Sunday 9 September 2018

Kembara UK 2018 England-Wales-Scotland ~ Hari 8

Assalamualaikum wbt

18 April 2018 ~ Hari ke-8

3 hari 2 malam di Edinburgh memang tak cukup nak pegi semua tempat menarik di sini. Tapi apakan daya masa terhad dan perjalanan hari ini kena teruskan ke Bicester yang terletak di utara London.

Kenapa nak ke Bicester?
Sebab kat situ ada Bicester Village. Tempat ni macam Premium Outlet yang ada kat Johor, KLIA dan Genting. So, dah alang-alang nak ke London nak singgah tempat tu. Mana tau ada barang berkenan nak beli.

Lake District

Perjalanan dari Edinburgh ke Bicester boleh tahan jauh dekat 600km. Macam Penang ke JB. Pastu plan nak melencong jap ke Lake District nak tengok apa ada kat situ. Kemudian kalau sempat nak ke Bicester Village.




Tengok route map mungkin boleh cecah 8 jam perjalanan sebab nak singgah Lake District. Jadi kami fikir kalau nak ke Bicester Village hari ini kena gerak pukul 9 pagi dan kena sampai sana pukul 5 petang atau selewat-lewat 5.30 ptg. Kalau sampai lewat dari itu memey kena pegi esok je sebab outlet-outlet kat UK ni paling lewat tutup pukul 6.30 ptg. Tutup awal kerana waktu malam bagi warga UK ialah bersama keluarga.

So, sempat tak nak ke Bicester Village hari ini?
Nak tau kena baca sampai habis.


Edinburgh - Lake District, 226km

Alhamdulillah, pagi ni cuaca cerah. Kelihatan awan-awan nipis citrus menghiasi langit biru Edinburgh. Harap-harap cuaca cerah ni disepanjang perjalanan hingga sampai ke Bicester.

Cerah pagi ni... Alhamdulillah...

Sebelum gerak kena sarap dulu dan sediakan bekal untuk perjalanan nanti.







Sebelum tinggalkan Edingburgh, kunci homestay kena letak balik kat lock box.


 

Homestay kami kat belakang tingkat 3 
Masa nak gerak cuaca mendung balik.. huhu..
nun kat sana Forth Rail Bridge... tak jauh je dari homestay kitorang... huhu...


Ingatkan cuaca cerah boleh sampai ke Bicester tapi masa kami nak mulakan perjalanan cuaca mendung semula. Memey beginilah keadaan cuaca di sini sekejap je akan berubah dari cerah ke mendung dan kemudian cerah semula.


Route map Edinburgh - Lake District

Sebelum memulakan perjalanan set GPS dulu. 

Dari homestay lalu bandar dapatlah layan view bangunan-bangunan kat Edinburgh buat kali terakhir. Berat hati nak tinggalkan bandar secantik Edinburgh tapi apakan daya perjalanan kena teruskan ke destinasi lain pula. Lagi pun lusa nak balik dah... huhu...

Selamat Tinggal Edingburgh! Semoga dapat datang lagi... InshaaAllah...












Border Edinburgh City



Menarik gak view kat laluan A701 jalan kampung dari Hillend ke Moffat. Di kiri kanan boleh nampak ladang-ladang lembu dan kambing yang saujana memandang. Walaupun cuaca tak berapa cerah namun tetap menarik mata untuk diambil gambar. Gambar-gambar ni semua kawe snap pakai henfon je.





Macam New Zealand

Dato' Seri Vida?
Welcome to England from Scotland

Dari laluan jalan kampung A701 masuk semula ke highway M6/A74(M) kat Moffat. Selepas 66km lalu highway takde tol, exit kat Carlisle untuk ke Lake District. 

Dari Carlisle ke Lake District kena lalu jalan kampung semula. Menariknya laluan ini ialah di kiri kanan jalan kelihatan bukit bukau serta gunung ganang yang viewnya sangat indah. Pastu lalu kat pekan-pekan kecik sambil dapat tengok binaan-binaan yang klasik macam dalam filem Lord of the Ring. Sejam lebih perjalanan pun tak terasa jauh.


Jalan sedang dibaiki.... sila berhati-hati..
pokok tu macam kat kampung Hobbit dalam filem The Hobbits



disamping binaan-binaan klasik ada gak yang tak klasik
Pekan apa entah... dekat dah dengan Lake District



Finally selepas 3 jam setengah perjalanan kami tiba di Lake District National Park. Besar kawasan ni. Dari GPS boleh nampak banyak tasik. Kami pilih ke lokasi atas bukit. Sebenarnya main redah je masuk jalan tu. Bila dah masuk ikut jalan ke bukit, makin tinggi makin kecik pulak jalan.

Hampir dengan puncak bukit kami jumpa jeram yang jambatannya hanya muat lalu satu kereta je. Ingat nak stop kat situ tapi takde space pulak nak parking. Kami naik atas sikit lagi dan akhirnya jumpa tempat parking.


Surprise View The Lakes

Jeram kat Surprise View The Lakes
Nama tempat atas bukit ni ialah Surprise View The Lakes

Ok baru tau nama tempat atas bukit mengadap tasik ni ialah Surprise View The Lakes.

Surprisingly, parking kat sini walau ceruk dalam hutan dan atas bukit tapi tak free tau. Kena bayau! Tertanya-tanya gak ada ke atendan parking nak round area sini? Kalau parking sekejap ok kot. Kalau parking lama memey dorang akan datang check dan kalau tak bayau sendiri mau ingatla..

Mesin bayo parking disitu



 



Pada hemat aku Lake District ni memey tempat riadah dan sesuai untuk kaki hiking sebab terdapat walking trail di sini. Nak naik basikal pon boleh tapi agak semput gak kalau nak kayuh sampai bukit. 

Paling best kat tempat ni ialah viewnya. Wow! very stunning. Walau cuaca mendung namun tetap cantik. Tasik dia walau air tak biru tapi dikelilingi bukit-bukau yang indah dimata. Kalau musim winter aku rase bersalji kawasan ni. Kalau korang ada peluang ke Liverpool atau Edingburgh wajib datang sini. Kalau dapat bermalam lagi bagus. Memey rare kawasan ni dan jauh dari kesibukan kota.


Surprise View... memey surprise view dari sini
Carlisle to Surprise View


Lake District - Bicester, 396km

Kami tak lama kat Surprise View. Dalam setengah jam je kerana perjalanan kena teruskan ke Bicester. Waktu masa tu dah pukul 1.30 ptg. Sempat ke nak ke Bicester Village? Korang rase?

Jauh gak... 4-5 jam perjalanan
Lalu balik sebelah Jeram
Belakang tu jambatan cross jeram...





tompok-tompok putih atas bukit tu salji...




Dari jalan kampung masuk semula ke highway kat Crooksland. Semua tu GPS yang tunjuk lalu situ. Dari jalan kampung ke highway kami disajikan lagi pemandangan bukit bukau yang indah dan ada antaranya masih bersalji walau cuma tompok-tompok.


Jauh gak... 4-5 jam perjalanan

Keluar dari jalan kampung waktu tu dah dekat pukul 3 ptg. So, masing-masing perut dah lapar maka kena cari Service(RnR) untuk lunch. 


Makan nasi lauk rendang brahim
Rosyam Noor ke?
Lunch kat Service

Selepas lunch perjalanan diteruskan. Masa tu dah pukul 3 lebih. Simpang ke Liverpool tak lepas lagi bermakna jauh lagi perjalanan. Sempat ke nak pegi Bicester Village? Nak tau, sambung baca...






Ingat boleh sampai awal kat Bicester tapi perjalanan yang awalnya lancar dan tenang tiba-tiba bila tiba kat area Birmingham jem pulak. Kat situ je dekat 20-30 minit buang masa.

Dekat area Birmingham banyak exit dan kebetulan masa tu waktu puncak lepas office hour. So, speed limit akan dikurangkan dari 70 miles/hour ke 40. Jadi, semua kenderaan akan slow maka slowlah perjalanan kami. Hmmmm.... sempat ke nak ke Bicester Village?hmmmm.....


Sejak kembara UK ni putih melepak muka memasing... hehe..
banyak lagi pound... nak buat shopping kat Bicester Village

Start banyak kereta dan jem...
Banyak tol exit kat higway cross bandar Birmingham

Alhamdulillah, finally sampai jugak Bicester tapi bukan Bicester Village tapi Guesthouse di Bicester. Tak sempat nampaknya nak ke Bicester Village sebab waktu kami tiba kat area Bicester dah pukul 6 lebih. So, esok je lah pegi Village tu.


Winston Guesthouse, Churchill Road

Ini guesthouse kami di Bicester. Cam bese jumpa kat Booking.Com. Guesthouse ni kami book 2 bilik. Pantry disediakan dan kena kongsi dengan residen lain. Bilik tak berapa besar dan agak sempit gak nak letak bag dan ruang untuk solat memey ngam-ngam je. Apa pun, Alhamdulillah... setelah dari pagi perjalanan ini masa untuk berehat dan prepare untuk dinner.


Winston Guesthouse. Park keta kat belakang.
Syarat-syarat... baca jangan tak baca...


Tidak dibenarkan buat bising ya...
Layan sunset... view dari tingkap guesthouse

Dinner makan nasi brahim jer kat pantry tingkat bawah. Lepas tu tak tau nak buat apa. Nak keluar jalan-jalan kat sini memey takde yang menarik sebab Bicester ni kawasan pinggir bandar. So, lepak bilik masing-masing. Aku sebilik ngan Shahrim. Asri dengan Syahrul.

Bila masing-masing dah masuk bilik maka berakhir kisah perjalanan hari ini dari pagi tadi kat Edingburgh kemudian ke Lake District dan last end check-in di Bicester.

Untuk kisah esok bersambung episod seterusnya pada Hari ke-9...
https://azhartravelog.blogspot.com/2018/09/kembara-uk-2018-england-wales-scotland_17.html

No comments: