandang sisi ni macam orang laos...

tuu Kak Noi... la ni Celcom HQ.. kat sana dia as Customer Service Manager dan aku Macai je...

Street of Phnom Penh... entah jalan apa nama...

dah penat bergambo kat depan istana, lepak tepi Sungai Mekong...

ni aktiviti panjat tower check apa yang patut.... dulu-dulu berat 50kg senafas je sampai puncak... 

dengan geng technical HQ yang datang melawat aku dengan bang osman(baju putih). Dorang datang kejap je 3-4 hari buat tunning apa yang patut...

test jadi customer service... lai lai mari bayar bill...
Begitulah serba sedikit pengamalan pertama aku travel keluar negara dan pertama kali naik kapal terbang. Apapun yang berlaku MAS dan Tan Sri Tajudin adalah terbaik! 

Tuesday 15 July 2014

New Zealand bersama Trip Kekawan March 2014 ~ Part 1

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, setelah beberapa bulan bertangguh hari ni baru ada kesempatan update blog. Kali ni destinasi percutian yang nak dicerita ialah New Zealand South Island. Ke sana pada 22hb March dan pulang pada 30hb March. 2 hari perjalanan dan selebihnya 6 hari 5 malam menjelajah pulau selatan New Zealand.

Percutian kali ini berbeza dengan cuti-cuti sebelumnya kerana pergi dengan geng Trip Kekawan yang dikenali melalui Facebook dan dengan Motorhome. Motorhome ialah kenderaan yang tersedia lengkap dengan meja makan, dapur, tandas dan ruang tidur. So, cuti-cuti kali ini menghendaki kami bergerak dari lokasi ke lokasi dan tidak tetap pada satu kawasan. Inilah konsep percutian yang diperkenalkan oleh Trip Kekawan bukan hanya di New Zealand juga tempat lain seperti Eropah, Jepun dll. 

Memang percutian kali ini satu pengalaman yang baru dan paling teruja terutama sekali dapat melihat keindahan alam semula jadi ciptaan Allah swt. Sukar nak gambar dengan kata-kata atau tulisan. Hanya gambar-gambar menjadi saksi.

22-23 March 2014 - Day Travel.
Route : Flight Qantas, Singapore-Sydney-Christchurch (14 jam)


at Changi Airport Terminal 2


Flight Emirates(Qantas partner) Sydney-Chrischurch(3hrs)

Emirates Flight path Sydney-Christchurch

at Christchurch Airport & Motel Airport Lodge

Room at Airport Lodge Motel

Airport Lodge Motel


Jalan-jalan pekan Christchurch






24 March 2014 - Day 1 with Trip Kekawan
Route : Motel - Motorhome deport -Timaru - Qamaru (290km)

Selesai urusan check out di Airport Logde Motel terus ambil teksi ke Motorhome depot yang jaraknya lebih kurang 5km. Di sana bertemu kesemua geng Trip Kekawan yang baru berkenalan lebih kurang 17 keluarga untuk 15 Motorhome. Trip Kekawan diketuai oleh Tuan Haji Zikri juga merangkap founder. 

Selesai urusan penyerahan Motorhome kepada semua peserta dan sesi taklimat maka bermulalah perjalanan menjelajah Pulau Selatan New Zealand. Setiap Motorhome dibekalkan set walkie talkie dan GPS untuk memudahkan sampai ke destinasi.

Motorhome Depot


Our Motorhome FCY 447- jenis ni boleh muat 6 orang dewasa.


Taklimat oleh Tuan Hj Zikri sebelum ambil Motorhome

Taklimat penyerahan set walkie talkie dan GPS

Wakil Appolo ajar cara-cara kendalikan Motorhome dan paling penting buat dumping(buang najis dari Motorhome)

Switch board. Nak pakai baru On. Ada untuk lampu, water heater, dapur, tv dan lain-lain.

Check body Motorhome kalau ada yang kemek kena tanda. Kalau tak masa pulang kena bayo.

Pilot and Co-Pilot



Tengah kusyuk bawak Motorhome

Destinasi pertama singgah at Thin Shed - Original jual produck NZ

Destinasi ke-2, mari makan es krem

Real Fruit Ice Cream

Jalan-jalan kena pakai GPS, kalau tak sesat nanti

Qamaru... 81km lagi.... jalan lengang!

Destinasi ke-3 singgah at Wallaby Park - tempat kangroo kecik

Jeem jumpa nenek sedara at Wallaby Park.
Sesi briefing sebelum masuk kandang Wallaby.



Syirah & Wallaby... memey kecik specis kangaroo nii. Kalo panggang pun takda isi.

Ada makanan baru nak dok dekat



Anak Wallaby. Lagi kecik.

Sesi begambo sebelum bergerak ke destinasi seterusnya.

1st Check Point - Lincon Street Campsite

Tempat tido, masak untuk 6 hari 5 malam


Route for Day 1

Bersambung..... Part 2