Sunday 17 March 2019

Kembara Eropah 2018 France-Italy-Swiss 20 Oct-1 Nov ~ Hari 10

Assalamualaikum wbt.

Seperti baru semalam tiba di Paris, hari ini sudah berada di Paris semula. Sepanjang 9 hari kembara sudah lebih 2000km meredah 3 negara dan singgah 6 bandar utama. Keberadaan semula di Paris menandakan kembara ini sudah hampir ke penghujung. Tinggal hari ini dan esok je nak jalan-jalan Paris sebab lusa dah nak balik ke negara tercinta yang ditinggalkan sejak 20 Oct.

Sepanjang 9 hari lepas bermacam kenangan dan pengalaman dah alami dan pengalaman seterusnya akan bersambung hari ini di Paris pula. Ramai dah tau tentang Paris dan apa yang menarik kat sana. Namun setiap orang pasti ada cerita berbeza dan begitu juga kami. Nak tau apa yang berbeza dan apa yang menarik tentang jalan-jalan kami di Paris kenalah terus membaca post ini sampai habis..




Hari ke-10 ~ 30 Oct 2018

Station Chattillon Montrouge

Cuaca pagi ni agak mendung dan nampak tanda-tanda macam nak hujan. Namun acara melawat kawasan tetap kena teruskan. Hari ni plan jalan-jalan naik train je. So, kereta sewa bagi rehat 1 hari. Lagi satu taknak bawak kereta sebab malas nak fikir kat mana nak park kereta nanti. Cas parking sure mahal. Lagi satu sebab nak try rasa pengalaman naik train kat Paris.

Plan hari ni cuma nak ke Effel Tower je. Kat station mana nak naik dan stop semua dah study malam tadi. Dari Station Chatillon-Montrouge ke Bir Hakeim cuma ada satu transfer je untuk tukar train di Montparnasse-Bienvenue. 




Selepas sarapan kami jalan kaki ke station Chatillon yang jaraknya lebih kurang 700 meter dari guesthotel.

Sebenarnya berdekatan dengan guesthotel kami ada station tram Vauban. Tak jauh dalam 150 meter je. Tapi kami lebih rela jalan kaki ke station Chatillon kerana nak jimat 1.90 euro x 3 = 5.7(rm28) punya pasal. Kalau tram tu boleh sampai dekat-dekat dengan Effel Tower memey kawe naik, tapi dari Vauban cuma ke Chattilon je pastu kene tuko naik train lain dan kene beli tiket lain.


Station Tram Vauban
Chathotes to Station Chattillon Montrouge


Waktu tengahari pula dah janji nak jumpa Kak Nur tokey Nasi Ayam Paris kat station Bir Hakeim. Station Bir Hakeim ni tak jauh dari Effel Tower. Nasi ayam ni kami dah order semalam masa on the way ke Paris. Order by Whatsup je. Sape-sape pegi Paris dan nak makan nasi ayam boleh order dengan Kak Nur, +6011 5684 5426.






Chatillon-Montrouge

Sebelum naik train kene beli tiket dulu kat kaunter. Jangan lupa greet dulu 'Bonjour' supaya yang kat kaunter tu senyum sket kemudian baru bagi tau nak pegi mana dan berapa tiket nak.

Sebenarnya ada 2 pilihan nak beli tiket train ' Day Pass Ticket' atau dipanggil 'Carnet' iaitu samada beli lamsam 10 keping atau beli per trip pegi balik. Kalau beli lamsam 10 keping (14 euro) atau 1.90 euro per tiket. Tapi untuk hari ini aku cuma nak pakai 6 je, 3 pegi dan 3 balik. Total cuma 11.4 euro. So aku decide beli per tiket je dan kena bayo 11.4 euro.

Ada 9 sebab tambah malam datang lagi Effel Tower




Montparnasse-Bienvenue

Transfer train kat sini. Dari Chatillon ke sini kena lalu 13 station dan dekat 20 minit perjalanan. Nak ke Bir-Hakeim kena ke gate M6.

kami di sini
6 station to go...


Bir-Hakeim

Antara station paling dekat dengan Effel Tower. Dari sini kena jalan 650 meter.

Masa sedang kami jalan kaki nampak cuaca macam nak hujan. Sikit lagi nak sampai dan masa tu tengah beratur nak masuk kat kawasan Effel Tower barulah hujan turun renyai-renyai. Suhu ok lah dalam 10 celcius cuma sebab hujan jadi kene cover kepala takut selsema.









Effel Tower

Info pasal Effel Tower ni kawe dah cerita masa datang pada 2015. Boleh baca kat link ni,
http://azhartravelog.blogspot.com/2015/05/15-hari-kembara-7-negara-eropah-dan-uk_31.html

On the way jalan kaki dari jauh dah nampak menara Effel yang menjadi perhatian ramai untuk tengok dan apatah lagi bila dah berada di sini. Bagi aku ini kali ke-2 dan pertama untuk anak dan wife.

Setibanya di kawasan perkarangan Effel Tower masa tu hujan renyai-renyai. Hujan rahmat, Alhamdulillah... yang penting sampai dan selamat.

Bila dah sampai kat kawasan yang nampak jelas Effel Tower so apa lagi... marilah bergambo...






Dekat 20 minit beratur barulah dapat masuk di kawasan Effel Tower yang tak pasti sejak bila berpagar. Masa datang 2015 takde lagi. Mungkin atas faktor keselamatan kawasan Effer Tower dipagarkan untuk mengelak jadi sasaran pengganas seperti dibom dan sebagainya.


salah satu kaki menara Effel
we...

Singgah beli waffel dan kopi


Beli dengan dorang ni lagi murah... siap boleh dapat extra..

Sourvenir kat Paris paling murah dan paling menarik especially fridge magnet



station train paling hampir dengan Effel Tower tapi dari route lain...

Dekat 3 jam layan view di sekitar Effel Tower, masa dah time balik semula ke station Bir-Hakeim sebab dah janji dengan Kak Nur nak ambik nasi ayam yang kami order semalam. Janji kol 12++ kat situ. Timing yang baik untuk makan tengahari.

Dengan Kak Nur kami order 6 pack. Plan 3 untuk lunch dan selebihnya malam. Tapi rupanya Kak Nur siap bagi extra sebungkus jadi ada 7 bungkus. Alhamdulillah, semoga murah rezeki Kak Nur sekeluarga yang menetap di Paris sejak 15 tahun dulu.


Kak Nur dan anak dia Jade..


Lepas ambik nasi ayam balik semula ke guesthotel. Lapar sudah dan tak sabar nak merasa nasi ayam paris yang sangat femes di kalangan orang malaysia bukan saja di Paris juga di Malaysia.





Nasi Ayam Paris

nasi ayam peha dapat 2 ketul setiap pack...
memey sedap nasi ayam paris by kak nur


Petang lepas lunch, lepas solat, pandang luar tingkap nampak cuaca cerah dan langit membiru. Apa lagi terus ajak wife dan anak aku pegi Effel Tower lagi. Siap-siap terus gerak jalan kaki ke station Chatillon.

cerah plak... ni dalam pukul 5 lebih..

Kami tiba di Effel Tower hari dah nak gelap dekat Maghrib. Memang dah agak tak sempat nak sampai waktu masih cerah sebab perjalanan jalan kaki-naik train-jalan kaki je dekat sejam. Apapun, pemandangan waktu malam sekitar Effel Tower tak kurang menarik juga. Boleh tahan ramai gak pelancong yang datang. Penjaja jalanan jual sourvenir pun ramai. Sambil-sambil layan pemandangan sambil beli sourvenir apa yang patut.






malam-malam ada fun fair..
The river near Effel Tower




















Muka sedih tinggalkan Effel Tower...

2 kali hari ini pegi balik, pegi balik Effel Tower. Alang-alang dah ada kat Paris dan takde plan memana selain ke Effel Tower jadi habiskan masa hari ni tengok Effel Tower je puas-puas. Ada lagi tempat lain boleh pegi seperti Louvre Museum dan Arc de Triomphe tapi malas nak pi sana. Lagi satu pasal cuaca tak begitu mengizinkan.

Ok sekian kisah hari ke-10, kisah seterusnya hari ke-11 bersambung pada post akan datang, InshaaAllah...

Post terdahulu,
Hari Travel & Hari 1