Sunday 27 January 2019

Kembara Eropah 2018 France-Italy-Swiss 20 Oct-1 Nov ~ Hari 6

Assalamualaikum wbt.

Masa dah time hari ini tinggalkan Bormio. Walaupun berat namun perjalananan kena teruskan kerana Jungfrau di Switzerland sedang menanti kedatangan kami. Kat sana penginapan dah book untuk 4 hari 3 malam.

Selamat Tinggal Bormio... entah bila dapat datang lagi...


Hari ke-6 ~ 26 Oct 2018

Selepas subuh lepak kat luar guesthouse. Walau sejuk bak hang aku layankan juga sebab nak tengok matahari terbit yang sinarannya kelihatan dari celah-celah gunung. Ni je sunrise pertama dan terakhir di Bormio dapat layan sebab sat lagi dah nak check out untuk ke destinasi seterusnya.






view dari tingkap dapur

Sebelum gerak ke Swiss, jom layan bahagian-bahagian gueshotel ni yang belum share pada post lepas. Korang pasti suka kalau dapat menginap di guesthotel macam ni selepas drive berjam-jam. Lepas tu dapat tengok garden dan mountain view.

Apa yang menarik tentang guesthotel ni selain design dalaman juga luarannya yang cantik, ia dibina sendiri oleh husband owner guesthotel ni. Husband dia tukang kayu dan semua kemasan kayu seperti dinding, pintu, tingkap dan lain-lain, husband dia yang buat.

Untungkan kalau dapat buat dan ikut citarasa sendiri. Lagi satu dapat jimat kos upah orang buat.





toilet kat Italy standard ada 2.. satu untuk hajat besar dan satu lagi hajat kecik








Gambar seterusnya, bahagian garden guesthotel...




dapat BBQ sini sampai layan mountain view

jalan masuk parking kat atas


Menatang apa tu buat dari kayu..

Car pourch

Last but not least, owner bawak kami tengok bilik-bilik lain yang terdapat di guesthotel dia. Ada 1-2 bilik lagi belum siap dan tengah buat oleh husband dia.


bilik ni sesuai untuk 3-4 orang.. 

begambo dengan Mrs Elisa... owner guesthotel


Bormio - Jungfrau (405km)

Ada jalan lagi dekat kalau lalu Livigno dalam 335km tapi GPS set lalu Tirano. So, jadilah total jarak perjalanan 405km dan memakan masa lebih kurang 6-7 jam perjalanan. 


Masih Bormio lagi.... otw turun dari Best House
Selamat tinggal Bormio...
Lalu pekan Bormio..

Bila GPS set lalu Bormio-Tirano(sempadan Italy/Swiss), bandar seterusnya akan lalu ialah Bernina - Pontresina - St-Moritz - Mutten - Chur - Lucerne - Jungfrau. Laluan paling tinggi ialah Del Bernina Passo.




Sempadan Itali-Switzerland di Tirano
Welcome di Switzerland
Hebat dia ni kayuh basikal rentas gunung
Lago di Poschiavo
Jauh gak lalu tepi tasik ni













Ospozio Bernina

Terletak di puncak laluan Bernina Pass. Laluan ni lebih kurang Stelvio Pass cuma selekoh dia tak setajam macam kat situ. Puncak paling tinggi laluan rentas gunung ini tak lebih 2100 meter.



Di puncak Bernina - Ospozio Bernina





Ada hotel kalau nak bermalam di sini..

projek atas gunung
the view..

Cable car ke puncak Piz Lagalb













St-Maritz






Setelah lebih kurang 160++km dan 3 jam lebih perjalanan, di Thusis masuk ke laluan highway pula. Berbeza dengan Italy dan France, highway di Switzerland tiada tol. Alhamdulillah... dahlah takde tol, perjalananan pun tenang tak banyak kenderaan dan ditambah lagi pemandangan gunung ganang di kiri, kanan dan hadapan highway. Sejuk mata memandang.






Singgah RnR for Lunch






The view..


Aussichtspunkt Chalrutirank - Lungern

Ada satu location atas bukit kalau nak ke Zurich dari Interlaken atau dari Zurich ke Interlaken kena singgah iaitu di Aussichtspunkt Chalrutirank.. payah tol nak ingat nama tempat ni kena google baru dapat ejaan yang tepat.. nak sebut pun susah...

Tempat ni view dia memey awesome. Masa 2015 1st time singgah time tu tengah salji lebat. Kali ni terang benderang.

Dari atas bukit ni boleh nampak perkampungan di tasek Lungern berserta banjaran gunung di kiri, kanan dan hadapan.



2018
2015




2018
2015

Jalan keluar dari highway ke Lauterbrunnen dan sewaktu dengannya..

Wilderswil

Pekan ni terletak di kaki Banjaran Jungfrau dan di tengah-tengah antara laluan Lauterbrunnen - Interlaken. Dari bawah masa kami sampai boleh nampak puncak Jungrau yang bersalji. 

Jarak Winderswil ke Lauterbrunnen dalam 18km dan dari Lauterbrunnen ke Camping Jungfrau dalam 7-8 km.

view Jungfrau dari Wilderswill





Lauterbrunnen

Kali ke-2 kawe datang sini. Masa 2015 dengan Geng Celcom suka travel. Kali ni datang bawak famili pula. 

Lauterbrunnen merupakan bandar yang terletak di pergunungan Banjaran Alp Swiss. Bandar yang berada di lembah dan dikelilingi tebing-tebing tinggi yang saujana indah dipandang. Berdekatan dengan bandar ini terdapat beberapa air terjun hasil cairan glasier yang meluncur dari atas gunung. Antara yang popular ialah Staubbach Falls dan Trummelbach Falls.

Semua kejadian alam ciptaan Allah ini menjadikan Lauterbrunnen sebuah bandar yang sangat berbaloi dilawati bagi mereka yang sukakan keindahan alam macam kawe. Celah mana pandang semuanya cantik belaka.

Di Lauterbrunnen juga terdapat stesyen keretapi. So, kalau nak datang Lauterbrunnen naik keretapi pon boleh cuma agak terhad pergerakkan kalau nak ke sana ke mari. Pada aku lebih praktikal dengan kenderaan.

Boleh baca post saya masa 1st time datang Lauterbrunnen pada 2015,


pekan Lauterbrunnen
kiri tu Stesyen Keretapi Lauterbrunnen
Lauterbrunnen ke Camping Jungfrau - Holiday Park


Camping Jungfrau - Holiday Park

Di Lauterbrunnen kami menetap di campsite ni dan juga merupakan kali ke-2 dok sini. Terletak kira-kira 8 km dari pekan Lauterbrunnen.

Aku return semula tempat ni sebab suka dengan kedudukan chalet yang aku menginap dikelilingi tebing-tebing tinggi. Lagi satu sebab kereta boleh parking betul-betul depan chalet. Takyah nak angkut beg jauh-jauh.


view dari depan pintu chalet.. masa tiba cuaca cerah..
chalet belah kiri masa datang 2015... dekat je berdepan dengan chalet datang 2018
kawe dan nostalgia chalet masa datang 2015
Kat Swiss kalau bayar duit euro bakinya pulang dalam duit swiss franc
rupa duit swiss franc
Makanan dinner 

Selesai check-in waktu tu dah pukul 4 lebih. Aktiviti petang 1st day di campsite ialah cuci baju kat laundry.  Kena bayar kalau nak pakai mesin basuh dan pengering kat Laundry tu. Harga sekali basuh dalam 1-2 hinggit swiss franc.

Lepas cuci baju, dinner. Lepas dinner, lepak-lepak kat dalam chalet je. Dah penat lepak, tido...

Sekian untuk kisah kembara kami hari ke-6. Kisah utama ialah perjalanan dari Bormio di Italy ke Lauterbrunnen/Jungfrau di Switzerland. Bagi kami satu perjalanan yang sangat indah kerana disepanjang perjalanan dihiasi dengan pemandangan gunung-ganang. Walaupun terasa letih memandu jauh namun semua tu dibalas dengan melihat keindahan alam ciptaan Allah swt. Allahu Akbar!

Ok. Sekian kisah Hari ke-6. Kisah seterusnya Hari ke-7 bersambung pada post akan datang,
https://azhartravelog.blogspot.com/2019/02/kembara-eropah-2018-france-italy-swiss.html

Post terdahulu,
Hari Travel & Hari 1

No comments: