Wednesday 3 September 2014

New Zealand bersama Trip Kekawan March 2014~Part 2

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, hari ni baru berkesempatan sambung part 2 jalan-jalan New Zealand bersama Trip Kekawan. Itulah, masa begitu mencemburui dan harap-harap cerita New Zealand ini saya dapat habiskan sebelum next trip saya ke Jogjakarta pada 16 September. Tapi rasa macam tak sempat.. hehe 

Hari ke-2 bersama dengan Trip Kekawan dan hari pertama tidur dalam Motorhomes merupakan pengalaman baru. Agak selesa jika dibandingkan tidur dalam kemah di hutan. Last tidur dalam kemah pun dekat belas tahun. Cuma, walaupun dalam Motorhomes masih rasa sejuk kerana cuaca luar yang sejuk ditambah lagi hujan sejak malam tadi. Sepatutnya semalam ada BBQ tetapi oleh kerana 3 keluarga masih tak sampai, so tangguh malam ini di Campsite seterusnya. 

Pagi tu bangun lewat sampaikan Tuan Hj Zikri kena kejutkan. Al-Maklumlah, 1st malam tidur dalam Motorhomes, sejuk pulak tu. Subuh gajahlah gamaknya. Pagi tu diadakan sesi taklimat dan taaruf untuk semua peserta Trip Kekawan. Kesemua mereka pertama kali saya kenal semasa hari mengambil Motorhomes semalam dan hari ini tahu lebih sedikit tentang latar belakang dan kerjaya mereka. Alhamdulillah, tambah lagi kenalan. Namun ada 3 keluarga lagi tidak berjaya sampai di check point pertama atas sebab salah satu Motorhomes(keluarga Rosli) mengalami kerosakan manakala keluarga Johari dan Yazuran menemankan keluarga Rosli untuk bermalam di campsite lain. Maklumat yang diterima masalah pada Motorhomes Rosli dapat diselesaikan(ganti lain) dan kami semua akan bertemu di check point ke-2 di Gore.

Selesai taklimat masing-masing sibuk berkemas apa yang patut untuk perjalanan seterusnya. Kami check out lebih kurang jam 9 pagi. Destinasi yang dituju ialah Dunadine untuk jalan-jalan, ambil gambar dan seterusnya tengoklah gambar-gambar kat bawah. Dari Lincon Street akan melalui Qamaru dan jarak perjalanan lebih 80km. Di Dunedin juga terdapat kilang Cadbury, kedai-kedai, tempat shopping dan paling penting restoren makanan halal. Selain itu di Dunedin ada masjid.

sepanjang perjalanan ke Dunedin hujan

Keretapi....

Singgah pekan koboi yang tak berapa koboi di...............

Jalanraya lengang... tu yang best drive kat New Zealand...

Sampai dah...

GPS nak cari BP Station untuk buat Dumping dulu...

Bandar Dunedin...

Singgah BP Station untuk buat dumping. Dumping ialah proses buang sisa-sisa kekotoran dari Motorhomes. Dumping ni wajib kena buat supaya dapat dikosongkan untuk qadak hajat yang seterusnya. Jika tak buang nanti overflow dan satu Motorhomes bau. Cara buat Dumping di ajar semasa kita ambil Motorhomes dan wajin kena tahu.
yang ni salur keluarkan waste water ke lubang. 

Dalam kotak ni berisi apa yang kita keluarkan dari badan dan masuk ke dalam tu melalui toilet yang ada dalam Motorhomes. Setelah dikosongkan kene letak kiub chamical untuk larutkan apa yang kita buang. Kiub chamical itu akan buatkan ia tak berbau. Kalau habis kena beli kiub tu harga lebih kurang NZ3 sebijik

Model kita En. Nabhan tunjuk cara-cara bersihkan kotak dumping

Ni cara masukkan kembali ke slot. Atas tu ada lubang dan itulah toilet.

Selesai dumping, aktiviti seterusnya, jalan-jalan di bandar Dunedin

katanya bangunan ketapi Dunedin sebijik kat Ipoh... sama arkitek agaknya
Bangunan-bangunan at Dunedin







Kilang Cadbury at Dunedin... nak masuk tengok kilang kene bayo
Inside kilang Cadbury... nak jelajah kene bayo...
Jalan-jalan cari restoren kebab



Lunch kebab at Meridian

Stesyen Ketapi Dunedin
Dalam Stesyen Ketapi
Jalan-jalan cari masjid...
Selesai jalan-jalan di Dunedin, destinasi seterusnya ialah Harrington Point iaitu kira-kira 20km dari Dunedin. Menurut kata Tuan Hj Zikri di situ boleh tengok Anjing Laut dan tempat tu mengadap Lautan Pasifik. Dalam perjalanan ke sana sempat singgah tempat-tempat menarik dan ada yang kena bayar seperti Castle tapi kami tak masuk sebab masa tak cukup hendak ke Harrington Point.

Replika gigi rasaksa on d way ke Harrington Point

On d way ke Harrington Point.. kawasan mengadap Lautan Pasifik dan boleh tengan Seal
Ni laluan nak ke Castle... 


At Harrington Point



Seal aka Anjing Laut tengah lepak...





Selesai jalan-jalan di Harrington Point hari sudah petang lebih kurang jam 6.30 ptg. Target sampai Campsite sebelum jam 7 ptg nampaknya macam tak sempat. Apa lagi kawe pun pecutlah bawak Motorhomes sampai 140kmj. Dari Harrington ke Campsite Gore lebih kurang 180km. Kami tiba di Campsite kira-kira jam 9 malam dan terus join sesi taklimat oleh Tuan Hj Zikri.

Sesi briefing di Campsite Gore dan BBQ. Ajis telah dilantik sebagai Kapten untuk perjalanan ke Wilford Sound dan mesti check out esok jam 6.30am. Jadi, keje kapten kena kejutkan kitorang. Malam tu Tuan Haji Zikri terpaksa patah balik ke Qamaru kerana Motorhomes ganti untuk keluarga Rosli manual. So, ada isu di situ sebab En. Rosli tak pandai bawa kenderaan manual. Maka, Hj Zikri kena drive Motorhomes tu dan En. Rosli drive Estima Hj Zikri. Begitulah kisahnya......
MemBBQ... buat kat dalam sebab luar hujan..

Rojak Sogo in action...
Laluan Hari-2 kira-kira 280km
Selesai hari-2. Bersambung..... Part 3

Ringkasan Iternari Hari ni,

7.30 am - Taklimat dan Taaruf
9.00 am - Check out dan menuju Dunedin
10.30-3.30 pm - Jalan-Jalan Dunedin, Makan at Meridian Mall, Shopping at Countdown Supermarket beli groceries.
4.00 pm - Selesai Solat di Masjid Al-Huda bergerak menuju Harrington Point. Sambil tu singgah Otago Universiti dan Castle tapi tak masuk.
5.30-6.30pm - Harrington Point
6.30-8.30pm - Keluar dari Harrington Point dan menuju Gore(Campsite)
9.00 pm - Tiba di Campsite, Taklimat dan BBQ
11.00 pm - Tidur awal sebab esok jam 6.30 kena bergerak ke Te Anau untuk ke Wilford Sound.

New Zealand ~ Part 1

4 comments:

Anonymous said...

berapa la kos utk 1 org

Mohamad Azhar said...

kalau tak termasuk tiket flight dalam rm2-3k..

Anonymous said...

SALAM aZHAR..SAYA yaYE....NICE BLOG...NAK TANYA....CAMPSITE GORE NI PARK TAK PAKAI POWER KE....DAN DALAM PAKEJ NI....BERAPA KALI MOTORHOME NI KENA CHARGE KAT POWER 240V.....

Mohamad Azhar said...

Wassalam Yaye,

Campsite Gore ni park siap dengan power kecuali 1 tempat di Moke Lake... kat situ memang langsung takde power...

Motorhome ni kene charge everytime parking kat campsite dr check-in sampai check-out... sebab heater dan barang letrik lain perlukan power untuk On kan... kalau guna bateri cepat habis...

Biasanya campsite yang mahal >NZ15/per head siap dengan power.. paling murah NZ7 di Moke Lake... yg ni memang takde power...