Sunday 2 September 2018

Kembara UK 2018 England-Wales-Scotland ~ Hari 7

Assalamualaikum wbt.

Hari ke-7 ~ 17 April 2018

Alhamdulillah, kami sudah berada dan bermalam di bandar wajib datang di Scotland iaitu Edinburgh.  

Sebab apa wajib datang?  
Kerana Edinburgh tersenarai dalam 10 bandar tercantik di dunia. 

Kenapa tersenarai 10 bandar tercantik di dunia?
Kena baca entri ni sampai habis nanti korang akan tahu kenapa.

Semalam dah lalu kat pinggir bandar Edinburgh masa on the way nak check-in homestay. Ternampak beberapa view terutama bangunan-bangunan memey menakjubkan.




Edinburgh

Sedikit info tentang Edinburgh ialah ibu kota Scotland. Di sini terdapat Bandar Lama zaman pertengahan dan Bandar Baru Georgian yang elegan dengan taman-taman dan bangunan neoklasik.

Di samping itu terdapat bangunan-bangunan rekabentuk zaman pertengahan yang unik juga terdapat monumen-monumen seperti jambatan Forth Rail Bridge yang merupakan warisan dunia yang dibina pada abad ke-17. Malangnya kami tak sempat pegi ke jambatan itu.. huhu...

Di kawasan berbukit pula terletak singgahsana raja-raja Scotland iaitu Edinburgh Castle. Apa yang menarik tentang Castle ini? Nak tahu kenalah teruskan pembacaan...


Edinburgh Castle

Istana yang juga dikenali sebagai Castle Rock kerana terletak di atas bukit batu yang terhasil dari letusan gunung berapi pada ratusan juta tahun dulu. Istana ini dibina pada abad ke-12 oleh David I iaitu putera kepada Saint Magaret iaitu puteri bangsa Inggeris dan kemudian Ratu Scotland.

Siapa Saint Magaret?
Ni kalau kawe nak cete pasal dia panjang pulak berjela nanti. Cukup lah korang tau dia ni anak Edward The Exile. Sape pulak si Edward ni? haaa.... mesti nak tau jugak kan? korang google lah... haha....

Ok balik cete pasal Istana, ada kisah mitos disebalik kemegahan istana ini yang kita tak perlu percaya sebab tiada dalam Hadis mau pun AlQuran. Cukuplah untuk korang tau istana ini pernah menjadi rebutan antara Raja Scotland dan Inggeris melalui fasa perang yang panjang. Pernah berfungsi sebagai tempat tahanan perang pada akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19.

Kini, Edinburgh Castle selain tempat pelancongan paling popular di Scotland juga tempat penobatan raja-raja Scotland. Maknanya kalau datang Scotland tapi tak datang sini makanya serupa belum datang Scotland atau Edinburgh.


Homestay ke Edinburgh Castle

Dari homestay nak ke sini dalam 6km je. Tak jauh sangat dan perjalanan naik kereta dalam 15-20 minit je dari tempat penginapan kami. Cara nak cari tempat Castle ni senang je guna GPS. Confirm tak sesat...hehe...






Jalan menuju puncak lokasi Castle...
dekat area Castle tapi takde tempat parking sesuai.... kene cari kat bawah

Oleh kerana tempat nak parking kereta agak terhad di kawasan dekat Castle jadi kami parking kat NCP Car Park Edinburgh yang terletak di kaki bukit Castle Rock. So, kena jalan kaki 0.55 km naik ke atas. Berpeluh gak ketiak walau cuaca sejuk.


Dari tempat park keta jalan kaki ke Castlle
Acara bakar kalori menuju puncak Castle Rock
kalau bayar on site mahal sepound.. boleh gak book online.. hari tu kami park dekat 3 jam... 13 pound x 5.5 = ........?
Tangga kena daki sebelum sampai Castle
Shahrim & Edinburgh Castle kat belakang

belakang tu old town Edinburgh
Macam bandar Harry Potter



Ingat nak masuk dalam Castle ni tapi bapak mahal kalau convert to RM. So, begambo kat luar je...






Pengalaman aku bergambo kat depan Castle jangan cuba-cuba nak kibar bendera. Memey kena sound dengan guard jaga pintu masuk Castle. Padahal kami jauh tu tapi dia berlari menuju arah kami dan cakap tak dibenarkan kibar bendera kat sini.... ooooooo ok... faham....


Baju jaket merah tu yang cakap jangan kibar bendera kat sini... dia tak marah, cuma cakap je....


Royal Mile

Selepas beberapa ketika bergambo sakan di Castle kami jalan-jalan kat Royal Mile untuk cari sourvenir. Masa cari parking tadi dah nampak kedai-kedai tu tak jauh dari Castle.






Pondok telefon color merah.. kat UK memey popular pondok ni..
Kedai sourvenir lain...
Cantik kan bangunan-bangunan kat sini? so klasik dan stunning view
patung ni pakai pakaian tradisi Scotland..

Barang-barang Harry Potter
Kayu sihir Harry Potter pon ada jual kat dalam kedai sourvenir... hmmm...

Mesti ada yang nak tahu apa kaitan Harry Potter dengan Edinburgh? Dan, kenapa banyak sourvenir Harry Potter dijual di sini?

Untuk pengetahuan korang si penulis novel Harry Potter iaitu JK Rowling menetap di Edinburgh dan novel Harry Potter di hasilkan di bandar ini. Dia orang England tapi selepas bercerai bawa diri ke Edinburgh. Jangan tanya aku apa sebab dia bercerai ya... hehe...

Aku tak berapa layan filem Harry Potter ni tapi adalah terlayan 1 filem sebab dah keluar kat HBO Astro. Pada aku walaupun cerita Harry Potter ni sekadar cerita rekaan dari novel tapi ada beberapa isu dalam cerita ni kena ambil serius terutama kepada kanak-kanak. 

Cerita Harry Potter walaupun berunsur mistik tapi bila dikait dengan sihir sudah tentu boleh merosakkan minda terutama kanak-kanak kalau tidak dikawal pemahaman mereka. Dalam Islam, Sihir diharamkan kerana boleh bawa kesan tidak baik kepada orang lain.

Dalil tentang Sihir itu Haram dalam Surah AlBaqarah ayat 102,

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

Kita pun tak pasti apa matlamat sebenar cerita Harry Potter dihasilkan namun pada aku ia bukan hiburan semata tapi ada tujuan disebaliknya melalui watak-watak dalam filem tu. Korang kena kaji sendiri kenapa dan salah satu sebab ialah watak Lucius ada kaitan dengan iblis dan mungkin Dajjal.

Itulah hasil bila kita mengembara dan mendapati pada suatu tempat ada kaitan dengan sesuatu yang kita tak jangka. Sebab tu sambil menikmati pemandangan sambil mengambil Ibrah. Kerana Allah tidak menjadikan sesuatu tanpa sebab. Kita kena pandang bukan hanya dengan mata tapi dengan akal dan hati... 

Ok, tutup kisah pasal Harry Potter dan sambung cerita jalan-jalan bandar Edinburgh.





Area Royal Mile memey banyak kedai sourvenir. Rambang mata weii nak pilih dan beli. Harga boleh tahan mahal gak mungkin sebab sini kawasan tumpuan pelancong paling utama di Edinburgh. Kat sini aku cuma beli fridge magnet, topi dan tshirt je sebagai sourvenir untuk yang berkenaan sahaja. 


Tshirt kat sini murah boleh dapat hage bawah 10 pound selai.


Dari atas bukit Castle Rock kemudian menyusuri jalan Royal Mile dan melalui jalan Bank St untuk menghala balik ke tempat NCP parking. Saje ikut jalan lain sebab nak tengok sisi view lain kawasan berbukit area Castle.

Dari Bank St cross ke The Mound dan lalu kat sebelah bangunan Scottish National Gallery. Kemudian masuk ke Princess Street Garden. Menarik gak view dari taman ni boleh nampak Edinburgh Castle dari bawah.




at tugu The Black Watch... tugu kat simpang antara Bank St dan The Mound
Tangga menuju ke The Mound..

Walaupun rakyat Scotland ramai yang baik hati tapi ada gak yang kurang ajar macam remaja dalam gambar bawah ni. Pak kal je ni kat negara ko.... kalau tak......




Castle kat atas, aku kat bawah...



Asri tengah amek gambo apa tu?
ooo gambo ni...
sape dia ni?
tulisan kat tugu gambo kat atas...

Untuk hari ni jalan-jalan Edinburgh cuma sempat ke Edinburgh Castle je. Lepas ke Castle balik ke homestay untuk makan tengahari. Lepas makan ngantuk pulak. Rehat-rehat terlelap bila bangun hari pun dah gelap.. haha...

Sebenarnya banyak tempat-tempat menarik di Edinburgh dah plan nak pegi tapi tak sempat nak pegi. Antaranya,

Leigh



Calton Hill



Forth Rail Bridge



Oleh kerana tak dapat pegi kawe google gambar-gambar tempat di atas untuk tatapan korang yang ada plan nak datang Edinburgh. Memey cantik tempat-tempat ni sesuai sangat untuk bergambo. Tapi apakan daya 3 hari 2 malam memey tak cukup sebab hanya ada 1 hari penuh je untuk jalan-jalan. Lagi 2 hari ialah hari travel.

Bagi aku memey takdan nak datang lagi sebab banyak negara dan bandar belum pegi. Mungkin juga 3-4 tahun datang lagi sape tau? InshaaAllah.... 

Ok sekian untuk kisah Kembara UK 2018 Hari ke-7. Kisah seterusnya bersambung pada entri Hari ke-8... https://azhartravelog.blogspot.com/2018/09/kembara-uk-2018-england-wales-scotland_9.html

Post terdahulu,



No comments: