Sunday 2 December 2018

Kembara Eropah 2018 France-Italy-Swiss 20 Oct-1 Nov ~ Hari 2

Assalamualaikum wbt.

Hari 2 ~ 22 Oct 2018

Alhamdulillah, malam pertama di bumi Eropah dapat tidur lena. Mana tak lena, setelah 38 jam perjalanan dari Johor Bahru hingga check in hotel di Evian Les Bains. Umpama orang mengantuk disorongkan bantal, letak kepala terus tidur walaupun baru pukul 10 malam.

Ngam-ngam pukul 4 pagi dah sedar pastu terus segar sampai ke Subuh. Subuh kat sini pukul 5.30 pagi iaitu bersamaan pukul 11.30 pagi di Malaysia(time zone -6 jam)


Zenitude Hotel Residence

My daughter Insyirah at veranda Zenitude Hotel.. kalau takde building tu boleh nampak Tasik Geneva
Insyirah and her Mama aka wife kawe..




Evian Les Bains

Serba sedikit tentang pekan ni terletak di negara Perancis dan tak jauh dengan sempadan Switzerland. Pekan ni kat tepi Tasik Geneva. Paling dekat kalau nak ke Switzerland cuma seberang tasik. Tasik Geneva ni ada kawasan Perancis punya dan ada kawasan Switzerland punya.

Aku pilih hotel kat sini kerana lebih murah dari kat bandar Geneva di Switzerland.


Kedudukan Tasik Geneva, Geneva dan Evian Les Bains

Lagi tentang pekan Evian Les Bains kalau korang nak tau ada kena mengena dengan air mineral brand Evian. Air mineral ni memey terkenal mahal dan golongan marhain macam aku ni memey fikir 5-6 kali kalau nak beli kat Malaysia. Sebotol 1 liter je dah 9 hinggit dan bersamaan boleh beli 4-5 botol air mineral Spritzer.




Sumber air ni dari info yang kawe baca kat Google dari kawasan selatan Tasik Geneva yang bersambung dengan Banjaran Alp. Air Mineral Evian ni juga merupakan Produk Perancis dari syarikat multinational Danone.

Mahal dijual di Malaysia mungkin sebab kos transport dan juga kualiti air itu sendiri yang berasal dari pergunungan Alps. Kat sini aku dapat 3 botol mineral 500ml free sebab dah campur dengan package hotel. Memey rasa air mineral ni ala-ala air gunung dan segar bila diminum. Namun tetap tak boleh lawan khasiat air Zam-Zam.



Geneva

Dari hotel kami di Evian Les Bains nak ke sini lebih kurang 40km. Lalu ikut tepi tasik sambil layan pemandangan tak terasa jauh sangat. Alih-alih je dah sampai bandar Geneva.

Uniknya tentang bandar Geneva kalau tengok kat peta sepatutnya berada dalam negara Perancis tapi tak. Ia ada kaitan ketika zaman Empayar Rome hingga ke peperangan Napoleon. Masa tu bandar-bandar di sekeliling Geneva belum kepunyaan Perancis. Panjang kalau nak sembang pasal ni. Cukuplah kita tahu Geneva ialah sebuah bandar PBB, hub diplomatik, pusat kewangan dunia dan bandar red cross.

Oleh kerana kedudukan bandar ini di kelilingi Perancis maka budaya dan bahasa lebih dipengaruhi negara itu.

Ada beberapa tarikan di sini antaranya,

  • Tasik Geneva
  • Jet d'Eau (Water Jet)
  • Palace of Nations


Bandar Geneva mengadap tasik

bayo parking pakai mastercard pon boleh
Maximum 90 min je boleh park sini









Tasik Geneva

Tasik ni kalau tengok kat peta bentuknya macam bulan sabit. Perancis dan Switzerland berkongsi tasik ni macam Singapura dan Johor berkongsi Selat Tebrau. Bezanya kat border tasik ni takde polis marin jaga macam Singapore. Tasik tu bebas orang Perancis atau Switzerland nak cross. Panjang tasik ni 73 km dan luasnya lebih kurang Pulau Pinang. Cuma ia memanjang.









untung angsa ni dapat dok kat Geneva


Jet d'Eau (Water Jet)

Merupakan air pancut besar dan mercu tanda terkenal di Geneva. Tinggi pancutannya mencecah 140 meter. Lama dah air pancut ni wujud sejak tahun 1886. Pada asalnya pancutan air ini dibina untuk mengawal dan melepaskan tekanan berlebihan loji hidraulik di La Coulouvreniere. Kemudian pada tahun 1951 air pancut ini menjadi simbol terkenal bagi Geneva dan Switzerland.

Kalau ke sini tak ambil gambar memey tak sah.















Haenyeo : Sea Women Femmes de la mer

Kalau korang pernah pergi Jeju di sana ada sekumpulan penyelam-penyelam warga emas yang popular. Mereka popular kerana mereka warga emas wanita yang menyelam tanpa tong oksigen. Ada sebab mereka menyelam tanpa tong oksigen kerana mereka adalah pecinta hidupan laut.

Sempena pengiktirafan UNESCO keatas penyelam-penyelam ni atau dikenali sebagai Haenyeo, gambar-gambar mereka telah dipamerkan di Geneva bermula 12 Oct hingga 31 Oct 2018. Kebetulan pula kami ada kat sana maka dapatlah tengok hasil dari fotografer Korea.










Flower Clock

Berdekatan dengan Jet d'Eau terdapat jam bunga kedua terbesar di dunia selepas di Iran. So, dah lalu dan singgah maka bergambolah...



Singgah kedai sourvenir tapi mak aii harga dia...
Fridge magnet 1 bijik - 7.90 uero = rm38... huhu...
Peace no war

Selepas ronda-ronda sekitar tepi Tasik, lokasi seterusnya plan nak ke United Nations Park. Tapi tak jadi singgah disebabkan perkara tak diingini telah berlaku dan juga payah nak dapat parking.

So, dari bandar Geneva balik semula ke Evian Les Bains. Sebelum balik hotel kami singgah supermarket nak tengok apa yang boleh dibeli seperti telur, buah, roti dan cokelat.



Sempadan Swiss-France
kat sempadan ni just lalu je... takde cop passport


Hypermarket Cora Amphion

1st time dengo nama hypermarket ni. Biasa kalau kat Perancis popular dengan Carefour tapi tak nampak plak kat area sini.

Parking free kat hypermarket ni
Pizza Halal ada di sini
Guna Google Translator camera untuk baca ingrediant pada kotak makanan


Selepas lunch dan berehat sat kami jalan-jalan kat sekitar hotel kami. Dari hotel kami jalan kaki turun ke bawah plannya nak jalan sampai ke tepi tasik. Kira ni aktiviti macam hiking la jalan-jalan turun  naik bukit.


Tasik Geneva dan boleh nampak dataran Swiss di seberang tasik
Siap sedia nak jalan-jalan kaki
wefie dulu sebelum jalan...
Tasik Geneva dan di seberang sana Switzerland... kat sini Perancis
dok jap tengok pemandangan..



Jalan punya jalan cuma sampai ke Stesyen Keretapi Evian Les Bains je. Sebabnya tak jumpa jalan seterusnya nak ke tepi tasik jadi kami stop sampai kat atas jejambat lintas railway je. Lagi satu aku fikir kat area stesyen ni pun dah jauh ke bawah kaki bukit nanti satu hal pulak nak jalan daki semula ke atas.

Dari atas jejambat ni view pun menarik gak. So, cam bese bergambo lah kite.



Kat atas jejambat cross railway pon boleh begambo view tasik geneva




Turun ke bawah memey syok tapi bila nak naik atas semula walaupun cuaca sejuk berpoluh gak ketiak. Anak aku dan wife selamba dia je jalan, cuma aku je al-maklum faktor usia. Nyesal tak bawak keta... huhu...


Jalan masuk ke Zenitude Hotel-Residence
Senja di Evian Les Bains

Untuk aktiviti malam ke-2 di sini cuma siapkan makan malam kemudian nak berehat sebab esok nak ke Italy pula. Perjalanan esok agak jauh sebab aku dah ubah tempat persinggahan asal sepatutnya kat Milan tapi ke Verona. Milan singgah jugak cuma tak tidur kat situ.

Kenapa ubah ke Verona? Korang kena baca post seterusnya..

Sekian untuk travelog hari ini bersambung pada Hari ke-3...

Post terdahulu,


No comments: