Tuesday 28 January 2020

Abu Dhabi & Dubai, kami datang lagi, 9-17 Dec 2019 ~ Hari 1

Assalamualaikum wbt.

Bab 1 : Abu Dhabi lagi...

Abu Dhabi, aku datang lagi.... ini kali kedua aku datang dengan family dan ada sekali dengan kawan-kawan. Bermakna sudah tiga kali aku jejakkan kaki di Abu Dhabi.

Sampai 3 kali datang Abu Dhabi, apa yang menarik sangat kat sana?

Sebenarnya banyak tempat menarik kat Abu Dhabi dan juga bandar-bandar berdekatan seperti Dubai, Al-Ain dan lain-lain.

Lagi satu sebab aku ada kawan dok Abu Dhabi. Aku pernah cete pasal kawan aku kat blog ni masa 1st time datang tahun 2015. Nak tau sape dia, baca kat link ni,
http://azhartravelog.blogspot.com/2015/10/jalan-jalan-abu-dhabi-dubai-22-27-sept.html


Bab 2 : Tiket Flight

Biasanya kalau aku nak pegi travel, tiket flight dah siap beli 3-4 bulan sebelum hari travel. Kali ni pegi Abu Dhabi aku beli 2 hari sebelum fly. Sebabnya, kawan aku yang dok Abi Dhabi belikan.

Juga ada sebab musabab lain kenapa kawan aku belikan last minit walaupun plan Abu Dhabi dah berbulan. Paling penting walaupun beli last minit tapi dapat tiket bisnes hage mura-mura bai..hehe...  :)

3 kali pegi Abu Dhabi 3 kali naik Etihad...
done bisness....
Brape hage bisnes class ni? biarlah rahsia....hehe..

Naik kelas bisness dengan Etihad adalah kali pertama tapi bukanlah pertama kali bagi aku. Sebelum ni dengan MAS dua kali aku pernah naik kelas bisness. 

1st time masa balik dari Jepun 2014 dan 2nd time masa balik dari Korea 2017. Kedua-dua aku dapat tanpa bantuan orang keje dalam. Sendiri beli dan bayar tapi untuk perjalanan balik je. Dengan MAS jika dapat offer upgrade ke bisness kita boleh pilih samada nak pegi dan balik atau salah satu. 

Ni aku kongsi cara nak dapatkan tiket kelas bisnes,

1. Kumpul point miles. Setiap airline ada program ni dan semakin banyak korang travel semakin banyak point terkumpul. Peluang upgrade dari ekonomi ke bisness cerah bila ada seat bisness kosong dan masa tu pulak seat ekonomi overbooked. Pihak airline akan offer untuk upgrade.

2. Dengan MAS kalau korang beli seat ekonomi dorang akan offer untuk upgrade. Offer upgrade dari MAS akan hantar melalui email. Melalui email kita akan akan diminta bid harga dari paling minimum hingga maksimum. Contoh, harga bermula dari RM500 hingga RM1500 per seat. Masa aku dapat kedua-dua tiket bisness aku set paling minimum dan up sikit dalam RM50 je. 2 kali aku naik MAS kelas bisness dengan cara macam ni.

3. Guna kemudahan sedara mara, adik beradik atau kawan yang kerja dengan airline. Contoh macam aku dengan kawan aku yang kerja kat Etihad. 

Begitulah ceritanya kalau nak merasa naik flight kelas bisnes bagi orang beshe-beshe macam aku. Pada aku berbaloi kalau naik kelas bisness untuk flight lebih dari 6 jam. Lagi jauh lagi selesa sebab ruang lebih besar, makanan lebih sedap dan paling best boleh tidur baring macam tidur kat katil rumah. Taklah terasa penat sangat kalau travel jauh.





kat bisness sebelum take off dah dapat air juice dulu..
Kata Rudy pesawat yang aku naik ni Boeing 787-10 paling baru Etihad dapat.... patutlah macam ada bau kedai..
selamat makan dinner..
dinner sambil layan movie..

Hari 1 ~ 9 Disember 2019

Bab 3 : Kenapa Abu Dhabi lagi?

Sebenarnya jalan-jalan ke Abu Dhabi & Dubai bukan plan asal. Asalnya aku nak pegi Amsterdam dan transit beberapa hari di Abu Dhabi. Namun perancangan terpaksa diubah atas sebab-sebab minggu aku nak bercuti tu bertembung dengan cuti winter break bagi sekolah di negara Arab dan  yang sewaktu dengannya.

Bila dah bertembung dengan waktu cuti sekolah untuk negara seperti UAE maka sukarlah nak dapat tiket harga mampu milik untuk orang beshe-beshe macam aku.

So, dari tak pegi mana-mana pada cuti sekolah hujung tahun maka aku plan pegi Abu Dhabi dan Dubai je. Rudy pun offer boleh bawak aku jalan-jalan sebab dia cuti panjang start 11/12 sampai 19/12. Aku pun on je la sebab dapat jimat tiket untuk flight dan hotel. Kat Abu Dhabi memey dok rumah Rudy je. Ada plan nak gi Oman tapi tak jadi sebab tak sempat.

Bai bai Malaysia... see you next week..

Bab 4 : KLIA to Abu Dhabi

Flight ke Abu Dhabi berlepas dari KLIA pada pukul 7.45 malam. Pukul 3.30 petang aku dah tiba di KLIA tapi masa tu belum waktu boleh check in. Check in time dalam pukul 4.30 ptg.

Sebenarnya, walaupun dah book dan bayar tiket untuk kelas bisnes tapi status tiket aku masih Standby(sebab tu murah). Maksudnya masih 50-50 samada boleh dapat seat atau tak. Kata Rudy jangan risau seat bisness banyak lagi. Kalau tak dapat bisnes boleh downgrade ke ekonomi dan seat ekonomi kata Rudy banyak lagi. Pegi tetap pegi cuma tak confirm samada naik bisness atau ekonomi.

Tepat pukul 4.30 petang aku terus ke kaunter bisness untuk check in. Berdebar gak masa tu. Bila awek kat kaunter minta passport aku dah lega bermakna peluang cerah dapat seat bisnes untuk aku sekeluarga. Alhamdulillah, rezeki kali ni dapat naik Etihad kelas bisnes pada harga yang lebih murah dari kelas ekonomi. Rahsianya nak dapat tiket macam ni aku dah cerita kat atas no.3.


Bab 5 : Safe landing at Abu Dhabi

Abu Dhabi city from air..

Welcome..
Grand Mosque ni 2 kali dah pegi... 
sementara tunggu wife Rudy sampai begambo dengan super remote car... 50 dirham je tapi tak beli..

Alhamdulillah, aku sekeluarga selamat tiba di airport Abu Dhabi pada pukul 10.30 malam waktu UAE. Kat Malaysia dah pukul 2.30 pagi, 10 Disember (4 jam beza).

Di airport Abu Dhabi kami disambut oleh Liza(wife Rudy). Rudy takde sebab dia bawak flight ke Casablanca, Morocco. Esok malam baru dapat jumpa dia.




Dari airport, Liza bawa kami terus balik ke rumah di Shakhbout City yang jaraknya kira-kira 11km dari airport. Masa tiba di rumah, waktu dah tengah malam dan masa untuk kami berehat setelah seharian perjalanan dari JB ke KLIA hingga Abu Dhabi. Untuk cerita hari esok bersambung pada post akan datang Hari ke-2.

Bab 6 : Pegi Abu Dhabi dengan kawan-kawan..

Sebelum aku tutup kisah Hari 1, ni aku nak share cerita aku pegi(ekceli transit) Abu Dhabi dengan kawan-kawan jiran BDO. Transit 12 jam ni pun Rudy yang susun sebab dia nak kitorang naik flight yang dia akan bawak dari Abu Dhabi ke KL. Nak tau kisahnya kena baca...
http://azhartravelog.blogspot.com/2016/09/kembara-mesir-20-28-may-2016-hari-9-10.html

Bab 7 : Sekian, wassalam..

Sunday 19 January 2020

Jalan-Jalan Batam ~ Part 2

Assalamualaikum wbt.

Selamat Tinggal Bintan dan Selamat Datang Batam.

Kepada yang belum baca Part 1, Jalan-Jalan Bintan boleh baca kat sini,

Batam ~ 25 Dis 2019

Pulau Batam ni lama dah aku dengar pasal pulau ni tapi tak pernah datang hinggalah hari ini. Dulu-dulu dengar cerita negatif je pasal Batam antaranya tempat orang Singapura yang dah pencen berlibur dan kemudian duit pencen(CPF) habis sebab kahwin lagi satu.

Tapi aku datang Batam bukanlah nak siasat pasal benda tu betul ke tak.. hehe.. aku datang sebab nak berlibur gak tapi dengan keluarga.

Dengonya kat Batam macam-macam ada dan lebih moden dari Bintan? Kat Batam juga dengonya ada seafood murah?

Kalau nak tau apa ada kat Batam, jom baca sampai habis.

Bintan ke Batam

Oleh kerana Bintan dan Batam adalah pulau, maka perjalanan antara pulau ni kena naik feri. Kalau nak naik sampan pun boleh tapi masalahnya takda sampan nak bawak kitorang dari Bintan ke Batam.. Kalau ada pun mungkin berjam-jam baru sampai.. sebab tu takde...hehe...

Tambang feri dalam Rp100k untuk dewasa dan perjalanan ambil masa sejam. Tambang kanak-kanak pula dalam Rp60-70k. Sebenarnya aku tak sure berapa harga sebenar tiket sebab Pak Dodi yang belikan. Kitorang bagi duit je kat dia.

Dari Bintan ke Batam perjalanan bukan international. Jadi tak yah nak cop passport bagai dan terminal pun domestik. Kat Bintan masih tempat yang sama cuma kat Batam jauh sket dari terminal internasional.

Jauh gak terminal feri domestik dengan internasional

Terminal Feri Sekupang

Sebaik tiba kami disambut Mas Heri, tour guide kami di Batam. Sepatutnya untuk jalan-jalan Batam pakai satu transport je tapi ada masalah aircon plak van yang Mas Heri bawak. Jadi dia cadang pakai dua transport untuk lebih selesa dan nyaman.

Dari Sekupang kami dibawa check-in di Hotel Evitel dulu untuk solat dan bersiap apa yang patut. Masa on the way sempat kami plan untuk jalan-jalan hari ini,

Plannya,
- Lunch Seafood
- Layan sunset di atas Jambatan Barelang
- Massage

lengang feri dari Bintan ke Batam
Laksamana atas feri..


Van 15 seater tapi aircon tak sejuk


Hotel Evitel Batam

depan hotel 26 Dis 2019

Kopak Jaya Seafood






Kata orang alang-alang datang Batam kena layan seafood. So hari ni kami lunch seafood kat Kopak Jaya 007. Ingat boleh tekopak duit makan kat sini, tapi oklah taklah mahal sangat... 



Siput Gong Gong..






Jambatan Barelang

Jambatan ni tak jauh dari Restoren Seafood Kopak Jaya.

Jambatan ni dibina untuk menghubungkan pulau-pulau Batam, Rempang dan Galang. Ada 6 jambatan kesemuanya dengan jumlah panjang 2km. Paling jauh berkedudukan 50km dari Pulau Batam.


Macet!

Jambatan Barelang macam jambatan Kong Kong-Desaru..








Lepas massage kaki dan ada juga yang massage satu badan kami lepak kat food court sebelah Hotel Evitel. Ok gak makanan-makanan kat situ sedap belaka. Cuma air je manis. Kopi kat situ memey sedap dan tak semahal kalau lepak setabak atau coffee bean.


Pisang keju..
mee goreng keropok

Roti bakar..
tanjak masih tetap dikepala walau gi ngeteh

26 Disember 2019

Hari ke-2 di Batam dan hari terakhir Jalan-Jalan Bintan dan Batam.

Sebelum jalan-jalan sarapan dulu kat Morning Bakery. Kat hotel sebenarnya ada sarapan tapi cuma untuk 3 orang. Entah macamana aku book tiba-tiba sarapan cuma ada untuk bilik family je. Bilik lain tak dak. Patutlah hotel kat Batam ni lebih murah dari Bintan, rupanya lagi 3 bilik tak book sekali untuk sarapan.

Hal kecik je tu. Tak dapat sarapan kat hotel kita sarapan kat luar hotel. Nak rasa gak apa menu best sarapan kat Batam. Sama tak macam kat Malaysia?

Restoren ni bukan saje jual roti dan kek juga ada sarapan... macam Season gak ni tapi tempat ni memey besar..

44k = rm15... ok lah hage dia..
kopi dia memey sedap macam kat food court semalam..
Selepas sarapan, aktiviti seterusnya nak beli kek lapis dan ole-ole Batam..


Kedai pertama

Kedai ke-2


Cak!
Cak! Cak! Cak!

Lepas dah dapat kek... pegi cari kerepek pulak...



bawang putih bunjut pon ada...

Masjid Muhammad Cheng Ho

Masa kami ke sini lagi setengah jam nak gerhana matahari cincin. Tapi gerhana cincin cuma boleh nampak kat Tanjung Piai je. Kat sini cuma boleh nampak matahari bentuk bulan sabit aje. 

Masa bulan melintas depan matahari suasana yang sebelum tu panas dan terang benderang tiba-tiba berubah menjadi tak berapa panas dan sikit mendung. Adalah dalam 10 minit dapat menikmati fenomena alam yang Allah izinkan untuk kita rasai dan ambil ibrah disebaliknya.

Masa Nabi saw dulu paling takut bila berlaku gerhana kerana ia adalah tanda-tanda seperti kiamat. Sebab itu Sunnahnya bila gerhana umat Islam disunatkan berkhutbah dan solat sunat gerhana. Tapi kat masjid ni takde pulak buat Solat Sunat.




Masa tiba kat masjid ni sekali pandang memang tak macam masjid. Ia sebab reka bentuknya lebih kepada budaya cina terutama warna merah.

Hakikatnya ia adalah sebuah masjid yang dibina sempena Laksamana Muhammad Cheng Ho pernah datang ke Pulau Batam.

Sedikit info pasal masjid ni terletak di kawasan Bengkong, Golden City. Masjid seperti ini bukan saja ada kat Batam juga tempat lain seperti di Aceh, Palembang, Belitung, Jakarta, Surabaya, Semarang, Cirebon dan Denpasar. Ia menandakan Cheng Ho pernah singgah ke tempat-tempat tersebut dan Batam merupakan persinggahan terakhir Laksamana Cheng Ho.

Siapa Laksamana Cheng Ho?

Beliau ialah seorang pelaut dan pengembara yang berasal dari Tanah Besar China. Berketurunan cina Asia Tengah Yunnan dan dikatakan ada persamaan dengan bangsa Uighur. Dilahirkan pada tahun 1371M iaitu sebelum Parameswara datang ke Melaka. 

Lahir dari keluarga yang beragama Islam dari keturunan Hui. Uighur dikatakan dari keturunan Han. Ada juga pendapat mengatakan salah silah keluarga Cheng Ho bersambung dengan Hassan bin Ali r.a. Wallahua'alam. 

Paling penting untuk korang tau Laksamana Cheng Ho lebih hebat dari Christoper Columbus atau Vasco Da Gama dan dikatakan orang pertama yang menemui benua Amerika. Tujuan pelayaran Cheng Ho bukanlah untuk berperang tapi lebih kepada hubungan diplomatik dan menyebarkan Islam.

BJF at Masjid Muhammad Cheng Ho


Gerhana Matahari..

Gerhana bulan separa... snap pakai henfon je...

Pulau Putri

Destinasi last untuk hari ini pegi ke pulau yang terletak di utara Batam. Pulau kecil yang suatu ketika dulu tempat nelayan atau kapal-kapal kecil berlindung dari ribut. Dari Masjid Cheng Ho nak ke Pantai Nongsa kira-kira 30km. Dekat sejey perjalanang...


Sikit info pasal pulau ni.

Asal nama Pulau Putri ialah Pulau Nongsa. Nongsa ialah singkatan untuk Nong Isa atau Raja Isa, ialah anak kepada Raja Ali. Siapa Raja Ali aku dah cerita dalam Part 1, Jalan-Jalan Bintan. Boleh baca kat link ni,

Raja Isa dulu adalah pembuka Kampung Nongsa seterusnya menjadi pemerintah di situ. Maknanya Raja Isa bukan kaleng-kaleng golongan bangsawan dikalangan penduduk daerah Nongsa. Banyak jasa beliau di situ. Makam Raja Isa dan keluaga juga terletak di Kampung Nongsa.



Pulau Putri berkedudukan tak jauh dengan sempadan antarabangsa Singapura dan Indonesia ,jadi bila berada di situ boleh nampak Singapura serta bangunan-bangunan pencakar langit kat sana. Johor pun boleh nampak cuma tak berapa jelas sebab takda bangunan tinggi.

1km je jarak Pulau Putri dan Pantai Nongsa
Pulau Putri view dari Satelite

Dari Pantai Nongsa nak ke Pulai Putri kena naik bot sampan yang tak berapa besar tapi boleh muat 16-17 orang. Tambang pegi dan balik ialah Rp20k sorang. Kira-kira RM6.





Bot mewah Jo Low?
Kat pulau ni macam-macam aktiviti boleh buat antaranya, kayuh basikal... dan basikal tu kena sewa Rp60 kalau tak tawar menawar... paling rendah boleh dapat Rp40k untuk sejam..















Sejam lebih kami luangkan masa menjelajah Pulau Putri dan masa untuk balik ke Batam seterusnya ke Terminal Jeti Batam Centre untuk balik ke Malaysia. Feri balik kami pada pukul 5.45 petang.




Sebelum terus ke Terminal Feri singgah lunch kat restoren makanan sunda tak jauh dari terminal jeti Batam Centre.



Dari Batam ke Stulang perjalanan ambil masa 2 jam. Sebenarnya boleh lebih cepat tapi feri terpaksa kena gerak slow bila masuk ke laluan antara Johor-Singapura. Kerana kat situ banyak kapal-kapal lalu dari Pasir Gudang dan juga Sembawang(Singapura). Laluan situ aku rasa amik masa sejam gak.

Kami tiba di Terminal Feri Stulang pada pukul 8.45 malam waktu Malaysia. Nampak macam 3 jam kan? Sebab waktu Indonesia lewat sejam.

Setibanya kami di Stulang, maka berakhirlah kisah travelog Jalan-Jalan Bintan dan Batam. Rupanya Bintan dan Batam ada banyak tempat menarik untuk dilawati. Dan bagi orang Johor boleh lah jadikan salah satu lokasi destinasi bercuti untuk keluarga. Tempat pun tak berapa jauh banding nak pegi Bandung atau lain-lain kat Pulau Jawa dan Sumatera. 

Pada aku kos nak pegi pun tak berapa mahal cuma ada beberapa tempat mungkin terasa mahal sebab  tumpuan orang Singapura. Untuk 3 hari 2 malam kos seorang dalam RM600 dah cukup untuk transport, hotel dan makan. So, kalau korang pening fikir nak cuti kat mana aku cadangkan datanglah Bintan atau Batam. 

Sebenarnya 3 hari 2 malam tak cukup untuk nak cover semua tempat-tempat menarik kat kedua-dua pulau tu. Samada Bintan dan Batam kedua-dua ada tempat menarik untuk keluarga. Korang kena cuba pegi dulu. Lagipun tak jauh kan untuk orang JB. Korang yang dok luar JB pun boleh datang stay kat JB kemudian naik feri. Sebelah Terminal Feri Stulang ada Hotel Berjaya, nama dulu The Zone.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Ni kawe nak kongsi kos untuk Tambang Feri, Transport Bintan & Batam, Hotel dan Makan. Aku convert siap-siap dalam RM. Tapi kalau ada perubahan itu sebab Currency.

FERI
  • Stulang - Bintan > RM98(dewasa), RM62(Kanak-Kanak)
  • Bintan - Batam > RM33(dewasa), RM24(Kanak-Kanak)
  • Batam - Stulang > RM81(dewasa), RM54(Kanak-Kanak)
Jumlah keseluruhan,
  • Dewasa > RM212
  • Kanak-Kanak > RM140

TRANSPORT
  • Bintan - RM600 / 13 orang = RM46 seorang
  • Batam - RM800 / 13 orang = RM62 seorang
Jumlah untuk seorang = RM108

HOTEL
  • Bintan(Pelangi Hotel & Resort-Sarapan utk 12 orang) = RM678 / 13 = RM52
  • Batam(The Evitel Hotel-Sarapan utk 3 orang) - RM526 / 13 = RM41
Jumlah untuk seorang = RM93

MAKAN & MINUM
  • RM150 seorang untuk 3 hari.
Anggaran jumlah keseluruhan untuk 3 hari 2 malam / per orang = RM563

Nota : ada juga kos-kos lain kena ambil kira seperti tambang bot ke pulau dan lain-lain. Boleh bajet dalam RM50-RM100 seorang. Lain-lain seperti shoping beli tanjak, ikan bilis, ole-ole, pandai-pandai la sendiri bajet...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Oklah, terima kasih kerana sudi baca sampai habis. Next post inshaaAllah, travelog Jalan-Jalan Abu Dhabi dan Dubai.... tungguuuu.... Sekian. Wassalam...